Archive for Disember 8, 2015
Irwan Siregar Nak Dijadikan Gabenor Bank Negara? Lingkuplah Kita.
Wow, kalau betullah ada usaha nak letakkan Irwan Siregar sebagai Gabenor Bank Negara, inilah cadangan paling hampeh dalam sejarah Malaysia. Siapapun yang usaha nak letak Irwan Siregar ni di BNM mamang tak sayang negara dan perbendaharaan negara.
Tak usahlah BNM, nak jaga benda kecik macam MaGIC (Malaysia Global Innovation & Creativity Centre) pun tak mampu.
Cyberview Sdn Bhd – setakat jaga Cyberjaya sahaja. Untung? Entah ada entahkan tidak.
Situasi ekonomi negara? Tak usah cakap lah.
Blog ini konsisten, Irwan Siregar ini wajar diberhentikan sahaja tanpa ditawarkan apa-apa pun ganjaran. Tak perlu janji dia waima duduk di syarikat kecik milik MoF pun.
Sebab dia tak ada ilmu. Setakat main cakap dan cadang sahaja.
Irwan hanya menjadi pembodek tegar kepada pimpinan negara.
Bayangkan, seorang yang tak ada integriti diletakkan di Bank Negara Malaysia.
Irwan tidak ada work culture yang betul untuk duduk di BNM. Jahanam negara.
- promoting a work culture which emphasises the highest standards of professionalism and integrity, prudence, teamwork and innovation;
- developing and maintaining a committed workforce which is highly competent and proactive, sensitive to the changing needs of the industry;
- adopting a collaborative approach in everything we do;
- promoting the effective use of technology and good work practices to enhance productivity, efficiency and quality;
- adopting policies and practices to enhance the competitiveness of local financial institutions to face international competition; and
- having the necessary financial resources and financial instruments to effectively manage monetary stability.
Kalau betul tak mahu Zeti, carilah orang yang ada kemampuan.
Cari orang dalam BNM sendiri. Jangan ganggu BNM.
Demikian juga cadangan nak masukkan Wahid. Ini kerja gila.
Maklum Balas Pembaca