Posts tagged ‘Anwar Ibrahim’

Surat Ke Penjara

Rasa nak menitik air mata baca surat Anwar dari dalam penjara. Sedih. Nampak sangat Anwar sudah menjadi seorang reformis yang dilupakan. Dalam bahasa budak sekarang, ini surat kurang kasih sayang. Surat risau diri akan terus dilupakan oleh kawan-kawan PKR.

Anwar kena realistik dengan keadaan politik. Walaupun sedih dengan keadaan beliau, Azmin hanya melaksanakan jalan politik yang dia anggap betul dan tepat.

Kalau harapkan c, jawabnya PKR sudah lama tenggelam dalam keadaan syok sendiri. Azmin mendekati Mahathir hanya kerana kepentingan politik. Takkan Anwar tak faham? Anwar dulu pun mendekati Mahathir pun di atas alasan yang sama. Jangan bohong. Personal interests.

Jangan bohong lah Anwar nak masuk UMNO, pada ketika itu, atas niat reform dan perubahan. It’s all about climbing the elitist game. Anwar yakin dia mampu melonjak diri di dalam game elitis UMNO. Guna duit rangkaian politik, termasuk Amerika. Melompat lah Anwar di dalam kerangka UMNO.

Tak usah cakap pasal REFORM la Brother Anwar. Geli mendengarnya.

Kalau ada benda yang paling penting untuk direform dan disuntik dengan semangat ‘accountability’ adalah orientasi seksual Anwar. Itu dahulu.

Semua ini tak akan terjadi kalau benda dalam seluar Anwar itu ada semangat reform dan akauntabiliti. Tak akan terjadi.

Malah game politik akan jadi lebih menarik bila Anwar ada benda dalam seluar yang berdisiplin.

Hari ini, sibuk menulis dengan ayat budiman. Konon dia lah manusia paling clean, bersih dan tak ada noda. Pii rah Anwar. Jangan berlagak baik.

Masalah dengan Anwar adalah ketiadaan semangat reform di dalam seluarnya.

If God is all love.
why is being gay harmful?
a sin is not love.

Sengaja blog ini letak poem ringkas mengenai gay. Mungkin Anwar pun boleh refleksi diri dan tengok di mana silap.

Jangan salahkan Azmin dalam gerakan politik mutakhir ini.

Azmin hanya jadi realistik. Bukan pelakon pembantu.

Mei 17, 2016 at 11:54 am Tinggalkan komen

Bila PKR Nak Move-On Daripada Cerita Anwar???

Lepas Kongres PKR habis awal, rupanya banyak mesyuarat-mesyuarat kecil diadakan untuk menilai apa yang telah berlaku dalam Kongres. Masing-masing pemimpin kanan bawa gerombolan masing-masing. Ada yang pergi lobi hotel (pemimpin kerajaan). Ada yang lepak kedai mamak (tak ada jawatan).

Masing-masing ada analisa tersendiri tentang apa yang berlaku dalam Kongres PKR. Antara dapatan yang blog ini sempat simpulkan:-

1. Kongres tidak ada umpph. Ucapan Presiden macam membebel hal famili.

2. Tak ada roadmap.

3. Pengurusan lemah.

4. PKR tak ada pemimpin pelapis.

5. Parti kawal Selangor, tapi cara anjur Kongres macam kedana sangat.

6. Mana kekuatan parti selama ini?

7. Bila cerita pasal Anwar ini nak habis?

8. Sampai bila Anwar perlu jadi keutamaan dalam parti.

9. Izzah sudah hilang nilai kepimpinan.

10. Azmin yakin untuk ambil alih, tapi kena jaga hati.

11. PAS masih penting kepada PKR.

12. Kak Wan sudah tidak mampu.

Macam-macam ulasan lain. Termasuk yang ada isu-isu dalam kain. Tapi kenyataan di atas adalah antara yang banyak bermain di bibir ahli PKR.

Mereka kecewa kerana tidak ada direction dalam PKR. Kongres ini patutnya buat kenyataan tegas tekan Najib sebelum Perhimpunan Agung UMNO. Tak dibuat.

Malah cadangan perwakilan untuk consider tarik Muhyiddin juga tidak diterima, kononnya akan menyebabkan Anwar tenggelam.

Kalau macam ini punya politik, nampak sangat PKR akan cepat hanyut.

Ramai yang kata, kalau PKR nak menang PRU akan datang, Mahathir dan Muhyiddin ini adalah dua punca yang mesti ditarik masuk.

Kalau setakat harap Anwar, mereka tak yakin ada jalan untuk menang.

Apa yang susah sangat nak tarik Muhyiddin? Marzuki orang kanan dia lama dengan team PKR. Nardin. Ainon. Semua ini jenis mata duitan dan akan ikut sahaja arus. Itu pun susah nak buat.

November 30, 2015 at 12:18 pm Tinggalkan komen

Anwar + Mahathir Pun Tak Mampu Tewaskan Najib!

Kita ucap tahniah kepada DS Najib dan seluruh jentera kerajaan yang berjaya mempertahan undian belah bahagi di Parlimen bagi meluluskan Bajet 2016. Berpuluh dekad sebelum ini, kelulusan Bajet ini adalah formaliti. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan pun.

Cuma kebelakangan ini, Bajet sudah jadi macam senjata politik. Sudah ada ura-ura kononnya pembangkang ada jumlah yang cukup untuk pastikan Bajet tidak mampu diluluskan.

Semalam menceritakan segalanya. Apapun yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Desas desus kononnya ada jumlah YB BN yang akan berhijrah haluan politik pun tak jadi kenyataan.

Tapi apa yang blog ini nak sampaikan, adakala politics is not all about game of numbers.

Memang cemerlang kita nafikan undian pembangkang, Tahniah.

Memang cemerlang kita tewaskan mereka.

Tapi soalnya, apakah imej kita sudah lebih baik? Dengan kemenangan Bajet, tapi busuknya cerita YaPEIM yang masih belum dijawab baik, kecuali ugutan saman – tak menggambarkan kerajaan ini mulia.

Ya, perkataannya MULIA.

Kita perlu kembalikan keMULIAAN sebuah kerajaan. Kerajaan dan pemimpin yang ada hormat dan wibawa. Rakyat yang sayang dengan pemimpin.

Tengoklah semula Bajet dan lakukan perubahan.

Kalau kita masih main lagi dengan rasuah, rosak integriti dan sebagainya; tak ke mana juga. Menang atas nombor semata.

Yang penting, adalah imej dan kemampuan kerajaan. Kemuliaan mesti dikembalikan.

Bukan dengan propaganda mahal yang diterajui Farid Ridzuan semata.

November 18, 2015 at 12:24 pm 1 komen

United Nations Minta Anwar Dibebaskan; Dah Tu Malaysia Kena Ikut Ke? Kempen Bodoh #FreeAnwarNow

Biar tajuk kali ini jadi mudah, dan senang difahami. Kalau nak pakai bahasa tinggi, mungkin ada yang tak faham. Nurul Izzah dan ramai wakil pembangkang bukan main suka bila UN Working Group on Arbitrary Detention kata Anwar mesti dibebaskan segera.

Jawatankuasa yang sama juga mengatakan tuduhan terhadap Anwar adalah bermotifkan politik.

Kita tak pasti samada Jawatankuasa ini sudah nilaikan kes Anwar secara menyeluruh atau tidak. Kita harap mereka dah buat kajian yang menyeluruh. Jangan main serkap jarang macam itu. Buat malu UN sahaja.

Dalam Jawatankuasa ini, ada anggota pelbagai negara. Pengerusinya orang Korea. Salah seorang Jawatankuasa warga Australia.

Kita jangan lupa, salah seorang yang paling kerap hadir dalam kes Anwar ini adalah Mark Trowell. Orang Australia juga.

Tak susah untuk kita agak Mark Trowell juga berperanan untuk memastikan panel ini membuat kenyataan yang begitu.

Tak mustahil, panel ini hanya gunapakai dapatan Mark Trowell dalam perbincangan ini. Pandangan pakar lain diketepikan begitu sahaja.

Salah seorang panel, Miss Leigh Toomey ini juga dikatakan ada peranan.

