Posts tagged ‘Hisham’
Tawaran Baru: Pakej Perletakan Jawatan PM & TPM Bersekali
Mukhriz Mahathir Berhadapan Protes KCS Yang Dahsyat!
HISHAM PM; KJ TPM – Makmurkah Malaysia #FitMalaysia?
Saya melihat gabungan jawatan Ketua Pemuda dengan Kementerian Belia sebagai memberikan terlalu banyak kuasa dan kelebihan kepada Khairy berbanding barisan kepemimpinan Umno dan kerajaan yang seangkatan dengan beliau.
Sama ada Mohd Najib menyedarinya atau tidak, Khairy kini muncul sebagai orang paling hadapan dalam pewarisan Umno. Selepas Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden adalah Khairy.
Sebab itu pada masa lampau, Presiden Umno dan Perdana Menteri amat berhati-hati memberi jawatan dan peranan kepada Ketua Pemuda. Tidak semua Ketua Pemuda diberikan jawatan, apatah lagi jawatan Menteri Belia. Malah Pergerakan Pemuda dianggap begitu berpengaruh sehingga jawatan Menteri Belia sengaja tidak diberikan kepada Ketua Pemuda kecuali orang itu diyakini kesetiaannya atau sedang dilatih untuk kedudukan yang lebih tinggi.
Namun ada juga Ketua Pemuda yang tidak mahu jawatan kerajaan. Mereka mahu menjadi Ketua Pemuda yang bebas dan boleh mengkritik kerajaan sekiranya perlu. Antara mereka ialah Allahyarham Jaafar Albar dan Suhaimi Kamaruddin.
Ada pemerhati mengatakan bahawa Tun Abdul Razak tidak membawa Ketua Pemuda waktu itu, Datuk Harun Idris, ke Pusat sebaliknya mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau tahu pengaruh Harun di kalangan belia, khususnya dan orang Melayu, amnya. Sebaliknya Abdul Razak melantik biras beliau, Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah menjadi Menteri Belia.
Sama ada Mohd Najib sedar hal ini atau tidak, tindakan melantik Khairy sebagai Menteri Belia telah menggandakan kuasa dan pengaruh beliau sebagai pemimpin pelapis Umno dan kerajaan.
Saya rasa Mohd Najib sedar kerana beliau sendiri membina landasan kuasa dan mengumpul barisan penyokong tegar ketika menjadi Ketua Pemuda dan Menteri Belia.
————————–
Satu perkara yang benar adalah Najib sendiri mengakui bahawa Khairy adalah best performing Minister setakat ini. Mungkin kita gagal di Sukan Komanwel dan Sukan Asia, tetapi dalam aspek lain, Khairy berjaya mengurus KBS dengan baik.
Hisham sewaktu di KBS juga adalah seorang yang boleh dikatakan berjaya. Tak tahu apa yang berjaya sangat, tapi berjaya. Kejayaan paling besar adalah mengembalikan zaman kegelapan UMNO kepada zaman yang lebih baik (selepas peristiwa 1998/1999).
Apa yang tentu, jika gandingan Hisham/KJ ini terlaksana; Malaysia akan menjadi sebuah negara yang sangat liberal dan terbuka. Daripada segi apa? Sendiri mahu ingatlah.
Hisham sememangnya pemimpin yang play safe sejak dulu. Dalam isu-isu yang besar, Hisham hanya akan main senyap.
MH370/MH17 sudah mengembalikan kedudukannya sebagai seorang pemimpin yang ada potensi jangka panjang. Tapi setakat ini, apa yang boleh Hisham tawarkan kepada UMNO dan Malaysia?
Proses ini akan berlaku tidak beberapa lama lagi. Mungkin bagus juga jika Najib mula terfikir mengenai peralihan kuasa. Elok dilakukan seberapa cekap. Berapa lama Najib perlu? 2 tahun?
Zahid Lambat; Hisham Dah ONN Jaafar
Antara Perth & Hawaii
Hisham tidak buat salah apa pun setakat ini. Malah, Hisham sudahpun mendaki puncak populariti yang melebihi apa yang ada pada orang lain. Kalau sebelum ini Zahid dikatakan mengelabui imej PM, sekarang ini tidak lagi.
Kelebihan kepada Hisham adalah MH370 adalah isu nasional dan global. Kemampuannya nampak lebih terserlah, sedangkan Zahid hanya nampak hebat di atas pentas UMNO. Di luar UMNO, Zahid hanyalah seorang politikus mediocre dan tidak mempunyai wibawa sebagai PM.
Merdeka Centre tidak salah untuk melakukan POLL pada waktu yang begini. Pandai Merdeka Centre mengikut arahan paymaster mereka.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/04/01/only-43-of-malaysians-content-with-mh370-handling-poll/
The survey said 63 percent of Malays were satisfied with the government’s handling of the plane crisis, while 30 percent were dissatisfied.
By contrast, just 18 percent of ethnic Chinese were satisfied, with 74 percent unhappy. Thirty-six percent of ethnic Indians were satisfied, while 59 percent were not.
Dalam pengamatan keseluruhan, imej Hisham dikatakan cukup tinggi untuk diangkat sebagai PM material. Ini bukan sahaja diakui oleh kawan; malahan lawan dalam politik. PKR sendiri sedang meneliti kesan kenaikan imej Hisham dengan sangat hati-hati.
Rakyat sudah mahu melihat wajah baru di persada politik. Hisham nampak fit untuk tugasan dan amanah itu.
Dalam pada itu nasihat murah APCO agar PM ke Perth memang satu nasihat taraf amateurish. Untuk apa? Media coverage? Ada closure?
Terima Kasih H20.Banyak Berkorban.
Blog ini ucap tahniah kepada semua pimpinan yang telah diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan dalam pemilihan UMNO 2013. Alhamdulillah, nampaknya semua berjalan dengan lancar. Boleh dikatakan lancar.
Dalam pada orang memperkatan kononnya Mukhriz mendapat sokongan yang luar biasa dan kuat di kalangan ahli UMNO, blog ini ingin mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada team h20 yang membuktikan mereka setia dengan perjuangan, dan mengenepikan ego politik peribadi.
Setelah berbincang dengan ramai rakan-rakan di bawah, team h20 telah membuat keputusan yang tepat, untuk tidak memberi malu kepada penawaran diri Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden.
Team H20 banyak memberikan peluang agar nama Mukhriz diberikan tempat di kalangan perwakilan, dan tidak meninggalkan Mukhriz jauh di belakang.
Sejujurnya, berdasarkan kekuatan sebenar Mukhriz, paling maksimum yang mampu diperoleh anakanda Tun adalah 31 Bahagian. 60 bahagian lain adalah usaha menjaga nama agar Tun Mahathir tidak mengamuk sakan. Permainan ini hanya boleh dimainkan oleh kalangan yang setia kepada Najib, dan bukan mereka yang mempunyai ego politik yang tinggi.
Team h20 sebenarnya boleh menang jauh lebih besar. Jauh. Tetapi khusus untuk menjaga nama baik ayahanda Tun, ada bahagian yang diarah untuk mengundi Mukhriz. Bab itu, penyokong MM kena tahu dan faham.
Dalam politik, pencapaian adalah penting. Ianya akar untuk menentukan seorang pemimpin itu berjaya atau tidak.
Apa sumbangan Mukhriz sewaktu menjadi Timbalan Menteri? Ada MM bersuara mengenai isu Melayu? Ada MM usaha mempertingkat ekonomi Melayu?
Blog ini harap kalangan penyokong MM tidak overzealous dengan pencapaian 91 Bahagian. Tolak 60. 31 Bahagian itulah kekuatan sebenar MM.
Mungkin ada yang marah, tetapi itulah hakikatnya. Jangan nak ek dan berlagak sangat. Bawa bertenang.
Blog ini puji Hisham yang nampak bigger picture dalam pertandingan kali ini. Setia Hisham yang sanggup berkorban ego politik, berhadapan dengan tekanan undi popular memang luar biasa.
Hanya pemimpin hebat yang ada jiwa seperti ini. Tahniah Dato’ Seri.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/10/20/strong-message-from-grassroot/
Sorry big dog. Mesej grass roots itu tidak real.
Maklum Balas Pembaca