Posts filed under ‘Azmin Ali’

Benarkah Azmin Tidak Taja Se-sen Pun Pilihanraya Kecil?

Atas nama ketelusan dan integriti, katanya MB Selangor tak mahu gunakan waima satu sen pun duit Kerajaan Negeri untuk aktiviti kempen sepanjang PRK Sg Besar. Tak ada lagi event besar-besaran. Semuanya tertumpu kepada perjumpaan dengan pengundi secara kecil-kecilan dan bertemu mata.

Apahal pulak MB Selangor ambil keputusan macam ini? Nak sabotaj siapa sebenarnya? Nak sabotaj diri sendiri ke?

Kita semua faham, Azmin sedang berdepan tuduhan yang berat oleh Setiausaha Agung parti. Bukan orang kecil. Setiausaha Agung parti buat tuduhan terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Timb Presiden. Pelik tapi benar.

Apa kaitan tuduhan Rafizi dengan tak mahu belanja kawan-kawan dalam kempen?

Nak suruh AMANAH pakai duit mana? Nak suruh DAP taja semua? Ini bukan contoh kawan yang baik.

RM9.6 juta boleh dibelanja untuk perbaiki pintu gerbang.

Takkan satu sen pun tak mahu belanja untuk masa depan politik.

Azmin kena ingat, kalau AMANAH tewas dalam PRK kali ini, susah juga nak jawab nanti. Kena pastikan AMANAH menang, walaupun hanya dengan 1 undi.

Berilah AMANAH bantuan kewangan sedikit. Kurang-kurang RM1juta. Nak pastikan kemenangan calon.

Kalau tak duit kerajaan pun, RM1 juta untuk Azmin ini celah gigi sahaja. Bagi lah AMANAH bantuan sikit.

Sekurang-kurangnya, boleh mereka pertahankan MB nanti.

Jun 6, 2016 at 2:18 pm 1 komen

Azmin Nekad, Jika Dia Jatuh – PKR Turut Runtuh

Azmin menerima nasihat daripada banyak pihak. Kanan dan kiri. Bagusnya Azmin, siapapun yang sudi memberi nasihat, dia akan terima dan nilaikan sendiri. Sepandai mana orang yang menasihat, Azmin hanya akan menggunakan keputusan sendiri.

Di mesyuarat inner circle biasa Azmin malam semalam, ada kumpulan yang khuatir dengan tindakan Rafizi. Nama Azmin akan tercalar teruk kalau bukti yang diberikan itu kredibel.

Masalah dengan Azmin, adalah nak handle banyak kumpulan PKR yang minta projek kanan dan kiri. Yang tak dapat, mulalah mengatakan ada company yang memberikan duit dan perempuan sebagai habuan.

Padahal, yang ambil itu bukan staff Azmin pun. Sesetengah tu pegawai bawahan yang perasan bagus. Terbabit semua kena.

Azmin jelaskan semalam:-

– Dia tak takut dengan usaha coup politik yang diketuai Kak Wan

– Azmin beri amaran, jika dia JATUH, dia akan pastikan PKR akan runtuh

– Azmin jelaskan tak ada rahsia dalaman yang dia tak tahu

– Mengapa ‘affair’ yang melibatkan anak kepimpinan tidak dibangkitkan

– Azmin sedia dedah dari mana duit PKR selama ini diperoleh

– Ada rahsia paling besar yang akan didedahkan jika dia dijatuhkan.

– Alang-alang mandi biar basah. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Meeting semalam habis awal daripada biasa. Katanya Azmin ada perjumpaan dengan beberapa kumpulan orang halus.

Kali ini Azmin tak akan simpan. Kalau dia jatuh daripada kerusi MB, Azmin akan gasak Istana Segambut kanan dan kiri.

Jangan main dengan Azmin Ali.

Dengan Azwan Ali boleh main. Azmin…jangan.

Jun 1, 2016 at 5:31 pm 1 komen

Azmin Ali Patut Desak Kak Wan Bersara

Rata-rata kawan PKR di Sarawak anggap Azmin Ali seorang leader yang berani. Tak cakap banyak, akan laksana apa yang dia anggap betul untuk parti. Sebagai Timbalan Presiden sebuah parti, Azmin ada alasan untuk menidakkan keputusan bodoh DAP. Sebagai pemimpin kanan, Azmin kena bertindak.

Masalah dengan DAP, mereka bukanlah jenis yang terima alasan dan sebab yang diberi. Kepada mereka, DAP sepatutnya diberikan layanan istimewa. Tak boleh ada orang yang nak jatuhkan DAP.

Azmin hanya melaksana apa yang diinginkan oleh Ketua Ranting dan Cabang. Mereka mahukan calon PKR sendiri, dan Azmin terpaksa ikut.

Apabila Ketua Ranting dan Cabang telefon Madame President, tak ada jawapan. Call tak berjawab. Whatsapp tidak berbalas. Telegram tak ada respon.

Macamana nak buat lagi?

Untung Azmin ada untuk dihubungi dan dimaklumkan mengenai keputusan politik yang perlu dibuat.

Kalau dah macam ini keadaannya, ramai juga yang kata Azmin Ali patut ambil alih PKR dalam kadar segera.

Sebelum lebih jahanam, elok Azmin buat rampasan kuasa.

Kalau dibuat sekarang, rasanya Wan Azizah akan dimalukan. Tak ada sokongan.

Sebab itu ramai di Sarawak yang rasa Azmin sudah perlu jadi Presiden sebenar kepada PKR.

Bukan Madame yang tak tahu apa nak buat, blur dan bodoh dalam buat keputusan.

April 26, 2016 at 3:52 pm 1 komen

Retorik Tender Terbuka Azmin Makan Diri

Sebagai antara pejuang asal REFORMASI, tak ada orang yang lebih faham mengenai reformasi dan perubahan selain Azmin Ali. Azmin ada from Day 1 di sebelah Anwar. Bila Anwar pilih asas-asas kerajaan “baik” kononnya untuk masa depan Malaysia. Azmin ada sebelah.

Azmin yang diterangkan mengenai maslahah. Soal kepentingan ummah. Soal PKR mengemukakan pentadbiran yang lebih unggul dan cemerlang. Soal menjaga kebajikan rakyat. Semua Azmin tahu. Semua Azmin dengar. Soal fiqh waqi’. Soal fiqhut taghyir. Semua Azmin faham.

Sebab itu, sebelum menjawat jawatan MB Selangor, Azmin sebenarnya antara orang yang paling galak bercakap pasal open tender dan bagaimana itu akan membantu kerajaan untuk jangka masa panjang.

Azmin juga belasah PM dengan isu tender 4G – yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni seperti Syed Mukhtar dan Packet One.

Soalnya sekarang, kenapa Azmin sendiri pun tak pakai tender terbuka? Kenapa mesti dahulukan syarikat enterprise? Kenapa mesti direct award?

Ini semua Allah nak tunjuk. Jangan cakap benda yang ko sendiri tak buat. Banyak kali Allah pesan dalam Quran.

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Shaff: 3

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. QS. Al-Shaf: 2

Sekarang ini Azmin adalah pemimpin PKR paling hipokrit dan tidak kotakan janji. Lebih teruk lagi, katanya Azmin bersekongkol dengan beberapa Ketua UMNO Bahagian di Selangor untuk faraidkan projek. Dahsyat.

Yang beri pun hebat. Yang minta pun hebat. Dengan Najib pun mintak. Dengan Azmin pun mintak. Janji dapat

Februari 24, 2016 at 5:15 pm 1 komen

CheguBard Musuh No 1 Pejabat Menteri Besar Selangor?

Pejabat MB semalam adakah mesyuarat tergempar kerana beberapa isu yang dikatakan tidak digemari oleh DSAA. Isu yang bukan dibangkitkan oleh musuh, tetapi kalangan orang dalaman PKR sendiri yang tidak berpuas hati.

Tenaga kerja Pejabat MB semalam melihat kaedah yang ada untuk menafikan cerita ini berpanjangan. Kalau dulu isu DEIG.

Sekarang ada isu yang melibatkan integriti DSAA sebagai MB Selangor.

Satu ‘Nota Arahan’ sudah dihantar ke Sungai Buloh meminta Anwar memainkan peranan untuk memastikan Chegubard diam dan tidak bersuara isu Selangor. Nota tersebut meminta jasa baik Ketua Umum untuk memanggil Chegubard dan memberikan kata dua mengenai kedudukannya dalam parti.

Dalam surat tersebut, dikatakan bagaimana serangan ini tidak membantu parti dan pimpinan PKR. Mahu tak mahu, PKR juga akan terpalit dengan isu ini.

