Archive for April 18, 2016
Adenan Satem: Over Rated Politician?
43 % angka yang sangat baik. Consider rating PM yang setakat 11 %, Tok Nan dah dikira boleh jadi PM Malaysia. Tinggi tu. Kalau ikut strategi APCO-MicKinsey, Tok Nan layak diangkat jadi PM. Hanya perlu nak tambah 8 peratus untuk menang mudah.
Pilihanraya bukan ikut rating. Yang ajar ikut approval rating ini arwah JJ. Sekarang dia pun dah tak ada.
Soalnya, kenapa banyak isu yang masih belum selesai di Sarawak?
SUPP?
SPDP?
Teras?
Direct candidate?
Wrong judgement?
Katanya Tok Nan pun ada circle of advisors yang boleh tahan ramai. Ada circle Kuching. Ada circle Bintulu-Miri. Ada circle Chinese guild. Ada circle PBB.
Sudah ramai yang bandingkan, betapa Tok Nan masih tak mampu selesai banyak perkara asas di Sarawak. Politik masih belum menentu.
SPDP menunggu perubahan tindakan. Jika tak ada, something big will happen.
Inilah yang dikatakan, approval rating ini kadang-kadang over rated. Kita sangka kita hebat dan bagus. Ucapan tak pakai teks. Orang bertepuk ramai. Orang datang ramai. Tapi undi belum tentu.
Setakat ini, menurut seorang teman di Sarawak, PRN akan datang ini adalah PRN korporat. Ramai yang taja dan nak pastikan Tok Nan menang.
Projek berlambak untuk dibahagi sama rata.
Saham-saham syarikat Sarawak melonjak baik.
Naim. Hock Seng Lee. CMS. Jaya Tiasa. Ta Ann. Semua dapat nikmat.
Tapi boleh ke Tok Nan handle semua isu sebelum nomination. Nampak macam tak kemas.
Kita tengok macamana handal Tok Nan selesaikan isu. Jangan salah strategi sudah.
Maklum Balas Pembaca