Posts tagged ‘Najib Tun Razak’

PM Najib All Out Untuk PRN Sarawak – Menang Besar Pasti

Ramai orang kanan PM yang kata, memang luar biasa kerja PM untuk PRN kali ini. All out. Memang tak berhenti bekerja. Kerusi bandar, luar bandar; PM hayun semacam ajer. Tak bagi peluang pembangkang bernafas.

Rasanya sewaktu c, bukan macam ini gerakan PM. Turun, tapi tak lah sehebat PRN 2016 ini. Memang kita puji lah. Dahsyat kerja politik PM.

Katanya ada para pegawai kanan Kementerian pun komplen tak larat nak ikut program politik PM. Siang malam. Pagi petang. Tak ada kesempatan rehat langsung.

Kita boleh faham, PRN Sarawak ini macam makjun untuk PRU akan datang. Nak tengok kekuatan. Nak tengok kemampuan.

PM katanya setakat ini puas hati dengan perjalanan jentera. PBB kuat. Komponen pun menampakkan potensi luar biasa.

Calon favourite PM, Dr Sim pun dah dapat tarik jumlah pengundi Cina yang sangat besar. Tak macam PRN dulu. Ini memang luar jangka.

Kita harap semua kerja kuat PM akan berbaloi kali ini. Kemenangan besar BN memang akan memberi markah politik yang baik kepada PM/BN. Itu yang diperlukan. Tak boleh kurang 70 kerusi.

Tak kira berapa bilion kena belanja. Yang penting mesti menang besar. Kos kita kira lain.

Buat mesyuarat kabinet di Sarawak memang high class. Memang terbaik. Ada alasan yang kukuh dan strategik.

Mukhriz Mahathir, kalau ikut dia, mesyuarat kerajaan negeri sentiasa sahaja di KL. Dekat dengan bini. Boleh datang dari rumah.

Mei 4, 2016 at 2:47 pm 1 komen

Ahmad Maslan Jaga Biro IT – Selamat Lah Jawabnya…

Tok Najib ini memang high taste orangnya. Staff mesti yang pandai cakap omputeh. Kalau boleh ada accent yang extra, lagi Tok Najib suka. Boleh cakap orang puteh berhabuk itu memang kayu ukur. Tak pandai sangat tak apa. Janji slang kena berhabuk.

Kelmarin dua tiga orang staff PMO yang ambil anugerah Dato’ Seri. Tahniah kita ucapkan. Semoga mereka lebih bekerja kuat untuk mempertahan kedudukan Tok Jib. Jangan lah sudah dapat pingat, boss tidak dijaga. Malah selalu kata, ‘I staff biasa sahaja. Boss tak dengar cakap I’.

Dato’ Dato’ Seri semua kena sungguh-sungguh pertahan Boss. Jangan main kolam. Jangan tahu songlap title dan projek sahaja.

Stracomm, NCT, Biro Media BN, Sekretariat Propaganda BN semua kena gerak dah. Jangan main kong kali kong.

Keputusan tukar Ketua Penerangan UMNO itu sudah baik dan tepat. Memang kena pada masa dan waktunya. Tapi beri amanah free kepada Tok Mat Maslan jaga IT dan Cyber itu keputusan paling kelakar.

Ini beri sebab simpati atau macamana?

Dah tak ada jawatan lain?

Apa nak jadilah dengan cyber team UMNO/BN nanti ni. Makin kelakar. Huru hara dengan ketua yang tak tahu apa ke benda yang nak dibuat.

Sudahnya nanti, Setiausaha Sulit yang ada masalah jiwa (Halim Tuah) juga yang bagi briefing. Macam sempudal.

Kalau kita beri jawatan kerana simpati dan jaga air muka, memang tak ke manalah. Seorang yang jahanamkan imej UMNO disuruh naikkan imej. Jahanam lagi ada.

Februari 2, 2016 at 2:09 pm 2 comments

127 Orang Patriot @ Penjual Negara?

Blog ini ucap tahniah kepada Tok Pa, para pegawai kanan MITI, yang telahpun berjaya memastikan Parlimen Malaysia memberikan persetujuan kepada pelaksanaan TPPA. Memang kerja yang cukup sukar. Tetapi berjaya dengan cukup cemerlang.