Menariknya, apa perlu nota bantuan dihantar ke Sungai Buloh sedangkan Presiden Parti sendiri boleh dihubungi. Katanya, Pejabat MB sudah lama menganggap Presiden Parti sebagai Pejabat sunyi yang tidak penghuni. Buang masa.

Apa yang kita patut tahu, DSAA seperti yang blog ini katakan, mempunyai DNA yang lebih likat berbanding orang dalam UMNO.

Kerja ‘beli dan senyap’, kerja ‘ugut dan sentap’, kerja ‘bayar dan lenyap’ memang dah lama jadi mainan Azmin.

Ada juga di kalangan kepimpinan tertinggi yang minta parti berikan jawatan khas/bergaji untuk Chegubard.

Biar dia buat kerja kecam orang lain selain pemimpin PKR.

Tapi dengarnya demand Chegubard pun boleh tahan.

– Gaji sama seperti Rafizi

– Kereta

– Pejabat Khas

– Kebenaran membuat sidang akhbar

– Tidak mahu full time

– Turut dibantu dengan usahaniaga sampingan

Ini sudah demand orang UMNO. Rupanya PKR lagi teruk daripada UMNO.

Disember 17, 2015 at 8:14 pm 1 komen

Perhatikan Drama dan Gerakan Azmin Untuk Pastikan Izzah Tergelincir Daripada Senarai Ketua Pembangkang

The Selangor government will not approve the Petaling Jaya City Council (MBPJ)’s proposal to pay up to three months bonus to its staff.

The state government is seeking an explanation on the proposed payout which it has deemed as “excessive”.

This is because it was reported that of the council’s 1,409 staff, a total of 1,340 employees are said to have qualified for the three months payout.

When contacted, Azmin confirmed the decision. In a brief text he said he is in Sarawak and will seek an explanation from the council upon his return.

At last Friday’s Full Board meeting, MBPJ councilors voted 12-7 for the bonus payout; as well as a RM500 increase in allowances for councilors and assistant councilors who are currently paid RM1,500 a month.

———————-

 
Sebenarnya, minggu lalu juga berlangsung mesyuarat strategik pegawai Azmin untuk meletakkan boss mereka sebagai Ketua Pembangkang. Azmin rasa tak happy, apabila ada sms di kalangan pimpinan PKR yang mahukan Izzah diletakkan sebagai Ketua Pembangkang.
Azmin meletakkan beban kepada pegawainya untuk memastikan Izzah tidak meloncat ke tampuk kuasa.
Alasan Azmin mudah sahaja:-
i) Wan Azizah sudah tidak ada magnet politik
ii) Nepotisme perlu diketepikan
iii) Senioriti
iv) Power balance dalam parti
v) Pengalaman
vi) Kepimpinan Rakyat
vii) Keadilan Raya
Atas alasan di atas, Azmin mahu dirinya diletakkan sebagai Ketua Pembangkang dan membawa PKR ke pentas politik baru.
Dalam ucapan sewaktu bertanding Timbalan Presiden:-
“Pilihlah kepimpinan yang tegas, teruji, wibawa dan setia.

“Kita perlu mengelakkan factionalisme, kumpulan atau gabungan yang akan menyebabkan parti yang kita sayangi hancur berantakan. Bagi saya, seluruh anggota parti adalah pasukan saya di bawah naungan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kenapa kita perlu mencipta third force? Apa yang kita perlu hanya ‘one force’. Dan ‘one force’ itu ialah Keadilan! (PKR),”

———–
Isu gaji MBPJ ini hanyalah drama Azmin nak tampilkan diri sebagai pemimpin yang bersih. Sedangkan, cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis (semuanya dirancang awal) supaya Azmin boleh jadi HERO baru dalam PKR.
Kuat juga drama Azmin ni? Siapa Pengarah? Azwan Ali?

Mac 3, 2015 at 1:00 pm 2 comments

RM2.6 juta Yang Azmin Ungkit; RM7 juta Yang Bakal TSKI Sungkit?

Pemberian RM2.6 juta “golden handshake” kepada bekas pembantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan persoalan terhadap pembayaran lantikan politik dan sama ada ia mengikut prosedur sewajarnya.

Pembayaran tersebut dikritik kerana terlalu tinggi, terutamanya laporan mengatakan Khalid dianggap sebagai seorang yang kedekut dalam mentadbir.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat mekanisma sewajarnya dan polisi dalam pelantikan pembantu politik serta sama ada terdapat garis panduan prosedur apabila mereka meletak jawatan selepas bos mereka berhenti,” kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata wujud beberapa jawatan di peringkat persekutuan dan negeri yang perlu dibuat menerusi lantikan politik dan kontrak mereka mungkin termasuk syarat yang membenarkan “golden handshake” kerana ketidaktentuan politik.

“Mereka ini mungkin bersetuju untuk memegang jawatan tetapi ia satu risiko yang besar kerana ketidaktentuan politik pada masa akan datang dan bagi mengatasinya, kontrak mereka mungkin termasuk klausa golden handshake,” katanya.

…………………………….

Sekarang ini di Selangor, perang saudara memang sedang berlaku dengan dahsyat. Memang takkan ada orang yang selamat. Ini main tikam mati. Kalau dah mati, siram pulak dengan air limau. Tak ada simpati.
Perlantikan politik memang biasa. Di Selangor, ini sebahagian daripada usaha pembahagian harta rampasan perang. Ghanimah.
Azmin bawa masuk hampir 20 orang di dalam PKNS Holding pada suatu ketika. Surat Anwar jadi asas. Semuanya diluluskan. Tak ada dakwa dakwi.
Hanya selepas Azmin berperang dengan TSKI, barulah isu itu dibangkitkan. Sudahnya, 20 orang di dalam PKNS Holding terbarai. Semua orang Azmin.
Kali ini, RM2.6 juta pula jadi isu. Kalau Faekah dan kawan-kawannya pandai, semua surat Azmin dahulu mesti dikeluarkan semula. Permohonan itu. Permintaan ini. Kalau dilambak…Azmin pening kepala.

November 17, 2014 at 6:48 pm 1 komen

Azmin Ali adalah INDIVIDU KEDUA di dalam PKR Yang Bertaraf MAKSUM

PKR ini pada hakikatnya adalah sebuah parti yang sangat istimewa. Tahap taksub kepada pemimpin di dalam PKR ini tak jauh beza dengan kesetiaan rakyat Ayah Pin di dalam Kerajaan Langit. Sanggup buat apa saja.
Pada ketika ini, antara khabar dalaman yang bertiup kencang adalah sikap Azmin yang TERLALU mengikut cakap Anwar di dalam pentadbiran negeri. Anwar masih dianggap sebagai rujukan mutlak.
Ramai yang resah di dalam kepimpinan PKR. Resah kerana Azmin masih takut-takut. Semua benda kena rujuk kepada Anwar. Semua fail, perlu dirujuk ke Segambut untuk diminit dan disahkan. Siapa sebenarnya MB?
Sampaikan di dalam perlantikan perjawatan pegawai-pegawai MB pun perlu mendapat clearance Anwar.
Susah kalau macam ini.
Azmin masih belum mendapat tahap maksum dalam PKR. Apa-apa yang Azmin buat masih belum sampai tahap Anwar.
Sebab itu, Azmin selalu ingatkan orang-orang kanan beliau supaya banyak bersabar – sebelum taraf MAKSUM itu sampai kepadanya.
Apabila ditanya bilakah itu berlaku? Insya’Allah…hujung bulan ini.
Jika Anwar masuk ke dalam…Azmin lah penerima/pewaris tahap MAKSUM di dalam PKR.
Dengan dana RM3bilion yang ada, status MAKSUM ini akan Azmin peroleh dengan mudah. Tanpa sebarang masalah.
Apapun Azmin buat, tidak akan ada salah dan tidak tepat.
Sebab itu ada jawatan yang sengaja dilewatkan…supaya Anwar tidak mempunyai suara untuk menentukan siapa yang berada di dalam Pejabat MB. Jika Anwar tak jadi masuk, Azmin akan pakai strategi lain.
Lepas dapat status maksum, Azmin kalau nak main amoi pun dah ok. Tak salah. Mesti dikatakan fitnah.

Oktober 10, 2014 at 6:34 pm 1 komen

‘Tentera Politik Azmin Mula Menawan SUK’

Wah…bukan main lagi hari pertama masuk pejabat MB Selangor, Azmin ditemani oleh bala tentera yang agak besar; turut ditemani seorang bernama ‘Pak Tua’ yang dikatakan akan memastikan Pejabat MB dipagari daripada unsur-unsur gangguan mistik dari segala sudut.
Susun atur meja MB juga diteliti semula. Semua peralatan diperasap sebagai tanda menjauhkan musibah. Anggota khas keselamatan diminta membawa ‘tracker’ kalau ada saki baki cctv/rakaman yang ditinggalkan oleh TSKI.
Seorang bekas anggota keselamatan Singapura juga dijemput untuk melakukan semakan akhir. Hanya jika dia angguk OK, barulah Azmin boleh masuk dan memulakan tugas.
Blog ini pernah timbulkan, sewaktu perbicaraan kes sodomi Anwar di Jalan Duta, anggota keselamatan Anwar semuanya dari Singapura. Komando dan anggota Malaysia tidak boleh dipercayai. Mereka pakai Singapura punya.
Tak cukup dengan ‘Pak Tua’, seorang sami Hindu juga dipinjamkan kepada Azmin. Diimport dari Ijok. Khusus untuk membersihkan tenaga kotor yang ada di dalam pejabat MB.
Ada yang berseloroh, ada benda-benda yang sudah disulap dengan darah haid. Ini tak tahu betul atau tidak.
Azmin nampaknya ambil langkah yang selamat. Semua kaedah dijaga agar dia tidak buat silap. Yang lebih suka kalau Azmin buat silap, bukan orang UMNO Selangor, tapi pimpinan PKR sendiri yang akan buat kenduri.
15 orang kakitangan PKNS sebelum ini yang dipecat oleh TSKI katanya akan menjadi core group di Bangunan SUK. 3 orang speech writers. 4 orang perunding polisi. Beberapa orang yang ditugaskan menjadi pegawai khas yang sangat khas kepada MB Selangor.
Kita harap Azmin jangan gelabah sangat. Bawak rilek brader.
Bak kata Azwan Ali…
‘Amboi…Amboi….Amboi’….

September 24, 2014 at 6:28 pm 3 comments

Mengapa Azmin Penting Sebagai Lembaga Pengarah PKNS?

DUN Selangor menerima usul untuk menerima cadangan bahawa ADUN Bukit
Antarabangsa, Azmin Ali masih kekal dalam lembaga pengarah Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Cadangan itu terkandung dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas
mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang
diterima sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 20 tahun 2014 pada sidang
DUN hari ini.

Usul untuk menerima laporan itu dibuat ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim
bawah Peraturan Tetap 76(5).

Bagaimanapun cadangan itu akan dipertimbang Exco Selangor yang akan
memberi maklum balas rasmi mengenainya kepada Dewan kelak.

“Jawatankuasa berpandangan beliau masih lagi ahli perbadanan PKNS,”
kata Ng sewaktu membentangkan usul itu.

Ditemui pemberita kemudiannya, Ng berkata sesi pendengaran Selcat
sebelum ini mendapati pelantikan Azmin sebagai anggota pengarah
dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang sah
sehingga tahun 2014.

“Dalam surat (Exco) memang ada ditulis beliau dilantik sehingga 2014.

********************************

Menurut rakan di HQ PKR, Anwar cukup bengang dengan apa yang dilakukan
oleh Azmin dalam usaha mengekalkan tempat sebagai Lembaga Pengarah
PKNS. Anwar tidak gemar kerana Azmin berupaya menggunakan Sidang DUN
sebagai tempat meletakkan dirinya sebagai anggota Lembaga Pengarah.

Anwar tak lihat ini sebagai contoh ketelusan tetapi sebagai lambang
tamak haloba Azmin yang mahukan hak RM7 juta anak buahnya mendapat
kerja di PKNS dikekalkan.

Pada Anwar, ini adalah langkah Azmin memberi amaran bahawa dia mampu
mempengaruhi DUN untuk membuat keputusan apa yang dia mahu.

Jangan lupa, baru awal minggu ini Speaker DUN menolak soalan-soalan
ADUN Kajang yang gagal memenuhi peraturan mesyuarat. Katanya, insiden
ini memang tak dapat diterima Anwar.

Wan Azizah dimalukan Speaker. Azmin menggunakan DUN sebagai kubu. Ini
semua membuktikan di dalam DUN Selangor, Azmin adalah Chief
Strategist. Tak ada orang yang lebih power.

Malahan, ini memberikan indikasi, Azmin boleh jentik telur MB sampai
senak. Habislah, kalau Azmin konar. PKR ke parit.

Jun 19, 2014 at 1:05 pm 1 komen

Older Posts


April 2024
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Capaian Umum

  • 75,348,942 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada