Azmin Sedia Panah Politik Kepada Guan Eng?
Februari 22, 2016 at 11:57 am 1 komen
Keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menamatkan khidmat dua ADUN PKR dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu dibantah gara-gara berkecuali dalam usul dibawa ADUN BN pada sidang DUN, tahun lalu.
Free Malaysia Today melaporkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya akan mempertahankan tindakan dua ADUN terbabit.
“Biro Politik PKR buat keputusan, kita membantah sebarang tindakan terhadap Adun dan kita akan mempertahankan mereka yang menggunakan DUN untuk memberikan pandangan dan maklum balas.
“Mereka bukan buat fitnah tetapi sebagai ADUN mereka memberikan maklum balas dan pandangan. Perkara ini perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan,” katanya.
Semalam, Guan Eng dilaporkan menamatkan khidmat dua ADUN PKR, Ong Chin Wen dan Cheah Kah Peng dari GLC negeri itu gara-gara beliau sudah tidak mempunyai keyakinan kedua-duanya dapat berfungsi secara profesional dan berkesan susulan kes di sidang DUN Pulau Pinang, tahun lalu.
Entry filed under: DAP, Pakatan Rakyat, PKR, Uncategorized. Tags: DAP, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, GLC, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat, PKR, Timbalan Presiden PKR.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Azmin Sedia Panah Politik Kepada Guan Eng? | Berita Malaysia | Februari 22, 2016 at 12:04 pm
[…] Source:: gelagatanwar.wordpress.com […]