Posts filed under ‘Perdana Menteri’
Sarawak Report cuba nak main perang psikologi dengan mengatakan ada 37 caj tuduhan yang akan dikenakan terhadap PM. 37! Tak tahulah mana SR dapat sumber ini, tetapi cukup bodoh untuk SR menggunakan angka ini.
Kredibilitui SR merosot teruk. Sangat teruk. Apabila SR menggunakan angka yang berlebihan seperti ini, ianya membayangkan kebodohan melampau portal tersebut. Kita ingat SR ini hebat dan ada stature tersendiri. Rupanya terpedaya juga dengan permainan minda orang.
Katanya ada grup email blogger pro-Najib yang sengaja sebarkan angka 37 ini. Kononnya dapat tip off daripada sumber dalaman SPRM.
Satu email dihantar ke SR. Sengaja nak tengok samada SR akan guna dan jatuh dalam permainan yang sama.
Nah, SR pun guna dan cuba sebarkan dakyah yang sama.
SR patut lebih hati-hati dengan perkara ini. Jangan ikut sahaja email yang entah datang dari mana.
Game nak musnahkan SR (secara halus) ini katanya perancangan hebat pakar ICT di PMO. Kita pujilah strategi Dato’ muda ini. Cukup hebat.
Tak sia-sia PM hantar ke luar negara kalau pandai macam ini.
Tak usahlah 37. Nak lepas 2 kes pun berat.
Januari 19, 2016 at 12:02 pm
Katanya, bukan main lagi PM ingatkan semua Kementerian untuk berjimat cermat, tidak lagi menggunakan wang rakyat sesuka hati. Apa yang patut dikurang, kena kurangkan dengan sebaik mungkin. Musim ekonomi tengkujuh katakan.
Baguslah nasihat ni. Sangat bertepatan. Patut ini lah nasihat yang diberikan masa ucapan Tahun Baru. Ingatkan rakyat, kita sedang berhadapan dengan situasi sukar. Sampai CIMB sendiri pun kata, kita sedang ada dalam masalah ‘fiscal bind’.
Cuba selidik dalam perbelanjaan kerajaan, mana Jabatan/Kementerian yang terkenal dengan ‘pomp, pageantry and grandeur’ ini? Kalau masa Kak Ijat jadi Menteri, ini memang dia punya kemahiran. Semua benda mesti ada kaler ungu. Mesti lantik event consultant yang kawan dia punya. Mesti ada feng shui.
Tapi kebelakangan ini, antara yang paling galak MENJUAL kejayaan yang tidak setinggi mana adalah PEMANDU. Semua program PEMANDU mesti grand dan hebat. Mesti ada elemen grandeur. Kalau tidak bukanlah PEMANDU namanya.
Elok dibubarkan sahaja PEMANDU yang entah tak tahu apa lagi sumbangan kepada kerajaan. NKRA pun dah tak berbunyi. Report apa pun dah tidak ada bunyi.
Inisiatif yang pada perasmiannya memang grand, sekarang sudah jadi program layu dan tidak ada halatuju.
Apa dah jadi?
Mana pergi Delivery Management Office (DMO?)
Mana pergi konsep ‘Lead Ministry’?
Mana pergi NKEA Steering Committee?
Meeting frequency: Once a month per NKEA
ROLES OF THE NKEA STEERING COMMITTEE
- Provide ideas and solutions to alleviate roadblocks in implementation.
- Evaluate and decide on new proposals (new EPPs/BOs, additional funding, changes to current plans)
- Track and monitor progress of EPPs
Elok bubarkan sahaja UNIT PENGHABIS DUIT ini dengan seberapa segera. Kerja karut sahaja.
Januari 7, 2016 at 1:16 pm
Usaha PM untuk menghabiskan term sehingga 2018 memang wajar dipuji. Ini jalan yang paling selamat, bagi memastikan banyak usaha boleh dilakukan untuk memberikan rakyat faham bahawa, memang BN sahaja yang mampu memberikan kemudahan kepada rakyat.
Bayangkan, kalau buat strategi, ada cukup masa untuk memulakan rentak politik sepanjang 2016. Buat segala macam usaha. Bagi rakyat puas hati. Bagi rakyat seronok jadi rakyat, dan gembira ada kerajaan yang memenuhi hati dan hajat mereka.
Untuk tempoh 9 bulan 2015, pendapatan GST dijangka mencecah RM23.18 bilion. Ini jumlah yang boleh tahan.
Kalau asingkan 10 % sahaja untuk kerja politik dan usaha dekati rakyat, baru RM2.3 bilion. Bayangkan apa yang boleh dibuat dengan RM2.3 bilion. Memang mengancam habis. Memang rakyat akan terima BN ini adalah kerajaan terbaik.
Dianggarkan, untuk 2016, pendapatan GST akan berjumlah RM32 bilion. Kalau 10 % untuk kerja politik, RM3.2 bilion.
Tahun 2017, katalah naik sedikit, RM35 bilion. RM3.5 bilion untuk kerja politik.
Apa cara nak dikalahkan kerajaan BN ini? Kalau macam ini punya kira-kira, rasanya tak ada Pakatan Harapan yang boleh ambil tempat. Buang masa sahaja.
Lebih sedap lagi, Azmin Ali pula sedang berusaha nak sailang Wan Azizah sebagai Presiden PKR. Kalau ini jadi, berlaku lagi masalah dalam parti pembangkang. Anwar sudah tidak relevan.
Jika betul 2018 jadi pilihan, memang inilah senjata yang boleh menyebabkan Pakatan Harapan penat.
Masuk 2017, tak ada orang sebut isu 1MDB dah. Selesai. Cuci tangan.
Oktober 5, 2015 at 8:01 pm
Tahun lalu, PM kita hadir di UNGA dengan mode simpati dan kesedihan. Dengan apa yang terjadi kepada MH370, adalah markah kasihan yang diberikan kepada Malaysia. Nampak semuanya OK, dan tidak banyak isu yang berbangkit.
Tapinya, mutakhir ini nampak banyak isu yang berbangkit. Macam-macam. Sampaikan akhbar New York Times pun meletakkan cerita yang besar bahawa Perdana Menteri Malaysia sedang disiasat oleh Jabatan Kehakiman Amerika.
Pasti ada blogger yang kata, ini tidak sama sekali akan menjatuhkan maruah dan kedudukan PM. Masih solid dan padu didokong oleh jutaan umat manusia di Malaysia. Kita hormat sahajalah pandangan mereka. Nak buat macamana.
In one article, The Times documented more than $150 million in luxury residential properties connected either to Mr. Najib’s stepson, Riza Aziz, or to the family friend, a businessman named Jho Low. Mr. Low, The Times found, has also been involved in business deals with Malaysia’s sovereign wealth fund, which is a government investment fund.
In the United States, officials are examining the real estate tied to Mr. Najib’s stepson and to Mr. Low, which could be seized if a case could be made that the properties had been purchased with the proceeds earned in corrupt practices, according to the people familiar with the investigation. The $681 million payment being investigated falls under United States jurisdiction because it was routed through Wells Fargo, an American bank. The inquiry is being run by the Justice Department’s Kleptocracy Initiative, which has seized properties in the United States owned by relatives of politicians from Equatorial Guinea, Nigeria, South Korea and Taiwan.
Kita doa yang baik-baik sahajalah, supaya ‘Unit Kleptocracy’ ini tak dapat buktikan apa-apa terhadap YAB kita.
Agaknya apa mesej baru yang PM kita akan bawa ke UNGA kali ini. Tahun lalu, antara mesej PM:-
– Global Movement of Moderates
– Shiah vs Sunni
– Kejayaan Malaysia menangani isu isu perkauman (selepas apa yang berlaku dalam Rali Merah; perasmian Silat dan sebagainya; boleh pakai lagi ke point ini?)
– Islamic State
Apapun, semoga berjaya mendapat tarikan UNGA? Kalau orang tanya, jangan lupa senyum dan jawab dengan yakin, 1Malaysia!
September 22, 2015 at 4:16 pm
Kita tak tahu apa yang bermain di pemikiran di kalangan cerdik pandai di Putrajaya, untuk membenarkan satu sidang yang memang terkenal tak segan silu mengutuk pemimpin dengan begitu sahaja.
Penat Dato Seri Farid Ridzuan, Dato Farisha dan team komunikasi bina imej PM yang positif dan berani bila benda macam ini terjadi. Apakah Paul Low yang salah beri pandangan? Apakah ada Menteri lain yang terlibat membenarkan IACC melempar macam-macam tuduhan di Putrajaya. Putrajaya! Bukan di tempat lain.
Blog ini minta sangat, kalangan Menteri dan Timbalan Menteri yang baru Najib lantik, ke depanlah sedikit. Pertahankan Boss. Jangan sampai Boss kena balun macam ini.
Sudahlah waktu Bersih 4.0 pun senyap. IACC serang pun korang senyap. Apa nak jadi ni?
Pangkat dan kedudukan nak. Merengek-rengek minta. Konon tak boleh nak bantu banyak kerana tak ada jawatan. Kalau PM lantik saya, saya akan lantang mempertahankan Boss. I’ll swim with you.
Sekarang?
Waktu Bersih 4.0, berapa ramai Menteri/Timbalan Menteri yang keluar bersuara. Kalau bersuara pun, suarakan benda yang bijak dan ada nilai.
Jangan bercakap macam orang mabuk todi.
Contoh?
Pemerintah Malaysia nampaknya sangat tidak senang dengan demonstrasi yang dilakukan oleh masa pro-demokrasi. Ini terlihat dari respon yang ditunjukan pemerintah Malaysia, yang berusaha untuk mengumpulkan data para peserta demonstran yang mendesak Perdana Menteri Malaysia Nadjib Razak untuk mundur itu.
Namun, pemerintah Malaysia tidak akan mengumpulkan data demonstran yang melakukan aksi di dalam negeri. Mereka hanya akan mengumpulkan data peserta demonstrasi yang diberi nama “Bersih 4” di luar negeri, termasuk mereka yang terlibat aksi di Indonesia.
“Kementerian Luar Negeri akan mengumpulkan informasi tentang warga Malaysia yang berpartisipasi dalam demonstrasi Bersih 4 di luar negeri guna memberikan tindakan hukum terhadap mereka,” kata Wakil Menteri Luar Negeri Malaysia Reezal Merican Naina Merican.
“Identitas warga Malaysia ini akan diserahkan kepada pihak yang berwenang untuk ditindak,” sambungnya, seperti dilansir Channel News Asia pada Sabtu (29/8/2015).
————————-
Berita ini jadi main news di seluruh Nusantara. Soalnya, nak ambil tindakan hukuman apa wooiii?
Kalau macam ini, standard Menteri Hasan Malek. Tak ada standard langsung.
Ini contoh kebodohan yang Najib terpaksa hadapi setiap hari.
Apapun, tak elok para Menteri dan Timbalan Menteri biarkan Boss Najib kena serang macam ini.
Kalian betul-betul main dia sampai macam ni sekali.
September 4, 2015 at 2:49 pm
Blog ini dimaklumkan, beberapa laporan telah dibuat kepada Bahagian Perisikan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Perdana Menteri berkenaan Tabung Derma UMNO Barisan Nasional/Ambank yang hampir berjumlah RM3 bilion.
Apakah benar laporan ini telah dibuat kepada pihak yang berkenaan? Apakah benar LHDN sudah menerima laporan ini? Apa status siasatan?
LHDN tidak boleh nak mengelak lagi. Mesti siasat. Sebab? Kalau kita orang miskin dan tidak ada harta, lari cukai sebanyak RM2-3 ribu pun, LHDN dah siasat bagai nak gila dan buat larangan rakyat ke luar negara.
Apakah status laporan kepada LHDN ini?
Sudah disiasat?
Siapa yang siasat?
Siapa anggota?
Kita harap Pengurusan Tertinggi LHDN akan buat sidang media dan nafikan perkara ini. Apakah ada laporan dibuat?
Ini termasuk kesalahan berikut:-
Seksyen 112 ( Akta Cukai Pendapatan 1967)
Seksyen 113 (Akta Cukai Pendapatan 1967)
Seksyen 113 (1)
Seksyen 114
Seksyen 119
Kalau ikut kesalahan, boleh LHDN terangkan apa hukuman yang boleh diterima? Kalau USD700m ini sudah dicukai, berapa jumlah cukai yang dibayar? Bila?
Ogos 12, 2015 at 11:21 am
SPRM sudahpun membuat kenyataan, bahawa memang benar sejumlah RM2.6 bilion itu singgah sekejap di akaun peribadi Perdana Menteri, sebelum difaraidkan mengikut keperluan untuk PRU yang lalu.
Memang tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, seorang PM menerima wang sebegitu banyak dalam akaun peribadi. Sekurang-kurangnya Najib sudah cipta sejarah. Malaysian Book of Record. Mengkagumkan juga.
RM2.6 bilion untuk PRU13 sahaja? Untuk satu pilihanraya? Apakah jumlah itu besar atau kecil?
Soalnya, pernah atau tidak kita tanyakan berapa jumlah collection PKR dan Kak Wan sepanjang beberapa pilihanraya yang lalu.
1999
2004
2008
2013
PRU14 nanti?
Ada sesiapa yang bertanya dengan Kak Wan, Rafizi, Izzah – berapa collection sebenar mereka peroleh untuk pilihanraya yang lepas-lepas? RM1b setiap PRU? Atau berapa?
Penting juga, kalau kita korek dan gali akaun peribadi Najib, berapa agaknya penerimaan akaun PKR dan sebarang yayasan, entiti yang rapat dengan parti tersebut?
Bukan soal diversion. Kalau kita nak Najib terbuka, kita juga perlu sama-sama bogelkan akaun parti sendiri. Baru sedap.
Berapa Konrad Adeanuer Foundation beri? Berapa wang dari Turki? Berapa wang dari NID? Berapa wang daripada Open Society? Berapa wang dari Singapura? Berapa wang tunai yang diseludup dari Thailand sepanjang 4 PRU yang lalu?
Kalau Sheikh Sungai Buloh tak boleh jadi transparen dan telus, barulah kita ada level playing field.
Ini tidak, bab gomen, bab PM nak ketelusan. Tapi apa pula integriti dan ketelusan kepada pembangkang?
Ke mana lebihan sumbangan yang diperolehi oleh Ketua Pembangkang selama ini? Ke mana?
PKR menang pun setakat lebih kurang 30 kerusi. Kalau bahagi-bahagi, mahunya PKR dapat lebih daripada apa yang UMNO dapat.
Siapa nak jawab tu?
Ogos 4, 2015 at 11:32 am
Katanya, antara sebab utama Najib enggan meletakkan jawatan adalah kerisauan beliau bahawa ramai rakan-rakannya akan dihadapkan ke muka pengadilan, terutamanya apabila Muhyiddin berkuasa.
Ramai kalangan Ketua Bahagian yang tidak gemarkan TSMY. Kepada mereka, TSMY bukanlah orang yang mesra dengan parti. Selalu sentap dan tidak serasi dengan budaya hulur dan tabur. Setakat pagi ini pun, listing Ketua Bahagian yang bersama TSMY tidak sampai 8 orang.
Walaupun TSMY adalah Timbalan yang baik selama ini, tetapi sejujurnya TSMY bukanlah calon lengkap sebagai PM baru Malaysia. Banyak juga almari di MoE dan JPM yang akan terbuka. Banyak juga kontrak yang akan dilihat dan dinilai semula. Tak banyak beza rupanya.
Mungkin tidaklah ada syarikat sebesar 1MDB. Tetapi peranan individu-individu tertentu di dalam Pejabat TPM pun boleh tahan kasarnya.
Nama-nama orang keliling TPM bukanlah bersih sangat. Banyak juga yang didengar dan diketahui.
Itu termasuklah kontrak kerja komunikasi, pengiklanan yang didominasi oleh seorang Setiausaha Akhbar yang ganas dan garang. Katanya jumlah keseluruhan kontrak memakan belanja puluhan juta (yang turut dikongsi dengan beberapa orang di pejabat TPM).
Banyak juga isu di peringkat JPN/PPD yang menyebabkan rakan-rakan rapat TPM semuanya menyapu bersih kontrak dan kerja-kerja bernilai besar.
Sebab itu, katanya ada deal baru yang sedang dibawa oleh orang yang berpengaruh:-
1. Najib letak jawatan.
2. Muhyiddin letak jawatan.
3. Zahid jadi PM.
4. Hisham jadi TPM.
Ini solusi yang terbaik untuk UMNO dan BN. Dengan situasi begini, akan berlaku landslide changes di peringkat kabinet/perhubungan negeri. Barulah UMNO ada taring untuk memperbaiki keadaan.
Katanya, senarai kabinet BARU sudahpun disusun. Kuda tua yang sudah tidak mampu diketepikan sama sekali (dengan skim pampasan jangka panjang 3 keturunan).
Pakej ini katanya yang terbaik mampu difikirkan.
Akan dibawa ke perhatian MT dalam masa yang terdekat.
Pakej ini kalau menjadi, rasanya kali pertama dalam sejarah PM dan TPM letak jawatan secara bersekali.
Zahid tidak sempurna. Tapi untuk tempoh sementara menjelang GE14, rasanya dia pilihan terbaik.
Khabarnya Muhyiddin agak terbuka dengan cadangan ini. Tapi syarat utama: BOTH OF THEM SHOULD GO.
Tun Najib Razak
Tun Muhyiddin Yassin
Tun Rosmah Mansor
Tun Norainee Abdul Rahman
All case closed. Back to routine.
Dah kena dah bunyi tu.
Julai 23, 2015 at 11:52 am
Blog ini tak tahu sejauh mana kesahihan tuduhan yang dibuat Wall Street Journal terhadap pemimpin negara. Yang penting, WSJ bukannya musuh kepada PM. Banyak artikel WSJ sebelum ini yang memuji PM sebagai seorang yang berkemampuan dalam mengurus krisis. Media antarabangsa banyak yang memuji kemampuan PM mengurus isu seperti MH370 dengan baik dan berkesan.
Tapi ini bukan isu MH370. Ini isu besar. Yang biasanya melibatkan kalangan pimpinan dari Afrika. Untuk WSJ menyerang seorang pemimpin dari Asia Tenggara, bukanpun negara besar memang nampak macam tidak masuk akal.
Disaksikan oleh Noh Omar dan pimpinan Selangor, PM nyatakan betapa tuduhan liar ini tidak benar sama sekali. Tak ada asas. Muka Noh Omar pun nampak macam konfiden. Walau Noh pun sebenarnya 50-50. Tapi sebab nak jaga boss, Noh bagi muka yang garang sedikit.
PM mungkin benar dalam satu perkara, kalau benar nak gelapkan wang, ramai orang kanan yang boleh bantu dan uruskan.
Antara orang kepercayaan PM:-
– Jho Low
– Tan Sri Peter Sondakh
– Omar Ong
– Tan Sri Bustari
– Razali Merican
– Habibul
– Ethos Consulting
– CIMB
– Nazir Razak
– Arab royalties
– Kawan-kawan di London
– Rakan rapat di New York
– Azeez Rahim
– Ismee Ismail
– Tan Sri Lodin
Banyak cara dan banyak kaedah kalau nak buat. Takkanlah Nazir Razak tak boleh beri pandangan bagaimana nak lesapkan wang USD700 juta dengan mudah. Pasti ada cara. Kalau tak cash, boleh letak dalam bond. Banyak tempat lain boleh simpan, Cayman Islands, Swiss, Singapore, Australia dan sebagainya.
Tak mungkin PM secuai itu. Jumlah yang begitu besar pastinya mengejutkan Ungku Sharifah Zeti di Bank Negara. Tak mungkin tak perasan.
Kita benarkanlah AG, SPRM, PDRM siasat sehabis baik. Mereka pasti ada akses.
Tapi, PM benar dalam satu perkara, kalau betul ada usaha nak pakai duit, pasti ada kaedah yang lebih baik.
Masukkan dalam akaun peribadi bukan caranya.
PM bukan baru sehari dua jadi pemimpin. Lama. Sudah masak dengan kaedah dan cara ini.
Blog ini tahu seorang Billionair yang setiap minggu hantar kereta ke Singapura untuk deposit duit. Biasa. Tak pernah kena tangkap dan trace pun. Banyak cara.
Julai 6, 2015 at 8:18 pm
Perkara nombor wahid, jangan terlalu percaya dengan seorang yang pernah makan gaji dengan musuh. RPK bukan calang-calang blogger. Pernah jadi flag-bearer kepada Free Anwar punya cerita. Diberi peruntukan berjuta untuk bantu bawa imej positif Anwar di peringkat antarabangsa.
Sekarang ini, kita guna penulis sama untuk bantu imej kita. Orang macam ini, sekali pusing dia pusing habis.
Sebab itu, kena banyak hati-hati kalau berurusan dengan orang macam ini. Bahaya. Takut kalau kita tak mampu tawarkan apa yang dia mahu, kita pulak dibalunnya.
Sebab itu, cerita pasal PM beri amaran di dalam mesyuarat kabinet ini kena disahkan dahulu. Betulkah semua tunduk pandang kasut. Betulkah ada cabaran supaya mereka yang tak setuju, letak jawatan?
Sebab kita tahu, pemimpin sama tak boleh cakap NO kepada kepada orang pun. Semua ok dan yes. Cerita pasal 12/13 syarikat dapat minit yang sama (untuk dapatkan projek) bukan sahaja berlaku zaman Pak Lah. Zaman sekarang pun berlaku. Pening kepala KSU bila dapat minit dan wahyu.
Boleh mana-mana Menteri Kabinet sahkan perkara ini?
Atau ini strategi Habibul nak up-kan kehebatan sahaja?
Habibul jangan main suka spin cerita, sebab kalau silap spin, boleh beri masalah kepada boss juga. Apatah lagi kalau cerita itu tak betul.
Soal cabar mencabar letak jawatan ini bukan benda main-main. Gordon Brown pun berhadapan masalah sama. 6 orang ahli kabinet letak jawatan. Huru hara dibuatnya.
Atau ini nasihat APCO untuk PM nampak lebih hebat dan kuat.
Kalau APCO/Pegawai Media Gordon Brown pernah jahanamkan boss mereka, kali ini nak kenakan Najib pulak?
Jun 1, 2015 at 5:39 pm
Kiriman Terdahulu
Maklum Balas Pembaca