Pas Terima Pelawaan Kerajaan Perpaduan?
Disember 18, 2015 at 2:02 pm 1 komen
Yang menjadi kerisauan orang UMNO, apa bentuk kerjasama yang Najib nak buat ini? Pas mansuh dan masuk UMNO? UMNO mansuh dan masuk Pas? Pas bersama dalam Barisan Nasional? Pas tidak akan bertanding sama sendiri dengan UMNO dalam PRU akan datang?
Apa bentuknya?
Nampaknya, orang UMNO sendiri cemas dengan idea kerajaan perpaduan ini. Yang nampak melonjak gembira adalah set agamawan dalam UMNO yang menganggap ini peluang mereka meningkat setakuk lagi dengan menjadi pemimpin pilihan, kerana ada credentials agama.
Bagaimana dengan orang Pas?
Kalau ikut komen yang diberikan oleh Nik Amar, bahawa perpaduan ini tidak boleh menjadi ‘perpaduan penyamun’. Ini adalah komen yang paling win dan bernas. Apa maksud pandangan ini? Apa rasa UMNO jika perpaduan ini dianggap sebagai ‘perpaduan penyamun’? Seronok?
Jangan main kelecek lagi. Cakap sahaja apa sebenarnya yang dimahukan. Kesatuan dalam bentuk apa?
Jika benar ada perpaduan, maka sesuatu yang besar mesti berlaku di beberapa buah negeri. Selangor dan Kelantan boleh jadi negeri pemula.
Soalnya, bolehkah itu berlaku?
Atau Pas hanya mahu menjadi ‘mesra’ kepada sebuah kerajaan yang boleh membantunya secara material dan projek.
Ustaz Pas pun dah pandai cari makan. Tak gitu?
Entry filed under: Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Najib Tun Razak, Prime Minister Najib Abdul Razak, Uncategorized. Tags: Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Haji Hadi, Haji Hadi Awang, Najib Tun Abdul Razak, Najib Tun Razak, Nik Amar, PAS, TG Hadi Awang, UMNO.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Pas Terima Pelawaan Kerajaan Perpaduan? | Berita Malaysia | Disember 18, 2015 at 2:20 pm
[…] Source:: gelagatanwar.wordpress.com […]