Posts tagged ‘Exco’
Kalau dibaca kepada game politik Rafizi kebelakangan ini, nampak macam ada usaha nak KAMIKAZE dalam politik. Alang-alang lawan, biar sampai hangus. Bersungguh betul nampaknya Rafizi nak tunjuk kecurangan kerajaan Azmin Ali.
Apa dah jadi? Teruk benar permusuhan dalam PKR?
Kita semua tahu, Rafizi ini blue-eyed boy Anwar sejak lama. Memang Anwar sayang akan bakat Rafizi yang cemerlang dalam banyak perkara. Sebab itu, Rafizi disediakan permaidani merah bila mahu dimasukkan ke dalam politik.
Dijanjikan gaji lumayan. Kedudukan yang tinggi. Diberikan kemudahan. Dijaga sepenuhnya makan dan minum. Rafizi ini ibarat ‘ANAK LELAKI’ Anwar. Cukup ditatang bagai minyak yang penuh.
Ramai dalam PKR yang berkata, kalau Rafizi sudah attack Azmin, itu tandanya sudah ada blessing dari dalam penjara Sg Buloh.
Rafizi tak buat kerja bodoh, kalau tidak diberikan green light. Apatah lagi bila orang yang dilawan adalah Azmin Ali.
Nampaknya game ini adalah arahan dan percaturan Ketua Umum. Bukan game kecil anak.
Kalau Rafizi buat pendedahan pasal penawaran wang dan wanita di Selangor, itu maknanya Rafizi bersedia menanti balasan Azmin.
Jangan main dengan Azmin Ali. Kita tunggu apa rahsia Rafizi yang Azmin akan buka.
Rafizi better bersedia dengan tindak balas Azmin Ali.
Beberapa orang Exco sudah dipanggil mengadap Azmin untuk membantu usaha melawan Rafizi.
Memang meriah PKR ni. Lebih teruk daripada UMNO!
Mei 24, 2016 at 2:23 pm
Tak faham dengan strategi kawan-kawan di PMO ni. Sudah diterajang Mukhriz. Sudah dibentes Mukhriz. Sudah ditanam Mukhriz. Muncul pula pandangan bahawa Barisan Exco yang lama wajar dikekalkan atas nama kesatuan.
Jangan main politik syok sendiri. Tak mungkin MB baru dapat jalankan amanah dengan berkesan jika Bashah tak mampu ada team sendiri. Jangan kacau strategi dia kalau nak MB baru jadi lebih berkesan. Kena tukar.
Minta maaf cakap, ramai kalangan Exco lama pilihan Mukhriz memang tidak pandai buat kerja. Itu hakikat. Mukhriz lemah dan lembab bukan sebab dia seorang. Tapi kerana team yang dia ada itu lemah dan tidak ada visi.
Nak kekalkan team sama, tapi nak result yang berlainan. Ini bukan strategi, ini nak suruh Bashah mati berdiri.
Bagi chance Bashah pilih team dia. Lantaklah kalau Bashah nak letak orang yang dah tua dan berumur pun. Janji pandai buat kerja.
Exco lama macam Sabrina, Suraya, Rawi, Tajul – semuanya tidak ada idea. Ada yang ikut cakap laki. Ada yang ikut cakap bini. Kalau suruh maintain, jangan harap Bashah nak dapat keputusan lebih baik.
Tak payah lah orang lain nak masuk campur. Bashah patut diberikan peluang dan kebebasan untuk pilih team dia.
Februari 19, 2016 at 9:11 pm
Sayang, cukup sayang, bila seorang yang digambarkan sebagai antara pemimpin masa hadapan Malaysia, sekarang ini struggle untuk memimpin negeri kerana berhadapan protes besar-besaran oleh jentera kerajaan.
Ini soal adab dan sikap. Adab yang kurang. Sikap yang tidak ambil peduli dan anggap dia sahaja yang betul.
Bloggers/facebookers yang kuat menyokong Mukhriz (kerana mendapat elaun bulanan yang agak tinggi) boleh nafikan semahunya.
Tidak pernah dalam sejarah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman; mempunyai pemimpin yang tidak hormat kepada jentera kerajaan Negeri. Mukhriz ingat sebagai MB dia boleh buat arahan ikut suka hati. Rombak KCS macam mak bapak dia punya.
Inilah masalah bila seorang yang dididik dalam dulang emas dan menganggap dia sahaja yang betul. Sikap terlalu percaya dengan orang bawah pun jadi punca.
Mukhriz kalau nak diikutkan adalah Menteri Besar/Ketua Menteri paling corot dalam soal prestasi. Corot. Kalau nak dibandingkan dengan Idris Haron yang tak berapa cerdik pun, Mukhriz level bawah lagi.
Antara kelemahan Mukhriz:-
– Terlalu ego dan menggunakan passport anak TUN MAHATHIR. Kalau kerap guna pun orang menyampah;
– Tidak hormat kepada KCS
– Terlalu dengar cakap pegawai yang lemah
– Tidak percaya kepada parti (lebih gemar mendokong NGOs – kononnya lebih manis pada mata rakyat);
– Kelemahan peribadi (tidak disokong oleh keluarga);
– Tidak ada agenda besar;
– Komunikasi negeri bercelaru;
– Tidak ada dokongan pemimpin UMNO;
– Disabotaj teruk;
– Keseluruhan EXCO Tidur dan menjaga kepentingan sendiri
Mukhriz katanya sedang mencari ‘nyawa’ sebab hubungan dengan Istana juga renggang.
Kalau Mukhriz nak ada kesempatan memimpin lebih lama (sila tukar semua Pegawai segera. Mereka yang tidak faham dengan politik Kedah, sila dikeluarkan).
Mukhriz Mahathir….terus mengecewakan.
Najib pasti tahu berkenaan hal ini. Harap pantau dan ambil tindakan. Mukhriz ini masih perlu diasuh dan dipimpin politiknya. Tak macam Najib dan Hisham yang cepat pandai dan tahan lasak.
Kalau bini pun tak mahu dengar cakap laki – hancoq la bak hang!
Oktober 30, 2014 at 7:07 pm
Selfie – A+
Perlantikan Pegawai – D
Bercuti Luar Negara – A +
Agenda Besar Negeri – C
Pakai Nama Ayah – A+
Berlakon – A
Mendekati Orang Kampung (Lakonan) – B+
Mengurus Pentadbiran/KCS – D
Menjaga Hati Isteri – A+
Menjaga Hati Kroni – A+
Menyesuai Agenda Negeri & Persekutuan – C
————————————
Kita ucapkan setinggi TAHNIAH di atas pencapaian cemerlang yang dicatatkan oleh Menteri Besar Kedah setakat ini. Memang membanggakan, khususnya dalam arena selfie mesra rakyat dan lakonan sebabak.
Kita bukan nak jatuhkan pemimpin, ini adalah kajian umum yang dibuat di Kedah baru-baru ini. Katanya, Mukhriz adalah antara MENTERI BESAR yang paling kerap bercuti pada ketika ini. Markah A+.
Staff di SUK pun dah tak tahu nak cakap macamana, apabila ada rakyat yang mula bertanya, MENTERI BESAR KITA INI DOK KEDAH KA….DOK DI LONDON???
Ini kenyataan rakyat biasa. Petani yang minta macam-macam bantuan di bawah.
Di Kedah katanya berlaku SABOTAJ oleh KCS dalam keadaan yang sangat nyata dan real. 75 kakitangan ditukarkan atas arahan Pejabat Menteri Besaq. Kononnya, pegawai tidak efektif dan gagal melaksanakan tanggungjawab. Azimi Daim pakai report mana? Atau pakai report suka-suka?
Kroni Mukhriz di Kedah, individu seperti Sazmi Miah (playboy ANSARA) sedang menikmati hidup yang super selesa di tanah orang lain. Walhal, Sazmi patut balik ke Kelantan dan membantu negeri sendiri. Disebabkan elaun yang besar, ke Kedah juga.
Kerajaan Negeri Kedah dikatakan sedang ‘autopilot’ dari London. Semua keputusan perlu di faks ke Knighsbridge hampir setiap petang dan malam. Menteri Besar tidak boleh jauh dari anakanda tersayang.
Mesyuarat Exco entah ke mana. Exco setakat mengabiskan masa dan kewangan. Tidak ada agenda yang positif.
Kerajaan Langkasuka Kedah diurus oleh elitis Medieval Hamlet. Selamat.
Kembalilah zaman KLINIK MAHA. Senang rakyat nak jumpa pemimpin.
Ogos 26, 2014 at 6:14 pm
1. Harap Tun M juga bersedia menerima teguran terhadap kepimpinan anaknya di Kedah yang dirasakan sangat lemah dan mula mendatangkan rasa menyampah di kalangan pegawai awam, pekerja swasta dan rakyat biasa di Kedah.
2. Semua orang beranggapan, Mukhriz adalah anak seorang tokoh UMNO terbilang yang pastinya akan membawa rentak pembangunan baru di Kedah. Sayangnya, setakat ini, Mukhriz hanya mengikut sahaja template percakapan yang disediakan oleh pegawai, tanpa ada strategi besar untuk Kedah.
3. Lapangan Terbang di Kulim ini bukan benda baru. Benda lama. Idea recycle yang digunakan Mukhriz kononnya untuk mendapat undi kalangan generasi muda di Kulim. Idea yang pernah dikemukakan di zaman Tun Mahathir pun mahu dibawa kembali ke dalam Sidang DUN dan dibangga-banggakan.
4. Mukhriz juga mempunyai Barisan EXCO yang tidak pro aktif, ada kalanya lembab dan tidak terfikir apa pun untuk memajukan negeri Kedah. Beberapa orang individu yang diberikan jawatan EXCO tak lebih daripada mengisi ruang kosong, tanpa membawa sebarang idea baru.
5. Cuba kita tengok kepada Akujanji BN Kedah:-
– Memperkasa institusi agama (masjid dan sebagainya). Dah dibuat? Bukti?
– Memartabatkan pusat pengajian pondok dan tahfiz. Angka?
– Peningkatan pelaburan asing/domestik. Angka?
– Bandaraya Getah (Rubber City)?
– Hab industri Kota Perdana?
– Alor Setar sebagai bandaraya METROPOLIS?
– Taman Sains Kedah?
– Mini RTC di setiap daerah?
– Pembesaran Terusan MADA Utara?
6. Kesemua ini dibawa masuk oleh Mukhriz ke dalam agenda utama pembangunan negeri. Pelaksanaan?
7. Jadinya, kalau Tun M nak menegur Najib, selayaknya menyoal juga kemampuan anak sendiri di Kedah. Apa pencapaian setakat ini?
8. Lebih elok, jika Tun M sendiri juga mencadangkan Mukhriz tidak mendengar nasihat-nasihat kalangan orang KL yang merosakkan MB Kedah tersebut. Atau mulakan dengan nasihat selaku Ayah Mertua agar menantunya tidak menggunakan antiseptik setiap kali selepas bersalam dengan rakyat. Awatnya? Tangan rakyat Kedah ni kotoq sangat ka?
Ogos 19, 2014 at 12:21 pm
DUN Selangor menerima usul untuk menerima cadangan bahawa ADUN Bukit
Antarabangsa, Azmin Ali masih kekal dalam lembaga pengarah Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Cadangan itu terkandung dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas
mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang
diterima sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 20 tahun 2014 pada sidang
DUN hari ini.
Usul untuk menerima laporan itu dibuat ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim
bawah Peraturan Tetap 76(5).
Bagaimanapun cadangan itu akan dipertimbang Exco Selangor yang akan
memberi maklum balas rasmi mengenainya kepada Dewan kelak.
“Jawatankuasa berpandangan beliau masih lagi ahli perbadanan PKNS,”
kata Ng sewaktu membentangkan usul itu.
Ditemui pemberita kemudiannya, Ng berkata sesi pendengaran Selcat
sebelum ini mendapati pelantikan Azmin sebagai anggota pengarah
dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang sah
sehingga tahun 2014.
“Dalam surat (Exco) memang ada ditulis beliau dilantik sehingga 2014.
********************************
Menurut rakan di HQ PKR, Anwar cukup bengang dengan apa yang dilakukan
oleh Azmin dalam usaha mengekalkan tempat sebagai Lembaga Pengarah
PKNS. Anwar tidak gemar kerana Azmin berupaya menggunakan Sidang DUN
sebagai tempat meletakkan dirinya sebagai anggota Lembaga Pengarah.
Anwar tak lihat ini sebagai contoh ketelusan tetapi sebagai lambang
tamak haloba Azmin yang mahukan hak RM7 juta anak buahnya mendapat
kerja di PKNS dikekalkan.
Pada Anwar, ini adalah langkah Azmin memberi amaran bahawa dia mampu
mempengaruhi DUN untuk membuat keputusan apa yang dia mahu.
Jangan lupa, baru awal minggu ini Speaker DUN menolak soalan-soalan
ADUN Kajang yang gagal memenuhi peraturan mesyuarat. Katanya, insiden
ini memang tak dapat diterima Anwar.
Wan Azizah dimalukan Speaker. Azmin menggunakan DUN sebagai kubu. Ini
semua membuktikan di dalam DUN Selangor, Azmin adalah Chief
Strategist. Tak ada orang yang lebih power.
Malahan, ini memberikan indikasi, Azmin boleh jentik telur MB sampai
senak. Habislah, kalau Azmin konar. PKR ke parit.
Jun 19, 2014 at 1:05 pm
Bukan main ada kawan-kawan dalam media sosial yang sudah mula pertahan
MB-MB tertentu kononnya mereka masih punya sokongan dan dokongan orang
bawah. Bukan main lagi mereka lambung MB itu dan MB ini sebab duit.
Ini semua sebab RM. Ringgit Malaysia yang agung. Sampaikan kita sudah
tidak boleh berfikir secara objektif dan terbuka. Pelik.
Sebenarnya, kalau kita cakap pasal performance MB, antara MB yang
paling lemah dalam hierarki semua MB sekarang ini, adalah MB Kedah.
Ini bukan sahaja cakap-cakap di kalangan orang UMNO, orang KCS cakap
benda sama, cikgu-cikgu di Kedah pun cakap benda sama, NGO di Kedah
pun cakap benda sama, ulama’ pun cakap benda sama. MB Kedah tidak ada
halatuju.
Tak ada pemimpin di dunia yang boleh berjaya hanya nak petik nama
bapak. Kecuali mungkin di Korea Utara. Itupun sebab komunis.
Kalau dalam semua meeting asyik nak cover dengan usaha bapak, payah
lah. Sudahlah semua pegawai khas hopeless.
Kalau ada yang paling awal dibersarakan, minta maaf cakap, MB Kedah.
Kalangan Exco hilang percaya. Kalangan Ketua Bahagian hilang percaya.
Kalangan KCS hilang percaya.
Punyalah tak suka balik Kedah, mesyuarat Exco buat di Hilton KL. Habis
semua pegawai diangkut bawak KL, sebab MB kepenatan balik dari London.
April 21, 2014 at 7:13 pm
Maklum Balas Pembaca