Posts filed under ‘Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang’
Hadi Jadi Hero; PM Najib?
Pas akan lambung Hadi tak cukup tanah. Hebat. Senyap tetapi berkesan. Tegas dalam tindakan. Strategis. Mendahului masa.
Katanya, beberapa negeri sudah memberikan talking points kepada pembahas. Semuanya puji-puji dan lambung-lambung.
Kita kena akui, secara taktikal Haji Hadi memang mendapat laba dan habuan politik yang mewah. Pembentangan Akta secara persendirian itu melambangkan betapa Hadi seorang negotiator yang luar biasa. Sampai PM pun perlu tunduk kepada sebuah parti yang tak mempunyai banyak mana wakil di Dewan Rakyat.
Soalnya, Najib dan UMNO apa pula untungnya?
Pas akan sokong Najib dan UMNO? Walaupun ada usaha, tapi nampak macam tak mudah. Pas akan beri laluan mudah kepada UMNO?
Apakah Sg Besar dan Kuala Kangsar ini sebagai ‘trade in’ kepada perjanjian luar biasa Hadi-Najib?
Kita harap PM Najib pun ada untung.
Bila desas desus penubuhan Borneo Block (47 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak) yang akan tolak pembentangan ini, di mana hero nya Najib nanti?
Tidakkah ini menampakkan PM sudah lose control of the political scenario?
Bila komponen BN pakat nak tolak secara bersama, kat mana harga diri seorang Pengerusi BN? Ok ajer?
Inilah masalahnya bila kita tidak strategik dalam tindakan. Selalu tertinggal kapal dan jadi defensif dengan masalah.
Kena faham juga, Pas secara tanpa sedar dah menunjukkan betapa FRAGILE nya kedudukan seorang PM. Bila tak ada nasihat yang betul, huru-hara jadinya.
Ini bukan lagi negara maslahah, ini sudah jadi negara masalah.
Pas Terima Pelawaan Kerajaan Perpaduan?
Yang menjadi kerisauan orang UMNO, apa bentuk kerjasama yang Najib nak buat ini? Pas mansuh dan masuk UMNO? UMNO mansuh dan masuk Pas? Pas bersama dalam Barisan Nasional? Pas tidak akan bertanding sama sendiri dengan UMNO dalam PRU akan datang?
Apa bentuknya?
Nampaknya, orang UMNO sendiri cemas dengan idea kerajaan perpaduan ini. Yang nampak melonjak gembira adalah set agamawan dalam UMNO yang menganggap ini peluang mereka meningkat setakuk lagi dengan menjadi pemimpin pilihan, kerana ada credentials agama.
Bagaimana dengan orang Pas?
Kalau ikut komen yang diberikan oleh Nik Amar, bahawa perpaduan ini tidak boleh menjadi ‘perpaduan penyamun’. Ini adalah komen yang paling win dan bernas. Apa maksud pandangan ini? Apa rasa UMNO jika perpaduan ini dianggap sebagai ‘perpaduan penyamun’? Seronok?
Jangan main kelecek lagi. Cakap sahaja apa sebenarnya yang dimahukan. Kesatuan dalam bentuk apa?
Jika benar ada perpaduan, maka sesuatu yang besar mesti berlaku di beberapa buah negeri. Selangor dan Kelantan boleh jadi negeri pemula.
Soalnya, bolehkah itu berlaku?
Atau Pas hanya mahu menjadi ‘mesra’ kepada sebuah kerajaan yang boleh membantunya secara material dan projek.
Ustaz Pas pun dah pandai cari makan. Tak gitu?
Apa Mesej Haji Hadi Sebenarnya…
Kalau pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan pergi,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) hari ini.
“Saya tidak boleh buat keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti patuh kepada keputusan parti.
“Kalau parti kata tidak bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah.
“Dan di mana sahaja bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, Pekan lah. Kalau bertanding di Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
Barisan pimpinan tertinggi PAS Pusat yang turut bersama di dalam sidang media itu terus ketawa sebaik sahaja wartawan meminta Abdul Hadi memberi respons berhubung hasratnya untuk bertanding di Pekan.
Kalau mereka yang lama dalam PAS dan faham dengan lenggok bahasa Haji Hadi, pastilah tahu bahawa ada RAJUK di sebalik kenyataan Haji Hadi ini. Kenapa?
- Kebanyakan calon yang diketengahkan oleh Haji Hadi tidak diterima pakai oleh pimpinan tertinggi Pusat. Malahan ada beberapa nama dibuang terus oleh pimpinan tanpa mengambil kira kepentingan ‘politik’ Presiden;
- Haji Hadi terlalu rasa dibayangi menjelang PRU kali ini. Banyak keputusan tidak seperti dibuat di Ibupejabat PAS – sebaliknya di tempat lain (Tropicana, Pejabat MB Kelantan, Segambut dan Seputeh);
- Kecewa dengan sikap PKR yang tidak mahu mengalah dalam beberapa isu ‘swapping seats’ bersama PAS.
- Presiden tidak lagi berfungsi dan mempunyai kuasa pemutus;
- Kalangan Naib-Naib Presiden PAS juga boleh mengambil pendirian sendiri dan tidak lagi memihak kepada Presiden dalam segenap hal strategi politik;
- Perli kepada Anwar Ibrahim supaya tidak senang lenang bertanding di Permatang Pauh – harus berani berdepan dengan pemimpin UMNO yang lebih kuat;
Haji Hadi pakar retorik dan ilmu mantik. Apa Haji Hadi cakap, tidak semestinya apa yang dia sebenar-benarnya rasakan. Ini semua perlu dipelajari oleh pemimpin Malaysia. Mesej hadi sangat jelas, biar dia KALAH melawan dengan orang yang paling kuat – daripada TERBENAM akibat tikaman rakan-rakan dalam PAS sendiri. Haji Hadi kecewa, kerana pada ketika ini, PAS sedang berada zaman politik sangat jahiliyyah – sehingga sanggup memBONEKAkan seorang Presiden Parti.
Ini mesej yang lebih dalam daripada kenyataan Haji Hadi.
Anwar jangan terlampau suka – andai kata Haji Hadi buat keputusan untuk KONAR nanti; merudum Pakatan Rakyat!
Maklum Balas Pembaca