Posts filed under ‘Khairy Jamaluddin’
YB Khairy & Retorik Bangang
KJ bercakap soal kepentingan anak-anak tidak disua dengan habuan kewangan. Yang penting adalah persaingan.
YB KJ patut beritahu benda yang sama kepada semua Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di seluruh Malaysia, yang sentiasa menunggu HABUAN kewangan daripada KP UMNO Malaysia.
Merengek dan merajuk kerana tidak dibawa ke luar negara? Diatur pelbagai trip melancong ke luar negara.
Merengek dan merajuk kerana tidak dibawa ke umrah? Bawa dan aturkan.
Merengek kerana bil elektrik yang belum dibayar? Dibayarkan.
Merengek sebab kereta nak kena tarik? Diselesaikan.
Elok juga kalau YB KJ memulakan kepentingan perjuangan dan bukan HABUAN ini kepada Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Jangan jadikan mereka sapi politik yang sentiasa menunggu rumput Menteri KBS.
Khairi Jamaludin (KJ) memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas seminggu didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin parti itu atas kesalahan rasuah. KJ memperolehi 304 undi mengalahkan Khir Toyo (KT) (254 undi) dan Mukhriz Mahathir (232 undi).
304 undi itu dimenangi dengan cek RM30.00?
Atau 304 undi dimenangi dengan cek RM10.00?
Seorang perwakilan Pemuda tahun 2009 mengakui, dia mendapat collection lebih RM100,000.
Rasanya kurang-kurang 40 % daripada jumlah itu adalah sumbangan KJ.
Jangan pakai retorik PERSAINGAN bukan HABUAN itu YB. Loya teman.
KJ – Don’t Be Too Populist. Watlek Watpis.
Menteri Belia & Sukan GAGAL Lagi di Sukan Asia?
IN telling the national Asian Games contingent to forget about the eight-gold official target, Sports Minister Khairy Jamaluddin sought to ease the burden of public expectation on the athletes.
After four years of preparation and millions of ringgit spent, the minimum target set for the 280 athletes headed for Incheon is one less than the nine won in Guangzhou in 2010.
While abhorring official targets, Khairy justified the eight-gold number on the basis of detailed analysis of the strengths and weaknesses of the national athletes vis-a-vis their continental rivals.
The joint analysis done by the Olympic Council of Malaysia, National Sports Council, National Sports Institute and 25 national sports associations also involved factors including current and past results, the strength of the field in Incheon and Malaysia’s reliance on a select few sports for medals.
However, eight gold medals would mean a halt to the steady improvement over 20 years shown by Malaysian athletes since 1990, culminating in a best-ever nine-gold haul in 2010.
It took Malaysian athletes 40 years in Doha in 2006 to top the-then record of seven gold set in 1966.
“A proper measurement of performance is needed rather than merely counting the number of gold medals,” said Khairy after handing over theJalur Gemilang to chef-de-mission Datuk Danyal Balagopal in Putrajaya yesterday.
—————
Apapun yang nak diperkatakan, Menteri Belia & Sukan yang selalu dianggap oleh Ah Jib Gor sebagai Menteri yang paling ‘performing’ di dalam kabinetnya pada ketika ini, masih gagal membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang diharapkan.
Bagi menafikan kepentingan PINGAT EMAS, Menteri Belia & SUKAN mengatakan itu bukan penentu yang muktamad.
Menteri suruh rakyat tengok kepada OVERALL PERFORMANCE. Bukan pingat semata-mata.
Soalnya, dalam mana-mana badan sukan, target mestilah diletakkan kepada jumlah emas. Tak perlu lah alih tiang gol YB Menteri.
Pertamanya, akui kelemahan. Nak kata Menteri tak terlibat langsung dalam penentuan jumlah pingat tak boleh juga kan. Dipersetujui di Pejabat Menteri.
Ah Jib Gor rasanya terlalu seronok dengan kepandaian YB Menteri ini berzumba hinggakan tak nampak kelemahan.
Kebanyakan jawatan di agensi-agensi KBS, sudah dihuni orang-orang YB Menteri yang tidak ada basic sukan langsung. Pegang bulu tangkis pun jarang, tetapi mahu diletakkan di takhta yang tinggi.
