Azman Mokhtar Dapat Sambung Kontrak? Perform Sangat ke AMOK ni?
Disember 21, 2015 at 12:30 pm 1 komen
AMOK memang handal bab jaga cable ni. Semua cable dia jaga. Sampaikan tak ada orang inner circle yang rasa kecil hati. Keliling dia jaga.
Kalau nak ikut performance, 2015 ini kita anggap macam tahun malap Khazanah Nasional. Macam-macam jadi.
Yang peliknya, dalam banyak hal AMOK ini tidak pun ke depan mempertahan Kerajaan dan Najib. Dalam banyak kes, dia senyap dan hanya jadi pemerhati. Orang balun MAS pun dia senyap. Orang tak setuju lantik CEO orang luar pun dia senyap.
Untung jadi AMOK. Duduk atas duit. Buat lah apa sahaja, tetap berada dalam good book di PMO. Walaupun tidak sehandal mana.
Kita tak ada lah kata Khazanah gagal teruk. Tapi kalau orang yang sama selama 15 tahun, kita boleh agak apa kartel yang ada di Khazanah itu. Pusing-pusing akan dapat kepada orang yang sama.
Nama-nama seperti:-
CIMB
SunLife Malaysia
Acibadem Sigorta
Iskandar Investment
Medini
UEM Sunrise
8990Holding
Axiata
TM
TIME
TNB
SWEC
Pinewood Studio
Cenviro
Cenergi
Ini semua syarikat-syarikat yang Khazanah ada kepentingan. Ada yang bagus, ada yang suam kuku.
Tapi disebabkan AMOK pandai jaga orang, dia dapatlah duduk di Khazanah selama 15 tahun. Pencapaian luar biasa.
Mungkin AMOK elok berada dalam Kabinet selepas daripada ini. Supaya AMOK pandai bercakap dan boleh mempertahan Kerajaan dan bukan hanya senyum mempertahan kapitalis yang ada dalam Khazanah semata-mata.
Entry filed under: Azman Mokhtar, Khazanah Nasional, Uncategorized. Tags: AMOK, Azman Mokhtar, KHAZANAH NASIONAL, PMO.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Azman Mokhtar Dapat Sambung Kontrak? Perform Sangat ke AMOK ni? | Berita Malaysia | Disember 21, 2015 at 12:49 pm
[…] Source:: gelagatanwar.wordpress.com […]