Archive for April 6, 2016
Nazif Najib dan Mossack Fonseca (MossFon)
Bagus dak Nazif ni. Jujur. Macam uncle dia yang di CIMB tu. Jujur dan sangat ikhlas. Cakap terus terang dan tak mahu selindung. Macam ni la bagus. Tak perlu sorok-sorok. Kalau ada, cakap ada. Walaupun sekarang tidak lagi, tapi maknanya PERNAH ada dan PERNAH terlibat.
Macam yang blog ini tulis semalam, apa nak takut kalau tak salah. Benda biasa. Semua pemimpin dunia pun ada akaun khas yang dijaga oleh syarikat asing. Kalau tak Mossack Fonseca, ada syarikat lain.
Kita bangga anak Melayu ada terlibat dengan MossFon ini. Makna apa? Maknanya kita maju dan setanding dengan orang lain. Kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan ramai orang lain di dunia.
Bukan sahaja Malaysia, MossFon pun ada uruskan syarikat di Israel. Hampir 600 syarikat Israel; dan 800 orang individu terkaya di Israel pun ada akaun di MossFon. Tak ke kita bangga kalau ada anak Melayu-Muslim yang setanding dengan Idan Ofer (individu terkaya di Israel). Kita patut rasa bangga.
Kalau Reza mencipta nama di Hollywood dengan filem ala-porn; Nazif pun tak mahu kurang. Setanding dengan hampir 850 shareholders dari Israel yang pernah ada akaun dengan MossFon. Ini pencapaian yang cukup cemerlang.
Kita ucap selamat maju jaya kepada Nazif. We are so proud of you bro! Sayang, Nazif tak pegang lama kepentingan dalam syarikat yang dibina oleh MossFon.
Jangan risau lah dengan isu macam ini. Kami ini pemaaf. Apa sahaja, kami akan maafkan dan beri sokongan.
Maklum Balas Pembaca