Posts tagged ‘Azmin Ali’
Benarkah Azmin Tidak Taja Se-sen Pun Pilihanraya Kecil?
Apahal pulak MB Selangor ambil keputusan macam ini? Nak sabotaj siapa sebenarnya? Nak sabotaj diri sendiri ke?
Kita semua faham, Azmin sedang berdepan tuduhan yang berat oleh Setiausaha Agung parti. Bukan orang kecil. Setiausaha Agung parti buat tuduhan terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Timb Presiden. Pelik tapi benar.
Apa kaitan tuduhan Rafizi dengan tak mahu belanja kawan-kawan dalam kempen?
Nak suruh AMANAH pakai duit mana? Nak suruh DAP taja semua? Ini bukan contoh kawan yang baik.
RM9.6 juta boleh dibelanja untuk perbaiki pintu gerbang.
Takkan satu sen pun tak mahu belanja untuk masa depan politik.
Azmin kena ingat, kalau AMANAH tewas dalam PRK kali ini, susah juga nak jawab nanti. Kena pastikan AMANAH menang, walaupun hanya dengan 1 undi.
Berilah AMANAH bantuan kewangan sedikit. Kurang-kurang RM1juta. Nak pastikan kemenangan calon.
Kalau tak duit kerajaan pun, RM1 juta untuk Azmin ini celah gigi sahaja. Bagi lah AMANAH bantuan sikit.
Sekurang-kurangnya, boleh mereka pertahankan MB nanti.
Azmin Nekad, Jika Dia Jatuh – PKR Turut Runtuh
Di mesyuarat inner circle biasa Azmin malam semalam, ada kumpulan yang khuatir dengan tindakan Rafizi. Nama Azmin akan tercalar teruk kalau bukti yang diberikan itu kredibel.
Masalah dengan Azmin, adalah nak handle banyak kumpulan PKR yang minta projek kanan dan kiri. Yang tak dapat, mulalah mengatakan ada company yang memberikan duit dan perempuan sebagai habuan.
Padahal, yang ambil itu bukan staff Azmin pun. Sesetengah tu pegawai bawahan yang perasan bagus. Terbabit semua kena.
Azmin jelaskan semalam:-
– Dia tak takut dengan usaha coup politik yang diketuai Kak Wan
– Azmin beri amaran, jika dia JATUH, dia akan pastikan PKR akan runtuh
– Azmin jelaskan tak ada rahsia dalaman yang dia tak tahu
– Mengapa ‘affair’ yang melibatkan anak kepimpinan tidak dibangkitkan
– Azmin sedia dedah dari mana duit PKR selama ini diperoleh
– Ada rahsia paling besar yang akan didedahkan jika dia dijatuhkan.
– Alang-alang mandi biar basah. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Meeting semalam habis awal daripada biasa. Katanya Azmin ada perjumpaan dengan beberapa kumpulan orang halus.
Kali ini Azmin tak akan simpan. Kalau dia jatuh daripada kerusi MB, Azmin akan gasak Istana Segambut kanan dan kiri.
Jangan main dengan Azmin Ali.
Dengan Azwan Ali boleh main. Azmin…jangan.
Rafizi Nekad Nak Tanam Azmin?
Apa dah jadi? Teruk benar permusuhan dalam PKR?
Kita semua tahu, Rafizi ini blue-eyed boy Anwar sejak lama. Memang Anwar sayang akan bakat Rafizi yang cemerlang dalam banyak perkara. Sebab itu, Rafizi disediakan permaidani merah bila mahu dimasukkan ke dalam politik.
Dijanjikan gaji lumayan. Kedudukan yang tinggi. Diberikan kemudahan. Dijaga sepenuhnya makan dan minum. Rafizi ini ibarat ‘ANAK LELAKI’ Anwar. Cukup ditatang bagai minyak yang penuh.
Ramai dalam PKR yang berkata, kalau Rafizi sudah attack Azmin, itu tandanya sudah ada blessing dari dalam penjara Sg Buloh.
Rafizi tak buat kerja bodoh, kalau tidak diberikan green light. Apatah lagi bila orang yang dilawan adalah Azmin Ali.
Nampaknya game ini adalah arahan dan percaturan Ketua Umum. Bukan game kecil anak.
Kalau Rafizi buat pendedahan pasal penawaran wang dan wanita di Selangor, itu maknanya Rafizi bersedia menanti balasan Azmin.
Jangan main dengan Azmin Ali. Kita tunggu apa rahsia Rafizi yang Azmin akan buka.
Rafizi better bersedia dengan tindak balas Azmin Ali.
