Posts tagged ‘Datuk Seri Najib Tun Razak’

PM Najib All Out Untuk PRN Sarawak – Menang Besar Pasti

Ramai orang kanan PM yang kata, memang luar biasa kerja PM untuk PRN kali ini. All out. Memang tak berhenti bekerja. Kerusi bandar, luar bandar; PM hayun semacam ajer. Tak bagi peluang pembangkang bernafas.

Rasanya sewaktu c, bukan macam ini gerakan PM. Turun, tapi tak lah sehebat PRN 2016 ini. Memang kita puji lah. Dahsyat kerja politik PM.

Katanya ada para pegawai kanan Kementerian pun komplen tak larat nak ikut program politik PM. Siang malam. Pagi petang. Tak ada kesempatan rehat langsung.

Kita boleh faham, PRN Sarawak ini macam makjun untuk PRU akan datang. Nak tengok kekuatan. Nak tengok kemampuan.

PM katanya setakat ini puas hati dengan perjalanan jentera. PBB kuat. Komponen pun menampakkan potensi luar biasa.

Calon favourite PM, Dr Sim pun dah dapat tarik jumlah pengundi Cina yang sangat besar. Tak macam PRN dulu. Ini memang luar jangka.

Kita harap semua kerja kuat PM akan berbaloi kali ini. Kemenangan besar BN memang akan memberi markah politik yang baik kepada PM/BN. Itu yang diperlukan. Tak boleh kurang 70 kerusi.

Tak kira berapa bilion kena belanja. Yang penting mesti menang besar. Kos kita kira lain.

Buat mesyuarat kabinet di Sarawak memang high class. Memang terbaik. Ada alasan yang kukuh dan strategik.

Mukhriz Mahathir, kalau ikut dia, mesyuarat kerajaan negeri sentiasa sahaja di KL. Dekat dengan bini. Boleh datang dari rumah.

Mei 4, 2016 at 2:47 pm 1 komen

Pukul Anak, Sindir Menantu (Balun PM; Sebenarnya Nak Sindir Isa)

Apa nak heran kalau 13 orang Ketua Cawangan nak buat tekanan kepada Presiden UMNO. Benda biasa. Takkan sampai tak boleh nak bercakap dalam proses parti. Kalau dah tak boleh cakap, itu bukan parti namanya. Itu diktator.

Cuba kita tanya apa masalah 13 orang Ketua UMNO Cawangan ini? Apa isunya?

Apakah mungkin mereka ini sebenarnya kecewa dengan sikap Ketua UMNO Bahagian yang sudah seakan menjadi HITLER di dalam politik UMNO Teluk Kemang dan Negeri Sembilan?

Ini bukan salah Presiden parti sepenuhnya. Isa Samad pun ada saham juga. Sibuk benar mungkin di Menara FELDA sampai lama tak turun ke bawah untuk mendekati Ketua-Ketua UMNO Cawangan.

Lama sangat bershopping di Starhill Gallery, di London dan di seluruh dunia sampaikan lupa bahawa Ketua-Ketua UMNO Cawangan dah tak tahan duduk di bawah pimpinan HITLER Felda.

Saham FELDA pun boleh tahan kaputnya. 100,000 peneroka punya nasib pun belum tentu untung tenggelamnya.

Banyak bisnes di dalam FELDA katanya menjadi dominasi Wanita Pertama FELDA. Tak ada yang boleh lepas, kecuali mendapat MINIT daripada Wanita Pertama FELDA.

Isa Samad jangan berbohong dengan rakyat Malaysia. Kena mengaku bahawa dia lemah menjaga hati dan poket Ketua UMNO Cawangan. Bila revolt kecik ini berlaku, sebenarnya mereka geram dan marah dengan pemimpin yang gagal.

Sebab itu kita kena baca, rasa tak puas hati Ketua-Ketua UMNO Cawangan di Teluk Kemang ini bukan sangat soal Najib. Ini soal ISA SAMAD.

Oktober 26, 2015 at 12:55 pm 3 comments

Mana Adab Setiausaha Agung UMNO?

Tengku Adnan jangan terlalu bongkak,takabbur dan ujub dengan kedudukan dan jawatannya. Sudah-sudahlah tu. Cukup orang kenal awak dengan kurang bijaksana dalam membuat keputusan, tak perlu nak kotorkan lineage hidup awak dengan kenyataan yang tak ada adab.
Memanggil Saifuddin Abdullah sebagai “sampah” itu adalah kenyataan orang biadap dan tidak layak membawa bersamanya gelaran ‘Tengku’.
Saifuddin mahu pilih PKR itu soal peribadi dia. Tidak perlu disampahkan keputusan orang. Siapa tahu, wajah dan muka kita lebih kelihatan “sampah” di mata rakyat?
Sebab itu, blog ini sentiasa menganggap era Tengku Adnan ini sudah berlalu. Antara keputusan berani yang Najib perlu lakukan adalah pecat segera ‘Tengku’ celop yang tak ada adab ini. Jika itu pun tak berani buat, maka akan belayarlah sokongan rakyat.
Ada yang kata, Adnan ini nyawa UMNO. Banyak perkara yang dia selesaikan, tanpa perlu bertanya kepada Najib. Terutamanya dalam isu kewangan. Bertaraf BILLIONAIRE, banyak kos dan perbelanjaan UMNO ditanggung oleh Adnan.
Tapi itu tak bermakna kita boleh bogelkan adab kita dan mula mencemuh orang lain dengan perkataan yang tak elok.
Saifuddin Abdullah bukan digaji oleh Adnan dan UMNO. Dia berhak ada keputusan sendiri. Soal dia CEO GMM itu antara dia dan PM. Adnan tak perlu sibuk masuk campur.
Jika Saifuddin (yang dibawa masuk oleh Pak Lah ke dalam kabinetnya) pada tahun 2008 sebagai Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu SAMPAH – berapa ramai lagi SAMPAH yang ada dalam kabinet sekarang?
Patut Adnan ucap terima kasih dan selamat maju jaya. Bukan memberi gelar orang itu sampah dan bagaimana.
Adab orang Melayu mesti dijaga. Ingat ke mana pemimpin Melayu yang memberi penyapu kepada penjawat awam sekarang? Ke mana?
Apakah Adnan juga akan menimpa nasib sama kerana mula menyamakan orang lain dengan SAMPAH. Jangan kurang ajar.

Oktober 18, 2015 at 10:25 pm 1 komen

Mengapa Lim Kok Wing Letak Jawatan?

Tan Sri Lim Kok Wing yang pelantikannya sebagai penyelaras kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan kekecohan, meletakkan jawatan awal bulan ini, menurut sumber kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider difahamkan penjawatan singkat pakar pengiklanan itu sebagai penasihat Najib berakhir awal bulan ini selepas mengemukakan surat peletakan jawatannya.

Ini terjadi ketika perdana menteri sedang bergelut meningkatkan sokongan yang semakin berkurangan berikutan isu yang berkaitan dengan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penyaluran dana ke dalam akaun peribadinya dan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.

Laporan yang dibuat oleh The Malaysian Insider ini memang memeranjatkan. Sebagai seorang yang sudah di-identify oleh PMO sebagai PR Extraordinaire, apa yang berlaku membayangkan betapa PMO semakin rosak dengan permainan politik dalaman yang dahsyat.

 
Menurut info, LKW cukup tidak gembira apabila banyak perkara yang beliau rancang, mendapat reaksi negatif daripada petugas PMO. Semua perancangan, walaupun dipersetujui oleh PM akan gagal dilaksanakan kerana banyak sangat kepala yang perlu didengar.
 
PM selalu kata, jangan bekerja di dalam keadaan silo. Sebab itu LKW kecewa. 
 
Antara beberapa nama yang memberi masalah kepada kerja komunikasi PMO:-
 
Farid Ridzuan – masih menjadi kepala nombor 1 di PMO. Semua usaha komunikasi strategik mesti melalui Farid. Bayangkan, untuk tempoh sebulan ramadhan, Farid diberikan peruntukan RM100 juta! Semuanya untuk memberi imej positif kepada PM. Berjaya? 
 
Iskandar – mamat ini tidak bijak mana, tetapi berlagak bagaikan seorang KSU. 
 
Luthfi – jambu Farid yang sentiasa menjadi peneman suka dan duka. 
 
Amhari – ratusan juta kerja PRU13 dihabiskan oleh dia seorang. Kesan? Tak ada kesan langsung. 
 
TS Shukry – KSUS paling BLUR dalam sejarah PMO (sejak zaman Tunku Abdul Rahman). Mat kelantan yang tak tahu apa yang dia buat. 
 
Lim Sian See – LKW kecewa bilamana seorang Cina (mantan DAP) diberikan kedudukan yang penting dalam PMO. 
 
Akmar – panjat gunung/MYkmu
 
SUA Bentley – ghout. 
 
Shahziman Mansor – real gaji buta. 
 
Tak ada seorang pakar komunikasi pun yang boleh berjaya jika pasukan ini menjadi dream team PMO. Tak ada. Letak Christiane Amanpour, mahupun pakar komunikasi Obama sekalipun, tak mungkin boleh berjaya. 
 
Elok LKW letak jawatan sebelum situasi lebih teruk.
 
Selamat Hari Raya PMO!

Julai 21, 2015 at 4:18 pm 4 comments

Nyawa Extension 18 Bulan. Untung atau Rugi Kepada UMNO/BN?

Najib dalam beberapa ucapan perhimpunan agung umno selalu cakap pasal game changer. Istilah game changer bunyinya sedap. Dengar macam transformasi sangat. Bila kena di gegendang telinga, wow…umno dah ready untuk sesuatu yang besar ni. Apa dia? Belum tahu?
Setakat ini, umno punya game changer adalah kaedah pemilihan. Walaupun makan berjuta ringgit (burrrpppp…sesiapa yang dapat tender); tapi nampak baguslah. Lagi ramai orang dapat memilih. Konon macam semua AJK Cawangan mengundi lah. Nampak macam hebat.
Tapi bila Najib pakai lagi klausa penangguhan ni, rasanya macam tak game changer sangat lah. Nampak macam kurang berani. TMJ pakai istilah lain. Tapi blog ini pakai kurang berani.
Apa sangat nak ditakutkan jika Ketua-Ketua Bahagian sudah dilunakkan dengan BR1M berjumlah ratusan ribu seorang? Apa nak ditakutkan kalau duit sudah luruh? Apa nak ditakutkan kalau Muhyiddin doesn’t have the numbers? Apa nak dirisaukan kalau jentera Muhyiddin lemah dan lesu? Apa nak ditakutkan kalau Muhyiddin banyak momok dalam almari?
Kalau pemilihan UMNO di ON kan mengikut jadual, malah diawalkan kerana mahu memberi masa kepada kepimpinan baru (siapapun dia) menyusun strategi pilihanraya; nescaya PM akan mampu menterjemah keinginan game changer dengan lebih baik.
Ini tidak. Kita tangguh lagi. Bayangkan keperluan ahli umno terpaksa menahan kepimpinan lemah di peringkat bahagian selama 3 tahun lagi. Kalau bersih dan tak ada skandal tak apalah. Ini nanti, serabut dengan macam-macam cerita.
Najib kena tengok balik semua Ketua-Ketua Bahagian. Yang lemah dan tidak ada program, kena ganti dengan Timbalan. Bagilah pengeras sedikit. Tak gitu pun bagi juga duit kan. Suruh resign. Beri kepada pemimpin baru.
Ramai daripada 191 Ketua Bahagian tu pun kaki sangap dan songlap. Tak buat kerja. Songlap bukan main lagi.

Jun 29, 2015 at 11:50 am 3 comments

Tanpa Isu Tabung Haji Pun, Abg Mie Masih Kalah

Blog ini malas nak ulas panjang mengenai isu TH-1MDB ini. Betul, tak menjadi kesalahan kepada 1MDB untuk menjual tanah kepada TH. Betul, sebagai orang tengah, 1MDB mesti mahu buat untung. Betul, TH perlu tempat untuk melabur.
Tapi ini soal pengurusan dan governance. Ada isu pertindihan di sini.
Ismee ada dalam TH. Ada dalam 1MDB.
Tan Sri KSP ada dalam TH (siap ambil gambar senyum senget). Ada juga dalam 1MDB.
Apakah orang yang sehebat TS KSP tidak boleh berikan feedback bahawa perkara ini akan menjadi isu dan menambah kemarahan rakyat?
Atau TS KSP sendiri banyak isu peribadi yang disorok di bawah karpet.
Siapa pernah lihat akaun dan prestasi syarikat seperti Cyberview Sdn Bhd. Berapa bajet tahunan? Apa sumbangan kepada ekonomi negara? Apakah Cyberview mencatatkan prestasi baik?
Masjid baru di Cyberjaya, bocor tak sampai berapa bulan digunakan. Siapa kontraktor? Kroni siapa? Open tender? Selective tender?
Malang kepada Najib, kerana suku sakat di MoF adalah mereka yang seakan tak peduli apa jadi dengan kerajaan. Lantaklah. Janji mereka sudah kaya raya, baik dengan gaji bulanan/ataupun elaun esktra daripada projek yang lain.
Ini bukan salah Najib. Ini salah orang yang diberikan tempat untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Mereka tak amanah dan sentiasa syok sendiri.
Bila masalah sampai kepada Najib, mereka hanya pandai senyum senget sambil gelakkan PM kerana berdepan dengan rakyat.

Mei 8, 2015 at 6:20 pm 2 comments

Hubungan Malaysia-Singapura di bawah Najib Paling Berjaya?

Gegak gempita negara ASEAN apabila isu-isu tertunggak selama hampir 20 tahun dapat diselesaikan kononnya secara gentleman antara Hsien Loong dan Najib Razak. Bukan main spin media mengatakan ini adalah titik baru hubungan Malaysia-Singapura yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Dengan Singapura, di zaman Mahathir memang hubungan macam tak stabil. Kejap macam ini. Kejap macam itu. Masing-masing pertahan agenda sendiri. Mahathir tekan nak tukar Tambak Johor kepada Jambatan yang lebih baik, sesuai dengan keadaan semasa, ditolak oleh Singapura.
Kononnya ada perjanjian yang tak boleh dikaji semula. Mesti pertahan.
Soalnya, apakah Singapura ini ikhlas dalam hubungan dengan jiran?
Syarikat yang ditubuhkan M+S Pte Limited diibaratkan macam ikatan baru Loong dan Najib. Takkan terpisah.
Belumpun lama, M+S Pte Limited telah membawa kes Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (The Permanent Court of Arbitration). Isu? Kos pembangunan SGD1.4 bilion (pembangunan di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands) patut ditanggung oleh siapa? Malaysia? Singapura?
Isu begini pun tak boleh nak selesai sesama sendiri?
Jambatan Bengkok, Scenic atau Apa?
Isu jambatan ini isu strategik. Mahathir fikir jauh melangkaui 2020. Bukan isu kepentingan diri.
Sampai bila Malaysia nak jadi SECOND CHOICE kepada Singapura.
Jangan lupa negara kiasu itu sudah komited meluaskan Pelabuhan Tuas dengan kos lebih SGD875 juta (kepada syarikat Korea, Daelim Industrial). Target, TUAS akan handle melebihi 65 juta twentyfoot TEUs. Dua kali ganda apa yang Singapura uruskan tahun ini.
Apakah RAPID Pengerang/Port Tanjung Pelepas mampu berlawan dengan TUAS? Singapura yang tak ada hasil LNG pun jadi negara paling kedepan dalam storage LNG. Apa jadi dengan kita?
Sebenarnya, kita makin lama akan terus tewas dengan game strategik Singapura. Najib bukanlah PM paling berjaya jika situasi ini tidak diperbaiki.
Jambatan Bengkok bukan soal ego Mahathir. Tapi kena tanya sejauh mana kita nak kekal jadi feeder kepada Singapura.
Kita bukan main seronok bila dilambung Singapura. Tapi kita tak tahu sebenarnya mereka jauh lebih advanced dalam perancangan. PEMANDU kita pun sebenarnya dalam diam bekerja untuk memudahkan Singapura menjadi negara paling advanced di rantau sebelah sini.

April 27, 2015 at 6:57 pm 1 komen

Menyatukan PEMANDU dan EPU – Ibaratnya Meletakkan DAP Di Dalam Pentadbiran Utama Kerajaan. Benarkan Wahid Bergerak Dengan Cara Sendiri; Bukan Di Bawah Cengkaman Idris Jala!

Screen shot 2015-04-23 at 10.33.59 AM
Heboh di kalangan jawatan Turus, Jusa A, B dan C – bahawa selepas daripada ini, PEMANDU yang pada awal pentadbiran DS Najib dilihat sebagai kumpulan paling bijak dan cekap; akan berada secara selamanya di dalam pentadbiran Kerajaan.
Soal kewujudan PEMANDU dan kewajaran ianya dikekalkan ini disebut banyak kali dalam Parlimen. Ramai di kalangan wakil rakyat BN sendiri menganggap PEMANDU ini sebagai kumpulan penghabis dana kerajaan, tanpa memberikan impak positif pun kepada Najib dan Barisan Nasional.
Mana Idris Jala?
Ramai juga di Putrajaya yang bertanya, mana suara-suara bijak Idris Jala saat PM berdepan dengan macam-macam dugaan? 1MDB ini adalah juga idea asal Idris Jala. Penubuhan MPRC (sebagai Governor kepada Petronas) pun idea Idris Jala. Apa jadi dengan semua ini?
Apa jadi dengan NKRA? NKEA? SRI?
Menurut sumber, Idris Jala mahu dijadikan Permanent Staff Kerajaan (Penasihat Utama Perdana Menteri; bertaraf Menteri Kanan). Kontrak Idris Jala sebagai Senator habis bulan 9. Tetapi dia sudah seperti tidak bekerja sejak PRU yang lalu.
Sekarang in hanya menyibukkan diri di majlis-majlis prestij dan tesengih bila diperkenalkan sebagai ‘My Right Hand Man’ oleh PM.
Katanya, kalangan pegawai kanan kerajaan pun tak selesa apabila, semua yang berjawatan Director di dalam PEMANDU – akan diconvertkan sebagai Pegawai Jusa Kelas A apabila dimasukkan dalam EPU.
Semua yang berjawatan Head – akan dapat menduduki kedudukan Jusa B.
Cukup cukuplah menghabiskan duit kerajaan.
Mansuhkan PEMANDU. Kekalkan kepercayaan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang ada. Jangan buang masa dan buang duit.

April 23, 2015 at 6:43 pm 2 comments

Andai Hisham Buat Benda Yang Sama Seperti KJ Sekitar Tahun 2008/09. KJ Pertahan Najib Untuk Kepentingan UMNO atau Peribadi? Pemuda Dan Pendirian Jaga PUNGKOK.

Screen shot 2015-04-14 at 9.15.52 AMPergerakan Pemuda UMNO menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi serta taat setia kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan kepemimpinan beliau.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sokongan itu dibuat bersandarkan merit terutama selepas mendengar sendiri penjelasan Perdana Menteri mengenai isu berbangkit terutama yang diketengahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

————–
Ada kalangan Pemuda yang hadir semalam mengatakan, sememangnya ada arahan agar Pemuda UMNO – MENJULANG Najib dalam pertemuan dengan Presiden tersebut.
Apabila ditanya apa keperluan untuk melakukan sedemikian?
“Chief suruh! Kalau nak elaun kau kekal. Buat! Jangan banyak tanya!!!”
Mudah nak faham permainan politik ini. Walaupun KJ mengarahkan untuk Najib dijulang, ada kekesalan di minda KJ kerana rakan-rakan dalam Pemuda UMNO sekitar tahun 2008/09 enggan melakukan perkara sama kepada Pak Lah. Bayangkan, ketika mana Pak Lah diserang, satu-satunya organisasi yang mempertahan Pak Lah – Rangkaian Sahabat.
Pemuda UMNO tidak pernah buat pendirian kerana Ketua-nya pada ketika itu seorang Pondan. Bukan Pemuda tidak didesak dan diminta buat pendirian, tetapi kedudukan dalam Exco Pemuda UMNO pada ketika itu tidak membenarkan keputusan JULANG MENJULANG dibuat pada ketika itu.

Barisan Exco Pemuda 2009!

KETUA PEMUDA Datuk Hishammuddin Tun Hussein (menang tanpa bertanding)
NAIB KETUA Khairy Jamaluddin (menang tanpa bertanding)

EXCO
1. Datuk Mukhriz Tun Mahathir (694 undi)
2. Datuk Pirdaus Ismail (682 undi)
3. Reezal Merican Naina Merican (618 undi)
4. Datuk Subahan Kamal (591 undi) (P)
5. Mohd Hasnol Ayub (587 undi)
6. Datuk Azimi Daim (496 undi) (P)
7. Shamsul Najmi Shamsuddin (473 undi) (P)
8. Idris Haron (468 undi)
9. Shamsul Anuar Nasarah (461 undi)
10. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (443 undi)
11. Mohd Ikhsan Samsudin (437 undi)
12. Ahmad Ikmal Ismail (437 undi)
13. Kamarulzaman Kamdias (426 undi)
14. Azizul Nizam Bidin (407 undi)
15. Marzuki Yahya (394 undi)
16. Md Jais Sarday (391 undi)
17. Johan Abd Aziz (380 undi)
18. Harrison Hassan (379 undi)
19. Suhaimi Mohd Ghazali (350 undi)
20. Mohd Anis Hisham Abd Aziz (346 undi)

Ramai di dalam Exco Pemuda pada ketika itu hanyalah level Pak Turut dan Yes Men kepada permintaan Ketua Pemuda pada ketika itu. Habis Pak Lah dilanyak, tanpa ada usaha Pemuda untuk MENJULANG Perdana Menteri pada ketika itu.
KJ tidak mahu buat kesilapan yang sama. Setelah dicalculate, Tun Mahathir bukan lagi membawa threat politik seperti dahulu. Andai Tun M ada kuasa, KJ sendiri tidak akan berada dalam senarai kabinet.
Dalam usaha balas budi, KJ JULANG NAJIB setinggi langit. Jangan cakap pasal MERIT bro, orang tahu dalam hati kamu macamana sebenarnya.
KJ tahu, jika Najib terus lemah, dia ada peluang melonjak ke atas. Syaratnya, gelombang tak boleh datang dari Pemuda.
Kalau dah majoriti Exco yang ada cari makan daripada tangan KJ, apa harapan mereka nak suarakan isi hati rakyat.
Ini zaman jaga pungkok. KJ jaga pungkok sendiri. Jaga pungkok pun kena ada strategi.

April 14, 2015 at 6:47 pm 2 comments

Wajarkah Pak Lah Masuk Campur? Ada Kepentingan? Berapa Wang Ex-Gratia Yang Diberikan Kepada Pak Lah Bila Jambatan Bengkok Dibatalkan?

Former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi has confirmed that his successor Datuk Seri Najib Tun Razak was not involved in the murder of a Mongolian model.

Abdullah, who helmed the country between 2003 and 2009, said he was briefed on the details of the murder.

“Among the matters reported to me were the results of the investigations into the murder of Altantuya Shaariibuu. Based on the findings from the thorough investigation conducted by the Royal Malaysian Police that was conveyed to me, it was confirmed that Datuk Seri Najib Tun Razak was not involved at all in the case,” he said in a statement issued to The Star yesterday.

—————–

Blog ini menerima email daripada kakitangan LHDN, yang mendakwa ada usaha campur tangan Pak Lah dalam menentukan pihak tertentu mendapat untung maksima daripada pembatalan projek Jambatan Bengkok.

Menurut sumber LHDN, ada syarikat yang telah memohon untuk mendapat pengecualian cukai daripada wang ex gratia pembatalan projek Jambatan Bengkok.

Surat Pak Lah, dikatakan membenarkan bahawa bayaran ex gratia mestilah dikecualikan cukai secara sepenuhnya.

Wah, pandai juga bekas PM yang selalu tidur ini berniaga. Hebat. Berapa keuntungan yang diberikan kepada Pak Lah?

Kalau berdasarkan cukai korporat 25 %, angka yang perlu dibayar adalah hampir RM40 juta.

Kalau Bekas PM kata FREE, berapa bekas PM dapat?

10 % daripada RM40 juta? 20%? Atas nama siapa?

Para pegawai di LHDN kecewa kerana benda ini terlalu kerap berlaku. Kata mereka, satu-satunya bekas PM yang tidak pernah menghantar surat pengecualian cukai syarikat kawan-kawan adalah Tun Mahathir.

Apakah Pak Lah ada kepentingan dan mendapat upah???

Sebelum tuduh Tun M ada untung dari projek Jambatan Bengkok, elok tanya Pak Lah berapa dia dapat untung peribadi bila batalkan jambatan tersebut?

p/s: pegawai tersebut janji akan berikan salinan surat. kita tunggu jika perkara ini benar.

April 13, 2015 at 7:53 pm 2 comments

Kiriman Terdahulu


Ogos 2020
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Capaian Umum

  • 75,344,313 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 146 other followers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • 7 INNOVATIVE STREET LIGHTING DESIGNS OF THE FUTURE
    7 Innovative Street Lighting Designs of the FutureBy Christopher McFadden, Interesting Engineering, 7 October 2019.Over 140 years ago, Thomas Edison produced the world's first commercially viable electric light bulb. Since then, they have been making life and work easier and keeping us all safer on the streets.Here we explore seven interesting concepts […]

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United StatesSempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat!Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kelom […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Kenapa Menteri Ugama Dan Perdana Menteri Tidak Mahu Tubuh RCI Tabung Haji?
    Pendedahan mengenai salah laku Lembaga Pengarah TH sudah dibuat oleh MP Baling merangkap mantan Pengerusi Tabung Haji, DS Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim dalam Dewan Rakyat (BACA DI SINI).Malah Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Hj Ahmad Marzuk Shaary sendiri telah mengesahkan apa yang telah didedahkan oleh Abdul Azeez.Walau pun su […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun!Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk I […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • CILI KASI TARUK! APSAL NAJIB SUDAH KOYAK KA?
    Najib kalau sembang dalam FB bukan main gah lagi, yalah kita semua tahu yang update page dia ada 7 admin pemakan dedak yang diupah baru punya. Dulu Amhari yang jaga. Ini aku nak tanya sama laki Rosmah bernama Najib ni. Kau sibuk benda kecik2 yang tak beri apa makna pun. Tapi bila bab kebaikan yang kerajaan PH dibawah pimpinan Tun Mahathir buat kau tak nak se […]

RSS Musram Rakuman

  • PRN-15 SABAH: APA KAH SENTIMEN TAHUN 1985 & 1986 BERULANG?
    MUNGKIN Datuk Shafie Apdal mengambil iktibar tindakan Parti PBS tahun 1986, apabila Kerajaan Negeri mengadakan PRN negeri setahun selepas menubuhkan kerajaan negeri. PBS sebagai Kerajaan negeri, terpaksa membubarkan DUN, kerana takut tumbang menerusi lompat parti, kerana parti itu hanya mempunyai 26 kerusi daripada 48, hanya mempunyai kelebihan 4 kerusi berb […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Existing Myths About Pilates Methods
    Are You Curious To Know About The Myths Of Pilates? If you check online about healthy tips, you will find that most sites will advise us to work out regularly. Yes, this is highly recommended to maintain good health and more. But we all know that sometimes, we are only good at the beginning. This is why, it …

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Anjuran Ampuh untuk Dapat Ulung Judi Togel Online
    Pemain judi yang mencari togel online umpama jenis judi yang dimainkan, senantiasa mengejar kiat untuk Menjuarai. Sederetan angka yang dipasang pada menu betting, jika tampak di pasaran togel, maka akan membuat Anda mendapat dana keberhasilan yang cukup cukup pada deposit. Agar dapat ulung judi togel, Anda strategis memilih petunjuk yang ada di Web, atau sar […]

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • PRN-15 SABAH: APA KAH SENTIMEN TAHUN 1985 & 1986 BERULANG?
    MUNGKIN Datuk Shafie Apdal mengambil iktibar tindakan Parti PBS tahun 1986, apabila Kerajaan Negeri mengadakan PRN negeri setahun selepas menubuhkan kerajaan negeri. PBS sebagai Kerajaan negeri, terpaksa membubarkan DUN, kerana takut tumbang menerusi lompat parti, kerana parti itu hanya mempunyai 26 kerusi daripada 48, hanya mempunyai kelebihan 4 kerusi berb […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Existing Myths About Pilates Methods
    Are You Curious To Know About The Myths Of Pilates? If you check online about healthy tips, you will find that most sites will advise us to work out regularly. Yes, this is highly recommended to maintain good health and more. But we all know that sometimes, we are only good at the beginning. This is why, it …

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zinaBANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran.Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr. […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zinaBANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran.Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr. […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada m […]

Paling Popular

  • Tiada