Posts tagged ‘Menteri’

Sabotaj Imigresen Kerja Pegawai Bawahan Sahaja Kah?

Tahniah lah Jabatan Imigresen kerana ambil tindakan terhadap 37 kakitangan imigresen yang disyaki terlibat dengan usaha sabotaj sistem IMMs kelolalaan Jabatan. Yang jadi pelik bin ajaib, alasan yang diberikan semua yang terlibat adalah anggota bawahan. Yang abang-abang besar Imigresen, selamat.

Apa mungkin sabotaj yang dikatakan berlaku sejak 2011 ini dilakukan oleh hanya pegawai bawahan. Tak ada elemen pemantauan? Siapa yang bertanggungjawab sebenarnya? Kalangan yang berjawatan semua tidak bersalah?

Betul, tak ada teroris yang lepas. Semua PATI. Tapi rasanya kalau Pegawai Tinggi Imigresen lakukan pemantauan yang berkesan, benda ini tak berlaku sejak 2011. Pegawai yang bertanggungjawab dan amanah, dalam seminggu dua pun dia dapat tahu.

Atau sebenarnya Para Pegawai pun ada SAHAM di atas usaha sabotaj yang sangat licik ini?

Bukan nak kata, kalangan Pegawai Imigresen pun ada yang hidup melebihi kemampuan. Alphard baru. Vellfire baru. Benda biasa. Walaupun simpan di rumah siap balut.

Harap kalangan Menteri jangan memilih bulu dalam usaha tindakan. Kena pukul rata.

37 ini mungkin sahaja jadi mangsa kepada sistem yang lebih besar. Pegawai makan besar. Orang bawah makan kecil. Tapi bila kena, pegawai bawahan.

Cuba siasat betul-betul kalangan pegawai imigresen yang berkhidmat antara 2011-2016. Cuba siasat pendapatan mereka.

Cuba siasat harta benda mereka. Kalau nama dia ok. Siasat nama isteri. Siasat nama anak.

Kalau anak di universiti boleh bawa Mercedez, duit datang dari mana? Isteri tak bekerja.

Jangan kenakan orang bawah. Sedang jerung sebenar sedap-sedap di tempat lain.

Jun 2, 2016 at 12:12 pm 1 komen

Panama Papers: Tak Salah Apa Nak Takut?

Alahai, tak faham apasal sesetengah Menteri dan Cytro rasa risau sangat dengan Panama Papers. Kalau tak salah apa nak takut. Tak payahlah sibuk fikir apasal kejahatan orang Amerika tak termasuk dalam tu. Sibuk dengan ini agenda Yahudi. Macam-macam hal.

Kalau tak ada ambil duit rakyat, tak ada apa yang nak kena risau. Relak ajer. Ini Malaysia lah. Bukan negara maju.

Rakyat Malaysia ini jenis pemaaf. Tak ada hal. Kantoi main perempuan pun kita boleh maafkan. Setakat mencuri dua tiga bilion ini bukan benda besar lah.

Memang dalam tradisi kepimpinan orang Melayu, pemimpin mesti kaya raya. Mesti ada wang. Kalau tak ada wang, mesti ada kekuatan. Kalau ada ilmu sihir sikit, markah lebih tinggi. Kalau hensem sikit, lagi markah tinggi.

Tengok teks Melayu lama. Semua macam itu. Sulalatul Salatin, semua bincang tentang betapa kaya rayanya pimpinan Melayu pada waktu itu. Luar biasa.

Kalau ikut cerita, macam-macam yang kena dengar. Kalau ikut cerita. Betul belum tahu.

Jadinya, jangan lah gelabah semacam dengan Panama Papers ni. Wikileaks dulu pun macam tu. Korang ok ajer kan. Masih jadi Menteri. Masih ada makwe kat London. Betul?

Panama Papers ini, untuk politik Malaysia, macam kertas jamban sahaja. Tak ada makna. Korang masih berkuasa. Jangan risau.

Kami ni memang suka kena kencing. Lagi kamu menipu, lagi kami angkat jadi pemimpin.

April 5, 2016 at 5:49 pm Tinggalkan komen

Cartel Apa Yang Wujud di KBS???

Mudah sangat Menteri KBS kata tak tahu apa yang berlaku. Ini bukan laporan kewangan PIBG di Rembau. Ini soal kewangan negara. Kalau Menteri boleh kata tak tahu, elok berhenti sahaja jadi Menteri.

Blog ini konsisten mengatakan, masalah utama negara kita bermula apabila kita ada mediocre menjawat jawatan tinggi di Kementerian dan Negara. Mediocre di peringkat TKSU. Di peringkat KSU. Hinggalah ke peringkat KSP dan KSN.

14hb Mac 2016 – KSN umumkan perlantikan empat orang KSU baru. Dua orang yang terlibat adalah daripada KBS.

Jamil Salleh – pergi ke KPDNKK

Lokman Hakim – jadi KSU KBS

Ada tak logik yang kedua-dua orang ini tak tahu apa yang berlaku dengan Tabung Amanah Sukan Negara? Logik?

Takkanlah KSU/TKSU pergi Opis asyik dengan program Fit Malaysia, sampai lupa dengan apa yang ada di bawah tanggungjawab mereka?

Gagal kenalpasti kelemahan Kementerian pun naik pangkat sampai KSU???

Kumpulan Wang Amanah Sukan ini, pada 2013 sahaja ada RM150,000,000.000. Takkanlah dua KSU/TKSU yang naik pangkat tak perasan?

KSN, kalau ada maruah, TARIK BALIK KENAIKAN PANGKAT KEDUA-DUA ORANG INI, sampai habis siasatan.

Nak songlap macam ini punya banyak, bukan kerja satu dua orang.

Kumpulan Wang Amanah Sukan ini kena approval MoF. Siapa yang approve?

Berapa lagi Tabung Amanah yang kena sakau kita tak tahu.

p/s: SPRM SIASAT SAMA PEJABAT MENTERI!!!

Mac 22, 2016 at 5:08 pm 1 komen

Hati Hasan Malek Juga Perlu Dijaga?

Kalau ada dalam lipatan sejarah, seorang Menteri yang tidak punya jasa dan impak kepada pentadbiran negara, Hasan Malek layak dipertimbangkan untuk kedudukan itu. Memanaskan kerusi empuk, hanya untuk mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak, cuba memperbodohkan rakyat – semuanya ada. Pakej.

Yang dia pandai adalah menyusun kedudukan orang tertentu, menyusun projek dan kepentingan perniagaan kepada individu yang dimahukan. Itu dia cekap. Segala benda dan projek di bawah pemantauan Kementerian, memang laju diligan untuk kegunaan sendiri.

Katanya, projek-projek di bawah Bank Rakyat, yang pernah diberikan kepada syarikat kroni Hasan Malek semuanya huru hara. Tak perform. Gagal.

Sekarang ini, Hasan Malek sudah dilantik sebagai Duta Kerajaan Malaysia ke Kemboja. Semuanya atas dasar nak menjaga hati dan tidak merajuk.

Sudah-sudahlah tu menjaga hati. Ini tempoh rakyat nak melihat mereka yang mampu dan wibawa dibawa masuk oleh kerajaan di kedudukan strategik.

Jawatan seperti Penasihat PETRONAS, sebagai misal, tidak perlu berkait dengan Bekas Perdana Menteri. Beri mereka yang layak. Yang mampu.

Pak Lah sudah ada MAS, IKIM dan lain-lain. Cukuplah.

Nak perks and benefits apa lagi? Cukuplah tu.

Cukuplah dengan kos besar yang terpaksa MAS tanggung untuk keseronokan Pak Lah dan kaum keluarga. Cukuplah.

Letakkan mereka yang mampu membantu.

Dalam kes PETRONAS, beri kepada seorang yang bijak membantu PETRONAS mengurus kewangan dan mencari peluang baru. Zeti sebagai misal.

Tak ada salahnya.

Atau, gantikan sahaja mantan cyang juga bebal dan tidak menyumbang apa kepada PETRONAS. Mansuhkan jawatan Penasihat. Gantikan Sidek dengan Zeti. PETRONAS akan lebih dihormati.

PETRONAS nak kurangkan Board Members – usaha yang baik.

Mac 17, 2016 at 5:05 pm 2 comments

Rahman Dahlan Lemah Sebagai Pengarah Strategik – Lantik Nazri Aziz!!!

Antara kesilapan yang patutnya dielak oleh parti adalah membenarkan seorang Menteri perasan pandai dari Sabah menjadi Pengarah Strategik. Tak ada apa yang strategik pun kita dengar dari Rahman Dahlan. Syok sendiri. Bongkak begitu sahajalah.

Masalah dengan pimpinan kita ini, bila seorang yang kuat bercakap dianggap strategik dan pandai. Sedangkan apa yang dia cakap tak membantu parti pun. Tak membantu Presiden pun.

Balik-balik cerita Kementerian. Balik-balik cerita pasal pembaharuan PBT. Apa dia buat untuk parti.

Samalah juga dengan kes Irmohizam (Ketua Strategi UMNO). Apa yang dia buat? Apa yang Irmo bantu gerakan UMNO di Selangor. Masih dengan konsep belia 4B yang sudah lapok.

Rahman Dahlan kena belajar banyak dengan Nazri Aziz. Sekali dia sungkit isu, habis berterabur gigi musuh. Muhyiddin pun tersembam. Shapie Apdal pun tersembam, Habis orang semua tak tahu nak kata apa.

Nazri Aziz tak tahu takut. Sultan pun dia balun. Tengku Mahkota pun dia balun. Ini baru padu.

Ini baru strategik. Bukan buat benda-benda bodoh dalam twitter tu.

Apa sahaja yang Rahman berjaya setakat ini? Cuba beri contoh? Ada?

Sembang kosong pun boleh lah.

Rahman ini hanya mengharapkan kuota Sabah sahaja. Selamat kerana kuota. Kalau harap performance, hancur.

Kementerian ke mana. Strategik ke mana. Apa pun tak terbawa.

Februari 26, 2016 at 1:33 pm 6 comments

Sidang Rasuah Antarabangsa di Putrajaya; Siapa Punya Kerja Sampai Perdana Menteri Kena Serang Begini?

Kita tak tahu apa yang bermain di pemikiran di kalangan cerdik pandai di Putrajaya, untuk membenarkan satu sidang yang memang terkenal tak segan silu mengutuk pemimpin dengan begitu sahaja.
Penat Dato Seri Farid Ridzuan, Dato Farisha dan team komunikasi bina imej PM yang positif dan berani bila benda macam ini terjadi. Apakah Paul Low yang salah beri pandangan? Apakah ada Menteri lain yang terlibat membenarkan IACC melempar macam-macam tuduhan di Putrajaya. Putrajaya! Bukan di tempat lain.
Blog ini minta sangat, kalangan Menteri dan Timbalan Menteri yang baru Najib lantik, ke depanlah sedikit. Pertahankan Boss. Jangan sampai Boss kena balun macam ini.
Sudahlah waktu Bersih 4.0 pun senyap. IACC serang pun korang senyap. Apa nak jadi ni?
Pangkat dan kedudukan nak. Merengek-rengek minta. Konon tak boleh nak bantu banyak kerana tak ada jawatan. Kalau PM lantik saya, saya akan lantang mempertahankan Boss. I’ll swim with you.
Sekarang?
Waktu Bersih 4.0, berapa ramai Menteri/Timbalan Menteri yang keluar bersuara. Kalau bersuara pun, suarakan benda yang bijak dan ada nilai.
Jangan bercakap macam orang mabuk todi.
Contoh?
Pemerintah Malaysia nampaknya sangat tidak senang dengan demonstrasi yang dilakukan oleh masa pro-demokrasi. Ini terlihat dari respon yang ditunjukan pemerintah Malaysia, yang berusaha untuk mengumpulkan data para peserta demonstran yang mendesak Perdana Menteri Malaysia Nadjib Razak untuk mundur itu.
Namun, pemerintah Malaysia tidak akan mengumpulkan data demonstran yang melakukan aksi di dalam negeri. Mereka hanya akan mengumpulkan data peserta demonstrasi yang diberi nama “Bersih 4” di luar negeri, termasuk mereka yang terlibat aksi di Indonesia.
“Kementerian Luar Negeri akan mengumpulkan informasi tentang warga Malaysia yang berpartisipasi dalam demonstrasi Bersih 4 di luar negeri guna memberikan tindakan hukum terhadap mereka,” kata Wakil Menteri Luar Negeri Malaysia Reezal Merican Naina Merican.
“Identitas warga Malaysia ini akan diserahkan kepada pihak yang berwenang untuk ditindak,” sambungnya, seperti dilansir Channel News Asia pada Sabtu (29/8/2015).
————————-
Berita ini jadi main news di seluruh Nusantara. Soalnya, nak ambil tindakan hukuman apa wooiii?
Kalau macam ini, standard Menteri Hasan Malek. Tak ada standard langsung.
Ini contoh kebodohan yang Najib terpaksa hadapi setiap hari.
Apapun, tak elok para Menteri dan Timbalan Menteri biarkan Boss Najib kena serang macam ini.
Kalian betul-betul main dia sampai macam ni sekali.

September 4, 2015 at 2:49 pm 5 comments

Mampukah Kita Harapkan Kakitangan Awam?

Rafidah Aziz memang nama besar dalam politik Malaysia. Walaupun tewas di dalam pemilihan UMNO, tapi nama Rafidah tidak pernah hilang. Sentiasa mewakili pandangan yang sangat rasional dan tepat dalam isu-isu politik.

Terbaru, Rafidah meminta kalangan kakitangan awam menjadi PEMANGKIN kepada usaha mempertahan negara. Tak berselindung, Rafidah kata ahli politik sudah hilang punca. Beban mesti jatuh ke tangan dan kepala kakitangan awam untuk menyelamatkan Malaysia.

Siapa dalam kakitangan awam? Apakah Rafidah mengharapkan kalangan kerani bawahan? Apakah Rafidah mengharapkan kalangan PA yang lebih banyak jual tupperware dan tudung di pejabat? Atau mengharapkan kalangan pegawai PTD yang menyombong ke sana ke mari dengan kot hebat, di samping sentiasa mengulang-ulang kononnya dia bakal naik Gred 52 dalam masa terdekat?

Siapa yang kita nak harap?

Sebenarnya, kalangan yang paling berpengaruh di dalam perkhidmatan awam ini pastilah kalangan KSU yang berada di kelompok teratas.

Mereka inilah patutnya jadi Voice of Reason kepada kerajaan. Bukan setakat ikut cakap Menteri secara membabi buta.

Paling tinggi sudah tentulah KSN. Apakah KSN yang ada sekarang cukup haul dan nisabnya untuk memainkan peranan yang bermakna? Apakah KSN sekarang ini seorang yang benar-benar mengikut kepada Arahan Pekeliling atau dia juga antara pelopor kepada usaha cepatkan kelulusan pada setiap masa?

Prestasi KSN sedia ada, memang baik sewaktu di UKAS. Semuanya di atas kertas. Bilion ini. Bilion itu. Jimat ini. Jimat itu. Laksana kononnya macam-macam pembaharuan usaha procurement kerajaan.

Tapi apa jadi sekarang?

Blog ini dimaklumkan, arahan diterima KSN hanya melalui panggilan telefon. Tak perlu surat menyurat. Whatsapp pun boleh.

Bagus kalau kita nak khidmat yang cepat. Tapi apa jadi kalau kelulusan penjualan aset kerajaan pun dilakukan melalui panggilan telefon.

KSN boleh nafikan jika tidak ada penjualan tanah di Taman Wahyu, dilakukan secara runding terus hanya melalui telefon?

Keuntungan hampir puluhan juta. Siapa yang dapat untung? Ada sesiapa yang ada di dalam kerajaan yang ambil cut? Boleh jelaskan?

Sebab itu bila Tan Sri Zeti umum bahawa dia mahu habiskan tempoh jawatan, inilah agaknya mereka yang boleh menjaga kubu kuat yang ada.

Harapnya begitulah.

Kalau harapkan KSN dan KSP, rasanya Malaysia akan jadi Mumbai.

Ogos 13, 2015 at 2:35 pm 3 comments

Khabar Angin Seorang Mantan Menteri Akan Menggantikan Tempat JJ. Tempat Arwah JJ Yang Akan Memudahkan KJ.

Dalam banyak-banyak khabar angin, apa yang sedang menjadi bualan di kalangan orang kanan KJ adalah perkara yang paling menarik pada ketika ini. Mungkin terlalu teruja dengan berita yang mereka dapat, budak-budak Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah menyambut berita kembalinya ahli keluarga KJ ke Putrajaya sebagai sesuatu yang sangat positif kepada boss mereka.
Menurut cerita, seorang bekas Menteri dari Negeri Sembilan akan dilantik sebagai Penasihat Khas YAB PM Bertaraf Menteri dalam masa yang terdekat ini.
Dengan hakikat UMNO akan bertempur tahun hadapan (sekiranya usul untuk menangguhkan Pemilihan gagal), maka mantan Menteri ini sememangnya mempunyai kuasa mencatur yang sangat mantap di dalam PMO.
Siapa kata Najib tidak baik? Mantan Menteri yang banyak mengutuk, menghina, menidakkan, menafikan kepimpinan Najib akan diserap kembali ke dalam sistem kerajaan. Ini sesuatu yang positif kepada KJ.
Kenapa mesti tempat JJ orang Pahang?
Ah, siapa peduli soal Penasihat dari negeri mana. Yang penting buat kerja. Bantu Najib. Bantu KJ. Selesai.
Katanya, Najib amat gembira dengan strategi lambung dan julang yang dibuat oleh Pemuda UMNO. Najib merasakan ini adalah satu usaha hebat Pemuda UMNO Malaysia.
Silap Wanita dan Puteri tidak lambung dan julang. Kalau tidak, rasanya ada kemungkinan Kak Ijat dan Emy pun masuk kabinet.
Jika khabar angin ini benar, maka KJ akan mendapat laluan yang sangat mudah untuk menjejaki kerusi Naib Presiden. Berdasarkan rating, tempat kedua dalam tangan. Kalau mahu nombor 1, mesti ada game sedikit di beberapa buah negeri.
Politik Malaysia apa pun boleh jadi. Asalkan pengerasnya bagus dan baik.

April 29, 2015 at 7:14 pm Tinggalkan komen

PMO Bergantung Harap Kepada Lim Sian See. Perkembangan Bagus.

Satu perkembangan yang bagus apabila kalangan jentera media PMO yang sebelum ini buat muka ketat dan berlagak hebat, mula turun ke bawah dan mengajak mereka yang ada point-point bagus untuk membantu PMO.
Dengan erti kata lain, mereka yang ada di dalam PMO itu adalah mereka yang sudah tidak lagi relevan dan wajar dikekalkan. Elok mereka resign dengan terhormat, dan mula menjaga bisnes mereka secara full time.
Lagipun, dengan kereta baru seperti Bentley, takkanlah mereka tak malu mendapat khidmat nasihat daripada facebooker. Malu kot. Sudahlah makan gaji buta buat sekian lama. Kerja paling penting pun hanya mengurus jumlah media sewaktu sidang akhbar. Itu kerja kerani bro. Bukan level Jusa B.
IQ 190
Mat nama Lim Sian See ini pada mulanya bagus. Tak suka orang kenal. Kerja belakang tabir. Tak heboh satu Malaya.
Tapi selepas dapat bertemu dengan PM dan diakui oleh PM sebagai seorang yang bijak dan pandai dalam mematahkan hujah lawan, lobi hotel dah jadi tempat Mamat ni cari makan lebih.
Habis semua benda dia tabur. Pernah bantu Menteri itu lah. Pernah bantu Ahli Parlimen inilah. Pernah ditawarkan kerja oleh orang itu lah. Tunjuk semua sms yang orang minta dia nasihat dan pandangan.
Baguslah, tapi ini jelas menunjukkan mereka yang ada di koridor kuasa adalah mereka yang malas berfikir nak mempertahan PM. Kalau 14 kabinet member memerlukan khidmat Lim Sian See, elok sahaja Lim Sian See dilantik jadi Senator dan menggantikan ahli kabinet yang ada! Jimat.
Lim Sian See siap ada senarai para Menteri/VVIP yang sentiasa sahaja memerlukan khidmatnya:-
– YB Mah
– YB Rahman Dahalan
– YB Wee Ka Siong
– YAB PM
– MCA
– Gerakan
– UMNO
– Dato’ Sri Farid Ridzuan (memujuk Lim Sian See berada di bawah payrollnya)
– Dato’ SUA Bentley
– Azeez Rahim
– Aziz Sheikh
– Reezal Marican
– Nancy Shukri
Lim Sian See bukan setakat tayang sms, malah tunjuk segala email yang meminta khidmat nasihat dalam segenap perkara.
Kalau Lim Sian See boleh nasihatkan semua orang di atas elok PM lantik dia seberapa segera sebagai orang kanan.
Setiausaha Agung BN pun boleh. Apa kata berikan orang IQ 190 macam Lim Sian See jaga gomen.
Atau lantik Lim Sian See sebagai Penasihat 1MDB – dibayar oleh Jho Low. Rasanya Jho Low dan Lim Sian See boleh jadi kombinasi PM/TPM Malaysia yang berjaya. Orangnya pun masih muda, agak kacak juga. Setaraf kacaknya dengan Farid Ridzuan. Auuwww.

Mac 2, 2015 at 1:46 pm 7 comments

Zahid Hamidi; Surat Sokongan Membantu Kongsi Gelap Kepada FBI; Menyelamat Ketua Triad; Loyar Selebriti; Integriti Menteri dan Nama Baik KERAJAAN MALAYSIA

Ya, memang kita boleh upah orang menjawab bagi pihak kita. Lebih-lebih lagi loyar yang kita arahkan itu memang terkenal dengan nama yang harum dalam membebaskan mereka-mereka yang dituduh dalam mahkamah.
Soalnya, apakah proses biasa seorang Menteri menulis surat sokongan kepada FBI dan copy kepada Pejabat Loyar?
Apa cerita di sebalik surat ini? Ada kira-kira? Berapa upah Shafee Abdullah untuk dapatkan surat sokongan Menteri KANAN dalam Kerajaan Malaysia ini? Boleh bersikap telus dan nyatakan ‘fees structure’ loyar seperti Shafee dalam kes international seperti ini.
Blog ini nak bangkitkan soal INTEGRITI seorang Menteri dan Kementerian? Bolehkah Menteri KANAN berikan surat mengatakan individu itu bersih dan tidak terlibat dengan TRIAD? Memang itu praktisnya?
Apakah ini tidak menyalahi undang-undang?
Zahid antara Menteri Dalam Negeri yang kononnya paling garang dalam melancarkan perang kepada kongsi gelap. Pernah sebelum ini Zahid buat kenyataan:-
“Walaupun saya tidak campur tangan dalam urusan polis kerana saya telah memberikan kuasa sepenuhya (kepada Polis Diaraja Malaysia) untuk melancarkan gerakan besar-besaran namun saya ingatkan supaya polis lebih berhati-hati.

“Pada waktu yang sama kita minta orang ramai supaya berhati-hati kerana penjenayah adalah buta warna. Mereka tidak kenal siapakah mangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh semalam.

Soalnya, dalam kes Phua ini apa pula ceritanya?
Apakah mungkin ini sabotaj pihak tertentu kepada Pejabat Zahid?
Pihak mana yang nak tengok Zahid tertonggeng ini? Cuba bagi tahu sikit?
Pejabat Menteri mana yang ada hubungan baik dengan FBI?
Blog ini minta Menteri jelaskan. Kalau ianya adalah proses biasa untuk membebaskan Ketua Triad dengan sokongan Menteri KANAN, maknanya memang ada lah surat yang sama sebelum ini? Boleh KDN nyatakan berapa jumlah surat ‘menyelamat’ yang pernah dikeluarkan untuk tempoh 2010-2015?

Kementerian Dalam Negeri mencadangkan agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diperkukuhkan lagi dengan membenarkan maklumat daripada semua intipan komunikasi diambil untuk digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah bagi menangani sebarang aktiviti keganasan dalam negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, undang-undang sedia ada termasuk SOSMA dilihat kurang berkesan dari segi pencegahan kerana setiap pendakwaan memerlukan bahan bukti yang jelas di mahkamah.

Apa guna SOSMA diperkukuh kalau MENTERI KANAN sendiri keluar surat sokongan kepada Ketua TRIAD???
Zahid kena hati-hati. Dalam politik, kawan boleh makan kawan tau. Sambil senyum meleret dan peluk ketat, keris dihunus menikam tang belakang.

Januari 5, 2015 at 10:42 am 1 komen

Kiriman Terdahulu


Disember 2022
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Capaian Umum

  • 75,348,053 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 146 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United StatesSempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat!Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kelom […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Adakah Destini Berhad Menjadi Ali Baba Untuk China Kuasai KTMB?
    Kesatuan Perkerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) telah membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat usahasama antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Destini Berhad.Baca di sini :https://ismaweb.net/2021/03/03/kesatuan-mahu-sprm-siasat-kelulusan-usaha-sama-antara-destini-ktmb/Ianya adalah ekoran dari pengum […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun!Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk I […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Musram Rakuman

  • KERAJAAN CAMPURAN YANG ADA KUASA 2/3
    KUASA 2/3 kerajaan campuran yang dinamakan KERAJAAN PERPADUAN yang ditunjungi Pakatan Harapan (PH) tidak lagi berhadapan penolakan mana-mana rang undang-undang malah boleh mengubah perlembangan negara, termasuk persempadan semula kawasan pilihan raya. Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah bulan lepas, ADUN dilantik Datuk Amisah Yassin telah mencadangk […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • A Guide to Choosing a Strong Science Background Course
    Choosing the right science foundation course is an important decision for students interested in study foundation in science in Ireland. The Science Foundation Course at RCSI & UCD University is designed to give students the opportunity to study a range of science disciplines, and to prepare them for entry into undergraduate courses in the area. […] The […]

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • KERAJAAN CAMPURAN YANG ADA KUASA 2/3
    KUASA 2/3 kerajaan campuran yang dinamakan KERAJAAN PERPADUAN yang ditunjungi Pakatan Harapan (PH) tidak lagi berhadapan penolakan mana-mana rang undang-undang malah boleh mengubah perlembangan negara, termasuk persempadan semula kawasan pilihan raya. Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah bulan lepas, ADUN dilantik Datuk Amisah Yassin telah mencadangk […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • A Guide to Choosing a Strong Science Background Course
    Choosing the right science foundation course is an important decision for students interested in study foundation in science in Ireland. The Science Foundation Course at RCSI & UCD University is designed to give students the opportunity to study a range of science disciplines, and to prepare them for entry into undergraduate courses in the area. […] The […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zinaBANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran.Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr. […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zinaBANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran.Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr. […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada m […]

Paling Popular

  • Tiada