Beberapa orang Exco sudah dipanggil mengadap Azmin untuk membantu usaha melawan Rafizi.
Memang meriah PKR ni. Lebih teruk daripada UMNO!
Siapa Calon PKR di Sungai Besar?
Calculation awal Unit Khas Strategi Pilihanraya PKR membawakan fakta, jika Pas dibenarkan bertanding, tidak kira siapa calonnya, kekalahan sudah pasti. Menurut angka PKR:-
– Jika Sallehen Mukhyi (tewas kurang lebih 3000 undi)
– Jika calon lain (tewas 5000 undi)
Calculation ini atas dasar pengundi Cina tidak akan beri undi kepada Pas. Lebih malang lagi, wujud tekanan agar mereka tidak keluar mengundi sama sekali. Jika ini berlaku, makna kata, BN akan menang dengan lebih bergaya.
Sebab itu, jika diasaskan kepada feel good factor kehadiran Azmin Ali, PKR mampu mencatatkan kemenangan di antara 2500 hingga 2800 undi jika calon yang dikemukakan adalah tepat dan dihargai rakyat.
Azmin mahu anak tempatan, muda dan profesional. Kalau kaji semula, di kalangan mereka yang aktif dengan PKR di Sungai Besar, Sekincan, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, adalah beberapa nama yang difikirkan baik. Tapi masih belum finalized.
Katanya ada usaha nak letak anak Anwar Ibrahim juga, tetapi masih belum mendapat perkenan Sungai Buloh.
Kita nak tengok sejauh mana handalnya Azmin Ali berunding dengan kawan-kawan Pas.
Azmin akan tunjukkan survey Merdeka Centre dan UMCEDEL mengenai kemungkinan ini. Undi Cina jadi penentu. Kalau tewas undi Cina, atau mereka tak keluar mengundi, BN seronok mendapat kemenangan mudah.
Azmin Ali Patut Desak Kak Wan Bersara
Masalah dengan DAP, mereka bukanlah jenis yang terima alasan dan sebab yang diberi. Kepada mereka, DAP sepatutnya diberikan layanan istimewa. Tak boleh ada orang yang nak jatuhkan DAP.
Azmin hanya melaksana apa yang diinginkan oleh Ketua Ranting dan Cabang. Mereka mahukan calon PKR sendiri, dan Azmin terpaksa ikut.
Apabila Ketua Ranting dan Cabang telefon Madame President, tak ada jawapan. Call tak berjawab. Whatsapp tidak berbalas. Telegram tak ada respon.
Macamana nak buat lagi?
Untung Azmin ada untuk dihubungi dan dimaklumkan mengenai keputusan politik yang perlu dibuat.
Kalau dah macam ini keadaannya, ramai juga yang kata Azmin Ali patut ambil alih PKR dalam kadar segera.
Sebelum lebih jahanam, elok Azmin buat rampasan kuasa.
Kalau dibuat sekarang, rasanya Wan Azizah akan dimalukan. Tak ada sokongan.
Sebab itu ramai di Sarawak yang rasa Azmin sudah perlu jadi Presiden sebenar kepada PKR.
Bukan Madame yang tak tahu apa nak buat, blur dan bodoh dalam buat keputusan.
PKR Jadi Destinasi Impian Muhyiddin?
Katanya, Dr Marzuki, orang kanan TSMY sudah beberapa kali bertemu dengan inner circle PKR. Merayu dan mencari nyawa politik baru untuk TSMY. Takkanlah, seorang mantan Timbalan Presiden nak masuk PKR dan hanya diberikan jawatan lantikan. Macam tak logik.
Seorang Menteri Besar juga dikatakan menjadi broker kepada usaha ini. Tak payah sebut nama pun ramai boleh agak. Orang kanan Muhyiddin buat sekian lama. Sejak zaman Yayasan Nurul Yaqien lagi.
Marzuki, Dato’ Menteri Besar, dan ramai lagi rakan-rakan mencadangkan TSMY untuk menyeberang seberapa cepat yang mungkin.
Sementara ada harga katanya. Kalau lambat sangat, semakin saham politik menurun. Bilamana menyeberang sahaja, maka akan adalah jawatan dan posisi yang menanti.
Pengarah Pilihanraya PKR Johor memang siap sedia. TSMY orang paling layak. Untuk menterbalikkan undi Melayu kepada PKR, TSMY adalah calon paling wibawa. Pagoh, Muar, Ayer Hitam, Kluang, Sekijang dan beberapa kawasan Parlimen ada peluang cerah untuk menang.
Deal yang perlu dilunaskan:-
– Siapa PM jika persetujuan ini OK? TSMY? Jika ya, baru ada jalan berbincang.
– Apa kedudukan TSMY?
– Bagaimana penerimaan Anwar?
– Apa kedudukan Azmin Ali?
– Apa KPI TSMY?
– Bantuan kewangan?
Kalau ini berlaku, kita akan tengok banyak pihak yang risau dan gentar. Ini game paling tinggi. Kalau jadi, memang politik Malaysia jadi caca marba.
Apa lagi yang nak ditunggu? Rayuan? TSMY kata tidak akan merayu?
Tunggu dipecat? Untuk apa.
Kita nak tengok Dr Marzuki kerja kuat sikit, bagi memastikan boss-nya dapat jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam PKR. Mesti segera.
Retorik Tender Terbuka Azmin Makan Diri
Azmin yang diterangkan mengenai maslahah. Soal kepentingan ummah. Soal PKR mengemukakan pentadbiran yang lebih unggul dan cemerlang. Soal menjaga kebajikan rakyat. Semua Azmin tahu. Semua Azmin dengar. Soal fiqh waqi’. Soal fiqhut taghyir. Semua Azmin faham.
Sebab itu, sebelum menjawat jawatan MB Selangor, Azmin sebenarnya antara orang yang paling galak bercakap pasal open tender dan bagaimana itu akan membantu kerajaan untuk jangka masa panjang.
Azmin juga belasah PM dengan isu tender 4G – yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni seperti Syed Mukhtar dan Packet One.
Soalnya sekarang, kenapa Azmin sendiri pun tak pakai tender terbuka? Kenapa mesti dahulukan syarikat enterprise? Kenapa mesti direct award?
Ini semua Allah nak tunjuk. Jangan cakap benda yang ko sendiri tak buat. Banyak kali Allah pesan dalam Quran.
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Shaff: 3
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. QS. Al-Shaf: 2
Sekarang ini Azmin adalah pemimpin PKR paling hipokrit dan tidak kotakan janji. Lebih teruk lagi, katanya Azmin bersekongkol dengan beberapa Ketua UMNO Bahagian di Selangor untuk faraidkan projek. Dahsyat.
Yang beri pun hebat. Yang minta pun hebat. Dengan Najib pun mintak. Dengan Azmin pun mintak. Janji dapat
Projek KERTAS (Kerja Tawan Selangor) – Projek Khas NOH OMAR
Tak ada apa yang hebat sangat pun. Noh Omar. Bukan terer mana pun.
Antara yang jadi isi penting:-
– UMNO/BN target menang 32 kerusi
– Semua tumpuan akan dimulakan sekarang
– 18 bulan kerja berterusan
– Tidak ada lagi struktur lama
– PDM dimansuhkan
– Tumpu kerusi UMNO
– Gagalkan PKR di beberapa kerusi penting
– Guna perpecahan pembangkang
Bagus la, sekarang UMNO Selangor dah bangun dan mula bercakap nak buat kerja. Ada Bahagian yang dah beberapa kali pergi retreat di luar negara. Medan, Padang, Bandung, Jakarta jadi tempat perbincangan mereka.
Bila KERTAS ini diserahkan kepada Azmin, sampai merah muka MB Selangor gelak. Sampai tekan perut. Punya lah tak tahan.
Kalau UMNO boleh kekal kerusi yang ada pun dah nasib baik – kata Azmin.
Zaman dulu, zaman Khir Toyo, Projek Pembangkang Sifar jadi impian. Sudahnya UMNO dan BN yang melingkup.
Sekarang ini Projek KERTAS pula. Katanya bajet awal sahaja dekat RM50 juta.
Boleh menang ke?
DEIG Ugut Saman. Sepenting Itu DEIG Untuk Masa Depan Politik Azmin?
Faced with unfavourable reports over the set-up of its new state investment unit, PKR-led Selangor took the first legal step demanding several news outlets linked to Umno retract their allegedly defamatory articles within seven days or face court action.
The Selangor Mentri Besar Incorporated (MBI) said in a statement that letters of demand have been issued to several parties, including but not limited to Sistem Televisyen Malaysia Bhd or TV3, Utusan Malaysia and the New Straits Time Press which it said had published articles that contained defamatory allegations.
“These publications have tarnished the reputation and further caused considerable distress to DEIG and ultimately MBI resulting in hatred, contempt or ridicule, suspicion towards the DEIG and MBI respectively.
“The allegations made by the publications are entirely inaccurate, baseless, malicious and false, and made without care, diligence and devoid of ‘fair journalism’ practice,” MBI said in a statement.
The letters were served to the respective companies on September 25.
——————–
Maklum Balas Pembaca