Archive for April 4, 2016
Penculikan di Sabah; Apa Jadi Dengan ESSCOM?
Kelemahan utama di ESSCOM adalah apabila bukan merit yang diutamakan dalam lantikan. Semuanya berasaskan kabel dan jauh dekat orang tersebut dengan Pejabat Menteri. Kalau rapat, dan dengar cakap, senang lah dapat jawatan di ESSCOM. Itu sahaja syaratnya. Pandai bodek, dapat.
ESSCOM ini bukan usaha ribuan dan ratusan ringgit. Ratusan juta. Malahan mungkin juga BILLION sejak ianya diumumkan. Dalam bajet 2016 pun PM sebut lagi.
Untuk 2016:-
– Tentera dapat RM17.3 billion
– Bajet mengurus sahaja RM13 bilion lebih
– Bajet pembangunan dekat RM4 bilion
– Tambah Littoral Combat Ships (Sabah la ni)
– Unmanned Airbone System (ratusan juta; komisen ok bro?)
– MARITIM dapat dekat RM800 juta (kamsen?)
– Belanja dekat ESSCOM sahaja dekat RM500 juta (asyuk?)
Soalnya, kenapa masih belum terurus dengan baik?
Atau ini berkait dengan cara kerja orang tertentu yang jarang ada di pejabat, tapi lebih seronok bekerja dari rumah?
Kepada mereka yang berkenaan, usahakan yang lebih baik.
Lebih kerap berada di lapangan. Jangan setakat seronok salam cengkok, tapi Malaysia asyik kena bedok.
Buatlah penambahbaikan.
Lantikan kena berasaskan merit. Bukan ikut siapa selalu datang sembah. Bukan ikut siapa selalu peluk dan salam cengkok.
Jangan sibuk dengan video klip yang tak seberapa. Tapi keselamatan Malaysia pun tak diperhati dengan baik.
Selalu-selalu lah masuk ofis. Bukan jauh pun.
Maklum Balas Pembaca