Archive for Oktober, 2015
(Kalau) Tidak Kerana Mahathir & Pak Lah, Rafidah Aziz Mungkin PM Wanita Malaysia
Banyak kenyataan, pandangan dan buah fikiran Rafidah Aziz kebelakangan ini sememangnya selari dengan pandangan rakyat. Rafidah tak takut beri pandangan. Kalaupun rakyat tak berapa suka, dia akan pertahan pandangan dalam apa jua keadaan.
Kalau tidak kerana Mahathir, dan lemahnya political operators Pak Lah, yang mahukan Kak Ijat sebagai Ketua Wanita; rasanya hari ini Rafidah Aziz mungkin sudah bergelar Perdana Menteri.
Kenapa dia? Dia ada pengalaman. Negotiator yang terkenal dalam isu-isu dagangan antarabangsa. Nasionalis tulen. Cekap bertindak. Malaysia tak malu ada pemimpin yang begitu. Tangkas.
Ya lah, mungkin kalau dia jadi PM, segala mullahs dalam Pas akan gelar dia macam-macam kerana tak bertudung. Tapi minta maaf cakaplah, jasa Rafidah yang tak bertudung itu JAUH BENAR benar berbanding ustaz janggut dan serban Pas. Jauh.
Tapi sayang, belum sempat Rafidah nak naik lagi, Mahathir dah balun dia tak cukup tanah. Sebut pasal AP dan sebagainya. Padahal, kalau Rafidah nak buka cerita Mahathir, 9 malam pun tak habis.
Tapi Rafidah tak begitu. Dia pertahan diri sendiri. Tak serang orang lain.
Bila nampak peluang begitu, Pak Lah pun terima jarum bongok untuk angkat Shahrizat Jalil. Yang akhirnya meletakkan imej parti serendah akhlak NFC. Rosak parti. Antara punca BN teruk dalam PRU yang lalu, adalah NFC inilah.
Sekarang Rafidah banyak menulis dan beri pandangan. Sangat bagus buah fikiran beliau.
Baik dalam isu TPPA. Isu 1MDB. Semua Rafidah ada pandangan yang bernas, dan tidak memperbodohkan rakyat.
Sayang, rasanya kalau Rafidah masih ada dalam kabinet, banyak isu dapat dikendalikan dengan baik.
Daripada membazir duit lantik orang macam Shahziman Mansor di PMO, lebih baik engage Rafidah dan dapatkan pandangan yang lebih bernas.
Lemahnya Hujah Wakil Rakyat BN di Parlimen
Penulis blog sempat duduk di Parlimen sepanjang petang semalam. Menjadi pemerhati dan melihat mutu perbahasan di dewan yang mulia. Kena terima hakikat, mutu perbahasan di kalangan MP BN berada di tahap yang sangat lemah. Kalau ikut ukuran SPM lama, P7/P8 – kalau pun tak failed.
Hairan sungguh, walaupun diberi bajet besar, ratusan ribu sebulan; malah mungkin jutaan – tapi apa yang dipersembahkan oleh kalangan pegawai penyelidik BN di Parlimen tak ubah seperti hujah budak belum akil baligh.
Ditambah dengan perangai MP BN yang bodoh sombong, rasanya tak banyak yang mampu rakyat harapkan daripada mereka ini.
Wakil Bagan Serai, sebagai contoh, adalah seorang yang syok sendiri dan tak tahu apa yang dia cakap.
Ada ketika, ulang hujah yang sama berkali-kali dan tidak masuk ke topik lain.
Celahan yang dibuat wakil Mersing, Lenggong, Jelebu – juga memang bertaraf budak sekolah dan tidak ada nilai langsung.
Bayangkan, hanya kerana nak katakan GST itu baik dan berguna, maka dilemparlah ayat, TAHNIAH KERANA PERDANA MENTERI KITA ADALAH ROTI CANAI BERTELOR (Mersing).
Disambut bodoh oleh Bagan Serai, ya TAHNIAH kerana kenalkan GST, menunjukkan ROTI (Perdana Menteri) sebelum ini tidak BERTELOR.
Ini hujah jenis apa? Serendah ini mereka nak bangsatkan pemikiran rakyat?
Jangan bodohkan rakyat boleh tak? Jangan anggap kami ini macam budak sekolah.
Kita tahu GST selamatkan ekonomi, tapi hujah biar lah lebih bijak berbanding hujah ROTI CANAI BERTELOR.
Sebarang celahan pembangkang tidak dijawab dengan baik. Perli lagi ada.
Kita tak tahu apa yang dibuat oleh Pasukan Penyelidikan BN, tapi nyata mereka hanya buat kerja setakat buat sahaja.
Tak ada nilai. Tak ada pengisian.
Kita kasihankan rakyat kerana terpaksa dengar hujah yang lemah dan tidak ada nilai.
Pukul Anak, Sindir Menantu (Balun PM; Sebenarnya Nak Sindir Isa)
Apa nak heran kalau 13 orang Ketua Cawangan nak buat tekanan kepada Presiden UMNO. Benda biasa. Takkan sampai tak boleh nak bercakap dalam proses parti. Kalau dah tak boleh cakap, itu bukan parti namanya. Itu diktator.
Cuba kita tanya apa masalah 13 orang Ketua UMNO Cawangan ini? Apa isunya?
Apakah mungkin mereka ini sebenarnya kecewa dengan sikap Ketua UMNO Bahagian yang sudah seakan menjadi HITLER di dalam politik UMNO Teluk Kemang dan Negeri Sembilan?
Ini bukan salah Presiden parti sepenuhnya. Isa Samad pun ada saham juga. Sibuk benar mungkin di Menara FELDA sampai lama tak turun ke bawah untuk mendekati Ketua-Ketua UMNO Cawangan.
Lama sangat bershopping di Starhill Gallery, di London dan di seluruh dunia sampaikan lupa bahawa Ketua-Ketua UMNO Cawangan dah tak tahan duduk di bawah pimpinan HITLER Felda.
Saham FELDA pun boleh tahan kaputnya. 100,000 peneroka punya nasib pun belum tentu untung tenggelamnya.
Banyak bisnes di dalam FELDA katanya menjadi dominasi Wanita Pertama FELDA. Tak ada yang boleh lepas, kecuali mendapat MINIT daripada Wanita Pertama FELDA.
Isa Samad jangan berbohong dengan rakyat Malaysia. Kena mengaku bahawa dia lemah menjaga hati dan poket Ketua UMNO Cawangan. Bila revolt kecik ini berlaku, sebenarnya mereka geram dan marah dengan pemimpin yang gagal.
Sebab itu kita kena baca, rasa tak puas hati Ketua-Ketua UMNO Cawangan di Teluk Kemang ini bukan sangat soal Najib. Ini soal ISA SAMAD.
Mengapa ‘No Confidence Vote’ Penting Untuk Wan Azizah
Semua orang tahu, termasuk mereka yang turun naik HQ PKR, Kak Wan berhadapan dengan masalah kepercayaan dan kemerosotan sokongan yang serius. Banyak perkara yang menyebabkan ini berlaku, antaranya adalah kelemahan Kak Wan dalam merancang strategi pengukuhan parti.
Walaupun KJ (Kamaruddin Jaafar) dijangka memberi sedikit kekuatan kepada inner circle Presiden PKR, itu pun belum cukup kuat. Tak ada apa yang boleh disandarkan kepada Kak Wan.
Ucapan yang compang camping. Strategi yang lemah. Wujudnya di kalangan pemimpin tertinggi KeADILan yang memainkan isu nepotisme dan sebagainya. Kak Wan makin lemah.
Yang ramai tidak tahu, Kak Wan memerlukan ‘no confidence vote’ terhadap Najib berasaskan tiga sebab:-
1. Menonjolkan diri sebagai pemimpin sebenar Pakatan Harapan
2. Rallying point untuk Pakatan
3. Sokongan kewangan badan antarabangsa (political funding).
Antara yang paling penting adalah Perkara (3); dikatakan dengan headlines yang tepat seperti:-
Malaysian PM Survives No Confidence Vote (CNN)
Najib Survives (Channel News Asia)
Wan Azizah Leads No Confidence Vote (Al Jazeera)
1MDB In Question, Najib Survives No Confidence Vote (Washington Post)
Dengan adanya headlines yang begitu, HQ PKR akan menerima sejumlah wang yang besar untuk meneruskan kerja politik. Ada pemimpin PKR, dana politik antara USD5 juta hingga USD10 juta biasa diberikan untuk spin politik seperti yang di atas.
USD5million untuk tempoh sekarang mungkin jejak RM20 juta. Jumlah yang besar untuk Kak Wan solidkan kembali sokongan di dalam PKR dan Pakatan Harapan.
Soalnya, cukup kah mereka yang mahu bersama Kak Wan?
Berapa ramai yang mampu Kak Wan tarik? Walaupun strategi mencadangkan pembatalan HSR dijadikan tajuk utama – dan peruntukan hampir RM37 bilion dibawa ke Sabah dan Sarawak; ada orang percaya dengan janji Kak Wan?
Pelancaran Belanjawan Pakatan Harapan 2016
Ada suara yang berbunyi, kalau dah Bajet 2016 (cadangan) ini pun tak boleh berkongsi maklumat, apa jaminan bahawa isu-isu lain boleh berbincang. Berapa banyak input DAP dalam belanjawan ini? Berapa banyak input AMANAH? Berapa banyak input PAS?
Ada sumber kata, belanjawan ini kerja 50:50 PKR dan DAP. Malah ada yang kata, PKR mungkin lebih sedikit, 60:40. Dengan AMANAH tidak dibincangkan langsung, sebab tak ada orang dalam AMANAH yang boleh diharapkan dalam bab ekonomi.
Setakat yang dibisik-bisikkan, antara isu yang nak dicadangkan:-
– Penutupan 1MDB
– Mansuhkan tol
– Harga minyak yang tetap sepanjang 2016
– Pendidikan percuma
– Tabung Pendidikan Luar Negara
– Dana khas inovasi
Katanya, antara yang paling banyak beri input adalah bekas ahli ekonomi Bank Islam, Wawa. Banyak benda Wawa yang cadangkan dan tulis.
Rafizi pun tak terlibat. Ada topik mengenai liberalisasi ekonomi, diberikan terus kepada beberapa orang pemikir Singapura.
Bilamana orang bijak macam Rafizi pun tak digunapakai dalam PKR, apa harapan belanjawan ini akan jadi padu dan mantap?
Kak Wan beri KPI, belanjawan ini mesti mampu mengalih sedikit perhatian daripada Bajet Najib (BN). Boleh capai?
Kita nak juga tengok samada puak-puak AMANAH akan puji dan lambung belanjawan ini bagai nak rak.
AMANAH kan liberal, mesti lah sokong belanjawan liberal kan.
Saifuddin Abdullah: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan
Satu perkara yang kita semua kena tahu, kalau kerjasama politik itu perlukan SEKRETARIAT, makna kata memang ada lah isu yang belum beres di antara mereka. Dalam hal nak menjatuhkan Najib pun mereka tak bersatu. Ada yang kata kena usul. Ada yang kata tak perlu usul.
Apapun, kita ucap tahniah kepada Saifuddin Abdullah yang sudah diterima masuk ke dalam PKR dengan permaidani merah. Bukan main lagi dapat jawatan baru yang istimewa. KSU.
Saifuddin kita tahu memang tak akan masuk mana-mana parti dengan kosong tangan dan poket. Mesti ada isi.
Sejak dulu dari begitu. Zaman MBM yang paling mewah zaman Saifuddin. Sentiasa ditatang sebagai seorang yang paling santun, baik daripada sudut perlakuan sehinggalah demand poket yang berterusan.
Tak hairan, tanpa jawatan KSU Sekretariat, Pudin tak akan berpaling arah. Katanya, Pudin pun dah terima amanat dan arahan dari Sungai Buloh mengenai peranan dia sebagai KSU.
Banyak juga KPI yang diberikan kepada KSU Sekretariat ini. Termasuklah memastikan sokongan mahasiswa/i akan terus bersama dengan Pakatan Harapan sehingga PRU14. KPI ini bukan free. Mesti ada peruntukan dan isinya.
Sudah tentu nak menjayakan KPI yang banyak begitu, Pudin memerlukan bantuan kewangan yang semaksima mungkin.
Khabarnya, sebagai KSU, Pudin akan ada akses kepada Tabung Politik. Makna kata, boleh tahan juga kemudahan yang diberikan.
Kita ucap tahniah dan selamat maju jaya kepada Saifuddin Abdullah, KSU Sektretariat Pakatan Harapan.
Percepatkan Kelas Bahasa Inggeris TPM
Mana Adab Setiausaha Agung UMNO?
Jangan Perlekeh Team Pencen
Section 4(3) of Sosma clearly states that no person is to be arrested and detained “solely for his political belief or political activity”. This section was specifically inserted to prevent the government from abusing Sosma for political purposes.
Rafizi GAGAL Sebagai SUA PKR?
The Malaysian Insider hari ini melaporkan sekumpulan pemimpin PKR mahukan Rafizi Ramli dilucutkan sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan, kata sumber parti.
Sumber itu berkata, nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini.
Azmin turut mengulangi kenyataannya sebelum ini, PKR merupakan parti yang semakin kuat dan kukuh.
“PKR hari ini sebuah parti yang bertambah kuat dan kukuh dan kita berperanan memainkan yang inklusif dengan melibatkan semua parti-parti politik yang terikat dengan agenda perubahan dan saya percaya kemuafakatan yang baik dan perbincangan berterusan, kita dapat mencapat hasrat tersebut,”
————-
Maklum Balas Pembaca