Posts filed under ‘UMNO’
Cepat Benar Markah Politik Zahid Menurun?
Timbalan Perdana Menteri
Masih banyak isu yang belum selesai. Isu pekerja asing masih berlegar dan tak selesai. Yang kuat cocok Zahid supaya meluluskan pekerja asing dalam industri adalah Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong. MCA all out nak bawa masuk pekerja asing.
TPM dan Menteri KDN? Senyap dan tak tahu nak respon macamana. Nampak macam kena jilat ludah sendiri. Garang kononnya tak akan benarkan pekerja asing, nampak macam terpaksa tunduk juga kepada demand pihak industri.
Flip flopping Zahid memang teruk dan tak senonoh. Kerja media pun berserabut. Pegawai media sendiri mengakui Zahid memang susah dibentuk. Kurang bijak dan tak savvy dengan media.
UMNO
Dalam UMNO, ramai kalangan pemimpin UMNO yang merasakan Zahid tidak menonjol. Kerja politik banyak serah kepada pegawai. Pegawai pula jenis yang sombong dan tak mesra alam. Pilih siapa yang nak dijumpa.
Kejayaan PRN Sarawak tak ada markah untuk Zahid. Setakat gerakkan RELA dan Polis. Itu sahaja. Pemimpin Sarawak pun tak endah dengan Zahid. Kalau tak ada pun tak apa.
Kuala Kangsar
Zahid katanya akan diberikan amanah untuk menjadi Pengarah PRK Kuala Kangsar. Bila jadi Pengarah, antara yang Zahid demand, calon dan pekerja utama PRK mestilah orang yang dia percaya.
Zahid katanya tak gemar cadangan bawa Zambry bertanding di Kuala. Zahid lebih suka kalau Ramly Zahari yang bertanding. Bukan Zambry.
Sementara Zahid jaga Kuala, Hisham pula ditugaskan di Sungai Besar.
Ramai yang buat bacaan, ini cara Presiden untuk TEST politik siapa yang lebih sado dalam UMNO.
Zahid kena menang Kuala. Hisham kena menang Sg Besar.
Zahid tak boleh kalah di Kuala. Kalau kalah, katanya imej Zahid akan lebih hancur berkecai
Tuanku Mungkin Sudah Bersabar Terlalu Lama…
Ini soal pemimpin yang berlagak hebat dan merasakan diri sudah sempurna. Raziff patut sedar diri, dia tidak berada dalam senarai pemimpin utama pun pada suatu ketika. Tapi ada lah pihak tertentu yang menjual namanya, sebagai seorang yang mudah mendengar kata dan tidak akan buat hal.
Tak sampai berapa lama, sudah banyak hal yang timbul. Banyak perkara pentadbiran yang pelik berlaku. Ada pula think tank yang tidak mahu mendengar pandangan pegawai awam negeri.
Ada bilik gerakan khas individu tertentu. Target mahu meletakkan Raziff sebagai salah seorang pemimpin nasional yang hebat.
Negeri belum terjaga elok, sudah ada cita-cita tinggi. Mahu letakkan diri sebagai pemimpin nasional.
Raziff patut muhasabah diri. Cari kelemahan. Bukan nak bergaduh dengan ramai orang.
Jangan berlagak macam awak pemimpin kuat, jika telur sudah di hujung tanduk. Jangan ikut cakap orang KL sangat, sebab mereka tak tahu isu sebenar di negeri.
Insiden ini bagus sebagai ubat kesombongan kepada pemimpin UMNO. Jangan berlagak sangat dengan jawatan. Humble sedikit.
Tengok contoh mereka yang kekal lama. Sebab apa? Sebab mereka tahu jaga adab dan sangat berhati-hati dengan Istana.
Apa Dah Jadi Dengan Ezam???
Bekas UMNO yang join PKR belum tentu dapat layanan yang sama. Muhyiddin pun, sekarang ini nak dapat jawatan pun susah dalam PKR. Macam-macam orang PKR balun dan hina. Mereka kata Muhyiddin sampah yang tak boleh recycle. Buat rugi sahaja.
Tapi kalau orang PKR join UMNO, mereka permata yang sentiasa dihargai.
Bayangkan, Ezam antara orang utama yang menggerakkan kempen GST untuk kerajaan. Semua di bawah Ezam. Ezam yang beri green light samada kempen itu OK ataupun tidak.
Bayangkan, bekas musuh dibenarkan berada di dalam territory yang sangat strategik. Apa benda yang Ezam tidak tahu di Kementerian. Beberapa mesyuarat strategik pun dia masuk dan dengar pandangan. TS KSP pun anggap Ezam macam kawan rapat. Semua benda dicerita secara open.
Boleh bayangkan, bekas orang PKR diberikan kesempatan handle kempen komunikasi bernilai RM200 hingga RM300 juta? Pernah?
Disinilah baiknya UMNO. Sangat terbuka dan baik hati.
Jika Ezam dan gang ambil 10 % pun dah berapa agaknya untung setiap kempen.
Sekarang Ezam sudah ada ura-ura nak kembali kepada PKR.
Bayangkanlah, seorang yang pernah berada di MoF, makan gaji buta sebagai Senator, dipercayai masuk mesyuarat strategik MoF, EPU, BNM dan sebagainya; hari ini nak masuk pembangkang kembali.
Siapa yang buat kerja background check di Kementerian ini? Siapa yang bertanggungjawab? Bila Ezam berhenti daripada MoF, ada dia sign apa-apa perjanjian untuk tidak mendedahkan rahsia kerajaan?
Blog ini dimaklumkan, antara Pegawai Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah funder kepada gerakan Kristian/DAP di Lembah Kelang. Siapa yang tahu?
Tahniah jika perkara ini terus berlaku.
Kumpulan Keris 2314 Mahu Zahid Lebih Berani?
Bila ditanya, ada kemungkinan menang 2/3 kerusi Parlimen. Mereka kata boleh dibuat, dengan beberapa syarat yang mesti UMNO buat seberapa segera.
Nak juga bertanya, apa syarat-syaratnya?
i. Mesti ada peralihan sekurang-kurangnya setahun sebelum PRU. Makna kata, kalau nak PRU tahun 2018, 2017 mesti ada peralihan kuasa.
ii. Zahid mesti dinamakan sebagai PM.
iii. Zahid mesti diberikan hak menentukan siapa TPM (tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat sebelum ini).
iv. Ekonomi berada dalam keadaan baik.
v. Tidak ada isu dan skandal besar yang lain.
vi. Mereka yang terlibat dengan 1MDB mesti dibawa ke muka pengadilan.
Grup 2314 ini percaya, kalau kelima-lima syarat ini diterima, maka akan besarlah harapan dan kemungkinan BN menang 2/3 kerusi Parlimen dalam pilihanraya akan datang.
Negeri? Negeri tak penting. Yang kita mahu adalah dua pertiga. Itu lebih utama.
Kita kena puji juga mereka ini, sekurang-kurangnya mereka masih yakin dengan UMNO dan BN. Mereka mahu buat kerja dan yakin kewibawaan Boss merek (Zahid Hamidi) akan mengembalikan kegemilangan UMNO/BN.
Mereka juga kata, Zahid ada “senjata tersembunyi” yang akan hanya diumumkan bila berlaku peralihan kuasa.
Akan ada FEEL GOOD FACTOR, akan ada WOW FACTOR – akan ada usaha meletakkan Zahid sebagai Statesman yang tidak pernah disangka-sangka.
Kita jangan pandang enteng kemampuan Zahid Hamidi. Beliau berjaya survive kemelut Mahathir-Anwar, Pak Lah-Mahathir dan Najib-Mahathir. Master politician. Sangat taktikal dalam gerakan politik.
Cells politik Zahid dikatakan paling aktif pada masa ini. Siap pasang jentera di setiap negeri. Control politik Bahagian yang dahsyat.
Sentiasa call Ketua-Ketua UMNO Bahagian hampir setiap hari.
Kita harap mereka berjaya dengan agenda 2314 ini.
UMNO Selangor dan Kurang Peluru
Apa yang teruk sangat? UMNO Selangor bukan kecil anak. Semua Ketua Bahagian, majoriti lah kita kata, jutawan. Bukan miskin. Takkanlah mereka tak bantu budak-budak Ketua Pemuda.
Selangor ini kurang leader. Yang ada, PM macam tak percaya. PM kena ambil keputusan berani dan tampilkan muka baru di Selangor.
Orang seperti IRMOHIZAM boleh diletakkan sebagai CALON MENTERI BESAR paling wibawa dan dipercayai PMO. Apa salah. Letak sahaja.
Tengok macamana Irmo buat kerja. Bukan macam Noh, sembang lebat, projek rembat.
PMO patut berikan bantuan kewangan maksima kepada Irmo. Bagi dia duit. Bagi dia lebih banyak kedudukan, supaya dia boleh buat kerja dengan lebih baik.
Ini tidak, sikit sangat elaun yang dia dapat.
Kena cari lagi position untuk Irmo. Beri dia peruntukan juta-juta sebulan. Tengok Irmo terbalikkan Kerajaan Azmin Ali.
Berkesankah Annuar Musa Setakat Ini?
Siapa Taja Ahmad Said?
MB Razif & Co, patut tahu, Mat Said ini lain macam politik dia. Kalau tak suka, dia akan cakap tak suka. Kalau benci pun dia akan cakap begitu. Tak ada nak selindung. Depan-depan dia bagi.
MB Razif & Co patut muhasabah diri, apa kelemahan yang ada. Bukan tuduh orang lain ada penaja dan sponsor. Mat Said bukan miskin nak orang sponsor.
MB Razif & Co kena perhati kelemahan sendiri:-
– Bajet negeri macamana? Cantik?
– Kakitangan awam sokong kerajaan?
– Siapa yang dominasi projek kerajaan?
– Abang siapa yang bermaharajalela di KT?
– Apa status pendidikan negeri Terengganu?
– Exco semua buat kerja bagus?
Sebenarnya, kalau nak banding dengan Mukhriz, Razif ini lebih teruk situasinya. Tak sedar diri menang cukup makan, tapi sombong macam bagus sangat.
Atas kertas, Terengganu dah tewas. Tewas sebelum PRU14 lagi pun. Sebab tak ada kerja buat MB yang berkesan kepada hati rakyat.
Mukhriz Masih Mahu Bersama UMNO?
Kita boleh guna macam-macam teori. Tapi mungkin kita sendiri pun tak ikhlas bantu parti dan rakyat. Sampai kita pun tak buat kerja. Bila kena terajang, baru lah nak tonjol diri sebagai pejuang.
Cukup pelik, bila kita duduk minum di area Tropicana (PKR HQ), orang semua cakap pasal Mahathir, pasal Muhyiddin. Bagaimana kalau PKR mampu tarik mereka berdua, maka akan banyak bantu parti dan negara.
Mukhriz tak ada orang sebut langsung. Macam tak wujud.
‘Anak Tun M itu satu sen pun tak guna. Kalau ambil, buat rosak parti adalah’. Sampai ayat itu yang keluar. Nampak sangat, kepimpinan tidak dihargai.
Kena ingat, Mukhriz adalah Naib Presiden nombor 4 dalam pemilihan UMNO lalu. Tapi kalau bertanding lagi sekali, rasanya mahu jatuh nombor 18. Tak ada ranking. Tak pandai jaga orang.
UMNO atau parti politik bukannya ANSARA YB Mukhriz ooi. ANSARA boleh lah buat macam Kelab Peribadi. Jaga dua tiga orang. Jaga Sazmi Miah. Jaga Dr Halim. Jaga dua tiga orang, selesai masalah. Ini parti politik.
Sebab itu, ahli politik yang selalu kena *mandi* (ditewaskan) perwakilan ini elok bersara atau cari parti lain. Tak ada harapan dah.
Diri sendiri pun tak terjaga.
Elok Mukhriz pastikan Azimi, Sazmi, Anas, Peja dan kutu-kutu ANSARA lain kaya raya. Cukup lah.
Kawan-kawan PKR HQ kata, Mukhriz ni kalau bertanding dalam PKR, dapat nombor 78 pun belum tentu.
Majlis Tertinggi Mesti Berani!
Muhyiddin patut ambil masa, cuba tengok balik apa kesilapan yang pernah dia buat dulu-dulu. Pertama, jahanamkan politik Tan Sri Othman Saat di Johor. Bukan setakat ambil jawatan, malah hina Tan Sri dengan sehina-hinanya. Anak-anak Tan Sri pun habis kena rembat oleh Muhyiddin.
Lepas tu mula dekatkan diri dengan Anwar. Kawan. Masuk circle. Bantu duit. Beri macam-macam kepada penggerak politik Anwar. Maka, naiklah Muhyiddin dengan tangannya sentiasa berada di pinggang Anwar.
Sekarang ini Muhyiddin nak tunjuk dia baik dan alim.
Eh, tak ada masalah. Elok pandang diri dan berhenti dengan terhormat. Ambik apa yang dapat. Cukup cukuplah bawak berehat.
Harta Muhyiddin, 13 keturunan pun tak habis makan.
Harta para pegawai Muhyiddin, 3 keturunan pun masih cukup. Termasuklah Marzuki, Nizar, Nardin, Ainon dan segala tok nenek yang ada dalam tu.
Beri Najib cukup masa untuk kembalikan kepercayaan rakyat. Kalau degil, elok sangatlah MT buat keputusan GANTUNG mamat sorang ni.
Jangan bagi dia buat onar. Dia pun bukannya baik sangat.
Mahadzir Khalid kalau jahat, boleh tunjuk senarai tender makanan bermasak/keselamatan dan segala macam lagi yang difaraid sesama sendiri. Belum masuk tender ICT yang sentiasa diberikan kepada menantu.
Esok, MT mesti buat keputusan berani. Gantung dahulu Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Berkuatkuasa serta merta.
Maklum Balas Pembaca