Archive for Mei 24, 2016
Rafizi Nekad Nak Tanam Azmin?
Apa dah jadi? Teruk benar permusuhan dalam PKR?
Kita semua tahu, Rafizi ini blue-eyed boy Anwar sejak lama. Memang Anwar sayang akan bakat Rafizi yang cemerlang dalam banyak perkara. Sebab itu, Rafizi disediakan permaidani merah bila mahu dimasukkan ke dalam politik.
Dijanjikan gaji lumayan. Kedudukan yang tinggi. Diberikan kemudahan. Dijaga sepenuhnya makan dan minum. Rafizi ini ibarat ‘ANAK LELAKI’ Anwar. Cukup ditatang bagai minyak yang penuh.
Ramai dalam PKR yang berkata, kalau Rafizi sudah attack Azmin, itu tandanya sudah ada blessing dari dalam penjara Sg Buloh.
Rafizi tak buat kerja bodoh, kalau tidak diberikan green light. Apatah lagi bila orang yang dilawan adalah Azmin Ali.
Nampaknya game ini adalah arahan dan percaturan Ketua Umum. Bukan game kecil anak.
Kalau Rafizi buat pendedahan pasal penawaran wang dan wanita di Selangor, itu maknanya Rafizi bersedia menanti balasan Azmin.
Jangan main dengan Azmin Ali. Kita tunggu apa rahsia Rafizi yang Azmin akan buka.
Rafizi better bersedia dengan tindak balas Azmin Ali.
Beberapa orang Exco sudah dipanggil mengadap Azmin untuk membantu usaha melawan Rafizi.
Memang meriah PKR ni. Lebih teruk daripada UMNO!
Siapa Calon PKR di Sungai Besar?
Calculation awal Unit Khas Strategi Pilihanraya PKR membawakan fakta, jika Pas dibenarkan bertanding, tidak kira siapa calonnya, kekalahan sudah pasti. Menurut angka PKR:-
– Jika Sallehen Mukhyi (tewas kurang lebih 3000 undi)
– Jika calon lain (tewas 5000 undi)
Calculation ini atas dasar pengundi Cina tidak akan beri undi kepada Pas. Lebih malang lagi, wujud tekanan agar mereka tidak keluar mengundi sama sekali. Jika ini berlaku, makna kata, BN akan menang dengan lebih bergaya.
Sebab itu, jika diasaskan kepada feel good factor kehadiran Azmin Ali, PKR mampu mencatatkan kemenangan di antara 2500 hingga 2800 undi jika calon yang dikemukakan adalah tepat dan dihargai rakyat.
Azmin mahu anak tempatan, muda dan profesional. Kalau kaji semula, di kalangan mereka yang aktif dengan PKR di Sungai Besar, Sekincan, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, adalah beberapa nama yang difikirkan baik. Tapi masih belum finalized.
Katanya ada usaha nak letak anak Anwar Ibrahim juga, tetapi masih belum mendapat perkenan Sungai Buloh.
Kita nak tengok sejauh mana handalnya Azmin Ali berunding dengan kawan-kawan Pas.
Azmin akan tunjukkan survey Merdeka Centre dan UMCEDEL mengenai kemungkinan ini. Undi Cina jadi penentu. Kalau tewas undi Cina, atau mereka tak keluar mengundi, BN seronok mendapat kemenangan mudah.
Maklum Balas Pembaca