Posts filed under ‘Arul Kanda’
Arul Kanda Calon Direct Candidate BN
Level keyakinan itu memang tinggi. Katanya dah ada pemimpin yang cukup kagum dengan kepetahan Arul Kanda dalam menyelesaikan masalah 1MDB. Katanya, ada usaha di kalangan circle tertentu mahu Arul dibawa masuk ke kabinet dan menjadi calon dalam PRU akan datang.
Mereka kata, cara nak tanam isu 1MDB adalah dengan meletakkan Arul sebagai Menteri dalam set up kabinet akan datang. Maknanya, Arul kena bertanding dalam PRU14.
Kawasan mana?
Kalau ikut mereka yang confident ini, kawasan mana pun Arul boleh menang. Nak sedap lagi, suruh Arul lawan Tony Pua di Petaling Jaya Utara. Mereka percaya Arul boleh tewaskan Pua Kiam Wee.
Tony Pua pun menang tak banyak masa PRU13. 44,672 undi sahaja.
Kalau Arul boleh perjelaskan isu berbilion, takkan tak boleh nak dapatkan semula undi ribu ribu tu.
Kalau betul ini pandangan kumpulan tertentu, kita ucap tahniah.
Memang game changing betul strategi ni.
Belum Settle Lagi Arul; Lu Sudah Mahu Lari?
Perangai Arul ini tak ubah seperti perangai Idris Jala sewaktu di MAS. Nampak macam hebat. Daripada ‘merah’ kepada ‘hitam’ – istilah hutang dan perbankan. Tapi habis semua benda dijual sehingga MAS terkontang kanting dengan OPEX yang tinggi.
Bila MAS kononnya nampak baik, ada lah Penasihat bijak pandai yang mencadangkan nama Idris Jala untuk jadi anggota kabinet. Lantiklah Idris Jala. Jadi Menteri. Kemudiannya jadi CEO kepada PEMANDU. Tubuh macam-macam agensi, dan mendapat keuntungan daripadanya.
Sekarang ini, sudah ada kalangan Penasihat yang mahu Arul dijadikan Senator dan dibawa masuk ke dalam circle kerajaan. Mereka berpuas hati dengan kesungguhan Arul melawan Rafizi dan Tony Pua.
Malah Arul dikatakan wajah baru yang boleh dibawa masuk ke dalam kabinet.
Kita harap Arul tak lari mana. Kalau jadi Senator dan masuk kabinet lebih elok. Senang bila ada orang macam Arul. Suruh dia jadi Spokeperson kerajaan. Lawan Rafizi habis-habisan.
Kita harap Arul jangan lari. Habiskan kerja. Sekarang masih ada siasatan pihak Siwss, Hong Kong, Luxembourg, UK dan sebagainya. Bagi selesai semua lah kalau nak berhenti pun.
– Bandar Malaysia; dah dijual kepada China Railway Engineering Corporation
– Power Assets 1MDB sudah dijual kepada China General Nuclear
Apa lagi selepas ini. Kita harap konsisten dijual kepada China.
Dalam pada kita berdegar-degar cakap pasal HIDUP MELAYU, ini yang elok kita buat. Jual semua kepentingan kepada orang luar.
Maklum Balas Pembaca