Projek-projek kecil di KBS, ISN dan sebagainya dibolot oleh 2/3 company yang rapat dengan individu tertentu.
Lepas ini boleh berzumba lagi. Berzumba dengan cerita kegagalan yang tidak pernah habis.
From KHAIRY CHRONICLES to KHAIRY’ WISDOM.
Pertama, saya tidak percaya pada paksaan. Sebagai Menteri kita tidak boleh paksa sesiapa yang kerja di kementerian kita untuk menyokong kita. Apatah lagi penjawat awam. Kita kena hormati mereka sebagai profesional dan selagi mereka memberi kerjasama yang baik dan menyokong dasar kerajaan semasa (government of the day) dan tidak membawa apa-apa unsur politik dalam tugasan harian mereka, kita perlu kekalkan hubungan yang mesra dengan mereka.
Ada yang berpendapat bahawa penjawat awam mesti sokong parti kita. Kalau tak sokong parti kita, mereka patut dibekukan laluan kerjaya. Saya rasa ini tidak adil pada penjawat awam. Kita kena hormat prinsip keberkecualian penjawat awam atau civilservice neutrality. Tugas mereka berbeza dengan pengangan politik mereka.
Mungkin ada yang berfikiran konservatif yang tidak boleh terima pandangan saya ini. Bagi mereka, apa yang penting adalah kesetiaan total. Saya rasa pandangan sedemikian agak kuno pada zaman sekarang.
Pendekatan saya berbeza. Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela. Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner sokongan kalau itu cuma satu lakonan? Kalau begitu, dalam pilihanraya nanti kita menang sorak, tapi kerajaan tergadai. Tetapi kalau kitamenjalankan tugas dengan baik, penuh amanah dan rajin buat kerja, saya yakin mereka akan mempunyai tanggapan yang lebih positif pada kita. Inilah cara yang betul. Bukan politik paksa memaksa yang tidak menghasilkan sokongan hakiki pada kita.
Selepas ini mestilah ada yang cakap “KJ nak promote gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, bla bla bla.” Jangan cetek sangat. Saya dah kata, penjawat awam mesti jaga tataetika, kerahsiaan dan segala peraturan perkhidmatan awam. Kalau ada yang bocor maklumat atau yang membawa pegangan politiknya ke pejabat, boleh dan harus diambil tindakan. Tetapi bagi mereka yang profesional dan hanya mahu buat kerja berkhidmat untuk negara, janganlah kita ada sangkaan yang buruk pada mereka atau cepat label mereka.
Tiada siapa yang boleh baca hati manusia. Kalau kita paksa orang menyokong kita, tak tentu mereka sokong kita. Hanya melalui teladan kita sebagai pemimpin akan orang menilai kita.
KJ Gagal di Glasgow. Terima hakikat. Apa Kata KJ Lantik Norza Menteri Mentor Belia dan Sukan.
As Glasgow 2014 came to a close last night, Singapore was ranked 11th in the medal standings with a haul of eight gold, three silver and four bronze while Malaysia came in at 13th place with six gold, seven silver and six bronze medals.
Malaysia’s gold medals came from badminton, squash and weightlifting while Singapore won gold medals in table tennis and shooting.
The decline in Malaysian sports first began with football, then hockey, and now the nation has to swallow its pride as tiny Singapore bettered the Malaysian athletes at the Commonwealth Games.
Despite the millions pumped into the various sports, more than the total amount spent by neighbours Vietnam, Myanmar, Laos or Singapore, the future looks bleak for Malaysian sports.
To rub salt in the wound, Malaysia failed to meet its seven-gold target. And among other disappointments for the Malaysian Commonwealth team was the thrashing at the hands of England, New Zealand and even Trinidad and Tobago in hockey.
But possibly the most painful is ‎having to concede defeat to Singapore in the overall medal standings, despite Malaysia boasting a superior tradition and culture in sports.
One reason for Singapore’s good performance was attributed to the teams being better prepared given that they will be hosting the Sea Games next year.
In the case of Singapore’s performance at Glasgow 2014, six of the eight medals came from table tennis, which were mostly competed by naturalised Singaporean Chinese.
—————————————–
KJ memang Mat Merit. Semua cakap bab merit. Semua mesti berasaskan meritokrasi. Mana boleh main ambil suka-suka. Lantik suka-suka.
Sekarang ini Menteri Belia dan Sukan kena terima hakikat bahawa dia GAGAL mencapai misi 7 emas seperti yang diperkatakan sebelum Glasgow bermula. Gagal tetap gagal bro. Jangan berdalih.
Kalau ikut cara KJ selesai masalah, semua ini boleh diperbaiki dengan melantik seorang Mamat Bodek bernama Norza Zakaria.
Jangan KJ berdalih, KJ mahu Norza dalam BAM. KJ mahu Norza dalam FAM. KJ mahu Norza di ISN. Kalau boleh Norza pegang MSN dan jadi pegawai semua jenis sukan.
Wake up bro. Cari orang lain. Norza belum tunjuk apa-apa bukti bahawa dia mampu mengurus Sukan pun. BAM? Banyak kerja Tengku Mahaleel. Norza hanya kebetulan berada di India sewaktu Piala Thomas. Itu sahaja.
Lepas ini boleh lantik Norza pegang Persatuan Sepaktakraw, Tinju, Lawn Bowls, Taekwando, Judo, Ragbi…semuanyalah.
Kalau itulah penyelesaian gaya KJ, tidaklah Oxford sangat kaedah menantu Pak Lah ini. Ikut kroni juga. Bukan merit.
Orang Melayu dan Keberhalaan Politik
Anwar Ibrahim adalah contoh bagaimana pemimpin yang diangkat seperti berhala politik akan menjahanam parti. Anwar, pada tempoh hebatnya, adalah BERHALA kepada orang Melayu/UMNO. Berhala sebab Anwar ada segalanya. Ada pakej. Ada duit. Ada pengaruh.
Pada ketika ini, UMNO sedang berada dalam fasa baru politik berhala. Politik sembah hormat dan akur.
Dua nama yang hampir menyamai kehebatan Anwar adalah Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin. Dua nama ini sudah membina empayar dalam UMNO. Empayar yang dibina berdasarkan kekuatan ongkos, fulus dan wang.
Terus terang, kita akan kembali kepada zaman itu. Zaman apa yang Anwar suarakan itu adalah benar dan maksum. Tak boleh salah. Dia adalah segalanya kepada orang Melayu.
Hari ini, Zahid Hamidi sudah sampai ke tahap yang sama. Hari ini, hampir 60 orang agen politik Zahid sedang bersuka ria di London. Membeli belah di Harrod. Berjalan di Oxford Street. Ditemani oleh gadis Kaukasia di beberapa bar di London. Syukur. Rezeki mereka.
Balik nanti, mereka perlu berfikir bagaimana memastikan Muhyiddin meletakkan jawatan awal daripada jadual. Kepimpinan Muhyiddin pun kelihatan lesu dan lemah. Tak ada arah. Melawat anak di USA pun menggunakan wang kerajaan, sambil kononnya mengadakan lawatan berjumpa students. Zahid sedang kumpul isu.
KJ pun meniti jalan sama. Apa KJ cakap adalah benar belaka. KJ jika ditegur, maka akan bertempiaranlah monyet politik untuk mempertahan bos mereka.
Kepimpinan Anwar, Zahid dan KJ diasaskan oleh sumber kewangan. Jika Abrar menjadi banker Anwar, Zahid dan KJ juga ada banker sendiri. ECM Libra jadi banker KJ. Kali jadi PR Officer.
Jika inilah mentaliti orang Melayu, tak hairan bagaimana Harun Mat Saat @ Tuhan Harun boleh collect sampai 200 juta dan tinggal di rumah mewah. Dalam UMNO, kita tak ada Tuhan Harun. Yang ada, Tuhan Zahid dan Tuhan KJ.
Dengan duit ratusan juta, tak mustahil Tuhan Harun masuk bertanding jawatan tertinggi pemilihan akan datang. Lengkap. Tuhan Zahid. Tuhan Harun. Tuhan KJ. Maju UMNO.
Maklum Balas Pembaca