Archive for Jun 2, 2016
Sabotaj Imigresen Kerja Pegawai Bawahan Sahaja Kah?
Apa mungkin sabotaj yang dikatakan berlaku sejak 2011 ini dilakukan oleh hanya pegawai bawahan. Tak ada elemen pemantauan? Siapa yang bertanggungjawab sebenarnya? Kalangan yang berjawatan semua tidak bersalah?
Betul, tak ada teroris yang lepas. Semua PATI. Tapi rasanya kalau Pegawai Tinggi Imigresen lakukan pemantauan yang berkesan, benda ini tak berlaku sejak 2011. Pegawai yang bertanggungjawab dan amanah, dalam seminggu dua pun dia dapat tahu.
Atau sebenarnya Para Pegawai pun ada SAHAM di atas usaha sabotaj yang sangat licik ini?
Bukan nak kata, kalangan Pegawai Imigresen pun ada yang hidup melebihi kemampuan. Alphard baru. Vellfire baru. Benda biasa. Walaupun simpan di rumah siap balut.
Harap kalangan Menteri jangan memilih bulu dalam usaha tindakan. Kena pukul rata.
37 ini mungkin sahaja jadi mangsa kepada sistem yang lebih besar. Pegawai makan besar. Orang bawah makan kecil. Tapi bila kena, pegawai bawahan.
Cuba siasat betul-betul kalangan pegawai imigresen yang berkhidmat antara 2011-2016. Cuba siasat pendapatan mereka.
Cuba siasat harta benda mereka. Kalau nama dia ok. Siasat nama isteri. Siasat nama anak.
Kalau anak di universiti boleh bawa Mercedez, duit datang dari mana? Isteri tak bekerja.
Jangan kenakan orang bawah. Sedang jerung sebenar sedap-sedap di tempat lain.
Maklum Balas Pembaca