Jangan Galak Sangat Serang Pentadbiran Lama
Disember 28, 2015 at 4:18 pm 1 komen
Tidak salah kalau nak keluarkan segala macam busuk dan nanah lama. Tapi kena ingat-ingat juga istilah COLLECTIVE RESPONSIBILITY.
PM yang ada sekarang ini pun ada waktu keputusan-keputusan besar ini dibuat. Apa dia buat? Ada dia menentang? Ada minit mesyuarat kabinet yang boleh dedahkan bagaimana Najib sebagai Menteri bercakap tentang kesan jangka panjang kepada semua usaha penswastaan? Ada?
Kalau ada, kita minta Sekretariat Kabinet serahkan copy kepada RPK dan publish bagaimana Najib banyak bercakap tentang rakyat sewaktu kepimpinan Tun M dahulu. Baru sedap kita nak balun Tun M.
Bila Muhyiddin bercakap sedikit, kita guna istilah Collective Responsibility. Sebagai anggota kabinet, kita mesti bersetuju.
Makna kata, Najib pun sebahagian daripada Kabinet yang setuju dengan ERL dan banyak lagi program penswastaan.
Sebab setuju itu lah Najib kekal dalam kabinet.
Kalau nak ikutkan, waktu hampir kalah 190 undi, dah lama kena terajang.
Blog ini hanya cakap realiti.
Kalau dah dokumen rahsia pun boleh lambak kepada RPK, tunggu sahaja masa senjata makan tuan.
Entry filed under: RAJA PETRA, Raja Petra Kamarudin, Tun Mahathir, Uncategorized. Tags: Collective Responsibility, Muhyiddin, Najib Tun Abdul Razak, Najib Tun Razak, Raja Petra, Raja Petra Kamaruddin, Sekretariat Kabinet, Tun Mahathir.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Prodak Sekolah Umum | Disember 28, 2015 at 6:45 pm
Kita selalu menyebut nama tokong yang kita begitu tahu dengan perangainya. Dah berapa tahun memerintah PP tetapi masih menyalahkan kerajaan yang dulu . Begitulah, beginilah semua salah orang, yang betul hanya dia sekor!
Nampaknya penyakit itu dah begitu merebak dan lebih parah lagi di tangan yang kononnya peyokong kerajaan UMNO/BN!
Sebagai peyokong tegar UMNO/BN, saya sendiri pun dah naik meluat dengan sikap bermuka-muka bloggers yang bertindak lebih camca dari bubur.
Cauvinis DAP, opportunis Amanah, PAS yang tak dak telor dan berdolak dalik, pengamal-pengamal konsep liberal, pendakyah-pendakyah evangelista yang sepatutnya dijadikan sasaran dibiarkan bermaharajalela sesuka hati. Seolah-olah bloggers yang kononnya pro kerajaan tak tahu untuk berperang dengan puak-puak tersebut.
Adakah perkara ini berlaku kerana bloggers yang kononnya pro-kerajaan bodoh dan tidak ada ilmu untuk menjadi ‘cyber-warriors’?
UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA!