Posts tagged ‘Fathul Bari’
PAU2013: Winners & Losers
Pemenang PAU2013
1. Zahid Hamidi. Kalau ikut pada senario politik semasa, populariti Zahid Hamidi (dalam parti) melebihi Muhyiddin Yassin. Mendahului jauh. Zahid Hamidi bijak menggunakan aura jawatan untuk kepentingan politik sendiri. Sudah ada khabar angin, Zahid bersedia pada bila-bila masa untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden.
2. Khairy Jamaluddin. Bakal Naib Presiden 1 dalam pemilihan parti akan datang. Sauh politik Khairy sudah terbenam jauh ke dalam sanubari pemimpin pelapis UMNO.
3. Shahrizat. Ucapan Kak Ijat memang tak pernah baik. Tak pernah. Tapi berjaya melobi gelaran ‘Tulang Belakang’ buat Kak Ijat lebih popular. Indispensable.
4. Hishammuddin Hussein. Markah simpati naik tinggi. Lakonan yang baik. Nasihat politik yang bagus oleh beberapa orang tycoon Cina yang nakkan perwakilan rasa rindu kepada beliau. Sebenarnya sudah sihat untuk berlari pun. Tapi biasalah, anak UMNO yang manja. Semua orang kena datang kepada beliau. Markah naik.
5. Jamil Khir. Potensi untuk naik ke jawatan Naib Presiden jika ada dalam kapal yang betul.
6. Shabery Cheek. Markah kerja banjir.
7. Fathul Bari. Bintang bersinar untuk UMNO. Jika dihadiahkan beberapa projek dalam masa terdekat, mampu pergi lebih jauh.
8. Khairul Azwan Harun. Bijak. Pandai ambil peluang.
Pengalah PAU2013
1. Shapie Apdal. Tak membawa kesan apa-apa. Kalau tidak kerana projek kecil KKLW, dah lama ke parit.
2. Azizah Dun. Mak Dara yang tak tahu apa nak buat dalam parti.
3. Mas Ermieyati. Biggest failure dalam PAU2013. Ucapan pun minta orang lain buat. Mengaku pulak tu. Konon sibuk ke Belgium. Poyo.
http://zamkata.blogspot.com/2013/12/kepimpinan-puteri-umno-yang-tidak.html
4. Zahida Zarik. Harapkan lawa sahaja. Idea tak ada. Failed.
5. Ucapan Presiden. Paling teruk dalam sejarah.
6. Muhyiddin Yassin. Elok letak jawatan sahaja. Tak ada idea. Habiskan penggal ini untuk menyusun kakitangan dan ahli keluarga menambah kekayaan.
7. Ibdillah. Pengerusi #lifestyle Pemuda UMNO. Hancussssss..
8. Irmohizam. Tak ada idea. Sangap.
9. Shapee Abdullah – antara ucapan paling bangang dalam PAU2013.
10. Musa ‘Melayu’ – hancusss…
11. Afandi Zahari – bodek tahap dewa. Failed.
12. MT Lantikan Yang Lain. Tak ada peranan. Sekadar tayang baju dan sampin mahal.
Maklum Balas Pembaca