Posts tagged ‘Muhyiddin’

Apa Dah Jadi Dengan Ezam???

Kita tak tahu siapa punya silap, tapi mereka yang pernah hina, ludah, caci dan maki UMNO sebelum daripada ini, memang ada harga yang tinggi dalam pasaran. Luar biasa harga pasaran. Nasib baik, boleh dapat pelbagai jawatan yang ada. Sebab itu, kita tak hairan apa, bilamana orang seperti Ezam, Lokman Noor Adam, Duta Malaysia ke Indonesia (Zahrain) ini ada harga di dalam pasaran UMNO.

Bekas UMNO yang join PKR belum tentu dapat layanan yang sama. Muhyiddin pun, sekarang ini nak dapat jawatan pun susah dalam PKR. Macam-macam orang PKR balun dan hina. Mereka kata Muhyiddin sampah yang tak boleh recycle. Buat rugi sahaja.

Tapi kalau orang PKR join UMNO, mereka permata yang sentiasa dihargai.

Bayangkan, Ezam antara orang utama yang menggerakkan kempen GST untuk kerajaan. Semua di bawah Ezam. Ezam yang beri green light samada kempen itu OK ataupun tidak.

Bayangkan, bekas musuh dibenarkan berada di dalam territory yang sangat strategik. Apa benda yang Ezam tidak tahu di Kementerian. Beberapa mesyuarat strategik pun dia masuk dan dengar pandangan. TS KSP pun anggap Ezam macam kawan rapat. Semua benda dicerita secara open.

Boleh bayangkan, bekas orang PKR diberikan kesempatan handle kempen komunikasi bernilai RM200 hingga RM300 juta? Pernah?

Disinilah baiknya UMNO. Sangat terbuka dan baik hati.

Jika Ezam dan gang ambil 10 % pun dah berapa agaknya untung setiap kempen.

Sekarang Ezam sudah ada ura-ura nak kembali kepada PKR.

Bayangkanlah, seorang yang pernah berada di MoF, makan gaji buta sebagai Senator, dipercayai masuk mesyuarat strategik MoF, EPU, BNM dan sebagainya; hari ini nak masuk pembangkang kembali.

Siapa yang buat kerja background check di Kementerian ini? Siapa yang bertanggungjawab? Bila Ezam berhenti daripada MoF, ada dia sign apa-apa perjanjian untuk tidak mendedahkan rahsia kerajaan?

Blog ini dimaklumkan, antara Pegawai Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah funder kepada gerakan Kristian/DAP di Lembah Kelang. Siapa yang tahu?

Tahniah jika perkara ini terus berlaku.

April 11, 2016 at 11:24 am 1 komen

Mukhriz Masih Mahu Bersama UMNO?

Cukup pelik kalau mereka yang pandai balun, hentam, ulas dan kritik YAB Presiden, masih mahu bersama dengan parti yang mereka sendiri tak percaya dan dah benci. Ulang kali berkata, jadi mangsa itu dan ini, konspirasi, orang benci, saya teraniaya dan sebagainya.

Kita boleh guna macam-macam teori. Tapi mungkin kita sendiri pun tak ikhlas bantu parti dan rakyat. Sampai kita pun tak buat kerja. Bila kena terajang, baru lah nak tonjol diri sebagai pejuang.

Cukup pelik, bila kita duduk minum di area Tropicana (PKR HQ), orang semua cakap pasal Mahathir, pasal Muhyiddin. Bagaimana kalau PKR mampu tarik mereka berdua, maka akan banyak bantu parti dan negara.

Mukhriz tak ada orang sebut langsung. Macam tak wujud.

‘Anak Tun M itu satu sen pun tak guna. Kalau ambil, buat rosak parti adalah’. Sampai ayat itu yang keluar. Nampak sangat, kepimpinan tidak dihargai.

Kena ingat, Mukhriz adalah Naib Presiden nombor 4 dalam pemilihan UMNO lalu. Tapi kalau bertanding lagi sekali, rasanya mahu jatuh nombor 18. Tak ada ranking. Tak pandai jaga orang.

UMNO atau parti politik bukannya ANSARA YB Mukhriz ooi. ANSARA boleh lah buat macam Kelab Peribadi. Jaga dua tiga orang. Jaga Sazmi Miah. Jaga Dr Halim. Jaga dua tiga orang, selesai masalah. Ini parti politik.

Sebab itu, ahli politik yang selalu kena *mandi* (ditewaskan) perwakilan ini elok bersara atau cari parti lain. Tak ada harapan dah.

Diri sendiri pun tak terjaga.

Elok Mukhriz pastikan Azimi, Sazmi, Anas, Peja dan kutu-kutu ANSARA lain kaya raya. Cukup lah.

Kawan-kawan PKR HQ kata, Mukhriz ni kalau bertanding dalam PKR, dapat nombor 78 pun belum tentu.

Mac 3, 2016 at 10:11 am 7 comments

PKR Jadi Destinasi Impian Muhyiddin?

Dengar khabar, ramai di kalangan penasihat kanan dan kiri TSMY, mencadangkan agar TS mengambil jalan perang yang sebenar. Musim nak main geli-geli dah habis kata mereka. Alang-alang kena gantung, elok ambil jalan politik baru.

Katanya, Dr Marzuki, orang kanan TSMY sudah beberapa kali bertemu dengan inner circle PKR. Merayu dan mencari nyawa politik baru untuk TSMY. Takkanlah, seorang mantan Timbalan Presiden nak masuk PKR dan hanya diberikan jawatan lantikan. Macam tak logik.

Seorang Menteri Besar juga dikatakan menjadi broker kepada usaha ini. Tak payah sebut nama pun ramai boleh agak. Orang kanan Muhyiddin buat sekian lama. Sejak zaman Yayasan Nurul Yaqien lagi.

Marzuki, Dato’ Menteri Besar, dan ramai lagi rakan-rakan mencadangkan TSMY untuk menyeberang seberapa cepat yang mungkin.

Sementara ada harga katanya. Kalau lambat sangat, semakin saham politik menurun. Bilamana menyeberang sahaja, maka akan adalah jawatan dan posisi yang menanti.

Pengarah Pilihanraya PKR Johor memang siap sedia. TSMY orang paling layak. Untuk menterbalikkan undi Melayu kepada PKR, TSMY adalah calon paling wibawa. Pagoh, Muar, Ayer Hitam, Kluang, Sekijang dan beberapa kawasan Parlimen ada peluang cerah untuk menang.

Deal yang perlu dilunaskan:-

– Siapa PM jika persetujuan ini OK? TSMY? Jika ya, baru ada jalan berbincang.

– Apa kedudukan TSMY?

– Bagaimana penerimaan Anwar?

– Apa kedudukan Azmin Ali?

– Apa KPI TSMY?

– Bantuan kewangan?

Kalau ini berlaku, kita akan tengok banyak pihak yang risau dan gentar. Ini game paling tinggi. Kalau jadi, memang politik Malaysia jadi caca marba.

Apa lagi yang nak ditunggu? Rayuan? TSMY kata tidak akan merayu?

Tunggu dipecat? Untuk apa.

Kita nak tengok Dr Marzuki kerja kuat sikit, bagi memastikan boss-nya dapat jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam PKR. Mesti segera.

Mac 2, 2016 at 10:47 am 3 comments

c& Politik Solo

Tak tahu nak kata apa dah. Bila you pernah jadi TPM/Timbalan Presiden selama 6 tahun. Berbelas tahun jadi Naib Presiden. Puluhan tahun lagi sebagai MT dan Menteri Besar. Tak ada satu bahagian lain pun yang meroyan bila you hilang jawatan, itu tandanya you memang pemimpin yang sangap.

Itu sahaja matematiknya. Tak payah panjang.

Bila Bahagian Pagoh sahaja yang berbunyi, itu petanda you memang tak tahu jaga orang bawah. Simple. Bila projek pun you faraid sesama ahli keluarga, maklum adik beradik ada 40 orang, inilah jadinya.

Pelik. Cukup pelik. Tak ada satu Bahagian pun di Johor yang berbunyi selain Pagoh.

Segamat?

Labis?

Ledang?

Muar?

Ayer Hitam?

Batu Pahat?

Kluang?

Mersing?

Kota Tinggi?

Tebrau?

JB?

Gelang Patah?

Pontian?

Sekijang?

Bakri?

Parit Sulong?

Sri Gading?

Simpang Renggam?

Sembrong?

Tenggara?

Pengerang?

Pasir Gudang?

Pulai?

Kulai?

Tanjong Piai?

Mana pergi Ketua-Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib, Ketua Wanita, KP dan KT? Takkan tak ada sorang pun yang Marzuki dan Nardin jaga dengan elok?

Atau memang Pegawai Muhyiddin bangang dan kaki balun projek sendiri?

Sedih, bila jadi macam ini. Tak seorang pun yang bersama Muhyiddin? Apa kerja Setiausaha Politik sebelum ini? Goyang kaki?

Semua ini menunjukkan Muhyiddin ini memang tidak ada kekuatan. Malah, kalau hari ini kita suruh siapa sahaja lawan Muhyiddin, dia boleh kalah.

Sebab itu, jangan ambil jawatan FREE. Kena lawan. Kena ada kesetiaan.

Bila jadi macam ini, apapun tak guna lagi.

Tak payah la nak tunjuk terer sangat.

Februari 29, 2016 at 12:36 pm 3 comments

Majlis Tertinggi Mesti Berani!

Ada benarnya kata Nazri Aziz, MT tak boleh lagi nak duduk diam dengan perangai primadona Muhyiddin. Sudah-sudahlah tu. Cubaan menggambarkan diri macam tak ada dosa tu yang mahal tu. Macam dia bersih sangat.

Muhyiddin patut ambil masa, cuba tengok balik apa kesilapan yang pernah dia buat dulu-dulu. Pertama, jahanamkan politik Tan Sri Othman Saat di Johor. Bukan setakat ambil jawatan, malah hina Tan Sri dengan sehina-hinanya. Anak-anak Tan Sri pun habis kena rembat oleh Muhyiddin.

Lepas tu mula dekatkan diri dengan Anwar. Kawan. Masuk circle. Bantu duit. Beri macam-macam kepada penggerak politik Anwar. Maka, naiklah Muhyiddin dengan tangannya sentiasa berada di pinggang Anwar.

Sekarang ini Muhyiddin nak tunjuk dia baik dan alim.

Eh, tak ada masalah. Elok pandang diri dan berhenti dengan terhormat. Ambik apa yang dapat. Cukup cukuplah bawak berehat.

Harta Muhyiddin, 13 keturunan pun tak habis makan.

Harta para pegawai Muhyiddin, 3 keturunan pun masih cukup. Termasuklah Marzuki, Nizar, Nardin, Ainon dan segala tok nenek yang ada dalam tu.

Beri Najib cukup masa untuk kembalikan kepercayaan rakyat. Kalau degil, elok sangatlah MT buat keputusan GANTUNG mamat sorang ni.

Jangan bagi dia buat onar. Dia pun bukannya baik sangat.

Mahadzir Khalid kalau jahat, boleh tunjuk senarai tender makanan bermasak/keselamatan dan segala macam lagi yang difaraid sesama sendiri. Belum masuk tender ICT yang sentiasa diberikan kepada menantu.

Esok, MT mesti buat keputusan berani. Gantung dahulu Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Berkuatkuasa serta merta.

Februari 25, 2016 at 6:26 pm 5 comments

Jangan Galak Sangat Serang Pentadbiran Lama

Raja Petra bukan main lagi, dua tiga minggu ini balun Tun Mahathir kanan dan kiri. Siap dapat bantuan daripada pihak berkepentingan. Keluar lah segala macam agreement lama yang berkait dengan pentadbiran Tun M.

Tidak salah kalau nak keluarkan segala macam busuk dan nanah lama. Tapi kena ingat-ingat juga istilah COLLECTIVE RESPONSIBILITY.

PM yang ada sekarang ini pun ada waktu keputusan-keputusan besar ini dibuat. Apa dia buat? Ada dia menentang? Ada minit mesyuarat kabinet yang boleh dedahkan bagaimana Najib sebagai Menteri bercakap tentang kesan jangka panjang kepada semua usaha penswastaan? Ada?

Kalau ada, kita minta Sekretariat Kabinet serahkan copy kepada RPK dan publish bagaimana Najib banyak bercakap tentang rakyat sewaktu kepimpinan Tun M dahulu. Baru sedap kita nak balun Tun M.

Bila Muhyiddin bercakap sedikit, kita guna istilah Collective Responsibility. Sebagai anggota kabinet, kita mesti bersetuju.

Makna kata, Najib pun sebahagian daripada Kabinet yang setuju dengan ERL dan banyak lagi program penswastaan.

Sebab setuju itu lah Najib kekal dalam kabinet.

Kalau nak ikutkan, waktu hampir kalah 190 undi, dah lama kena terajang.

Blog ini hanya cakap realiti.

Kalau dah dokumen rahsia pun boleh lambak kepada RPK, tunggu sahaja masa senjata makan tuan.

Disember 28, 2015 at 4:18 pm 1 komen

Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis Akan Ambil Pendekatan Berbeza

Ramai yang blog ini temui tadi agak terperanjat dengan pendekatan “lawan sampai relai” yang diambil oleh YAB Presiden parti. Lawan. Perli. Sindir. Sarkastik. Balun. Semua lengkap. Yang jadi lagi kurang adab, apabila nama Mahathir hanya disebut hampir di penghujung ucapan, itupun dalam perspektif yang sedikit jahat.

Blog ini ok sahaja dengan pendekatan Presiden. Apapun, Presiden tetap Presiden. Ada hak untuk menentukan kaedah berdepan dengan masalah.

Cuma ada veteran parti yang mengeluh panjang.

‘Aku rasa, kalau arwah JJ masih ada, tak jadi benda macam ini. Koyak dah UMNO ni’.

‘Arwah JJ orangnya berhati-hati. Tak menasihatkan Najib dengan benda yang bukan-bukan. Bukan nak cari gaduh punya kaki’.

Seorang veteran dari Wilayah, kata begini:-

‘Aku tak rasa semangat silaturrahim dalam ucapan tadi. Yang ada, ko balun aku, aku balun ko. Sampai hancur lumat’.

Ramai yang berkata, TS JJ (Arwah) akan menentukan kes ini selesai dengan baik. TS JJ pun masuk ke dalam kabinet sejak zaman Mahathir. Dia tahu kelemahan dan kelembutan hati Tun.

Tapi itulah jalan yang Presiden sudah ambil.

Peduli dengan usaha nak rapatkan saf. Ini kali kena lawan gila-gila.

Tak tahu nasihat mana yang dipakai. Tapi ayat kita boleh kenal siapa belakangnya. Sentuhan tu kita boleh tahu. Ada sentuhan ABIM sikit-sikit. Bab agama, anak Dusuki mesti beri pandangan.

Yang pasti, kalau TS JJ, minggu lepas lagi sudah ada usaha bertemu Tun Mahathir dan Muhyiddin. TS JJ akan ambil sikap yang extra careful. Bukan main belasah macam ini.

Disember 10, 2015 at 5:16 pm Tinggalkan komen

Ada Desakan Pimpinan Tertinggi PKR Untuk Tarik Muhyiddin?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, perbincangan demi perbincangan, diskusi demi diskusi dibuat di kalangan inner dan outer circle kepimpinan PKR untuk mencari kemungkinan menarik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anggota baru PKR.

Kalau berlaku, ini adalah satu pull factor paling besar untuk PKR consolidate semula sokongan di kalangan rakyat.

Banyak simulasi dibuat. Berapa persen pendulum sokongan yang akan berubah? Berapa kerusi Parlimen dan DUN yang boleh ditarik di Johor? Berapa lagi kerusi di Wilayah, Selangor dan Perak yang akan turut sama terbuai dengan kemasukan Muhyiddin.

Katanya antara negeri yang paling kelam kabut adalah Perak. Satu petanda buruk kepada Timbalan Perdana Menteri yang sepatutnya reconcile sokongan terbaik di Perak.
Connection TSMY-Anwar-CELDES-IKD bukan benda baru. Dah berlangsung lebih puluhan tahun. Bukan baru semalam.

Sebab itu, bila adanya diskusi antara Mantan SUPOL TSMY dan beberapa orang kanan Anwar, ianya tidak boleh dianggap sesuatu yang mudah dan biasa. Ada game baru yang menarik di sini.

Anwar dikatakan menghantar mesej kepada Muhyiddin, menubuhkan parti baru bukannya perkara mudah dan senang. Lebih elok, jika Muhyiddin mengambil sikap lebih berani dan ditonjolkan sebagai Imam Baru PKR dalam masa akan datang ini. Muhyiddin pun biasa dengan pimpinan PKR.

Soal TOTOK atau tidak ini tak timbul. Kita totok kepada prinsip dan pendirian. Itu yang lebih wajar diutamakan.

Soalnya berapa terbuka PKR untuk menerima Muhyiddin? Apa jawatan yang nak diberikan? Bolehkah otai reformasi dan generasi muda PKR menerima Muhyuddin sebagai ikon mereka yang baru.

Kita kena tunggu perkembangan terdekat ini. Menarik, konpem.

November 3, 2015 at 2:40 pm 1 komen

Mereka Yang Cari Makan Dengan Muhyiddin Pun Tinggal Muhyiddin

TS Muhyiddin memang bukan kecil anak. 37 tahun dalam kepimpinan, baik negeri dan pusat, sudah pastilah cukup ramai yang hidup secara ekonomi dan politik, bergantung harap kepada TSMY selama ini.
Bayangkan ada seorang Naib Ketua UMNO Bahagian/Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, yang memang sekian lama mencari makan di bawah ketiak TS Muhyiddin pun, sudah mula meninggalkan Tan Sri dan tidak peduli apa yang terjadi. Ini politik paling biadap dalam sejarah UMNO.
Bukan setakat hidup dia, hidup adik beradik Naib Ketua UMNO Bahagian ini pun bergantung kepada Tan Sri. Segala projek di Johor, baik di Muar, Kluang, Pontian semua disakau mereka adik beradik.
Tapi bila ditanya samada sudah menjengah TSMY di rumah dan menunjukkan simpati.
‘Bahaya. Silap2 hilang jawatan. Biarlah Tan Sri tu. Pandailah dia nak hidup’.
Inilah contoh orang UMNO yang tidak ada adab dan sentiasa mementingkan diri sendiri. Tan Sri belum jatuh, mereka bertempiaran lari cari pokok baru.
Bayangkan, mengikut list SUPOL TSMY, yang hadir ke rumah hanya mencatatkan angka berikut:-
Ahli Parlimen – 4
Ketua Bahagian – 9
Timb – 6
Naib – 3
ADUN – 14
Menteri – 0
Timb Ment – 2
Sebab itulah TSMY pun dah kecoh nak berlawan. Tak ada kekuatan pun.

Ogos 3, 2015 at 1:09 pm 3 comments

Jika Nak Naik Markah Politik – Tarik Balik Penangguhan Pemilihan UMNO. Biar Ahli Tentukan Siapa Layak Pegang Jawatan. Berani???

Tiba-tiba, Setiausaha Agong UMNO menghantar notis pembatalan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Jamuan Hari Raya pun batal. Semua batal.
PC Muhyiddin pagi tadi meletakkan dirinya sebagai Statesman yang unggul. Saya akur. Saya ikut keputusan whip. Saya tidak fikir akan ada undi tidak percaya. Saya tidak akan ganggu kesatuan dalam parti. Saya akan laksana tugas.
Memang benar rombakan kabinet adalah preregotif Perdana Menteri. Tapi pemilihan UMNO bukan begitu. Suara ahli jangan diketepikan. Kalau kita rasa kita kuat, apa yang kita nak takutkan. Lawanlah.
Rasanya dalam suasana kacau bilau pemikiran sekarang, melaksanakan pemilihan UMNO adalah langkah yang terbaik. Elok, jika Zahid (yang-gagah-perkasa-disokong-penuh-oleh-seluruh-alam-buana) berhadapan dengan Muhyiddin secara berdepan. Do or die. Senang.
Jika ini berlaku, mandat yang bakal diperoleh Presiden, Timb Presiden, Naib-Naib Presiden dan seluruh MT adalah jelas dan tidak mampu disangkal. Siapapun yang kepingin menjadi #Jebat, boleh bertanding di dalam medan. Buka langkah. Pamerkan jurus.
Rasanya, ini satu jalan terbaik dalam memastikan UMNO akan solid molid selepas apa yang berlaku.
Atas kertas, Zahid akan tewaskan Muhyiddin 89 tiang. Tersungkur Muhyiddin tanpa mampu bernafas politik kembali. Kerajaan kurnia Tun, dia boleh relaks makan mi bandung di bazar Muar.
10.17 Majlis Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.
Jika persetujuan untuk menangguhkan pemilihan ini ditarik balik – maka UMNO akan menyaksikan pemilihan secara open dan berdasarkan merit. Jika jentera Zahid solid seperti yang diceritakan, maksimum, Muhyiddin hanya akan dapat 8 undi Bahagian. Menang bergaye yeop. Lepas tu tak ada suara Muhyiddin.
Ini sahaja jalannya nak betulkan keadaan. Jangan tangguh. Jika boleh, percepat. Dapatkan persetujuan melalui Mesyuarat Agung Khas.
Inilah masanya nak padamkan elemen #Jebat dalam UMNO.
Takkan Zahid atau mana-mana pimpinan takut.
Tempat Zahid pun ada orang lain yang intai. Barulah orang respek UMNO kuat dan berani.
Sampai bila nak tangguh Mesyuarat MT?
Nak cari salah Muhyiddin. Tang mana?

TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

 6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

     6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.

6.1.2 Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.

6.1.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.

6.1.4 Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.

6.1.5 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.

6.1.6 Berkhidmat kepada orang ramai.

6.1.7 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh Negara.

Julai 29, 2015 at 5:01 pm 2 comments

Kiriman Terdahulu


Jun 2023
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Capaian Umum

  • 75,348,413 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada