Posts filed under ‘Perdana Menteri’

Perlukah Lagi PM Kekalkan Penasihat ‘Labour Party’ di Malaysia? Masih Relevan?

David Cameron menang besar di UK. Kemenangan yang dia sendiri pun tak jangka. Malahan ramai penganalisa menganggap Parlimen UK akan tergantung lagi buat kesekian kalinya. Hung Parliament.
Semua ini tak menjadi kenyataan. Cameron dapat kemenangan yang hebat. Sampaikan Conservatives mampu untuk membentuk kerajaan sendiri, tanpa ada keperluan untuk bergabung dengan parti lain.
Ke mana ‘The Labour Party’. Bagaimana Ed Miliband boleh terjunam kalah walaupun diberikan bantuan oleh APCO dan aktivis Labour di dalam media baru. Pelik? Atau memang strategi Labour sudah tak relevan dan merosakkan Miliband.
Soalnya, apakah Najib masih percaya dengan pegawai-pegawai yang sebelum ini membantu Gordon Brown. Mamat tu pun entah ke mana. Berlalu macam tak pernah wujud. Teruk dihenyak di Westminster.
Patutkah rakyat Malaysia menanggung mediocrity puak-puak penasihat British ini? Kalau mereka bagus, mungkin OK. Tapi ini hancur.
Conservatives, yang ada masalah ekonomi yang teruk, masih boleh dapat penambahan 24 seats dalam pilihanraya. Terus ada majoriti mudah – 326/650. Labour, yang ramai penasihatnya ada berparti di Malaysia; kalah 26 kerusi.
Masih perlu Najib percaya dengan mereka ini?
Masih perlu Najib benarkan mereka berlegar di Putrajaya dan menasihati pegawai-pegawai lain?
Masih beri mereka peluang campurtangan dalam urusan pentadbiran kerajaan?
Kalaupun Najib masih mahu Penasihat British, dapatkan orang-orang yang membantu Cameron dan Conservatives. Lebih baik lagi.
Atau tak perlu pun ada orang seperti Paul Stadlen, Sam Coates dan lain-lain ini. Mereka peduli apa dengan UMNO dan BN.
UMNO dan BN tewas, mereka akan berangkat ke Afrika. Berlambak kerajaan Afrika akan percaya dengan slang dan kehebatan pembentangan Powerpoints mereka.

Mei 14, 2015 at 4:49 pm 2 comments

Politik Ekonomi Menantu di Malaysia (Son-in-Law’ & Malaysian Political Economy)

Malaysia bukan tak biasa dengan kemungkinan seorang menantu kepada mana-mana pemimpin menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sesuatu daripada mana-mana Kementerian dan GLCs di Malaysia. Dulu pun biasa. Zaman Pak Lah, menantu basically mencatur segala benda di Malaysia. He is basically call the shots.
Sekarang ini, disebabkan kaki pembodek yang unggul dan hebat, perkara sama sedang berlaku. Banyak deal yang seakan-akan dipaksa kepada pihak tertentu. Membawa COP MOHOR, individu ini sibuk mengusung Menantu PM untuk mendapatkan projek dan kemudahan tertentu.
Secara kebetulan, individu pembodek membawa nickname yang sama – ‘DSN’. Katanya, jika DSN bercakap, semuanya mesti dilaksana, tanpa sebarang budi bicara.
Beberapa GLCs sudah menerima panggilan dan WAJIB menerima rombongan ‘DSN’ untuk membuka pintu deals yang lebih menarik dan membawa keuntungan.
DSN & Dato’ Seri Nazarbayev?
Kalau zaman dahulu, ECM Libra dijadikan pusat mengumpul kekayaan, katanya ada syarikat baru yang diberikan kepercayaan penuh untuk mengutip UFTI bagi pihak tertentu.
FELDA adalah satu agensi yang dikatakan mendapat panggilan malaikat ekonomi ini. Walaupun tidak dapat permintaan deal berjumlah BILLION, tetapi dikatakan tetap juga keputusan dibuat untuk membantu syarikat yang dibawa oleh Abang Angkat Nazarbayev ini.
BANK RAKYAT juga katanya menjadi pusat pencarian yang baru.
Even pegawai-pegawai tinggi KHAZANAH NASIONAL juga dikatakan menjadi bidak kepada force baru kepada usaha mendapatkan kepentingan ekonomi ini.
Katanya, waima tengah malam pun, Pengurusan Khazanah juga sanggup menunggu bagi memberi jalan kepada “DSN” membentangkan proposal dan cadangan.
Berhati-hatilah. Nazarbayev mungkin tidak berminat sangat. Dia pemain internasional. Tetapi tukang bawak ini yang beria sangat. Menumpang kemeriahan menantu untuk diri sendiri.
Tukang bawa ini bukan orang baru. Player lama. Zaman Pak Lah pun dia ada. Yang heran, dengan imej yang buruk, masih ada lagi pihak yang menggunakan khidmatnya. Memang terer (bak kata orang Melayu). Kiri kanan dia sebat.
Dalam pelbagai polemik yang sedang berlaku, jangan tambahkan kekalutan. Kalau meletup lagi, kena pulak Ghapur dan Rahman Dahlan kumpul orang dan minta sokongan BUGIS SABAH kepada Perdana Menteri.

Mei 11, 2015 at 6:10 pm Tinggalkan komen

Andai Hisham Buat Benda Yang Sama Seperti KJ Sekitar Tahun 2008/09. KJ Pertahan Najib Untuk Kepentingan UMNO atau Peribadi? Pemuda Dan Pendirian Jaga PUNGKOK.

Screen shot 2015-04-14 at 9.15.52 AMPergerakan Pemuda UMNO menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi serta taat setia kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan kepemimpinan beliau.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sokongan itu dibuat bersandarkan merit terutama selepas mendengar sendiri penjelasan Perdana Menteri mengenai isu berbangkit terutama yang diketengahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

————–
Ada kalangan Pemuda yang hadir semalam mengatakan, sememangnya ada arahan agar Pemuda UMNO – MENJULANG Najib dalam pertemuan dengan Presiden tersebut.
Apabila ditanya apa keperluan untuk melakukan sedemikian?
“Chief suruh! Kalau nak elaun kau kekal. Buat! Jangan banyak tanya!!!”
Mudah nak faham permainan politik ini. Walaupun KJ mengarahkan untuk Najib dijulang, ada kekesalan di minda KJ kerana rakan-rakan dalam Pemuda UMNO sekitar tahun 2008/09 enggan melakukan perkara sama kepada Pak Lah. Bayangkan, ketika mana Pak Lah diserang, satu-satunya organisasi yang mempertahan Pak Lah – Rangkaian Sahabat.
Pemuda UMNO tidak pernah buat pendirian kerana Ketua-nya pada ketika itu seorang Pondan. Bukan Pemuda tidak didesak dan diminta buat pendirian, tetapi kedudukan dalam Exco Pemuda UMNO pada ketika itu tidak membenarkan keputusan JULANG MENJULANG dibuat pada ketika itu.

Barisan Exco Pemuda 2009!

KETUA PEMUDA Datuk Hishammuddin Tun Hussein (menang tanpa bertanding)
NAIB KETUA Khairy Jamaluddin (menang tanpa bertanding)

EXCO
1. Datuk Mukhriz Tun Mahathir (694 undi)
2. Datuk Pirdaus Ismail (682 undi)
3. Reezal Merican Naina Merican (618 undi)
4. Datuk Subahan Kamal (591 undi) (P)
5. Mohd Hasnol Ayub (587 undi)
6. Datuk Azimi Daim (496 undi) (P)
7. Shamsul Najmi Shamsuddin (473 undi) (P)
8. Idris Haron (468 undi)
9. Shamsul Anuar Nasarah (461 undi)
10. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (443 undi)
11. Mohd Ikhsan Samsudin (437 undi)
12. Ahmad Ikmal Ismail (437 undi)
13. Kamarulzaman Kamdias (426 undi)
14. Azizul Nizam Bidin (407 undi)
15. Marzuki Yahya (394 undi)
16. Md Jais Sarday (391 undi)
17. Johan Abd Aziz (380 undi)
18. Harrison Hassan (379 undi)
19. Suhaimi Mohd Ghazali (350 undi)
20. Mohd Anis Hisham Abd Aziz (346 undi)

Ramai di dalam Exco Pemuda pada ketika itu hanyalah level Pak Turut dan Yes Men kepada permintaan Ketua Pemuda pada ketika itu. Habis Pak Lah dilanyak, tanpa ada usaha Pemuda untuk MENJULANG Perdana Menteri pada ketika itu.
KJ tidak mahu buat kesilapan yang sama. Setelah dicalculate, Tun Mahathir bukan lagi membawa threat politik seperti dahulu. Andai Tun M ada kuasa, KJ sendiri tidak akan berada dalam senarai kabinet.
Dalam usaha balas budi, KJ JULANG NAJIB setinggi langit. Jangan cakap pasal MERIT bro, orang tahu dalam hati kamu macamana sebenarnya.
KJ tahu, jika Najib terus lemah, dia ada peluang melonjak ke atas. Syaratnya, gelombang tak boleh datang dari Pemuda.
Kalau dah majoriti Exco yang ada cari makan daripada tangan KJ, apa harapan mereka nak suarakan isi hati rakyat.
Ini zaman jaga pungkok. KJ jaga pungkok sendiri. Jaga pungkok pun kena ada strategi.

April 14, 2015 at 6:47 pm 2 comments

Padamnya Obor Reformis Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi pendirian pentadbirannya mahu memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional, lapor Bernama.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri perkara berkaitan agama dan bangsa tidak akan diabaikan dalam akta baru itu nanti.

Ini kerana kerajaan tidak akan membenarkan kebebasan tanpa tanggungjawab terutama dalam soal agama yang dianuti oleh semua rakyat, hak istimewa orang Melayu serta kedudukan raja-raja Melayu.

“Kita mesti pertahankan… bukan kata ada (undang-undang) yang baharu ini, semua kita ketepikan… tetapi kita akan masukkan peruntukan-peruntukan yang lebih sesuai,” katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di Jerlun, Kedah.

————–
Nampaknya, sesuai dengan kedudukan yang semakin goyang, maka Akta Hasutan bukan sahaja akan dikekalkan, malahan diberikan kekuatan baru, iaitu mengandungi klausa bahawa tidak akan ada “bail” kepada mereka yang ditahan.
Apakah ini membawa makna, Najib sudah sama sekali tidak mahu menjadi reformis? Apakah Paul Stadlen dan Pekerja APCO boleh bersetuju dengan cadangan begini?
Itu sebab, orang tua pernah pesan, jangan suka membuat keputusan terlalu cepat dan ikutkan hati. Najib ingat, bila dia komited untuk menjadi reformis, undi Cina akan berkepuk-kepuk kembali kepada BN. Sudahnya, semua janji kosong sahaja.
Apakah Najib akan tahan semua pemimpin pembangkang selepas ini?
Apakah Najib akan ambil tindakan juga kepada semua pemimpin UMNO yang turut bermain dengan isu dan perkara sama?
Kita tunggu sahajalah apa lagi flip flop yang Najib akan buat. Lebih banyak flip flop, lebih banyak orang akan bercakap yang Najib tidak pernah mengotakan janji.

April 7, 2015 at 7:53 pm Tinggalkan komen

“I say let the world go to hell, but I should always have my money” – MOTTO Individu Tertentu Di Sekeliling PM. Hati-Hatilah.

Semuanya mengenai ringgit dan sen. Itu sahaja. Tak kira berapa jumlahnya. Yang penting, ringgit dan sen. Tak boleh kata zaman Mahathir tidak ada kumpulan yang sama. Ada. Tapi nak kata mereka ada disekeliling Tun Mahathir tidak juga.
Ini kita cakapkan pasal orang sekeliling. Inner circle staff. Yang tidak pernah berhenti ambil nafas walaupun sekejap untuk buat duit. Sentiasa. Tak kira dengan apa cara.
Kalau motto kat atas tu yang jadi mainan, kita tak hairan kalau saban hari dan masa mereka berikan cerita-cerita manis kepada boss untuk beritahu mereka lah insan-insan yang sanggup bersama PM sehingga ke akhir.
Motto itu diucapkan (tak tahu sengaja atau tidak sengaja) seorang orang kanan PM kepada sahabat lama yang tidak ada kena mengena dengan politik. Oleh sebab lama tak jumpa, perjumpaan sekejap di Davos itu memang nampak mesra.
Dia bercerita dengan kuat, dengan nada bangga – bahawa dia baru sahaja secure satu lagi projek dengan sebuah Kementerian. Buat benda biasa. RM10 juta. Kepada orang macam dia, RM10 juta itu kecil sahaja. Cukuplah belanja untuk 6 bulan.
Itu belum cerita lagi Ketua UMNO Bahagian yang beria-ia bercakap mengenai HAK MELAYU; PERJUANGAN MELAYU dan akhirnya jadi Pengerusi sebuah syarikat Cina untuk supply kitchen cabinet kepada perumahan PR1MA. Pun pakai kelulusan dan sokongan PM.
Kalau PM pun boleh go to hell – as long as he/she gets money, kita boleh bayangkan apa jadi jika masalah berlaku.
Nak ingatkan Dato’ Seri itu, wajah jambu anda itu semakin layu. Collect boleh collect, tapi jangan sampai jahanamkan imej boss sendiiri.

Januari 27, 2015 at 6:24 pm Tinggalkan komen

Jangan Sampai Tak Boleh Tahan – ZETI Mesti Kedepan

Malaysia’s international reserves fell US$4.7 billion (RM16.7 billion) in the last two weeks of 2014 as its ringgit currency slid against the US dollar, on its way to a 5-1/2 year low struck earlier this week.

The Southeast Asian oil and gas producer was hit hard by the fall in global oil prices, and its currency was the second-worst performing currency in emerging Asia last year.

The ringgit has remained under pressure and closed at 3.5650 to the dollar today, having depreciated some 11.6% since September, when its decline began to accelerate.

———————–

Jangan kira USD. Kira RM. RM16b.
Kehilangan RM16b boleh senyap dan beri macam-macam alasan. Memang senang kerja BNM ni. Marah dan maki orang. Silap sendiri? Siapa pantau?
Menurut sumber, Zeti ini ada makam yang tersendiri. MK2. TMK. KSP. Level bawah-bawah ini tidak ada suara di BNM. Zeti jeling sahaja, lari malam.
Zeti hanya boleh ditegur oleh PM. Itupun jarang sekali. PM pun cuak nak tegur.
Habis tu, siapa yang berani tegur BNM ni. Kalau bab orang lain, dia orang bukan main handal.
Bab dia?

Januari 9, 2015 at 12:47 pm Tinggalkan komen

Majlis Profesor Negara : 3 NAIB BELUM LAYAK. Apakah mungkin perwakilan UMNO buat kesilapan memilih? Mana orang UMNO boleh buat silap? Jilaka lah ini Prof.

Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan ramai tokoh dalam Umno layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, penganalisis politik melihat perkara itu sebaliknya.

“Belum ada yang menonjol sangat, Najib sangat diterima.

“Mungkin orang Melayu menolak dia, (tetapi) bukan Melayu melihat dia alternatif terbaik yang ada,” kata ahli akademik terkenal Prof Jayum Jawan.

Sementara itu, Timbalan ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) itu juga berkata, kepimpinan Najib masih boleh diterima oleh rakyat Malaysia pelbagai kaum yang berfikiran moderat.

“Moderat Melayu, Cina, India, Sabah dan Serawak masih boleh menerima Najib,” katanya kepada pemberita.

Terlalu cepat ulas

Sementara itu, beliau juga berkata, naib-naib presiden Umno – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk seri Hishammuddin Hussein – masih belum mencapai standard sebagai pengganti Najib.

unnamed
Barisan kedua perlu dibina, tiga naib presiden yang belum mencapai standard kerana terlalu cepat berdialog, dan beraksi.
“Orang yang adawisdom(kebijaksanaan) harus jadi orang yang terakhir mengulas.

“Kadang-kadang tak bermalam (belum seharian) mereka sudah respons (sesuatu isu),” ujarnya.

—————————–
Artikel ini diambil daripada Malaysiakini. Ok lah, mungkin mereka mempunyai agenda jahat. Tapi yang beri pandangan ini, anggota MAJLIS PROFESOR NEGARA.
Apa kerja MPN? Dengar kata orang di Putrajaya – MPN ini adalah kumpulan JOKERS dan  KAKI KEJAR KONTRAK juga.
Kalau MPN pun kaki konar, apa lagi harapan kita?
Tak mungkin 3 orang NAIB yang ratusan ribu ahli UMNO ini bukan yang terbaik di kalangan orang yang baik. Tak mungkin.
Zahid bukan calang-calang anak. Anak jawa yang berani.
Shapie Apdal – pandai jaga orang.
Hisham – fuhh….ini memang ada pedigree sbg PM lah.
Macamana MPN boleh kata mereka bertiga belum layak jadi PM.
Habis, kalau mereka tidak layak siapa lagi?
Shahrizat?
KJ?
Azwanbro? (kahkah)

Disember 16, 2014 at 6:20 pm 5 comments

Kadir Jasin Suruh Menteri Kewangan Berhenti – Mana Pakar Komunikasi

“Jenaka atau tidak, saya rasa perdana menteri perlu memikirkan semula
kedudukan Najib sebagai menteri kewangan.Bukan saja pengurusan
kewangan negara di bawah Najib mencetuskan pelbagai isu dan persoalan,
ia juga berupa konflik kepentingan.

Apabila PM juga bertindak sebagai menteri kewangan maka tidak wujud
lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara. Kalau ada menteri
yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk kementerian
kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?” soal Kadir dalam
blognya semalam.

Khabar angin tentang penyusunan semula Kabinet tersebar luas minggu
lalu dan diberitakan akan dilaksanakan Najib Jumaat lalu selepas
beliau pulang dari Turksmenistan.

Antaranya untuk membolehkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong
yang menang di Teluk Intan menyertai Kabinet seperti dijanjikan Najib
sendiri semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Wartawan veteran itu turut membariskan kelemahan ketara Najib
sepanjang beliau menjadi menteri kewangan.

“Antaranya, sejak Najib menjadi menteri kewangan pada 2009,
pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5%.
Antara 2009 dan 2013, ekonomi negara tumbuh purata 4.28% saja,”
katanya.

Kadir berkata, seorang bekas menteri kewangan memberitahunya kadar itu
adalah “biasa” saja kerana ekonomi Malaysia mempunyai potensi untuk
berkembang dengan lebih pesat.

Dalam tulisannya, Kadir berkata, defisit belanjawan juga meningkat
daripada 3.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 (zaman Tun
Abdullah Ahmad Badawi) kepada 6.7% pada 2010 yang berupa belanjawan
pertama Najib sebagai menteri kewangan dan purata defisit belanjawan
antara 2010 dan 2014 adalah 5%.

“Hutang kerajaan persekutuan pula meningkat dengan mendadak sejak
Najib menjadi menteri kewangan, iaitu daripada 41.24% KDNK pada 2009
kepada 52.8% pada 2010. Tahun ini (2014) hutang kerajaan dianggarkan
naik kepada 54.8% KDNK,” kata Kadir.

——————————

Kita harap sangat mereka yang diberikan jawatan yang tinggi di
Kementerian Kewangan, termasuk Tan Sri Irewan, pegawai-pegawai kanan,
termasuk Saudara Ezam Md Nor tampil untuk mempertahan PM kali ini.
Jangan biarkan Kadir Jasin balun sampai kita tidak mampu untuk jawab.

Kalau masuk bab ekonomi, pakar di MoF kena bangun dan mula menjawab.
Jangan seronok dapat elaun yang melampau tinggi.

Apa yang nak jawab, kalau fakta ekonomi yang dikeluarkan Bank Negara
pun tidak memihak kepada kita. Cuba tengok laporan kewangan BNM. Dalam
isu hutang negara pun memang melonjak tinggi.

Laporan BNM:-

Dengan definisi semula ini, hutang luar negeri Malaysia berjumlah
RM700.1 bilion (USD212.5 bilion atau 65.2% daripada KDNK) pada akhir
bulan Mac 2014, berbanding dengan RM327.9 bilion atau 30.5% daripada
KDNK di bawah definisi yang terdahulu. Hutang luar negeri berdasarkan
definisi semula ini adalah lebih tinggi, sekali gus mencerminkan paras
pemegangan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit oleh bukan
pemastautin yang tinggi, yang mencakupi kira-kira dua pertiga daripada
peningkatan hutang luar negeri berikutan definisi semula ini. Ini
ialah hasil daripada kedalaman, keterbukaan dan daya tarikan yang
lebih meluas pasaran kewangan Malaysia.

———————-

Harap Ezam, Tan Sri Irewan dapat bangun dan menjawab segala isu yang
dibangkitkan oleh Kadir Jasin ini.

Jun 18, 2014 at 11:56 am 3 comments

Najib Sailang Retreat Mewah UMNO Selangor ke Perth

Tahniah, nampaknya PM/Presiden UMNO semakin menunjukkan keberanian dalam memastikan UMNO Negeri tidak melampau-lampau dalam menyusun macam-macam acara yang bertujuan untuk seronok-seronok sesama sendiri.
Blog ini dimaklumkan, Presiden baru sahaja menolak permohonan JUTAAN ringgit UMNO Selangor untuk melakukan retreat politik di Perth, Australia.
Pencapaian politik tidak setinggi mana. Tetapi kalau bab melancong, berilah sahaja kepada UMNO Selangor. Pantas sahaja menyusun acara.
Masalahnya, mana letak otak Noh Omar dan kepimpinan UMNO Selangor yang lain. Fikir seronok sendiri? Fikir keluarga sendiri sahaja?
Apakah perlu melancong sampai ke Perth untuk menyusun halatuju?
Apakah tak ada tempat lain nak melakukan brainstorming?
UMNO Selangor ini agaknya memang jenis tak sedar diri. Nak seronok sahaja.
Benarlah kata ramai orang, kalau setakat pimpinan yang ada – Selangor akan tewas lagi dalam PRU14. Tewas teruk.
Noh Omar sibuk dengan bini. Pimpinan lain sibuk dengan projek. Ke laut nampaknya.

Januari 13, 2014 at 11:13 am Tinggalkan komen

Lantikan Ikut Merit atau Suka-Suka?

b_p4NavaratnamPutrajaya menubuhkan Majlis Kolsultasi Perpaduan Nasional (MKPN)  melibatkan 29 anggota daripada pelbagai bidang, daripada pelakon kepada  ahli politik PAS, bagi merangka agenda perpaduan nasional untuk tempoh  enam bulan.
Diketuai oleh Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan  Nasional (KWSP) Tan Sri Samsuddin Osman, majlis itu akan membentangkan  cadangan kepada kabinet dan diberikan kebebasan mengumpul maklumat dan  memutuskan isu yang perlu ditangani.
Ketika mengumumkan pembentukannya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak berkata, MKPN diberi kebebasan membincangkan isu sensitif  seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, isu perumahan dan isu melibatkan Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, mesyuaratnya hendaklah diadakan secara tertutup.
Antara dilantik ke majlis itu pengerusi eksekutif Media Prima Datuk Johan  Jaafar, pemimpin PAS Mujahid Yusof Rawa, bekas menteri Datuk Saifuddin  Abdullah, aktivis Datuk Marina Mahathir serta pelakon Wardina afiyyah  Fadlullah Wilmot.
Kita respek lah siapa sahaja yang PM rasa wajar berada dalam majlis tersebut.
Yang kita nak tanya, apakah mereka yang dipilih sudah ditapis mengikut track record mereka?
Tan Sri Ramon Navaratman pernah menggelar kerajaan Najib sebagai KLEPTOCRACY. Kerajaan pencuri. Semalam sudah dilantik lagi.
Wardina Safiyyah mengutuk PM dan kerajaan tak ingat. Dilantik juga.
Marina Mahathir yang menyokong COMANGO pun dilantik juga.

Johan Jaafar kaki bodek pun dilantik lagi. Apa jawatan yang dia tak ada? Hebat sangatkah?

Mungkin ini musim lantik ikut suka.
* Lantik Norza di ISN hanya mengonconfirmkan cerita Khairy Chronicles sebelum ini. Nice.

November 26, 2013 at 2:45 pm Tinggalkan komen

Newer Posts


April 2023
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Capaian Umum

  • 75,348,285 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United States Sempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat! Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kel […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Adakah Destini Berhad Menjadi Ali Baba Untuk China Kuasai KTMB?
    Kesatuan Perkerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) telah membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat usahasama antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Destini Berhad.Baca di sini :https://ismaweb.net/2021/03/03/kesatuan-mahu-sprm-siasat-kelulusan-usaha-sama-antara-destini-ktmb/Ianya adalah ekoran dari pengum […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!     Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)     Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm 2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Merek […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!     Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)     Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm 2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Merek […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo..... Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun! Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Musram Rakuman

  • CATUAN AIR KAWASAN KOTA KINABALU DIJANGKA BERPANJANGAN
    SELAIN sumber air, terhadnya pusat rawatan air, permintaan melebihi kapasiti pusat rawatan sedia ada, juga kecuarian air daripada kawasan setinggan, akan terus menyumbang berpanjangannya catuan air di kawasan Kota Kinabalu. Menurut laporan, yang memetik Menteri Kerja Raya Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya, selagi empangan Papar, dan Benoni Tenom tidak siap, ma […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Garlic Grater Malaysia – The Ultimate Kitchen Tool You Need!
    Garlic is one of the most commonly used ingredients in Malaysian cuisine. It adds a unique flavor to dishes and has many health benefits. However, chopping garlic can be time-consuming and tedious. This is where a garlic grater and cutter Malaysia can come in handy. In this article, we will discuss how this tool works, […] The post Garlic Grater Malaysia – T […]

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • CATUAN AIR KAWASAN KOTA KINABALU DIJANGKA BERPANJANGAN
    SELAIN sumber air, terhadnya pusat rawatan air, permintaan melebihi kapasiti pusat rawatan sedia ada, juga kecuarian air daripada kawasan setinggan, akan terus menyumbang berpanjangannya catuan air di kawasan Kota Kinabalu. Menurut laporan, yang memetik Menteri Kerja Raya Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya, selagi empangan Papar, dan Benoni Tenom tidak siap, ma […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Garlic Grater Malaysia – The Ultimate Kitchen Tool You Need!
    Garlic is one of the most commonly used ingredients in Malaysian cuisine. It adds a unique flavor to dishes and has many health benefits. However, chopping garlic can be time-consuming and tedious. This is where a garlic grater and cutter Malaysia can come in handy. In this article, we will discuss how this tool works, […] The post Garlic Grater Malaysia – T […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran. Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras. Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak y […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran. Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu.. Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam.. DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada […]

Paling Popular

  • Tiada