Archive for Mei, 2016
Hadi Jadi Hero; PM Najib?
Pas akan lambung Hadi tak cukup tanah. Hebat. Senyap tetapi berkesan. Tegas dalam tindakan. Strategis. Mendahului masa.
Katanya, beberapa negeri sudah memberikan talking points kepada pembahas. Semuanya puji-puji dan lambung-lambung.
Kita kena akui, secara taktikal Haji Hadi memang mendapat laba dan habuan politik yang mewah. Pembentangan Akta secara persendirian itu melambangkan betapa Hadi seorang negotiator yang luar biasa. Sampai PM pun perlu tunduk kepada sebuah parti yang tak mempunyai banyak mana wakil di Dewan Rakyat.
Soalnya, Najib dan UMNO apa pula untungnya?
Pas akan sokong Najib dan UMNO? Walaupun ada usaha, tapi nampak macam tak mudah. Pas akan beri laluan mudah kepada UMNO?
Apakah Sg Besar dan Kuala Kangsar ini sebagai ‘trade in’ kepada perjanjian luar biasa Hadi-Najib?
Kita harap PM Najib pun ada untung.
Bila desas desus penubuhan Borneo Block (47 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak) yang akan tolak pembentangan ini, di mana hero nya Najib nanti?
Tidakkah ini menampakkan PM sudah lose control of the political scenario?
Bila komponen BN pakat nak tolak secara bersama, kat mana harga diri seorang Pengerusi BN? Ok ajer?
Inilah masalahnya bila kita tidak strategik dalam tindakan. Selalu tertinggal kapal dan jadi defensif dengan masalah.
Kena faham juga, Pas secara tanpa sedar dah menunjukkan betapa FRAGILE nya kedudukan seorang PM. Bila tak ada nasihat yang betul, huru-hara jadinya.
Ini bukan lagi negara maslahah, ini sudah jadi negara masalah.
Datin Mastura Idea Siapa?
Kalau sebelum melangkah dah ada masalah, itu tandanya ada yang tak kena.
Blog ini merisik juga nak tahu siapa yang guna idea tampilkan isteri bekas Wakil Rakyat sebagai calon di Kuala Kangsar. Katanya, yang paling kuat melobi adalah seorang Naib Presiden. Dia yang berani beri jaminan, jika letak Datin Mastura, kemenangan sudah 90 % pasti.
Undi simpati dalam pilihanraya memang ada kalanya berguna. Outpuring of sympathy and despair, ada kalanya memang menjadi. Banyak dah terjadi sebelum ini.
Tapi soalnya apakah calon itu sendiri bersedia.
Mastura pun guna kad simpati. Tak cerita pasal khidmat. Tak cerita pasal kemampuan. Tak cerita pasal kesungguhan meneruskan khidmat Allahyarham suami dahulu.
Belum-belum dah kena balun soal iddah dan pengetahuan hukum agama. Sudah defensif. Sudahlah cuba raih simpati, defensif pulak.
Kita harap idea ini menjadi. Memilih wakil rakyat atas dasar simpati, memang tidak berdosa tetapi akan meletakkan calon sendiri dalam tekanan.
Selepas ini apa? Mastura nak bertanding apa? Ketua Wanita Bahagian? Nak jadi Exco Wanita UMNO Malaysia? Semua atas dasar simpati ke?
Arwah ada anak lelaki. Patut fikirkan lebih sempurna. Bukan tangkap muat macam ini
Tengok Kabel Politik Siapa Lebih Kuat
Yang sudah jumpa kiyai dan pawang pun ada. Pasang pendinding. ‘Kau ni, tok tengok ada peluang. Tapi kena tambah seri kepada muka. Kena letak pemanis’.
Katanya ada angin kuat, Pengarah SERANTA-FELDA Jabatan Perdana Menteri pun menyua muka kepada pemimpin parti. Walaupun bukan asal Sungai Besar, tapi kara masih kuat dengan grass roots. Buat kerja sejak 15 tahun lepas.
Cikgu biasa pun diangkat namanya.
Usahawan pun diangkat namanya.
Masing-masing dengan kabel masing-masing. Ramai yang beri komen, PRK ini musim menentukan lobi siapa yang lebih kuat. Lobi Hisham atau lobi Zahid? Atau lobi penasihat-penasihat lain yang ada.
Kuala Kangsar pun begitu. Katanya jangan tertutup sangat minda dengan calon anak tempatan. Mesti buka minda dan hati.
Blog ini sokong penuh kalau Azwan Bro hendak diketengahkan sebagai calon. Anak muda. Pemikiran profesional. Berkemampuan segala segi. Ada network yang utuh di peringkat negeri dan nasional.
Kalau nak calon luar, katanya ada Pegawai Khas Menteri yang juga pasang badan. Mahu juga disenarai pendek. Kalaupun tak dicalon, tapi nama menjadi sebutan, pun cukup.
Siapa calon, kena tahu siapa kabel di belakangnya. Mesti ada kabel.
Kita ucap selamat menjadi calon dan bakal calon. Semoga sukses.
Siapapun calon, jangan sampai pukul 11.30 pagi dah tahu kalah sudahlah. Penat bertanding ajer.
Rafizi Nekad Nak Tanam Azmin?
Apa dah jadi? Teruk benar permusuhan dalam PKR?
Kita semua tahu, Rafizi ini blue-eyed boy Anwar sejak lama. Memang Anwar sayang akan bakat Rafizi yang cemerlang dalam banyak perkara. Sebab itu, Rafizi disediakan permaidani merah bila mahu dimasukkan ke dalam politik.
Dijanjikan gaji lumayan. Kedudukan yang tinggi. Diberikan kemudahan. Dijaga sepenuhnya makan dan minum. Rafizi ini ibarat ‘ANAK LELAKI’ Anwar. Cukup ditatang bagai minyak yang penuh.
Ramai dalam PKR yang berkata, kalau Rafizi sudah attack Azmin, itu tandanya sudah ada blessing dari dalam penjara Sg Buloh.
Rafizi tak buat kerja bodoh, kalau tidak diberikan green light. Apatah lagi bila orang yang dilawan adalah Azmin Ali.
Nampaknya game ini adalah arahan dan percaturan Ketua Umum. Bukan game kecil anak.
Kalau Rafizi buat pendedahan pasal penawaran wang dan wanita di Selangor, itu maknanya Rafizi bersedia menanti balasan Azmin.
Jangan main dengan Azmin Ali. Kita tunggu apa rahsia Rafizi yang Azmin akan buka.
Rafizi better bersedia dengan tindak balas Azmin Ali.
Beberapa orang Exco sudah dipanggil mengadap Azmin untuk membantu usaha melawan Rafizi.
Memang meriah PKR ni. Lebih teruk daripada UMNO!
Siapa Calon PKR di Sungai Besar?
Calculation awal Unit Khas Strategi Pilihanraya PKR membawakan fakta, jika Pas dibenarkan bertanding, tidak kira siapa calonnya, kekalahan sudah pasti. Menurut angka PKR:-
– Jika Sallehen Mukhyi (tewas kurang lebih 3000 undi)
– Jika calon lain (tewas 5000 undi)
Calculation ini atas dasar pengundi Cina tidak akan beri undi kepada Pas. Lebih malang lagi, wujud tekanan agar mereka tidak keluar mengundi sama sekali. Jika ini berlaku, makna kata, BN akan menang dengan lebih bergaya.
Sebab itu, jika diasaskan kepada feel good factor kehadiran Azmin Ali, PKR mampu mencatatkan kemenangan di antara 2500 hingga 2800 undi jika calon yang dikemukakan adalah tepat dan dihargai rakyat.
Azmin mahu anak tempatan, muda dan profesional. Kalau kaji semula, di kalangan mereka yang aktif dengan PKR di Sungai Besar, Sekincan, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, adalah beberapa nama yang difikirkan baik. Tapi masih belum finalized.
Katanya ada usaha nak letak anak Anwar Ibrahim juga, tetapi masih belum mendapat perkenan Sungai Buloh.
Kita nak tengok sejauh mana handalnya Azmin Ali berunding dengan kawan-kawan Pas.
Azmin akan tunjukkan survey Merdeka Centre dan UMCEDEL mengenai kemungkinan ini. Undi Cina jadi penentu. Kalau tewas undi Cina, atau mereka tak keluar mengundi, BN seronok mendapat kemenangan mudah.
Surat Ke Penjara
Anwar kena realistik dengan keadaan politik. Walaupun sedih dengan keadaan beliau, Azmin hanya melaksanakan jalan politik yang dia anggap betul dan tepat.
Kalau harapkan c, jawabnya PKR sudah lama tenggelam dalam keadaan syok sendiri. Azmin mendekati Mahathir hanya kerana kepentingan politik. Takkan Anwar tak faham? Anwar dulu pun mendekati Mahathir pun di atas alasan yang sama. Jangan bohong. Personal interests.
Jangan bohong lah Anwar nak masuk UMNO, pada ketika itu, atas niat reform dan perubahan. It’s all about climbing the elitist game. Anwar yakin dia mampu melonjak diri di dalam game elitis UMNO. Guna duit rangkaian politik, termasuk Amerika. Melompat lah Anwar di dalam kerangka UMNO.
Tak usah cakap pasal REFORM la Brother Anwar. Geli mendengarnya.
Kalau ada benda yang paling penting untuk direform dan disuntik dengan semangat ‘accountability’ adalah orientasi seksual Anwar. Itu dahulu.
Semua ini tak akan terjadi kalau benda dalam seluar Anwar itu ada semangat reform dan akauntabiliti. Tak akan terjadi.
Malah game politik akan jadi lebih menarik bila Anwar ada benda dalam seluar yang berdisiplin.
Hari ini, sibuk menulis dengan ayat budiman. Konon dia lah manusia paling clean, bersih dan tak ada noda. Pii rah Anwar. Jangan berlagak baik.
Masalah dengan Anwar adalah ketiadaan semangat reform di dalam seluarnya.
If God is all love.
why is being gay harmful?
a sin is not love.
Sengaja blog ini letak poem ringkas mengenai gay. Mungkin Anwar pun boleh refleksi diri dan tengok di mana silap.
Jangan salahkan Azmin dalam gerakan politik mutakhir ini.
Azmin hanya jadi realistik. Bukan pelakon pembantu.
Payah Lah Kalau TPM Pun Kata RASUAH Punca Banjir Kilat
Ini tuduhan semberono atau apa? Zahid bukan macam ini. Zahid sangat hati-hati. Tak main tuduh semacam itu sahaja.
Bila Zahid kata, projek besar taja rasuah dalam Kuala Lumpur, projek mana yang Zahid katakan ini?
– Menara Warisan?
– TRX?
– MRT?
– Projek sekitar Mid Valley?
Be specific lah TPM. Jangan main sebat sahaja.
Bila Zahid kata rasuah, agensi mana yang terlibat?
– DBKL?
– JPS?
– Bomba?
– KPT?
Apakah ini bermakna TPM sendiri pun dah tak percaya dengan sistem kerajaan? Apakah teruk sangat corruption sampai TPM boleh main sembur macam itu sahaja? Tak ada political sensitivity langsung.
Menyalahkan rasuah ini memang mudah. Nak dapat markah cepat. Soalnya ada impak positif tak kepada kerajaan?
Cepat Benar Markah Politik Zahid Menurun?
Timbalan Perdana Menteri
Masih banyak isu yang belum selesai. Isu pekerja asing masih berlegar dan tak selesai. Yang kuat cocok Zahid supaya meluluskan pekerja asing dalam industri adalah Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong. MCA all out nak bawa masuk pekerja asing.
TPM dan Menteri KDN? Senyap dan tak tahu nak respon macamana. Nampak macam kena jilat ludah sendiri. Garang kononnya tak akan benarkan pekerja asing, nampak macam terpaksa tunduk juga kepada demand pihak industri.
Flip flopping Zahid memang teruk dan tak senonoh. Kerja media pun berserabut. Pegawai media sendiri mengakui Zahid memang susah dibentuk. Kurang bijak dan tak savvy dengan media.
UMNO
Dalam UMNO, ramai kalangan pemimpin UMNO yang merasakan Zahid tidak menonjol. Kerja politik banyak serah kepada pegawai. Pegawai pula jenis yang sombong dan tak mesra alam. Pilih siapa yang nak dijumpa.
Kejayaan PRN Sarawak tak ada markah untuk Zahid. Setakat gerakkan RELA dan Polis. Itu sahaja. Pemimpin Sarawak pun tak endah dengan Zahid. Kalau tak ada pun tak apa.
Kuala Kangsar
Zahid katanya akan diberikan amanah untuk menjadi Pengarah PRK Kuala Kangsar. Bila jadi Pengarah, antara yang Zahid demand, calon dan pekerja utama PRK mestilah orang yang dia percaya.
Zahid katanya tak gemar cadangan bawa Zambry bertanding di Kuala. Zahid lebih suka kalau Ramly Zahari yang bertanding. Bukan Zambry.
Sementara Zahid jaga Kuala, Hisham pula ditugaskan di Sungai Besar.
Ramai yang buat bacaan, ini cara Presiden untuk TEST politik siapa yang lebih sado dalam UMNO.
Zahid kena menang Kuala. Hisham kena menang Sg Besar.
Zahid tak boleh kalah di Kuala. Kalau kalah, katanya imej Zahid akan lebih hancur berkecai
Rasanya Tak Salah PDRM Pantau Kerabat
Kalau nak tinggal dan tidak pantau langsung pun tak boleh juga. Ini proses biasa. Anak raja. Anak kenamaan. Anak orang biasa. Jika ada risiko keselamatan ke atas tuan punya diri, wajar agaknya PDRM bertindak dan ambil langkah awal.
Ini bukan soal tak percaya atau meragui mana-mana Istana di Malaysia. Ini soal menjaga keselamatan. Kita semua sayang Duli Tuanku dan kerabat. Jadi kena benarkanlah PDRM jalankan tugas.
Ada fail di Bukit Aman tidak bermakna apa-apa. Patut rasa selamat, kerana ada fail khas dalam meninjau keselamatan diri dan keluarga. Ancaman ada di mana-mana.
Ini juga tak bermakna anggota keselamatan Istana tidak cekap. Tidak. Ini hanya bermakna, dalam soal keselamatan, terutamanya anggota keluarga Duli Tuanku, ada banyak layers yang digunakan kerajaan.
Jangan ingat orang yang berkeliaran di luar istana itu orang biasa. Tukang sapu sampah di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pun, mempunyai lesen keselamatan dan menembak tepat. Jangan main-main.
PDRM ambil tindakan pro aktif dan betul. Dalam isu keselamatan, semua lubuk dan kemungkinan mesti diteliti.
Kita patut lebih takut jika PDRM buat tak peduli.
Bila mereka pantau, itu tanda mereka sayang dan kasihkan Tuanku.
Mampukah GERAKAN dan MCA Lakukan Seperti SUPP?
Baguslah ada keyakinan, tapi kerja kena buat. Jangan seronok waktu menang, tapi tak nampak muka masa mendekati rakyat.
Perangai biasa MCA dan GERAKAN, dekat pilihanraya baru nampak muka. Selain daripada waktu itu, berseronok lah mereka dengan jawatan masing-masing di peringkat nasional.
Menarik, sebab MCA sudahpun tunda pemilihan parti kononnya selepas PRU yang akan datang. Perangai buruk MCA. Jaga punggung sendiri.
Asalkan Liow dan Wee Ka Siong selamat, mulalah tukar peraturan untuk pastikan diri sendiri selamat dengan jawatan.
MCA dan GERAKAN kena sedar, pemikiran kaum Cina di Sarawak lain macam. Tak serupa dengan pemikiran Cina Seputeh, Cina Jinjang ataupun Cina Serdang. Jangan ingat mudah sangat nak ikut resipi SUPP dan Dr Sim.
Liow patut tengok bagaimana Dr Sim bekerja. Sejak PRN2011, tak pernah berhenti dekat dengan rakyat. Buat macam-macam program, jengah rumah pengundi walaupun bukan wakil rakyat. Boleh Liow buat macam itu?
Liow kita tahu main politik selamat. Janji ada jawatan. Peduli pun dia tak kepada usaha perbaiki imej MCA.
Dengan imej setengah masak yang ada, sanggup lagi nak tangguh pemilihan lebih 2 tahun. Maka kekal lah wajah-wajah lama yang orang tak boleh nak terima.
Atas kertas, rasanya MCA dan GERAKAN akan padam dalam PRU akan datang.
Kecuali DAP ada buat mistake besar yang tak boleh dimaafkan.
Maklum Balas Pembaca