Posts tagged ‘JPN’

Tawaran Baru: Pakej Perletakan Jawatan PM & TPM Bersekali

Katanya, antara sebab utama Najib enggan meletakkan jawatan adalah kerisauan beliau bahawa ramai rakan-rakannya akan dihadapkan ke muka pengadilan, terutamanya apabila Muhyiddin berkuasa.
Ramai kalangan Ketua Bahagian yang tidak gemarkan TSMY. Kepada mereka, TSMY bukanlah orang yang mesra dengan parti. Selalu sentap dan tidak serasi dengan budaya hulur dan tabur. Setakat pagi ini pun, listing Ketua Bahagian yang bersama TSMY tidak sampai 8 orang.
Walaupun TSMY adalah Timbalan yang baik selama ini, tetapi sejujurnya TSMY bukanlah calon lengkap sebagai PM baru Malaysia. Banyak juga almari di MoE dan JPM yang akan terbuka. Banyak juga kontrak yang akan dilihat dan dinilai semula. Tak banyak beza rupanya.
Mungkin tidaklah ada syarikat sebesar 1MDB. Tetapi peranan individu-individu tertentu di dalam Pejabat TPM pun boleh tahan kasarnya.
Nama-nama orang keliling TPM bukanlah bersih sangat. Banyak juga yang didengar dan diketahui.
Itu termasuklah kontrak kerja komunikasi, pengiklanan yang didominasi oleh seorang Setiausaha Akhbar yang ganas dan garang. Katanya jumlah keseluruhan kontrak memakan belanja puluhan juta (yang turut dikongsi dengan beberapa orang di pejabat TPM).
Banyak juga isu di peringkat JPN/PPD yang menyebabkan rakan-rakan rapat TPM semuanya menyapu bersih kontrak dan kerja-kerja bernilai besar.
Sebab itu, katanya ada deal baru yang sedang dibawa oleh orang yang berpengaruh:-
1. Najib letak jawatan.
2. Muhyiddin letak jawatan.
3. Zahid jadi PM.
4. Hisham jadi TPM.
Ini solusi yang terbaik untuk UMNO dan BN. Dengan situasi begini, akan berlaku landslide changes di peringkat kabinet/perhubungan negeri. Barulah UMNO ada taring untuk memperbaiki keadaan.
Katanya, senarai kabinet BARU sudahpun disusun. Kuda tua yang sudah tidak mampu diketepikan sama sekali (dengan skim pampasan jangka panjang 3 keturunan).
Pakej ini katanya yang terbaik mampu difikirkan.
Akan dibawa ke perhatian MT dalam masa yang terdekat.
Pakej ini kalau menjadi, rasanya kali pertama dalam sejarah PM dan TPM letak jawatan secara bersekali.
Zahid tidak sempurna. Tapi untuk tempoh sementara menjelang GE14, rasanya dia pilihan terbaik.
Khabarnya Muhyiddin agak terbuka dengan cadangan ini. Tapi syarat utama: BOTH OF THEM SHOULD GO.
Tun Najib Razak
Tun Muhyiddin Yassin
Tun Rosmah Mansor
Tun Norainee Abdul Rahman
All case closed. Back to routine.
Dah kena dah bunyi tu.

Julai 23, 2015 at 11:52 am 6 comments


Jun 2023
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Capaian Umum

  • 75,348,413 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada