Archive for Januari, 2016
127 Orang Patriot @ Penjual Negara?
Blog ini ucap tahniah kepada Tok Pa, para pegawai kanan MITI, yang telahpun berjaya memastikan Parlimen Malaysia memberikan persetujuan kepada pelaksanaan TPPA. Memang kerja yang cukup sukar. Tetapi berjaya dengan cukup cemerlang.
127 orang Ahli Parlimen memberikan persetujuan kepada pelaksanaan TPPA. Macam-macam hujah duberikan. Macam-macam cadangan. Akhirnya, semua selesai.
Kita cuma nak ingatkan Tok Pa & MITI, kerja tak habis di sini. Rakyat mesti diberikan keyakinan bahawa TPPA tidak menekan mereka. Kena pastikan usahawan Bumiputera dapat bersaing bersama di peringkat yang lebih tinggi.
Jangan syok sangat menang 127 undi. Kena fikir sama nasib 30 juta rakyat. Anak cucu dan generasi akan datang.
Kena betulkan pandangan bahawa kita nak jual negara. Kena buat kerja komunikasi yang betul.
Jangan bagi chance pembangkang hentak kita dengan perkara yang bukan-bukan.
Tak cukup lawan dalam Parlimen.
Sayonara Mukhriz
Di Kedah, nadi kepada kerajaan adalah kalangan Pegawai KCS yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan.
Banyak perkara, KCS yang selesaikan masalah dan isu. MB sekadar berikan arahan. Itupun ada ketikanya, arahan hanya diberikan oleh SUPOL dan Pegawai Khas. Sebab itu, sebaik sahaja ada tanda merosotnya prestasi UMNO/BN Kedah, blog ini sudah meminta PM buat tindakan berani untuk menukarkan MB.
Nampak gaya, semua itu sudah semakin hampir terlaksana. Siapapun Mukhriz, dia tak sepatutnya rasa besar diri.
Kalau dah Mesyuarat Exco lebih kerap dibuat di Hilton KL berbanding Alor Star, kita boleh tahu perangai buruk MB ini. Sudahlah begitu, banyak pula rungutan kononnya dia seorang sahaja yang bekerja, sementara Exco lain hanya lelap mata.
Salah siapa? You yang lantik ikut kononnya kesetiaan. Sudahnya you juga kena kencing dan sailang oleh Exco sendiri.
Kebijaksanaan dalam politik tidak boleh diwarisi. Sebab itu, tak payahlah usaha dibuat untuk mempertahan Mukhriz kerana dia anak Mahathir.
Sayonara Mukhriz (Azimi Daim, Peja, Anas).
Sarawak Report Melampau
Kredibilitui SR merosot teruk. Sangat teruk. Apabila SR menggunakan angka yang berlebihan seperti ini, ianya membayangkan kebodohan melampau portal tersebut. Kita ingat SR ini hebat dan ada stature tersendiri. Rupanya terpedaya juga dengan permainan minda orang.
Katanya ada grup email blogger pro-Najib yang sengaja sebarkan angka 37 ini. Kononnya dapat tip off daripada sumber dalaman SPRM.
Satu email dihantar ke SR. Sengaja nak tengok samada SR akan guna dan jatuh dalam permainan yang sama.
Nah, SR pun guna dan cuba sebarkan dakyah yang sama.
SR patut lebih hati-hati dengan perkara ini. Jangan ikut sahaja email yang entah datang dari mana.
Game nak musnahkan SR (secara halus) ini katanya perancangan hebat pakar ICT di PMO. Kita pujilah strategi Dato’ muda ini. Cukup hebat.
Tak sia-sia PM hantar ke luar negara kalau pandai macam ini.
Tak usahlah 37. Nak lepas 2 kes pun berat.
Adenan Satem Patut Bertenang. Jangan Tekan Najib Razak.
Adenan Satem kena banyak relak dan bertenang. Jangan gelabah tak tentu hala untuk dapat sokongan yang kuat. Nak buktikan apa? Anda lebih baik daripada Taib? Anda lebih bijak berbanding Taib? Anda lebih mulia berbanding Taib?
Bawa bertenang. Menuntut macam-macam perkara itu boleh. Tapi tak perlulah tonjol diri macam awak tidak ada dosa.
Adenan Satem mendokong sistem sedia ada sekian lama. Puluhan tahun. Tak pernah kata ada yang tak kena antara Kuching dan Putrajaya.
Tapi bila jadi Ketua Menteri, sudah mola mau tunjuk lagak dan konon bersih.
Orang Malaya kata, ‘relak bro…jangan gelabah’.
Kalau mahu menang PRN, buat lah. Tapi jangan sampai mahu tunjuk besar kepala. Adenan Satem & Family very clean. Nothing in any closets? Relax…check your facts properly.
Point nya – jangan sombong. Bawa bertenang.
Kita tak kata Adenan Satem tak boleh bercakap. Cakap lah. Tapi kena faham dengan Perlembagaan Persekutuan. Jangan main belasah sahaja.
You mahu tuntut royalti minyak, tuntut. Tapi jangan sombong lah. Cakap elok-elok. Jangan bangga diri.
Youuuu.. Youuuu….
Jangan nanti cerita buruk you pun keluar. Payah nak menang PRN.
Nanti DAP yang dapat untung.
Baguskah Strategi Membangkitkan Legasi Tun Razak?
Agenda Bumiputera, di zaman Tun Razak bukan berlaku secara tangkap muat. Umum angka yang gila-gila. Janji langit dan bumi. Prinsip Razak mudah sahaja, BUAT DAN TERUS BUAT.
Sebab itu, agensi yang Razak buat semuanya kekal sampai sekarang, malah tak pernah berhenti membantu negara dan bangsa.
Di situ hebatnya Razak. Lagipun di zaman Tun Razak kalangan inner circle beliau memang mereka yang ikhlas dan mahu melihat Malaysia menjadi bangsa yang disegani. Bukan taikun dan pemilik bisnes yang ada kepentingan.
Siapa dikeliling Razak?
– Tan Sri Thong
– TS Rama Iyer
– Tan Sri Tun Raja Shahriman
– Tengku Razaleigh
– Mahathir
– Musa
– Tun Dr Ismail
Kumpulan ini adalah mereka yang ada semangat nasionalis yang tinggi. Ya, ada sebahagian yang Malay Ultra, tetapi ianya dineutralkan oleh mereka seperti TS Thong dan Raja Shahriman.
Kalau kita bandingkan dengan inner circle sekarang:-
– Peter Sondakh
– Mustapha Ong
– Paul Stadlen
– Ali Hamsa
– Irwan Siregar
– Farid Ridzuan
– Datuk Farisya
– Datuk Amhari
Kita tahu berapa jauhnya semangat dan kesungguhan dua inner circle ini membantu Perdana Menteri. Bandingkan sahaja.
Sebab itu seminar menghargai legasi ini tidak akan merubah apa-apa. Hanya setakat seronok sahaja.
Values yang dibawa dua generasi ini berbeza macam langit dan bumi.
Cubaan yang baik. Tapi rasanya tidak kesampaian.
Stail Hafarizam Ini Buat PM Kelihatan Lemah
Dah banyak kali tindakan Hafarizam macam nak sabotaj dari dalam. Kenyataan kononnya nak saman WSJ juga melalui input Hafarizam. Nak saman hari Selasa. Tak tahu tahun bila. 2016? 2017? 2018?
Bila benda macam ini berlaku, nampak macam ada ketakutan di pihak tertentu. Sebab itu, plan untuk tumpang glamer dan wibawa Tun Razak bermula 14 Januari macam tak menjadi. Letak gambar dalam facebook, merayap kena balun keliling.
Apa ni Hafarizam? Setakat itu sahaja Sdr boleh nasihat?
Projek masuk berbilion. Tapi tak ada nampak cara untuk bantu PM pun. Takkanlah dalam kes Ling Liong Sik pun nak nasihat supaya settle luar. Sudahlah tu, cakap pula klien tak mahu datang ke mahkamah.
Gentleman lah sikit. Settle isu secara berdepan. Apa nak tembak-tembak belakang ni. Ini bukan stail Panglima.
Bukan dalam isu WSJ dan Ling Liong Sik sahaja, banyak isu yang diurus oleh Hafarizam pun failed secara politik. Buang masa sahaja loyar mediocre macam ini. Cari lain lah.
Cari yang berani dan pandai sikit. Bukan jenis berlagak pandai. Cari yang betul-betul pandai.
Tengok Bagaimana Singapura Bekerja Urus Ekonomi
Tak tahu apa sebab, JKE macam bisu dan tuli. Mereka tak cadang apa-apa pun. Tak minta kerajaan buat apa-apa pun. Business as usual.
Sebab itu, kalau kata Wahid Omar nak ke depan jawab pasal TPPA, kerja dia sendiri dia tak buat. Sibuk dengan kerja orang lain.
Mana pergi nama-nama besar?
– Nazir Razak
– Azman Mokhtar
– Farid Alias
– K Govindan
– Nor Mohd Yakcop
Daripada biar mereka ini jadi bisu dan tuli, elok PM Najib lantik kalangan orang lain yang beri nasihat mengenai ekonomi.
– Dato’ Seri Vida Pamoga Qu Puteh (Chief Advisor)
– Terlajak Laris
– Azizan Osman
– Fizo Omar
– Mawar (Isteri Fizo)
– Anak Datuk Zahid Hamidi (kumpulan pakar berjaya)
Rasanya, mereka lebih boleh memberikan cadangan untuk kemajuan ekonomi. Boleh tak, kalangan Jawatankuasa JKE yang tak mahu buat kerja, letak lantikan dan buat kerja mereka sendiri.
Orang seperti TS Nor Yakcop, sudah tidak ada idea. Hanya mengutip kekayaan peribadi.
Cuba tengok bagaimana Singapura buat:-
Terus ada sub committee:-
1. Future Corporate Capabilities & Innovation
2. Future Growth Industries & Market
3. Future of Connectivity
4. Future City
5. Future Jobs & Skills
Ada pengkhususan. Setiap jawatankuasa ada tanggungjawab sendiri. Bukan main lantik ikut suka. Bukan lantik sebab nama.
Dah baik dengan Singapura, ambil lah mana yang baik.
Takkan ini pun spy Singapura ‘Lim Sian See’ tak bagitahu. Kedekut betul Cina IQ tinggi tu.
Alahai Zahid Hamidi….Alahai….
“Elaklah, agar tidak berlaku korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Harus ada titik pemisah kerana negara akan rosak kalau ada golongan seperti ini,” katanya semasa merasmikan Program Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata golongan seperti ini menjadi punca kepada pandangan negatif rakyat kepada ahli politik dan anggota kerajaan, serta menjejas peluang kepada golongan usahawan sebenar, terutama usahawan muda yang mahu bertapak dalam bidang perniagaan.
Berapa Kali Nak Kena Perbetul BAJET?
Maknanya apa bila kita selalu sangat perbetul belanjawan? Maknanya kita ini buat kerja setakat buat dan sekadar nak mengisi template yang ada.
Nak penuhkan sahaja ayat-ayat matematik supaya nampak kemas dan cantik. Isi? Biar kelaut pun tak apa. Asal jadi buku Bajet.
TS KSN dan TS KSP ini dua orang pegawai paling kanan dalam kerajaan yang wajar diberhentikan serta merta. Mereka tidak ada kemampuan menilai ekonomi dan lemah melaksana dasar.
Dok seronok ke sana ke mari dengan NBOS, padahal ekonomi negara lemah dan kacau.
PM, kalau ada kuasa, patut cold storage kan semua pegawai di National Budget Office (NBO).
Nama-nama berikut, patut dipindahkan ke agensi seperti JAKOA dan Jabatan Pembetungan.
– Siti Zauyah Md Desa
– Ramzi Mansor
– Razali
– Shukri
– Idwan Ariff
Ini semua kalangan yang tidak ikhlas dalam menyediakan bajet. Sengaja tidak ambil kira soal forecasting dan hanya pakai kalkulator sahaja.
Belanjawan/Bajet ini bukan isu mainan. Mesti ada kaedahnya. Statistik mesti diselarikan dengan kemampuan anticipate perubahan ekonomi dunia. Takkanlah MOF buat kerja tidak rujuk kepada MITI, MATRADE, ISIS, MIER dan sebagainya.
Jangan sombong kalau BODOH. Bertanya. Ambil tahu dan belajar.
Kalau PM tidak ambil tindakan, sekurang-kurangnya kepada pegawai kanan Bahagian Belanjawan yang lemah, insya’Allah akan berlaku lah lagi RECALIBRATION dalam masa terdekat.
Jangan lah terlalu baik Bapak PM. Yang salah dan lemah kena dibuang. Barulah ada perubahan.
Kalau setakat consolidate data, budak baru grad ekonomi pun boleh buat.
Tapi kalau nak kejar DATUKSHIP berilah kepada puak-puak yang bodoh ini. Laju. Termasuk Pegawai Khas TS KSP pun bersungguh nak cari DATUKSHIP.
Kalau tak pandai, minta tukarlah. Jangan makan gaji buta di MoF.
Maklum Balas Pembaca