Archive for April 14, 2016
YB Khairy & Retorik Bangang
KJ bercakap soal kepentingan anak-anak tidak disua dengan habuan kewangan. Yang penting adalah persaingan.
YB KJ patut beritahu benda yang sama kepada semua Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di seluruh Malaysia, yang sentiasa menunggu HABUAN kewangan daripada KP UMNO Malaysia.
Merengek dan merajuk kerana tidak dibawa ke luar negara? Diatur pelbagai trip melancong ke luar negara.
Merengek dan merajuk kerana tidak dibawa ke umrah? Bawa dan aturkan.
Merengek kerana bil elektrik yang belum dibayar? Dibayarkan.
Merengek sebab kereta nak kena tarik? Diselesaikan.
Elok juga kalau YB KJ memulakan kepentingan perjuangan dan bukan HABUAN ini kepada Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Jangan jadikan mereka sapi politik yang sentiasa menunggu rumput Menteri KBS.
Khairi Jamaludin (KJ) memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas seminggu didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin parti itu atas kesalahan rasuah. KJ memperolehi 304 undi mengalahkan Khir Toyo (KT) (254 undi) dan Mukhriz Mahathir (232 undi).
304 undi itu dimenangi dengan cek RM30.00?
Atau 304 undi dimenangi dengan cek RM10.00?
Seorang perwakilan Pemuda tahun 2009 mengakui, dia mendapat collection lebih RM100,000.
Rasanya kurang-kurang 40 % daripada jumlah itu adalah sumbangan KJ.
Jangan pakai retorik PERSAINGAN bukan HABUAN itu YB. Loya teman.
Maklum Balas Pembaca