Ms. Leigh Toomey provides expert advice in designing, implementing and evaluating human rights and justice programs around the world. She has gained extensive experience in leading and working in field-based missions, including for UN agencies, NGOs, academic institutions, and development organizations. She has taught human rights and criminal justice at Queensland University of Technology and for the Raoul Wallenberg Institute of Human Rights and Humanitarian Law. Ms. Toomey has served as a member of the Australian Delegation to the UN General Assembly and Commission on Human Rights, and as an NGO delegate to the Human Rights Council. She has also served in the UN headquarters and field roles such as the UN Compensation Commission and the UN Mission in Liberia. She was appointed to the Working Group on 1 August 2015.

Tak semua benda yang UN cadangkan itu negara anggota kena ikut. Agak-agaklah. UN tak ada kuasa macam itu.

Jadinya, kempen bodoh #FreeAnwarNow ini tak akan ke mana.

Anwar masuk penjara kerana salah sendiri. Bukan isu politik.

November 2, 2015 at 7:37 pm Tinggalkan komen

Anwar Tahu Mana Nak Cari Duit Jika Berlaku ‘Siri Pilihanraya Kecil’

GHB diminta melihat dan mendengar apa perasaan rakyat setelah mereka ambil keputusan untuk mufarakah dari Pas. Dalam solat pun dibolehkan mufarakah. Apa sangat dalam politik. Sebab itu apabila timbul isu bai’ah dan sebagainya, pelopor GHB tidak kisah sangat.
Arahan terbaru yang diterima daripada Mursyidul Am Sebenar GHB (Sungai Buloh) adalah meletakkan jawatan sekiranya perlu. Semuanya bergantung kepada sentimen rakyat. Kalau ok, tak perlu. Tapi pressure kuat, siri pilihanraya kecil adalah jalan terbaik.
Apabila ditanya soal modal untuk siri pilihanraya kecil; Mursyidul Am Sebenar GHB (Sungai Buloh) yakinkan supaya mereka jangan risau. Kalau setakat 11 kawasan Parlimen; 17 DUN; rasanya modal yang ada sudah cukup.
Modal ini akan turut dibantu oleh satu arahan khas kepada Azmin dari Sungai Buloh. Bajet tertentu Kerajaan Negeri Selangor akan digunapakai. Secara kebetulan, banyak juga pilihanraya kecil akan berlaku di negeri ini. Untuk asingkan sedikit untuk beberapa kawasan di Kelantan, di Kedah, di Perak tidak akan timbul masalah.
Pilihanraya kecil ini peluang untuk bawa masuk ramai orang kecewa ke dalam sistem politik. Orang seperti Husam, Salahuddin Ayyub – tak boleh berada di tepian padang. Mesti masuk dalam padang. Itu boleh diusahakan.
Malahan Husam bersedia untuk bertanding di Shah Alam, apabila laporan dalaman mengatakan Khalid Samad akan tersungkur teruk jika bertanding semula di Shah Alam di atas tiket GHB.
Salahuddin Ayyub juga mengidam untuk bertanding.
GHB akan mempunyai modal yang cukup, apabila kemampuan kewangan DAP dan PKR membantu parti baru tersebut. Buat masa sekarang, invois bulanan Abang Mat Sabu sahaja sekitar RM20 ribu sebulan. Belum masuk buat open house dan turun ke negeri-negeri.
Ini semua rezeki bulan Syawal.

Julai 26, 2015 at 10:06 pm 3 comments

#LoveWins Versi Malaysia???

Ada juga rupanya beberapa orang pakar hak asasi manusia yang bertanya dengan Anwar di Sungai Buloh, tentang kemungkinan PKR membawa semangat perubahan di Amerika Syarikat – kebenaran perkahwinan sejenis diakui di seluruh negara tersebut.
Arguments mamat-minah hak asasi manusia ini adalah; jika PKR pantas membuat pendirian yang selari dengan Obama dan Amerika Syarikat, akan ada beberapa keuntungan kepada PKR dan Pakatan Rakyat:-
i) Para pelobi #LoveWins ini ada bajet yang sangat besar. Mereka tak sangka kerajaan Amerika akan tunduk dengan mudah kepada desakan mereka. Banyak lebihan bajet yang boleh digunakan oleh PKR dan NGOs yang berkaitan.
ii) Menurut kajian PKR, hampir 150,000 pasangan yang berkecenderungan sejenis di Malaysia. Ini angka 2009. Mungkin dah bertambah. Jika PKR perjuangkan perkara ini dengan konsisten, ianya akan memenangi dokongan yang agak besar kepada parti.
iii) Mengambil peluang ketidakwujudan Puak Ulama’ di dalam Pakatan Rakyat. Perkara ini tidak mendapat tentangan gerakan sosialis DAP.
iv) Revival of COMANGO Demands:-

