Archive for April, 2016
Azmin Ali Patut Desak Kak Wan Bersara
Masalah dengan DAP, mereka bukanlah jenis yang terima alasan dan sebab yang diberi. Kepada mereka, DAP sepatutnya diberikan layanan istimewa. Tak boleh ada orang yang nak jatuhkan DAP.
Azmin hanya melaksana apa yang diinginkan oleh Ketua Ranting dan Cabang. Mereka mahukan calon PKR sendiri, dan Azmin terpaksa ikut.
Apabila Ketua Ranting dan Cabang telefon Madame President, tak ada jawapan. Call tak berjawab. Whatsapp tidak berbalas. Telegram tak ada respon.
Macamana nak buat lagi?
Untung Azmin ada untuk dihubungi dan dimaklumkan mengenai keputusan politik yang perlu dibuat.
Kalau dah macam ini keadaannya, ramai juga yang kata Azmin Ali patut ambil alih PKR dalam kadar segera.
Sebelum lebih jahanam, elok Azmin buat rampasan kuasa.
Kalau dibuat sekarang, rasanya Wan Azizah akan dimalukan. Tak ada sokongan.
Sebab itu ramai di Sarawak yang rasa Azmin sudah perlu jadi Presiden sebenar kepada PKR.
Bukan Madame yang tak tahu apa nak buat, blur dan bodoh dalam buat keputusan.
Tuanku Mungkin Sudah Bersabar Terlalu Lama…
Ini soal pemimpin yang berlagak hebat dan merasakan diri sudah sempurna. Raziff patut sedar diri, dia tidak berada dalam senarai pemimpin utama pun pada suatu ketika. Tapi ada lah pihak tertentu yang menjual namanya, sebagai seorang yang mudah mendengar kata dan tidak akan buat hal.
Tak sampai berapa lama, sudah banyak hal yang timbul. Banyak perkara pentadbiran yang pelik berlaku. Ada pula think tank yang tidak mahu mendengar pandangan pegawai awam negeri.
Ada bilik gerakan khas individu tertentu. Target mahu meletakkan Raziff sebagai salah seorang pemimpin nasional yang hebat.
Negeri belum terjaga elok, sudah ada cita-cita tinggi. Mahu letakkan diri sebagai pemimpin nasional.
Raziff patut muhasabah diri. Cari kelemahan. Bukan nak bergaduh dengan ramai orang.
Jangan berlagak macam awak pemimpin kuat, jika telur sudah di hujung tanduk. Jangan ikut cakap orang KL sangat, sebab mereka tak tahu isu sebenar di negeri.
Insiden ini bagus sebagai ubat kesombongan kepada pemimpin UMNO. Jangan berlagak sangat dengan jawatan. Humble sedikit.
Tengok contoh mereka yang kekal lama. Sebab apa? Sebab mereka tahu jaga adab dan sangat berhati-hati dengan Istana.
Mueller dan Penyakit Biasa Kenamaan Malaysia
Semua dinding di Malaysia boleh bercakap. Jadi, tak ada lah susah sangat untuk tahu bakal mantan CEO MAS itu ada masalah dengan isteri; dan seorang wanita lain.
Sebenarnya, Mueller kena tahu ini, isu terkantoi ada girlfriend ini bukanlah dosa besar kepada rakyat Malaysia. Benda biasa. Kalangan orang yang ‘atas-atas’ ini memang biasanya ada wanita simpanan. Apa yang peliknya.
Bukan sedikit Ahli Parlimen, Ahli Korporat yang mempunyai girlfriend. Ramai. Sesetengah itu tak boleh dikira. Hampir setiap negeri ada teman istimewa. Pergi ke Sarawak ada. Pergi ke Sabah ada. Pergi ke Johor ada.
Tapi orang Malaysia (pemimpin politik, khusuanya) pandai simpan. Mereka punya cover line cukup dahsyat.
Itu belum masuk mereka yang pakai cap dan rambut palsu sebab nak melampias nafsu di Jakarta. Itu pun ramai dan majoritinya masih menjawat jawatan tinggi. Tak perlu resign sebenarnya.
Mueller kena tahu, rakyat Malaysia sangat tenang dan gentleman dalam isu melibatkan wanita ini. Tak ada hal.
Ada yang terkantoi dengan cctv pun, masih mampu menang pilihanraya umum dan pilihanraya parti. Ada yang terkantoi dengan lelaki pun, masih dipuja setengah gila.
Mueller patutnya tak perlu resign. Jangan takut dengan isu macam ini. Kecil sangat. Kalau kencing berbilion pun boleh kami maafkan, apalah sangat kalau ada isu yang kecik macam ini.
Selesaikan tugas. Terus enjoy duit yang diberi Khazanah Nasional. Teruskan aktiviti biasa.
Aduhhh…takkan lah kerana benda kecik macam ini nak resign…
Melayu Mudah Lupa la Bro Mueller. Lu takut apa pasai?
Mueller – Apa Jadi Dengan Strategi Khazanah?
Khazanah jangan nak sengih dan senyum. Beri sebab sebenar kenapa Mueller buat keputusan macam ini? MAS sudah ada di jalan yang betul? Untung semakin besar?
Minta maaf cakap, bila anak TPM balun staff MAS, semua melompat. Konon marah. Tapi, yang perlu kita terima, layanan MAS bukan semakin baik. Malah makin tak senonoh. Apakah ini kejayaan Mueller?
Mueller juga bertanggungjawab melenyapkan beberapa laluan MAS yang terkenal. Semua dihilangkan. Atas sebab; kononnya berkongsi dengan penerbangan lain? Langkah tepat?
Kita nak ingatkan Khazanah, dalam MRP, ada 12 strategi yang hendak dilaksanakan. Apakah Mueller sudah laksana semua?
- NewCo dah ditubuhkan. Khazanah own 100 %. Kononnya tak mahu ada pihak yang terdedah dengan risiko? Apa RoI kepada usaha ini? Berjaya?
- Staff dah dibuang. Tinggal 14,000 orang. Ini angka paling munasabah kata Mueller. Dengan dia sekali pun belah? Apa cerita?
- Funding RM6 bilion dengan gearing 120 %. Ok semua?
- Consolidation operasi di KLIA? Sepenuhnya?
Perangai Khazanah untuk cari orang; kemudian lepas tangan ini tak membantu. Tak hands on langsung. Setakat hebat di atas paper.
Lepas hilang Mueller, siapa pulak nak Khazanah letakkan?
Kembalikan kepada kroni? Atau MAS memang akan diletakkan di atas bahu orang yang mampu mengembalikan kegemilangan airlines tersebut?
Khazanah kena transparent.
Beritahu rakyat apa sebab Mueller nak lepas jawatan begitu sahaja. Jangan selindung. Apa jadi sebenarnya dengan NewCo?
Mueller perlu bayar ganti rugi? Atau dia seronok sahaja belah setelah buat keputusan yang menjahanam MAS untuk jangka masa panjang?
Mudahnya Menjemput Orang Luar Menjaga Kedaulatan Negara?
Bajet? Ratusan juta. Paling baru, IGP minta RM50 juta bagi membina 2 forward base baru di kawasan sama. Jaminan keselamatan? Belum tahu.
Lebih menarik, apabila ada pemimpin yang mahu nampak hebat, mencadangkan agar beberapa negara dipanggil menjadi PEMERHATI kepada apa yang berlaku di sempadan Malaysia. Kononnya, bila ada negara lain, mereka boleh beri kita idea macamana nak tangani isu keselamatan.
Wow, kita perlu tenaga luar? Apa jadi dengan pimpinan keselamatan kita? Mana idea para Bapak Jeneral kita yang hebat-hebat? Mana kekuatan risikan kita? Mana kita punya teknologi eye in the sky? Apa jadi kekuatan maritim kita?
Kalau yang cakap ini, YB cabuk daripada kawasan pedalaman kita boleh terima. Tapi kalau orang nombor 1 MINDEF sudah menyerah kalah dan minta tenaga luar, nampaknya kita ini cepat penat dan mengalah.
Patutlah kita sibukkan diri dengan benda yang bukan prioriti. PLKN lah. NBOS lah. Keselamatan? Kita panggil negara luar jadi pemerhati. Mereka ada idea.
https://sg.news.yahoo.com/malaysia-enlists-singapore-aid-boost-sulu-sea-security-074300479.html
Putrajaya has requested Singapore to be an observer in the patrolling of the Sulu Sea amid several kidnappings by militants from southern Philippines, Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said today.
Isu keselamatan pun kita nak outsource? Apa jadi ni?
Jangan lah mudah sangat nak suruh orang luar jadi observer. Perlu tangani sendiri dulu. Bukan dengan mudah nak bagi orang luar masuk.
Pernah ke orang lain minta kita jadi pemerhati cara mereka handle keselamatan? Pernah ke Bapak Jeneral kita terima panggil telefon, ‘Bro, jom kita patrol sama-sama. Kita kan jiran’.
Payah kalau kita ada defeatist mentality dalam bab keselamatan ini. Mudah sangat nak buka sempadan.
Adenan Satem: Over Rated Politician?
43 % angka yang sangat baik. Consider rating PM yang setakat 11 %, Tok Nan dah dikira boleh jadi PM Malaysia. Tinggi tu. Kalau ikut strategi APCO-MicKinsey, Tok Nan layak diangkat jadi PM. Hanya perlu nak tambah 8 peratus untuk menang mudah.
Pilihanraya bukan ikut rating. Yang ajar ikut approval rating ini arwah JJ. Sekarang dia pun dah tak ada.
Soalnya, kenapa banyak isu yang masih belum selesai di Sarawak?
SUPP?
SPDP?
Teras?
Direct candidate?
Wrong judgement?
Katanya Tok Nan pun ada circle of advisors yang boleh tahan ramai. Ada circle Kuching. Ada circle Bintulu-Miri. Ada circle Chinese guild. Ada circle PBB.
Sudah ramai yang bandingkan, betapa Tok Nan masih tak mampu selesai banyak perkara asas di Sarawak. Politik masih belum menentu.
SPDP menunggu perubahan tindakan. Jika tak ada, something big will happen.
Inilah yang dikatakan, approval rating ini kadang-kadang over rated. Kita sangka kita hebat dan bagus. Ucapan tak pakai teks. Orang bertepuk ramai. Orang datang ramai. Tapi undi belum tentu.
Setakat ini, menurut seorang teman di Sarawak, PRN akan datang ini adalah PRN korporat. Ramai yang taja dan nak pastikan Tok Nan menang.
Projek berlambak untuk dibahagi sama rata.
Saham-saham syarikat Sarawak melonjak baik.
Naim. Hock Seng Lee. CMS. Jaya Tiasa. Ta Ann. Semua dapat nikmat.
Tapi boleh ke Tok Nan handle semua isu sebelum nomination. Nampak macam tak kemas.
Kita tengok macamana handal Tok Nan selesaikan isu. Jangan salah strategi sudah.
Arul Kanda Calon Direct Candidate BN
Level keyakinan itu memang tinggi. Katanya dah ada pemimpin yang cukup kagum dengan kepetahan Arul Kanda dalam menyelesaikan masalah 1MDB. Katanya, ada usaha di kalangan circle tertentu mahu Arul dibawa masuk ke kabinet dan menjadi calon dalam PRU akan datang.
Mereka kata, cara nak tanam isu 1MDB adalah dengan meletakkan Arul sebagai Menteri dalam set up kabinet akan datang. Maknanya, Arul kena bertanding dalam PRU14.
Kawasan mana?
Kalau ikut mereka yang confident ini, kawasan mana pun Arul boleh menang. Nak sedap lagi, suruh Arul lawan Tony Pua di Petaling Jaya Utara. Mereka percaya Arul boleh tewaskan Pua Kiam Wee.
Tony Pua pun menang tak banyak masa PRU13. 44,672 undi sahaja.
Kalau Arul boleh perjelaskan isu berbilion, takkan tak boleh nak dapatkan semula undi ribu ribu tu.
Kalau betul ini pandangan kumpulan tertentu, kita ucap tahniah.
Memang game changing betul strategi ni.
YB Khairy & Retorik Bangang
KJ bercakap soal kepentingan anak-anak tidak disua dengan habuan kewangan. Yang penting adalah persaingan.
YB KJ patut beritahu benda yang sama kepada semua Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di seluruh Malaysia, yang sentiasa menunggu HABUAN kewangan daripada KP UMNO Malaysia.
Merengek dan merajuk kerana tidak dibawa ke luar negara? Diatur pelbagai trip melancong ke luar negara.
Merengek dan merajuk kerana tidak dibawa ke umrah? Bawa dan aturkan.
Merengek kerana bil elektrik yang belum dibayar? Dibayarkan.
Merengek sebab kereta nak kena tarik? Diselesaikan.
Elok juga kalau YB KJ memulakan kepentingan perjuangan dan bukan HABUAN ini kepada Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Jangan jadikan mereka sapi politik yang sentiasa menunggu rumput Menteri KBS.
Khairi Jamaludin (KJ) memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas seminggu didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin parti itu atas kesalahan rasuah. KJ memperolehi 304 undi mengalahkan Khir Toyo (KT) (254 undi) dan Mukhriz Mahathir (232 undi).
304 undi itu dimenangi dengan cek RM30.00?
Atau 304 undi dimenangi dengan cek RM10.00?
Seorang perwakilan Pemuda tahun 2009 mengakui, dia mendapat collection lebih RM100,000.
Rasanya kurang-kurang 40 % daripada jumlah itu adalah sumbangan KJ.
Jangan pakai retorik PERSAINGAN bukan HABUAN itu YB. Loya teman.
PKR Semakin Bermasalah
Dia pun pelik. Sebab 2 tahun sebelum PRU13, almost setiap minggu ada mesyuarat strategik parti diadakan di PKR HQ. Macam-macam Jawatankuasa datang mesyuarat. Suasana ceria. Seronok. Masing-masing ada semangat berpasukan tinggi. Tak macam sekarang.
Kawan itu berkata, Kak Wan sendiri jarang jengah ofis. Kalau biasa tinggalkan RM2k untuk petty cash office setiap minggu, sekarang nak dapat RM2k sebulan pun payah. Kedekut semacam. Kalau hantar resit untuk claim, membebel 18 hari.
‘Cucu saya nak makan apa?’
‘Cucu saya nanti susah dan melarat tau tak’
‘Cucu saya nanti, kalau awak semua terus minta duit macam ini, boleh miskin’.
Balik-balik beri alasan cucu dia.
Semua orang tahu, harta Anwar Ibrahim dan Kak Wan, 16 keturunan tak habis makan. Oil and gas companies di US, masih makan dividen setiap tahun. Dividen bukan kecik anak.
Belum masuk kekayaan Izzah lagi. Berlambak.
Sementara Rafizi dan Azmin semakin rapat dengan Mahathir, Kak Wan masih jadi Presiden yang tak buat kerja.
Kajang pun tak jaga. PKR HQ pun tak jaga. Anwar pun jarang jumpa.
Eh, Kak Wan busy dengan apa ya? Atau Kak Wan busy dengan SIAPA?
Maklum Balas Pembaca