Panama Papers: Tak Salah Apa Nak Takut?
April 5, 2016 at 5:49 pm Tinggalkan komen
Kalau tak ada ambil duit rakyat, tak ada apa yang nak kena risau. Relak ajer. Ini Malaysia lah. Bukan negara maju.
Rakyat Malaysia ini jenis pemaaf. Tak ada hal. Kantoi main perempuan pun kita boleh maafkan. Setakat mencuri dua tiga bilion ini bukan benda besar lah.
Memang dalam tradisi kepimpinan orang Melayu, pemimpin mesti kaya raya. Mesti ada wang. Kalau tak ada wang, mesti ada kekuatan. Kalau ada ilmu sihir sikit, markah lebih tinggi. Kalau hensem sikit, lagi markah tinggi.
Tengok teks Melayu lama. Semua macam itu. Sulalatul Salatin, semua bincang tentang betapa kaya rayanya pimpinan Melayu pada waktu itu. Luar biasa.
Kalau ikut cerita, macam-macam yang kena dengar. Kalau ikut cerita. Betul belum tahu.
Jadinya, jangan lah gelabah semacam dengan Panama Papers ni. Wikileaks dulu pun macam tu. Korang ok ajer kan. Masih jadi Menteri. Masih ada makwe kat London. Betul?
Panama Papers ini, untuk politik Malaysia, macam kertas jamban sahaja. Tak ada makna. Korang masih berkuasa. Jangan risau.
Kami ni memang suka kena kencing. Lagi kamu menipu, lagi kami angkat jadi pemimpin.
Entry filed under: Panama Papers, Uncategorized. Tags: Cytro, duit rakyat, MELAYU, Menteri, Panama Papers, pemimpin, politik Malaysia, Yahudi.
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed