Tengok Kabel Politik Siapa Lebih Kuat
Mei 27, 2016 at 9:44 am 1 komen
Yang sudah jumpa kiyai dan pawang pun ada. Pasang pendinding. ‘Kau ni, tok tengok ada peluang. Tapi kena tambah seri kepada muka. Kena letak pemanis’.
Katanya ada angin kuat, Pengarah SERANTA-FELDA Jabatan Perdana Menteri pun menyua muka kepada pemimpin parti. Walaupun bukan asal Sungai Besar, tapi kara masih kuat dengan grass roots. Buat kerja sejak 15 tahun lepas.
Cikgu biasa pun diangkat namanya.
Usahawan pun diangkat namanya.
Masing-masing dengan kabel masing-masing. Ramai yang beri komen, PRK ini musim menentukan lobi siapa yang lebih kuat. Lobi Hisham atau lobi Zahid? Atau lobi penasihat-penasihat lain yang ada.
Kuala Kangsar pun begitu. Katanya jangan tertutup sangat minda dengan calon anak tempatan. Mesti buka minda dan hati.
Blog ini sokong penuh kalau Azwan Bro hendak diketengahkan sebagai calon. Anak muda. Pemikiran profesional. Berkemampuan segala segi. Ada network yang utuh di peringkat negeri dan nasional.
Kalau nak calon luar, katanya ada Pegawai Khas Menteri yang juga pasang badan. Mahu juga disenarai pendek. Kalaupun tak dicalon, tapi nama menjadi sebutan, pun cukup.
Siapa calon, kena tahu siapa kabel di belakangnya. Mesti ada kabel.
Kita ucap selamat menjadi calon dan bakal calon. Semoga sukses.
Siapapun calon, jangan sampai pukul 11.30 pagi dah tahu kalah sudahlah. Penat bertanding ajer.
Entry filed under: Kuala Kangsar, Sungai Besar, Uncategorized. Tags: BN, Kuala Kangsar, PRK, Sg Besar.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Husin lempoyang | Mei 27, 2016 at 9:21 pm
Semua jenis yg dekat rumah tak ada cermin… macam si Bijan jugak