Bila PKR Nak Move-On Daripada Cerita Anwar???
November 30, 2015 at 12:18 pm Tinggalkan komen
Masing-masing ada analisa tersendiri tentang apa yang berlaku dalam Kongres PKR. Antara dapatan yang blog ini sempat simpulkan:-
1. Kongres tidak ada umpph. Ucapan Presiden macam membebel hal famili.
2. Tak ada roadmap.
3. Pengurusan lemah.
4. PKR tak ada pemimpin pelapis.
5. Parti kawal Selangor, tapi cara anjur Kongres macam kedana sangat.
6. Mana kekuatan parti selama ini?
7. Bila cerita pasal Anwar ini nak habis?
8. Sampai bila Anwar perlu jadi keutamaan dalam parti.
9. Izzah sudah hilang nilai kepimpinan.
10. Azmin yakin untuk ambil alih, tapi kena jaga hati.
11. PAS masih penting kepada PKR.
12. Kak Wan sudah tidak mampu.
Macam-macam ulasan lain. Termasuk yang ada isu-isu dalam kain. Tapi kenyataan di atas adalah antara yang banyak bermain di bibir ahli PKR.
Mereka kecewa kerana tidak ada direction dalam PKR. Kongres ini patutnya buat kenyataan tegas tekan Najib sebelum Perhimpunan Agung UMNO. Tak dibuat.
Malah cadangan perwakilan untuk consider tarik Muhyiddin juga tidak diterima, kononnya akan menyebabkan Anwar tenggelam.
Kalau macam ini punya politik, nampak sangat PKR akan cepat hanyut.
Ramai yang kata, kalau PKR nak menang PRU akan datang, Mahathir dan Muhyiddin ini adalah dua punca yang mesti ditarik masuk.
Kalau setakat harap Anwar, mereka tak yakin ada jalan untuk menang.
Apa yang susah sangat nak tarik Muhyiddin? Marzuki orang kanan dia lama dengan team PKR. Nardin. Ainon. Semua ini jenis mata duitan dan akan ikut sahaja arus. Itu pun susah nak buat.
Entry filed under: Uncategorized. Tags: Anwar, Anwar Ibrahim, Azmin, Izzah, kak wan, Kongres PKR, PAS, PKR.
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed