PKR Jadi Destinasi Impian Muhyiddin?
Mac 2, 2016 at 10:47 am 3 comments
Katanya, Dr Marzuki, orang kanan TSMY sudah beberapa kali bertemu dengan inner circle PKR. Merayu dan mencari nyawa politik baru untuk TSMY. Takkanlah, seorang mantan Timbalan Presiden nak masuk PKR dan hanya diberikan jawatan lantikan. Macam tak logik.
Seorang Menteri Besar juga dikatakan menjadi broker kepada usaha ini. Tak payah sebut nama pun ramai boleh agak. Orang kanan Muhyiddin buat sekian lama. Sejak zaman Yayasan Nurul Yaqien lagi.
Marzuki, Dato’ Menteri Besar, dan ramai lagi rakan-rakan mencadangkan TSMY untuk menyeberang seberapa cepat yang mungkin.
Sementara ada harga katanya. Kalau lambat sangat, semakin saham politik menurun. Bilamana menyeberang sahaja, maka akan adalah jawatan dan posisi yang menanti.
Pengarah Pilihanraya PKR Johor memang siap sedia. TSMY orang paling layak. Untuk menterbalikkan undi Melayu kepada PKR, TSMY adalah calon paling wibawa. Pagoh, Muar, Ayer Hitam, Kluang, Sekijang dan beberapa kawasan Parlimen ada peluang cerah untuk menang.
Deal yang perlu dilunaskan:-
– Siapa PM jika persetujuan ini OK? TSMY? Jika ya, baru ada jalan berbincang.
– Apa kedudukan TSMY?
– Bagaimana penerimaan Anwar?
– Apa kedudukan Azmin Ali?
– Apa KPI TSMY?
– Bantuan kewangan?
Kalau ini berlaku, kita akan tengok banyak pihak yang risau dan gentar. Ini game paling tinggi. Kalau jadi, memang politik Malaysia jadi caca marba.
Apa lagi yang nak ditunggu? Rayuan? TSMY kata tidak akan merayu?
Tunggu dipecat? Untuk apa.
Kita nak tengok Dr Marzuki kerja kuat sikit, bagi memastikan boss-nya dapat jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam PKR. Mesti segera.
Entry filed under: PKR, Uncategorized. Tags: Azmin Ali, Menteri Besar, Muhyiddin, PKR, TSMY.
3 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. veteran | Mac 2, 2016 at 1:05 pm
Tidak bijak jika TSMY masuk PKR.Elok TSMY kekal dlm UMNO dan bertanding lawan Najib pd AGM akan dtg.Baharu gentleman.Berdepan dgn Najib dlm gelanggang UMNO.
2. Man koboi | Mac 2, 2016 at 11:16 pm
Tak payah la nak racun.
Tsmy sebelum isu 2.6b ni pun dah kata dia dah penat. Nak rehat dan pencen awal.
Cuma bila meletop kes 2.6b yg tsmy tahu kemudian, dia terpaksa lah bangkit semula sebelum umno hancur di tangan najib.
He got nothing to lose la bro… dia cuma nak selamatkan umno. Bukan gila sangat nak kerusi atas mcm rosmah. So tak payah la nak sebar kan cerita yg di karut oleh pencacai najib
3. bajak | Mac 3, 2016 at 11:05 am
bn belum tentu berkuasa lagi lps pru 14 even tsmy jd pm…bye2 umno bn..masa untuk berubah…