At the recent Universal Periodic Review (UPR) session held in Geneva on 24th October 2013, it was clear that many countries were pressuring Malaysia to ratify certain international human rights treaties; including the ones that allow for unbridled freedom of religion (such as Article 18 of ICCPR on freedom of religion). There were also calls by at least 6 countries for Malaysia to abolish her anti-sodomy laws (including section 377A of the Penal Code and the various Shariah enactments); this eventually and ultimately aiming at allowing same-sex marriage.

There were demands for Malaysia to allow the spread of Shiah teachings. There were also attempts to meddle in our domestic judiciary system through calls to urge the Malaysian government to reverse its decision of prohibiting the use of ‘Allah’ by non-Muslims. According to his secular view, the United Nations Special Rapporteur on Freedom of Religion, Heiner Bielefeldt, has urged the Malaysian government to reverse its decision and said that “Freedom of religion or belief is a right of human beings, not a right of the State. It cannot be the business of the State to shape or reshape religious traditions, nor can the State claim any binding authority in the interpretation of religious sources or in the definition of the tenets of faith.”

v) Kedudukan Najib yang lemah membolehkan idea ini diterima pakai.

vi) Dividen politik besar di peringkat serantau dan antarabangsa. 

Sedang difikirkan….

Katanya, semua kehendak NGOs terbabit sedang dalam pertimbangan Biro Politik PKR; samada ianya mahu dijadikan modal politik. 

Perkara paling penting adalah akses kepada Jutaan US Dollar yang sedang menunggu untuk diberikan kepada mereka yang bersedia memperjuangkan same sex marriage. 

Kalaupun PKR tidak bersetuju, sikap engagament dengan COMANGO boleh diwujudkan semula. Walaupun tidak dalam manifesto, tetapi ianya boleh menjadi bullet points kepada common policy framework yang baru.

Kalau Mursyidul Am PKR Sungai Buloh bagi green light, Bank Negara Malaysia (BNM) kena perhati aliran wang lebih USD50 juta dalam masa terdekat ini. Katanya itu akan jadi bantuan awal. 

#LoveWinsSangatSangat

Jun 30, 2015 at 4:25 pm 1 komen

Anwar Mula Risau Perpecahan Pakatan Rakyat. Strategi “Senggama Politik” Ganti “Tahaluf Siyasi” Tak Mungkin Berjaya

“I am concerned with recent events affecting Pakatan Rakyat, which was formed as an alternative to the failed political system and poor governance under the Barisan Nasional (BN),” said Anwar in his message. “I regret that a resolution to sever ties with the DAP was accepted at the PAS muktamar.”

“I urge our political ally PAS to review that resolution which was passed without debate, and meanwhile not to implement it.”

The DAP, added Anwar, has long been friend and comrade, committed to the great struggle for change. “I know too that the DAP stands with us in our endeavour to ensure PR remains viable and united as an alternative to the people.”

Under the BN, charged Anwar, the situation was increasingly dire. “The rakyat are now further oppressed by GST and the massive 1MDB losses, while racial and religious polemics show no signs of abating.”

It is the great hope of the rakyat, continued Anwar, that Pakatan Rakyat will march forward to resolve the political uncertainty and economic troubles that plague the country under the rule of the BN.

—————

Anwar patut dengar apa yang diperkatan Ong Kian Ming di Kuala Lumpur petang semalam. Ong Kian Ming, secara jelas menyatakan DAP bersedia untuk bekerjasama dengan orang lain, selain daripada Pas.

Ong Kiang Ming juga kata, PAS adalah parti yang paling miskin sokongan di Selangor jika Pilihanraya diadakan di negeri itu dalam masa terdekat ini.

