Cartel Apa Yang Wujud di KBS???
Mac 22, 2016 at 5:08 pm 1 komen
Blog ini konsisten mengatakan, masalah utama negara kita bermula apabila kita ada mediocre menjawat jawatan tinggi di Kementerian dan Negara. Mediocre di peringkat TKSU. Di peringkat KSU. Hinggalah ke peringkat KSP dan KSN.
14hb Mac 2016 – KSN umumkan perlantikan empat orang KSU baru. Dua orang yang terlibat adalah daripada KBS.
Jamil Salleh – pergi ke KPDNKK
Lokman Hakim – jadi KSU KBS
Ada tak logik yang kedua-dua orang ini tak tahu apa yang berlaku dengan Tabung Amanah Sukan Negara? Logik?
Takkanlah KSU/TKSU pergi Opis asyik dengan program Fit Malaysia, sampai lupa dengan apa yang ada di bawah tanggungjawab mereka?
Gagal kenalpasti kelemahan Kementerian pun naik pangkat sampai KSU???
Kumpulan Wang Amanah Sukan ini, pada 2013 sahaja ada RM150,000,000.000. Takkanlah dua KSU/TKSU yang naik pangkat tak perasan?
KSN, kalau ada maruah, TARIK BALIK KENAIKAN PANGKAT KEDUA-DUA ORANG INI, sampai habis siasatan.
Nak songlap macam ini punya banyak, bukan kerja satu dua orang.
Kumpulan Wang Amanah Sukan ini kena approval MoF. Siapa yang approve?
Berapa lagi Tabung Amanah yang kena sakau kita tak tahu.
p/s: SPRM SIASAT SAMA PEJABAT MENTERI!!!
Entry filed under: KBS, Menteri Belia & Sukan, Uncategorized. Tags: Cartel, KBS, Kementerian Belia dan Sukan, KPDNKK, KSN, KSP, KSU, Menteri, SPRM.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Ridzuan | Mac 24, 2016 at 9:20 pm
Salahnya dlm kerajaan ni..hal2 kewangan tidak dijaga oleh Akauntan tapi PTD yg rata2 tiada kelulusan dlm accounting/finance. Semua SUB Kewangan Kementerian adalah PTD. Akauntan hanya duduk bawah telunjuk PTD.