Posts tagged ‘BN’
Tengok Kabel Politik Siapa Lebih Kuat
Yang sudah jumpa kiyai dan pawang pun ada. Pasang pendinding. ‘Kau ni, tok tengok ada peluang. Tapi kena tambah seri kepada muka. Kena letak pemanis’.
Katanya ada angin kuat, Pengarah SERANTA-FELDA Jabatan Perdana Menteri pun menyua muka kepada pemimpin parti. Walaupun bukan asal Sungai Besar, tapi kara masih kuat dengan grass roots. Buat kerja sejak 15 tahun lepas.
Cikgu biasa pun diangkat namanya.
Usahawan pun diangkat namanya.
Masing-masing dengan kabel masing-masing. Ramai yang beri komen, PRK ini musim menentukan lobi siapa yang lebih kuat. Lobi Hisham atau lobi Zahid? Atau lobi penasihat-penasihat lain yang ada.
Kuala Kangsar pun begitu. Katanya jangan tertutup sangat minda dengan calon anak tempatan. Mesti buka minda dan hati.
Blog ini sokong penuh kalau Azwan Bro hendak diketengahkan sebagai calon. Anak muda. Pemikiran profesional. Berkemampuan segala segi. Ada network yang utuh di peringkat negeri dan nasional.
Kalau nak calon luar, katanya ada Pegawai Khas Menteri yang juga pasang badan. Mahu juga disenarai pendek. Kalaupun tak dicalon, tapi nama menjadi sebutan, pun cukup.
Siapa calon, kena tahu siapa kabel di belakangnya. Mesti ada kabel.
Kita ucap selamat menjadi calon dan bakal calon. Semoga sukses.
Siapapun calon, jangan sampai pukul 11.30 pagi dah tahu kalah sudahlah. Penat bertanding ajer.
PM Najib All Out Untuk PRN Sarawak – Menang Besar Pasti
Rasanya sewaktu c, bukan macam ini gerakan PM. Turun, tapi tak lah sehebat PRN 2016 ini. Memang kita puji lah. Dahsyat kerja politik PM.
Katanya ada para pegawai kanan Kementerian pun komplen tak larat nak ikut program politik PM. Siang malam. Pagi petang. Tak ada kesempatan rehat langsung.
Kita boleh faham, PRN Sarawak ini macam makjun untuk PRU akan datang. Nak tengok kekuatan. Nak tengok kemampuan.
PM katanya setakat ini puas hati dengan perjalanan jentera. PBB kuat. Komponen pun menampakkan potensi luar biasa.
Calon favourite PM, Dr Sim pun dah dapat tarik jumlah pengundi Cina yang sangat besar. Tak macam PRN dulu. Ini memang luar jangka.
Kita harap semua kerja kuat PM akan berbaloi kali ini. Kemenangan besar BN memang akan memberi markah politik yang baik kepada PM/BN. Itu yang diperlukan. Tak boleh kurang 70 kerusi.
Kumpulan Keris 2314 Mahu Zahid Lebih Berani?
Bila ditanya, ada kemungkinan menang 2/3 kerusi Parlimen. Mereka kata boleh dibuat, dengan beberapa syarat yang mesti UMNO buat seberapa segera.
Nak juga bertanya, apa syarat-syaratnya?
i. Mesti ada peralihan sekurang-kurangnya setahun sebelum PRU. Makna kata, kalau nak PRU tahun 2018, 2017 mesti ada peralihan kuasa.
ii. Zahid mesti dinamakan sebagai PM.
iii. Zahid mesti diberikan hak menentukan siapa TPM (tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat sebelum ini).
iv. Ekonomi berada dalam keadaan baik.
v. Tidak ada isu dan skandal besar yang lain.
vi. Mereka yang terlibat dengan 1MDB mesti dibawa ke muka pengadilan.
Grup 2314 ini percaya, kalau kelima-lima syarat ini diterima, maka akan besarlah harapan dan kemungkinan BN menang 2/3 kerusi Parlimen dalam pilihanraya akan datang.
Negeri? Negeri tak penting. Yang kita mahu adalah dua pertiga. Itu lebih utama.
Kita kena puji juga mereka ini, sekurang-kurangnya mereka masih yakin dengan UMNO dan BN. Mereka mahu buat kerja dan yakin kewibawaan Boss merek (Zahid Hamidi) akan mengembalikan kegemilangan UMNO/BN.
Mereka juga kata, Zahid ada “senjata tersembunyi” yang akan hanya diumumkan bila berlaku peralihan kuasa.
Akan ada FEEL GOOD FACTOR, akan ada WOW FACTOR – akan ada usaha meletakkan Zahid sebagai Statesman yang tidak pernah disangka-sangka.
Kita jangan pandang enteng kemampuan Zahid Hamidi. Beliau berjaya survive kemelut Mahathir-Anwar, Pak Lah-Mahathir dan Najib-Mahathir. Master politician. Sangat taktikal dalam gerakan politik.
Cells politik Zahid dikatakan paling aktif pada masa ini. Siap pasang jentera di setiap negeri. Control politik Bahagian yang dahsyat.
Sentiasa call Ketua-Ketua UMNO Bahagian hampir setiap hari.
Kita harap mereka berjaya dengan agenda 2314 ini.
Berapa Keuntungan Terkumpul Peribadi Jahabar Sadiq? Bayar Cukai Atau Tidak?
TMI sebenarnya digunapakai oleh strategis media baru tertentu secara maksima. Ada ketika, agensi kerajaan seperti PENERAJU juga guna TMI dalam kerja-kerja media baru. Rasanya jutaan ringgit. Siapa yang enjoy? Siapa decide untuk guna TMI?
Pada suatu ketika, TMI ini macam portal angkat kepada strategis media baru gomen. Boleh tanya Dato’ Amhari berapa banyak pelaburan yang dia buat di TMI selama 8 bulan sebelum PRU13. Berapa banyak?
Berapa banyak duit yang habis untuk kempen Better Nation?
Berapa banyak pelaburan agensi tertentu kepada TMI?
Banyak gila. Bagaimana TMI bantu Amhari untuk dapatkan big data analytics pengundi yang banyak membantu BN?
TMI bukan portal miskin. Kalau ikut estimation kasar, TMI enjoy dana melebihi Free Anwar Campaign zaman Anwar Ibrahim sekalipun.
FAC tak dapat dana kerajaan. Tak dapat bantuan pengiklanan GLCs. TMI dapat berlambak.
The Edge beli TMI kerana mereka tahu ADEX (advertising expenditure) gomen akan meningkat untuk beberapa tahun akan datang. Yang best, 2 tahun sebelum itu TMI sudah MILKING gila-gila bajet media baru. Puluhan juta ada kot.
Jadi tak payahlah TMI berlakon miskin dan kedana. Mereka (terutamanya beberapa orang dalam TMI) kaya raya dan mampu hidup senang lenang.
Yang teraniaya hanya pekerja biasa.
Lepas TMI miskin; Malaysian Digest ke akan kaya raya? Ada traction?
Biarkan BASHAH Pilih Team Sendiri
Jangan main politik syok sendiri. Tak mungkin MB baru dapat jalankan amanah dengan berkesan jika Bashah tak mampu ada team sendiri. Jangan kacau strategi dia kalau nak MB baru jadi lebih berkesan. Kena tukar.
Minta maaf cakap, ramai kalangan Exco lama pilihan Mukhriz memang tidak pandai buat kerja. Itu hakikat. Mukhriz lemah dan lembab bukan sebab dia seorang. Tapi kerana team yang dia ada itu lemah dan tidak ada visi.
Nak kekalkan team sama, tapi nak result yang berlainan. Ini bukan strategi, ini nak suruh Bashah mati berdiri.
Bagi chance Bashah pilih team dia. Lantaklah kalau Bashah nak letak orang yang dah tua dan berumur pun. Janji pandai buat kerja.
Exco lama macam Sabrina, Suraya, Rawi, Tajul – semuanya tidak ada idea. Ada yang ikut cakap laki. Ada yang ikut cakap bini. Kalau suruh maintain, jangan harap Bashah nak dapat keputusan lebih baik.
Tak payah lah orang lain nak masuk campur. Bashah patut diberikan peluang dan kebebasan untuk pilih team dia.
Ahmad Maslan Jaga Biro IT – Selamat Lah Jawabnya…
Kelmarin dua tiga orang staff PMO yang ambil anugerah Dato’ Seri. Tahniah kita ucapkan. Semoga mereka lebih bekerja kuat untuk mempertahan kedudukan Tok Jib. Jangan lah sudah dapat pingat, boss tidak dijaga. Malah selalu kata, ‘I staff biasa sahaja. Boss tak dengar cakap I’.
Dato’ Dato’ Seri semua kena sungguh-sungguh pertahan Boss. Jangan main kolam. Jangan tahu songlap title dan projek sahaja.
Stracomm, NCT, Biro Media BN, Sekretariat Propaganda BN semua kena gerak dah. Jangan main kong kali kong.
Keputusan tukar Ketua Penerangan UMNO itu sudah baik dan tepat. Memang kena pada masa dan waktunya. Tapi beri amanah free kepada Tok Mat Maslan jaga IT dan Cyber itu keputusan paling kelakar.
Ini beri sebab simpati atau macamana?
Dah tak ada jawatan lain?
Apa nak jadilah dengan cyber team UMNO/BN nanti ni. Makin kelakar. Huru hara dengan ketua yang tak tahu apa ke benda yang nak dibuat.
Sudahnya nanti, Setiausaha Sulit yang ada masalah jiwa (Halim Tuah) juga yang bagi briefing. Macam sempudal.
Kalau kita beri jawatan kerana simpati dan jaga air muka, memang tak ke manalah. Seorang yang jahanamkan imej UMNO disuruh naikkan imej. Jahanam lagi ada.
127 Orang Patriot @ Penjual Negara?
Blog ini ucap tahniah kepada Tok Pa, para pegawai kanan MITI, yang telahpun berjaya memastikan Parlimen Malaysia memberikan persetujuan kepada pelaksanaan TPPA. Memang kerja yang cukup sukar. Tetapi berjaya dengan cukup cemerlang.
127 orang Ahli Parlimen memberikan persetujuan kepada pelaksanaan TPPA. Macam-macam hujah duberikan. Macam-macam cadangan. Akhirnya, semua selesai.
Kita cuma nak ingatkan Tok Pa & MITI, kerja tak habis di sini. Rakyat mesti diberikan keyakinan bahawa TPPA tidak menekan mereka. Kena pastikan usahawan Bumiputera dapat bersaing bersama di peringkat yang lebih tinggi.
Jangan syok sangat menang 127 undi. Kena fikir sama nasib 30 juta rakyat. Anak cucu dan generasi akan datang.
Kena betulkan pandangan bahawa kita nak jual negara. Kena buat kerja komunikasi yang betul.
Jangan bagi chance pembangkang hentak kita dengan perkara yang bukan-bukan.
Tak cukup lawan dalam Parlimen.
Sayonara Mukhriz
Di Kedah, nadi kepada kerajaan adalah kalangan Pegawai KCS yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan.
Banyak perkara, KCS yang selesaikan masalah dan isu. MB sekadar berikan arahan. Itupun ada ketikanya, arahan hanya diberikan oleh SUPOL dan Pegawai Khas. Sebab itu, sebaik sahaja ada tanda merosotnya prestasi UMNO/BN Kedah, blog ini sudah meminta PM buat tindakan berani untuk menukarkan MB.
Nampak gaya, semua itu sudah semakin hampir terlaksana. Siapapun Mukhriz, dia tak sepatutnya rasa besar diri.
Kalau dah Mesyuarat Exco lebih kerap dibuat di Hilton KL berbanding Alor Star, kita boleh tahu perangai buruk MB ini. Sudahlah begitu, banyak pula rungutan kononnya dia seorang sahaja yang bekerja, sementara Exco lain hanya lelap mata.
Salah siapa? You yang lantik ikut kononnya kesetiaan. Sudahnya you juga kena kencing dan sailang oleh Exco sendiri.
Kebijaksanaan dalam politik tidak boleh diwarisi. Sebab itu, tak payahlah usaha dibuat untuk mempertahan Mukhriz kerana dia anak Mahathir.
Sayonara Mukhriz (Azimi Daim, Peja, Anas).
Maklum Balas Pembaca