Rasanya, Anwar lebih perlu memberikan nasihat kepada DAP berbanding PAS. Yang nak sangat cerai ini, sebenarnya DAP. Mereka yang kecewa apabila kuda-kuda mereka gagal menang di dalam muktamar. Kalau ada yang merajuk dan letak jawatan, hanya memberikan kita fakta bahawa kuda-kuda ini memang selama ini makan duit Cina DAP untuk gerakan politik mereka.

Elok agaknya, Anwar berikan mesej kepada DAP berbanding risaukan dengan usul Pas. Itu lebih molek.

DAP ini tak boleh dibiarkan menjadi dewa kepada politik Pakatan. Itu sahaja isunya. Selagi DAP sombong dan bongkak, selagi itulah rasanya tak ada peluang untuk Pakatan bangkit semula sebagai alternatif kepada BN.

Sekarang ini bukan lagi tahaluf siyasi. Tetapi ini sudah jadi senggama politik sesama sendiri.

Jun 9, 2015 at 6:38 pm 1 komen

Nurul Izzah Guna Kad Simpati; Minta Nyawa Jadi Ketua Pembangkang

Nampaknya permainan politik Izzah menjadi. Atas nasihat Papa dari Sungai Buloh, usaha untuk memastikan Izzah ditahan menjadi seperti dirancang. Kehadiran anak di balai juga dirancang. Bertelekung dan bersolat juga dirancang.
Di kalangan pimpinan PKR sekarang tertanya-tanya, ke mana perginya Azmin yang selama ini diharapkan menjadi tunjang kepada usaha mengurus PKR. Katanya Azmin tawar hati apabila Anwar secara spesifik mengatakan Izzah lebih layak dan wajar diberikan tempat.
Tak nampak langsung peranan Azmin.
Malahan di Parlimen pun, Azmin tak sentuh sangat pasal Anwar. Azmin cerita panjang lebar mengenai ASEAN. Tak ada kena mengena.
Memang dirancang supaya penahanan Izzah mendapat liputan antarabangsa.
– Asahi Shimbun
– New York Times
– Sydney Herald
Semuanya beri liputan kepada Izzah.
http://www.nytimes.com/2015/03/17/world/asia/daughter-of-jailed-malaysian-opposition-leader-is-arrested.html
Malaysia’s prime minister, Najib Razak, had pledged in 2012 to retire the sedition law, which dates from Malaysia’s era as a British colony, but last year reversed his position and said it should be strengthened. Critics say his government is increasingly wielding the law as a tool against its opponents. Ms. Nurul Izzah’s arrest follows a series of detentions on sedition charges over the past year of outspoken commentators, a group that includes a cartoonist, scholars and opposition politicians.
 
Kita harap Paul Stadlen dan jentera APCO segera menjawab isu ini. Jangan biarkan media antarabangsa tertipu dengan permainan politik Izzah dan Anwar ini. 

Mac 17, 2015 at 5:11 pm Tinggalkan komen

‘Online Media Special Project – GE14 Onslaught’

Lead Role  :
Cost          : RM35million
Duration     : 8 months
Medium     :  Blogs
                    Portals
                    Facebook
                    Instagram
                    Twitter
Target       :  Youth/Urban segment; professionals
Project Manager,
…………………………….
YBhg Dato’ ???????????????????
——————————————————————————–
Blog ini nak ucap setinggi tahniah kepada mereka-mereka yang sudah mendapat nota untuk terlibat dalam satu usaha kerja online media yang paling dahsyat dalam sejarah politik. Angka RM35 juta ini sememangnya amat menarik kepada mereka yang mempunyai lifestyle ala-ala rich and famous. Yang tak boleh telan makanan selain daripada yang dimasak di Bangsar Shopping Centre. Kedai lain? Not my taste.
Tak susah sebenarnya nak tahu blog mana yang menjadi key player kepada usaha yang macam ini. Tengok posting pun tahu. Bagus punya konar. Benda tak betul pun nak pertahan bagai nak rak, petanda lah tu. Blogger yang kononnya paling clean dan transparent pun dah main isu-isu lekeh.
Blog ini yang tidak termasuk dalam mana-mana skim/kumpulan hanya nak ucap tahniah dan minta ihsan, jika blog anonymous seperti gelagat ini juga didekati dan dimasukkan dalam list. Kalau tak boleh tak apa.
RM35 million – kalau difaraid dengan kawan-kawan/skandal rapat pun masih banyak untungnya. Tak perlu makan seorang. Tak habis makan pun. Bawa bertenang.
Cumanya, nak dinasihatkan juga, janganlah bercakap pasal PRINSIP kalau segala-galanya boleh dibeli dengan wang. Tak perlu tonjol diri macam AKU ini orang yang paling bersih dan tidak menerima sebarang imbuhan mana-mana pihak. Itulah cerita yang diulang-ulang.
‘Bro, I am not in the payroll Bro’.
‘Bro, I am not involved bro’
‘Brader, you know me. Aku clean. Tak kencing kawan-kawan punya’.
‘Aku bukan blogger cari makan Bro’.
‘Fuck mamat tu lah Bro. Tak guna punya kaki. Kaki kelepet’.
Sekarang, lu apa kes? Konar baring?
RM35 juta kalau dibagi dengan 8 bulan – kurang lebih RM4.3 juta sebulan. Angka ni besar ni. Zaman special project di Damansara pun tak dapat macam ini punya banyak.
Kalau katalah dibahagikan kepada 100 orang blogger sekalipun; seorang boleh dapat RM43,750 sebulan.
Tapi dengar cerita, bidak di kalangan 8 orang terkanan sahaja. Kalau bahagi dengan 8 (seorang boleh dapat RM546,875) bro. Ini barulah dikatakan blogger elitis. Oklah, katalah kalau create platform baru, beli online ads, buat video clip; kurang-kurang RM300k sebulan. Income baik. Tan Sri Azman Mokhtar yang jaga Khazanah pun rasanya nak join buat blog.
Kita doakan special project ini berjaya. Antara KPI nya adalah memastikan Selangor dan Wilayah Persekutuan akan kembali kepada BN. Tak tahu blogger nak buat. Yang penting, ongkosnya baik.

Februari 27, 2015 at 1:06 pm 2 comments

Anwar Mula Nyanyi Lagu “Rayuanku” (Rohana Jalil) di Sungai Buloh. Moga Dipertimbang oleh Duli Tuanku.

Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
Ingin sekali bertemu
Untuk melepas rindu

Masih tertanam kini
Hatimu di hatiku
Malam yang sepi begini
Gementar hati ini

Ingin kuhapus namamu
Tapi tak berupaya
Bilakah dapat bertemu
Dengarlah rayuanku

Hati bergetar (bergetar)
Jantung berdebar (berdebar)

 
—————–
 
Kita doa yang terbaik sahajalah. Kalau lulus, baguslah. Dalam sejarah pun memang ada banduan yang diberikan pengampunan. Itupun bukan di peringkat awal. Selepas 4 tahun. Selepas pihak penjara puas hati, individu berkenaan menunjukkan rasa keinsafan, taubat dan benar-benar bebas daripada jenayah yang biasa dilakukan. 
 
Kalau selepas 4 tahun baru bebas, rasanya berdasarkan EGO Pak Sheikh, mesti tak minta dibuat rayuan. Kita kenal Pak Sheikh. Masuk penjara itu menaikkan ego. Boleh sembang satu Malaysia, kononnya masuk kerana rakyat. Padahal kerana LIWAT. 
 
Tapi tak apalah, biarlah Duli Tuanku yang buat keputusan. 
 
Dalam masa yang sama, Kak Wan dikatakan sudah menghantar surat rasmi kepada Amerika, untuk berbincang dengan seorang bernama Randy Berry (Special Envoy for the Human Rights for LGBT Persons) supaya membuat lawatan khas ke Sungai Buloh dalam masa terdekat. 
 
Kak Wan nak Randy sampaikan kepada Amerika betapa hak asasi Anwar telah dirampas hanya kerana orientasi seksualnya.
 
Nampak gaya, Kak Wan tak peduli apa orang nak kata. Anwar mesti dibebaskan. Kasih sayang tak pernah putus.
 
Kalau tak lulus rayuan, Randy Berry pastinya menjadi penyelamat Anwar. Special Envoy tu. Aduh…teringat zaman Kak Wan jumpa Estrada.

Februari 25, 2015 at 11:08 am Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


Jun 2023
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Capaian Umum

  • 75,348,413 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada