Mahathir Sudah Tidak Ada Aura!!!
Mac 7, 2016 at 12:13 pm 2 comments
Anwar sudah membuat fatwa politik bahawa PKR dan parti politik lain, patut memberikan sokongan penuh kepada Tun Mahathir. Anwar kata, lupakan dendam lama, yang lebih penting adalah memastikan pimpinan yang ada turun, dan membawa perjuangan baru di Malaysia.
Kalau ikut logik Lim Sian See (bekas rakan kongsi Tony Pua), Mahathir ini sudah tidak ada nilai. Tak ada orang nak dengar cakap dia. Tak ada orang nak ikut. Spin biasa LSS? Muhyiddin pun tak mahu ikut Mahathir ooo….
Mahathir ini mana ada pengikut. Balik-balik yang ada Din Umie Aida, Zainal Gila Glamour dan ada lah dua tiga watak lain yang tak ada pengaruh.
Lim Sian See mungkin betul. Katanya, antara ahli politik yang bersama Tun M hari ini:-
– Lim Kit Siang
– Maria Chin
– Ambiga
– Mat Sabu
– Mat Taib
– Mustafa Ali
– Azmin Ali
– Sanusi Junid
– Zaid Ibrahim
– Liong Sik
Semua ini mereka yang tak ada power dan pengaruh sudah semakin rapuh. Apa nak takut. Kalau nak ikut nasihat Lim Sian See kepada ramai blogger, pengundi Melayu dan Cina sudah tak percaya sama Mahathir. Kita mesti belasah dia habis-habis.
Tak ada sebab nak takut dengan gerakan Mahathir ini. Lemah. Tak sampai 100 orang pengikut pun.
Kalau ikut logik Lim Sian See, ini semua tak akan berjaya. Setakat seronok sendiri sahaja.
Mungkin betul juga cakap partner Tony Pua ini, apalah sangat Mahathir. Tak ada kekuatan langsung.
Ini sebahagian warna-warni politik. Kita ini rakyat biasa. Kita perhati sahajalah. Ini bukan soal tua muda. Ini soal negara.
Kita tengok sahajalah apa akhirnya permainan ini.
Entry filed under: Mahathir, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Mahathir, Uncategorized. Tags: Lim Sian See, Mahathir, PKR, Tun Dr Mahathir, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Mahathir.
2 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Mahathir Sudah Tidak Ada Aura!!! | Berita Malaysia | Mac 7, 2016 at 12:23 pm
[…] Source:: gelagatanwar.wordpress.com […]
2. john | Mac 7, 2016 at 10:56 pm
Aku tengok Madey ni pergi mana pun rakyat berebut nak berselfie dgn dia.
Najib pulak bila turun nak kempen terpaksa upah rakyat datang nak penuhkan majlis.
Entah la… ayam mana la yg dah buta hati terlebih makan dedak.