Posts tagged ‘Exco Wanita’
Datin Mastura Idea Siapa?
Kalau sebelum melangkah dah ada masalah, itu tandanya ada yang tak kena.
Blog ini merisik juga nak tahu siapa yang guna idea tampilkan isteri bekas Wakil Rakyat sebagai calon di Kuala Kangsar. Katanya, yang paling kuat melobi adalah seorang Naib Presiden. Dia yang berani beri jaminan, jika letak Datin Mastura, kemenangan sudah 90 % pasti.
Undi simpati dalam pilihanraya memang ada kalanya berguna. Outpuring of sympathy and despair, ada kalanya memang menjadi. Banyak dah terjadi sebelum ini.
Tapi soalnya apakah calon itu sendiri bersedia.
Mastura pun guna kad simpati. Tak cerita pasal khidmat. Tak cerita pasal kemampuan. Tak cerita pasal kesungguhan meneruskan khidmat Allahyarham suami dahulu.
Belum-belum dah kena balun soal iddah dan pengetahuan hukum agama. Sudah defensif. Sudahlah cuba raih simpati, defensif pulak.
Kita harap idea ini menjadi. Memilih wakil rakyat atas dasar simpati, memang tidak berdosa tetapi akan meletakkan calon sendiri dalam tekanan.
Selepas ini apa? Mastura nak bertanding apa? Ketua Wanita Bahagian? Nak jadi Exco Wanita UMNO Malaysia? Semua atas dasar simpati ke?
Arwah ada anak lelaki. Patut fikirkan lebih sempurna. Bukan tangkap muat macam ini
Maklum Balas Pembaca