2018 – Menang Besar Ini Macam!
Oktober 5, 2015 at 8:01 pm Tinggalkan komen
Usaha PM untuk menghabiskan term sehingga 2018 memang wajar dipuji. Ini jalan yang paling selamat, bagi memastikan banyak usaha boleh dilakukan untuk memberikan rakyat faham bahawa, memang BN sahaja yang mampu memberikan kemudahan kepada rakyat.
Bayangkan, kalau buat strategi, ada cukup masa untuk memulakan rentak politik sepanjang 2016. Buat segala macam usaha. Bagi rakyat puas hati. Bagi rakyat seronok jadi rakyat, dan gembira ada kerajaan yang memenuhi hati dan hajat mereka.
Untuk tempoh 9 bulan 2015, pendapatan GST dijangka mencecah RM23.18 bilion. Ini jumlah yang boleh tahan.
Kalau asingkan 10 % sahaja untuk kerja politik dan usaha dekati rakyat, baru RM2.3 bilion. Bayangkan apa yang boleh dibuat dengan RM2.3 bilion. Memang mengancam habis. Memang rakyat akan terima BN ini adalah kerajaan terbaik.
Dianggarkan, untuk 2016, pendapatan GST akan berjumlah RM32 bilion. Kalau 10 % untuk kerja politik, RM3.2 bilion.
Tahun 2017, katalah naik sedikit, RM35 bilion. RM3.5 bilion untuk kerja politik.
Apa cara nak dikalahkan kerajaan BN ini? Kalau macam ini punya kira-kira, rasanya tak ada Pakatan Harapan yang boleh ambil tempat. Buang masa sahaja.
Lebih sedap lagi, Azmin Ali pula sedang berusaha nak sailang Wan Azizah sebagai Presiden PKR. Kalau ini jadi, berlaku lagi masalah dalam parti pembangkang. Anwar sudah tidak relevan.
Jika betul 2018 jadi pilihan, memang inilah senjata yang boleh menyebabkan Pakatan Harapan penat.
Masuk 2017, tak ada orang sebut isu 1MDB dah. Selesai. Cuci tangan.
Entry filed under: Perdana Menteri, PM. Tags: 2015, 2018, BN, GST, Perdana Menteri, PM, Presiden UMNO, RM23.18 bilion, UMNO.
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed