Posts tagged ‘ICC’
Gani Patail Jangan Bikin Malu Malaysia
The International Criminal Court (ICC) has no jurisdiction to carry out any charges on the case as both Malaysia and the Netherlands have said they wished to take action against the culprits, Gani said in a recent interview at his office in Putrajaya.
“In this case, Malaysia and Holland said they wanted to press charges, so the ICC has no jurisdiction over this,” he told The Malaysian Insider.
——————
Ok, kita terimalah alasan Gani, bahawa ICC tidak ada jurisdiction. Tapi perkara ini boleh diperdebatkan. Soalnya, kalau Ukraine, Russia, Malaysia dan lain-lain negara setuju nak bawa ke ICC, rasanya masih boleh dibenarkan. Betul, Malaysia tidak merupakan signatories kepada Rome Statute (ICC); tetapi masih banyak negara terlibat yang menjadi anggota.
Ini petanda baik, bahawa Gani ada keyakinan dia boleh menang. Bagus. Keyakinan itu perlu. Cuma, Gani kena jujur dengan rakyat, jika ada guna pihak luar, berikan nama dan yuran mereka untuk tugasan ini. Tak salah pun. Cuma biar lebih transparen.
Kakitangan AG Chambers kita tahu memang sibuk. Macam-macam kes. Kebanyakannya kalah pula tu.
Ini lagi satu kes besar yang melibatkan banyak pihak dan negara. Kalau lalai, mahu kita tewas lagi.
Ingat kes Batu Puteh? Gani jugalah punya kerja; dia yang cari kononnya pakar, buat kajian kes, bentangkan, teliti, kaji, sudahnya…MELINGKUP.
Blog ni hanya minta Gani lebih hati-hati. Itu sahaja. Permainan international law ini bukan permainan kecil. Katalah Ukraine terlibat (andaian); mahunya Peguam dari Amerika yang turun pertahan. Lalu Gani nak layan?
Belum cerita lagi tentang international pressure.
Harapan kita, jangan bagi malu negara. Gani mungkin ingat ini kes MUDAH dan SENANG. Bentang data blackbox, menang. Belum tentu bro. Banyak details nak kena tengok.
Kalau tengok cara handle kes Nik Nazmi dan sebagainya; ramai pegawai undang-undang AGC ini kena pergi short courses/refresher di luar negara. Sangap.
Maklum Balas Pembaca