Posts tagged ‘akaun peribadi’
RM2.6 Bilion Itu Sikit Agaknya Berbanding Apa Yang Anwar Terima Sejak 1998.
SPRM sudahpun membuat kenyataan, bahawa memang benar sejumlah RM2.6 bilion itu singgah sekejap di akaun peribadi Perdana Menteri, sebelum difaraidkan mengikut keperluan untuk PRU yang lalu.
Memang tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, seorang PM menerima wang sebegitu banyak dalam akaun peribadi. Sekurang-kurangnya Najib sudah cipta sejarah. Malaysian Book of Record. Mengkagumkan juga.
RM2.6 bilion untuk PRU13 sahaja? Untuk satu pilihanraya? Apakah jumlah itu besar atau kecil?
Soalnya, pernah atau tidak kita tanyakan berapa jumlah collection PKR dan Kak Wan sepanjang beberapa pilihanraya yang lalu.
1999
2004
2008
2013
PRU14 nanti?
Ada sesiapa yang bertanya dengan Kak Wan, Rafizi, Izzah – berapa collection sebenar mereka peroleh untuk pilihanraya yang lepas-lepas? RM1b setiap PRU? Atau berapa?
Penting juga, kalau kita korek dan gali akaun peribadi Najib, berapa agaknya penerimaan akaun PKR dan sebarang yayasan, entiti yang rapat dengan parti tersebut?
Bukan soal diversion. Kalau kita nak Najib terbuka, kita juga perlu sama-sama bogelkan akaun parti sendiri. Baru sedap.
Berapa Konrad Adeanuer Foundation beri? Berapa wang dari Turki? Berapa wang dari NID? Berapa wang daripada Open Society? Berapa wang dari Singapura? Berapa wang tunai yang diseludup dari Thailand sepanjang 4 PRU yang lalu?
Kalau Sheikh Sungai Buloh tak boleh jadi transparen dan telus, barulah kita ada level playing field.
Ini tidak, bab gomen, bab PM nak ketelusan. Tapi apa pula integriti dan ketelusan kepada pembangkang?
Ke mana lebihan sumbangan yang diperolehi oleh Ketua Pembangkang selama ini? Ke mana?
PKR menang pun setakat lebih kurang 30 kerusi. Kalau bahagi-bahagi, mahunya PKR dapat lebih daripada apa yang UMNO dapat.
Siapa nak jawab tu?
Benar Juga…Kalau Nak Songlap, Ramai Yang Boleh Bantu
Blog ini tak tahu sejauh mana kesahihan tuduhan yang dibuat Wall Street Journal terhadap pemimpin negara. Yang penting, WSJ bukannya musuh kepada PM. Banyak artikel WSJ sebelum ini yang memuji PM sebagai seorang yang berkemampuan dalam mengurus krisis. Media antarabangsa banyak yang memuji kemampuan PM mengurus isu seperti MH370 dengan baik dan berkesan.
Tapi ini bukan isu MH370. Ini isu besar. Yang biasanya melibatkan kalangan pimpinan dari Afrika. Untuk WSJ menyerang seorang pemimpin dari Asia Tenggara, bukanpun negara besar memang nampak macam tidak masuk akal.
Disaksikan oleh Noh Omar dan pimpinan Selangor, PM nyatakan betapa tuduhan liar ini tidak benar sama sekali. Tak ada asas. Muka Noh Omar pun nampak macam konfiden. Walau Noh pun sebenarnya 50-50. Tapi sebab nak jaga boss, Noh bagi muka yang garang sedikit.
PM mungkin benar dalam satu perkara, kalau benar nak gelapkan wang, ramai orang kanan yang boleh bantu dan uruskan.
Antara orang kepercayaan PM:-
– Jho Low
– Tan Sri Peter Sondakh
– Omar Ong
– Tan Sri Bustari
– Razali Merican
– Habibul
– Ethos Consulting
– CIMB
– Nazir Razak
– Arab royalties
– Kawan-kawan di London
– Rakan rapat di New York
– Azeez Rahim
– Ismee Ismail
– Tan Sri Lodin
Banyak cara dan banyak kaedah kalau nak buat. Takkanlah Nazir Razak tak boleh beri pandangan bagaimana nak lesapkan wang USD700 juta dengan mudah. Pasti ada cara. Kalau tak cash, boleh letak dalam bond. Banyak tempat lain boleh simpan, Cayman Islands, Swiss, Singapore, Australia dan sebagainya.
Tak mungkin PM secuai itu. Jumlah yang begitu besar pastinya mengejutkan Ungku Sharifah Zeti di Bank Negara. Tak mungkin tak perasan.
Kita benarkanlah AG, SPRM, PDRM siasat sehabis baik. Mereka pasti ada akses.
Tapi, PM benar dalam satu perkara, kalau betul ada usaha nak pakai duit, pasti ada kaedah yang lebih baik.
Masukkan dalam akaun peribadi bukan caranya.
PM bukan baru sehari dua jadi pemimpin. Lama. Sudah masak dengan kaedah dan cara ini.
Blog ini tahu seorang Billionair yang setiap minggu hantar kereta ke Singapura untuk deposit duit. Biasa. Tak pernah kena tangkap dan trace pun. Banyak cara.
Maklum Balas Pembaca