Siapa Calon PKR di Sungai Besar?
Mei 24, 2016 at 12:21 pm Tinggalkan komen
Calculation awal Unit Khas Strategi Pilihanraya PKR membawakan fakta, jika Pas dibenarkan bertanding, tidak kira siapa calonnya, kekalahan sudah pasti. Menurut angka PKR:-
– Jika Sallehen Mukhyi (tewas kurang lebih 3000 undi)
– Jika calon lain (tewas 5000 undi)
Calculation ini atas dasar pengundi Cina tidak akan beri undi kepada Pas. Lebih malang lagi, wujud tekanan agar mereka tidak keluar mengundi sama sekali. Jika ini berlaku, makna kata, BN akan menang dengan lebih bergaya.
Sebab itu, jika diasaskan kepada feel good factor kehadiran Azmin Ali, PKR mampu mencatatkan kemenangan di antara 2500 hingga 2800 undi jika calon yang dikemukakan adalah tepat dan dihargai rakyat.
Azmin mahu anak tempatan, muda dan profesional. Kalau kaji semula, di kalangan mereka yang aktif dengan PKR di Sungai Besar, Sekincan, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, adalah beberapa nama yang difikirkan baik. Tapi masih belum finalized.
Katanya ada usaha nak letak anak Anwar Ibrahim juga, tetapi masih belum mendapat perkenan Sungai Buloh.
Kita nak tengok sejauh mana handalnya Azmin Ali berunding dengan kawan-kawan Pas.
Azmin akan tunjukkan survey Merdeka Centre dan UMCEDEL mengenai kemungkinan ini. Undi Cina jadi penentu. Kalau tewas undi Cina, atau mereka tak keluar mengundi, BN seronok mendapat kemenangan mudah.
Entry filed under: PKR, PKR Selangor, Sungai Besar, Uncategorized. Tags: Azmin Ali, PKR, Sallehen Mukhyi, Sungai Besar, UMCEDEL.
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed