Posts filed under ‘Zahid Hamidi’
Payah Lah Kalau TPM Pun Kata RASUAH Punca Banjir Kilat
Ini tuduhan semberono atau apa? Zahid bukan macam ini. Zahid sangat hati-hati. Tak main tuduh semacam itu sahaja.
Bila Zahid kata, projek besar taja rasuah dalam Kuala Lumpur, projek mana yang Zahid katakan ini?
– Menara Warisan?
– TRX?
– MRT?
– Projek sekitar Mid Valley?
Be specific lah TPM. Jangan main sebat sahaja.
Bila Zahid kata rasuah, agensi mana yang terlibat?
– DBKL?
– JPS?
– Bomba?
– KPT?
Apakah ini bermakna TPM sendiri pun dah tak percaya dengan sistem kerajaan? Apakah teruk sangat corruption sampai TPM boleh main sembur macam itu sahaja? Tak ada political sensitivity langsung.
Menyalahkan rasuah ini memang mudah. Nak dapat markah cepat. Soalnya ada impak positif tak kepada kerajaan?
Cepat Benar Markah Politik Zahid Menurun?
Timbalan Perdana Menteri
Masih banyak isu yang belum selesai. Isu pekerja asing masih berlegar dan tak selesai. Yang kuat cocok Zahid supaya meluluskan pekerja asing dalam industri adalah Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong. MCA all out nak bawa masuk pekerja asing.
TPM dan Menteri KDN? Senyap dan tak tahu nak respon macamana. Nampak macam kena jilat ludah sendiri. Garang kononnya tak akan benarkan pekerja asing, nampak macam terpaksa tunduk juga kepada demand pihak industri.
Flip flopping Zahid memang teruk dan tak senonoh. Kerja media pun berserabut. Pegawai media sendiri mengakui Zahid memang susah dibentuk. Kurang bijak dan tak savvy dengan media.
UMNO
Dalam UMNO, ramai kalangan pemimpin UMNO yang merasakan Zahid tidak menonjol. Kerja politik banyak serah kepada pegawai. Pegawai pula jenis yang sombong dan tak mesra alam. Pilih siapa yang nak dijumpa.
Kejayaan PRN Sarawak tak ada markah untuk Zahid. Setakat gerakkan RELA dan Polis. Itu sahaja. Pemimpin Sarawak pun tak endah dengan Zahid. Kalau tak ada pun tak apa.
Kuala Kangsar
Zahid katanya akan diberikan amanah untuk menjadi Pengarah PRK Kuala Kangsar. Bila jadi Pengarah, antara yang Zahid demand, calon dan pekerja utama PRK mestilah orang yang dia percaya.
Zahid katanya tak gemar cadangan bawa Zambry bertanding di Kuala. Zahid lebih suka kalau Ramly Zahari yang bertanding. Bukan Zambry.
Sementara Zahid jaga Kuala, Hisham pula ditugaskan di Sungai Besar.
Ramai yang buat bacaan, ini cara Presiden untuk TEST politik siapa yang lebih sado dalam UMNO.
Zahid kena menang Kuala. Hisham kena menang Sg Besar.
Zahid tak boleh kalah di Kuala. Kalau kalah, katanya imej Zahid akan lebih hancur berkecai
Kumpulan Keris 2314 Mahu Zahid Lebih Berani?
Bila ditanya, ada kemungkinan menang 2/3 kerusi Parlimen. Mereka kata boleh dibuat, dengan beberapa syarat yang mesti UMNO buat seberapa segera.
Nak juga bertanya, apa syarat-syaratnya?
i. Mesti ada peralihan sekurang-kurangnya setahun sebelum PRU. Makna kata, kalau nak PRU tahun 2018, 2017 mesti ada peralihan kuasa.
ii. Zahid mesti dinamakan sebagai PM.
iii. Zahid mesti diberikan hak menentukan siapa TPM (tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat sebelum ini).
iv. Ekonomi berada dalam keadaan baik.
v. Tidak ada isu dan skandal besar yang lain.
vi. Mereka yang terlibat dengan 1MDB mesti dibawa ke muka pengadilan.
Grup 2314 ini percaya, kalau kelima-lima syarat ini diterima, maka akan besarlah harapan dan kemungkinan BN menang 2/3 kerusi Parlimen dalam pilihanraya akan datang.
Negeri? Negeri tak penting. Yang kita mahu adalah dua pertiga. Itu lebih utama.
Kita kena puji juga mereka ini, sekurang-kurangnya mereka masih yakin dengan UMNO dan BN. Mereka mahu buat kerja dan yakin kewibawaan Boss merek (Zahid Hamidi) akan mengembalikan kegemilangan UMNO/BN.
Mereka juga kata, Zahid ada “senjata tersembunyi” yang akan hanya diumumkan bila berlaku peralihan kuasa.
Akan ada FEEL GOOD FACTOR, akan ada WOW FACTOR – akan ada usaha meletakkan Zahid sebagai Statesman yang tidak pernah disangka-sangka.
Kita jangan pandang enteng kemampuan Zahid Hamidi. Beliau berjaya survive kemelut Mahathir-Anwar, Pak Lah-Mahathir dan Najib-Mahathir. Master politician. Sangat taktikal dalam gerakan politik.
Cells politik Zahid dikatakan paling aktif pada masa ini. Siap pasang jentera di setiap negeri. Control politik Bahagian yang dahsyat.
Sentiasa call Ketua-Ketua UMNO Bahagian hampir setiap hari.
Kita harap mereka berjaya dengan agenda 2314 ini.
Kepimpinan Zahid Hamidi Sekadar Mediocre
Zahid dipilih kerana mahukan kedudukan UMNO yang lebih terjamin. Zahid punya kekuatan hampir 103 orang Ketua Bahagian. Ini yang membuatkan Najib sedikit risau.
Kalau 103 orang Ketua Bahagian ini pusing, ada kapal yang tenggelam.
Entah macam mana, Zahid Hamidi tidak menyinar seperti diharapkan, Ucapan tidak tersusun. Strategi bersepah. Kelemahan tak mampu nak ditutup lagi.
Walaupun dilatih oleh top notch politicians seperti Anwar dan Najib, tapi apa yang Zahid pamirkan sekarang tak ubah seperti politik kampung.
Antara yang disebutkan dalam banyak pertemuan kecil
– Mediocre leadership
– Losing control
– No mastery dan finesse in communication
– Image build up (huge failure)
– Lack of focus
– Bystander politician
Apa jadi dengan Zahid? Ke mana pergi semua pakar rujuk dan konsultan yang dilantik?
Antara yang paling berat adalah apabila ucapan Zahid tak ubah macam Ketua Kampung rasmi Balai Raya. Dah banyak kali. Tidak ada aura sebagai TPM pun. Lebih kepada Wak Jawa kampung.
Terbaru, apabila Zahid umumkan kononnya akan wujudkan Panel Tertinggi untuk kos sara hidup. Nampak bodoh sangat.
Benda dah ada sekian lama. Muhyiddin yang Pengerusikan.
Apa salah, buat mesyuarat dulu, dan kaji 4/5 perkara yang boleh dilaksanakan segera sebelum naik sekolah ini.
Umum strategi, bukan nama Menteri.
Payah juga kalau tak berapa cerdik ni
Zahid Hamidi; Surat Sokongan Membantu Kongsi Gelap Kepada FBI; Menyelamat Ketua Triad; Loyar Selebriti; Integriti Menteri dan Nama Baik KERAJAAN MALAYSIA
“Pada waktu yang sama kita minta orang ramai supaya berhati-hati kerana penjenayah adalah buta warna. Mereka tidak kenal siapakah mangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh semalam.
Kementerian Dalam Negeri mencadangkan agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diperkukuhkan lagi dengan membenarkan maklumat daripada semua intipan komunikasi diambil untuk digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah bagi menangani sebarang aktiviti keganasan dalam negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, undang-undang sedia ada termasuk SOSMA dilihat kurang berkesan dari segi pencegahan kerana setiap pendakwaan memerlukan bahan bukti yang jelas di mahkamah.
Orang Melayu dan Keberhalaan Politik
Anwar Ibrahim adalah contoh bagaimana pemimpin yang diangkat seperti berhala politik akan menjahanam parti. Anwar, pada tempoh hebatnya, adalah BERHALA kepada orang Melayu/UMNO. Berhala sebab Anwar ada segalanya. Ada pakej. Ada duit. Ada pengaruh.
Pada ketika ini, UMNO sedang berada dalam fasa baru politik berhala. Politik sembah hormat dan akur.
Dua nama yang hampir menyamai kehebatan Anwar adalah Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin. Dua nama ini sudah membina empayar dalam UMNO. Empayar yang dibina berdasarkan kekuatan ongkos, fulus dan wang.
Terus terang, kita akan kembali kepada zaman itu. Zaman apa yang Anwar suarakan itu adalah benar dan maksum. Tak boleh salah. Dia adalah segalanya kepada orang Melayu.
Hari ini, Zahid Hamidi sudah sampai ke tahap yang sama. Hari ini, hampir 60 orang agen politik Zahid sedang bersuka ria di London. Membeli belah di Harrod. Berjalan di Oxford Street. Ditemani oleh gadis Kaukasia di beberapa bar di London. Syukur. Rezeki mereka.
Balik nanti, mereka perlu berfikir bagaimana memastikan Muhyiddin meletakkan jawatan awal daripada jadual. Kepimpinan Muhyiddin pun kelihatan lesu dan lemah. Tak ada arah. Melawat anak di USA pun menggunakan wang kerajaan, sambil kononnya mengadakan lawatan berjumpa students. Zahid sedang kumpul isu.
KJ pun meniti jalan sama. Apa KJ cakap adalah benar belaka. KJ jika ditegur, maka akan bertempiaranlah monyet politik untuk mempertahan bos mereka.
Kepimpinan Anwar, Zahid dan KJ diasaskan oleh sumber kewangan. Jika Abrar menjadi banker Anwar, Zahid dan KJ juga ada banker sendiri. ECM Libra jadi banker KJ. Kali jadi PR Officer.
Jika inilah mentaliti orang Melayu, tak hairan bagaimana Harun Mat Saat @ Tuhan Harun boleh collect sampai 200 juta dan tinggal di rumah mewah. Dalam UMNO, kita tak ada Tuhan Harun. Yang ada, Tuhan Zahid dan Tuhan KJ.
Dengan duit ratusan juta, tak mustahil Tuhan Harun masuk bertanding jawatan tertinggi pemilihan akan datang. Lengkap. Tuhan Zahid. Tuhan Harun. Tuhan KJ. Maju UMNO.
Maklum Balas Pembaca