127 orang Ahli Parlimen memberikan persetujuan kepada pelaksanaan TPPA. Macam-macam hujah duberikan. Macam-macam cadangan. Akhirnya, semua selesai.

Kita cuma nak ingatkan Tok Pa & MITI, kerja tak habis di sini. Rakyat mesti diberikan keyakinan bahawa TPPA tidak menekan mereka. Kena pastikan usahawan Bumiputera dapat bersaing bersama di peringkat yang lebih tinggi.

Jangan syok sangat menang 127 undi. Kena fikir sama nasib 30 juta rakyat. Anak cucu dan generasi akan datang.

Kena betulkan pandangan bahawa kita nak jual negara. Kena buat kerja komunikasi yang betul.

Jangan bagi chance pembangkang hentak kita dengan perkara yang bukan-bukan.

Tak cukup lawan dalam Parlimen.

Januari 28, 2016 at 7:36 pm 2 comments

Kepimpinan Zahid Hamidi Sekadar Mediocre

Di kalangan inner circle Najib sendiri sudah berbunyi mengenai kegagalan Zahid Hamidi merubah kedudukan kerajaan kepada sesuatu yang lebih baik. Dalam kajian yang dibuat, walaupun Zahid Hamidi bermula dengan peratusan yang baik – 42 % penerimaan rakyat; sekarang sudah tinggal 24 %.

Zahid dipilih kerana mahukan kedudukan UMNO yang lebih terjamin. Zahid punya kekuatan hampir 103 orang Ketua Bahagian. Ini yang membuatkan Najib sedikit risau.

Kalau 103 orang Ketua Bahagian ini pusing, ada kapal yang tenggelam.

Entah macam mana, Zahid Hamidi tidak menyinar seperti diharapkan, Ucapan tidak tersusun. Strategi bersepah. Kelemahan tak mampu nak ditutup lagi.

Walaupun dilatih oleh top notch politicians seperti Anwar dan Najib, tapi apa yang Zahid pamirkan sekarang tak ubah seperti politik kampung.

Antara yang disebutkan dalam banyak pertemuan kecil

– Mediocre leadership

– Losing control

– No mastery dan finesse in communication

– Image build up (huge failure)

– Lack of focus

– Bystander politician

Apa jadi dengan Zahid? Ke mana pergi semua pakar rujuk dan konsultan yang dilantik?

Antara yang paling berat adalah apabila ucapan Zahid tak ubah macam Ketua Kampung rasmi Balai Raya. Dah banyak kali. Tidak ada aura sebagai TPM pun. Lebih kepada Wak Jawa kampung.

Terbaru, apabila Zahid umumkan kononnya akan wujudkan Panel Tertinggi untuk kos sara hidup. Nampak bodoh sangat.

Benda dah ada sekian lama. Muhyiddin yang Pengerusikan.

Apa salah, buat mesyuarat dulu, dan kaji 4/5 perkara yang boleh dilaksanakan segera sebelum naik sekolah ini.

Umum strategi, bukan nama Menteri.

Payah juga kalau tak berapa cerdik ni

Disember 29, 2015 at 12:56 pm 6 comments

Jangan Galak Sangat Serang Pentadbiran Lama

Raja Petra bukan main lagi, dua tiga minggu ini balun Tun Mahathir kanan dan kiri. Siap dapat bantuan daripada pihak berkepentingan. Keluar lah segala macam agreement lama yang berkait dengan pentadbiran Tun M.

Tidak salah kalau nak keluarkan segala macam busuk dan nanah lama. Tapi kena ingat-ingat juga istilah COLLECTIVE RESPONSIBILITY.

PM yang ada sekarang ini pun ada waktu keputusan-keputusan besar ini dibuat. Apa dia buat? Ada dia menentang? Ada minit mesyuarat kabinet yang boleh dedahkan bagaimana Najib sebagai Menteri bercakap tentang kesan jangka panjang kepada semua usaha penswastaan? Ada?

Kalau ada, kita minta Sekretariat Kabinet serahkan copy kepada RPK dan publish bagaimana Najib banyak bercakap tentang rakyat sewaktu kepimpinan Tun M dahulu. Baru sedap kita nak balun Tun M.

Bila Muhyiddin bercakap sedikit, kita guna istilah Collective Responsibility. Sebagai anggota kabinet, kita mesti bersetuju.

Makna kata, Najib pun sebahagian daripada Kabinet yang setuju dengan ERL dan banyak lagi program penswastaan.

Sebab setuju itu lah Najib kekal dalam kabinet.

Kalau nak ikutkan, waktu hampir kalah 190 undi, dah lama kena terajang.

Blog ini hanya cakap realiti.

Kalau dah dokumen rahsia pun boleh lambak kepada RPK, tunggu sahaja masa senjata makan tuan.

Disember 28, 2015 at 4:18 pm 1 komen

Pas Terima Pelawaan Kerajaan Perpaduan?

Semalam cerita paling hangat adalah kemungkinan sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan apabila Najib dan Hadi duduk di atas pentas yang sama. Beberapa whatsapp yang berlegar di kalangan ahli UMNO pun bercakap benda yang sama.

Yang menjadi kerisauan orang UMNO, apa bentuk kerjasama yang Najib nak buat ini? Pas mansuh dan masuk UMNO? UMNO mansuh dan masuk Pas? Pas bersama dalam Barisan Nasional? Pas tidak akan bertanding sama sendiri dengan UMNO dalam PRU akan datang?

Apa bentuknya?

Nampaknya, orang UMNO sendiri cemas dengan idea kerajaan perpaduan ini. Yang nampak melonjak gembira adalah set agamawan dalam UMNO yang menganggap ini peluang mereka meningkat setakuk lagi dengan menjadi pemimpin pilihan, kerana ada credentials agama.

Bagaimana dengan orang Pas?

Kalau ikut komen yang diberikan oleh Nik Amar, bahawa perpaduan ini tidak boleh menjadi ‘perpaduan penyamun’. Ini adalah komen yang paling win dan bernas. Apa maksud pandangan ini? Apa rasa UMNO jika perpaduan ini dianggap sebagai ‘perpaduan penyamun’? Seronok?

Jangan main kelecek lagi. Cakap sahaja apa sebenarnya yang dimahukan. Kesatuan dalam bentuk apa?

Jika benar ada perpaduan, maka sesuatu yang besar mesti berlaku di beberapa buah negeri. Selangor dan Kelantan boleh jadi negeri pemula.

Soalnya, bolehkah itu berlaku?

Atau Pas hanya mahu menjadi ‘mesra’ kepada sebuah kerajaan yang boleh membantunya secara material dan projek.

Ustaz Pas pun dah pandai cari makan. Tak gitu?

Disember 18, 2015 at 2:02 pm 1 komen

PAU 2015 Yang Sangat Awkward

Tun Mahathir kata akan datang juga ke PAU tahun ini, walaupun tidak dijemput. Zahid Hamidi kata Tun M dijemput. Reezal Marikan kata kehadiran Tun M bawa makna besar kepada parti. Yang pening kepala dah tentu lah Dato’ Seri Raof Beruang dan Tengku Adnan Mansor. Pening.

Adalah sesuatu yang janggal, apabila Muhyiddin akan berada di sebelah Najib di sepanjang masa PAU. Awkward. Janggal. Kerana Najib lah yang membuat keputusan untuk tidak membenarkan Muhyiddin menyampaikan ucapan perasmian sayap-sayap.

Shapie Apdal pun ada di atas pentas. Pasti matanya galak memerhati tingkah laku perwakilan dan pemimpin. Pening.

Jika Tun Mahathir hadir, Tun mestilah duduk di barisan hadapan sekali. Siap memerhati Najib. Menilai ucapan Najib satu persatu. Tanpa ada ketinggalan.

Ada yang kata, Tun Mahathir akan bangun dan menuju ke rostrum. Tun Mahathir nak berucap. Siapa yang mampu halang? Dato’ Seri Raof kalau langgar Tun dari belakang, rasanya masuk hospital Tun. Menghalang Tun, media satu dunia akan laporkan. Macamana nak manage tu?

Setakat yang blog ini tahu, ada satu segmen khas di dalam ucapan Najib yang membalun Tun M satu persatu.

Apa jadi dengan segmen itu? Nak diteruskan?

Katanya segmen khas ini memang khusus untuk membulatkan sokongan perwakilan. Ada kemungkinan backfire???

Katanya ada juga fakta dan pendedahan mengenai segala kontrak yang pernah dilanyak oleh anak beranak Tun Mahathir. Backfire???

Apa kata Mukhriz Mahathir yang ada atas pentas? Tunduk dan buat muka hensem?

PAU kali ini akan jadi sangat awkward. Mungkin pertama kali dalam sejarah, Mantan Presiden UMNO diminta keluar Dewan oleh Pengerusi Tetap. Sanggup ke Pengerusi Tetap nak buat?

Kita doakan PAU kali ini jadi medan untuk mengukuh UMNO. Cara macamana? Kita serahkan kepada pemimpin kita.

Memang nampak macam janggal dan awkward. Asal boleh bersidang sudah. Janji aman dan makmur

Disember 1, 2015 at 11:42 am 3 comments

Pukul Anak, Sindir Menantu (Balun PM; Sebenarnya Nak Sindir Isa)

Apa nak heran kalau 13 orang Ketua Cawangan nak buat tekanan kepada Presiden UMNO. Benda biasa. Takkan sampai tak boleh nak bercakap dalam proses parti. Kalau dah tak boleh cakap, itu bukan parti namanya. Itu diktator.

Cuba kita tanya apa masalah 13 orang Ketua UMNO Cawangan ini? Apa isunya?

Apakah mungkin mereka ini sebenarnya kecewa dengan sikap Ketua UMNO Bahagian yang sudah seakan menjadi HITLER di dalam politik UMNO Teluk Kemang dan Negeri Sembilan?

Ini bukan salah Presiden parti sepenuhnya. Isa Samad pun ada saham juga. Sibuk benar mungkin di Menara FELDA sampai lama tak turun ke bawah untuk mendekati Ketua-Ketua UMNO Cawangan.

Lama sangat bershopping di Starhill Gallery, di London dan di seluruh dunia sampaikan lupa bahawa Ketua-Ketua UMNO Cawangan dah tak tahan duduk di bawah pimpinan HITLER Felda.

Saham FELDA pun boleh tahan kaputnya. 100,000 peneroka punya nasib pun belum tentu untung tenggelamnya.

Banyak bisnes di dalam FELDA katanya menjadi dominasi Wanita Pertama FELDA. Tak ada yang boleh lepas, kecuali mendapat MINIT daripada Wanita Pertama FELDA.

Isa Samad jangan berbohong dengan rakyat Malaysia. Kena mengaku bahawa dia lemah menjaga hati dan poket Ketua UMNO Cawangan. Bila revolt kecik ini berlaku, sebenarnya mereka geram dan marah dengan pemimpin yang gagal.

Sebab itu kita kena baca, rasa tak puas hati Ketua-Ketua UMNO Cawangan di Teluk Kemang ini bukan sangat soal Najib. Ini soal ISA SAMAD.

Oktober 26, 2015 at 12:55 pm 3 comments

Mana Adab Setiausaha Agung UMNO?

Tengku Adnan jangan terlalu bongkak,takabbur dan ujub dengan kedudukan dan jawatannya. Sudah-sudahlah tu. Cukup orang kenal awak dengan kurang bijaksana dalam membuat keputusan, tak perlu nak kotorkan lineage hidup awak dengan kenyataan yang tak ada adab.
Memanggil Saifuddin Abdullah sebagai “sampah” itu adalah kenyataan orang biadap dan tidak layak membawa bersamanya gelaran ‘Tengku’.
Saifuddin mahu pilih PKR itu soal peribadi dia. Tidak perlu disampahkan keputusan orang. Siapa tahu, wajah dan muka kita lebih kelihatan “sampah” di mata rakyat?
Sebab itu, blog ini sentiasa menganggap era Tengku Adnan ini sudah berlalu. Antara keputusan berani yang Najib perlu lakukan adalah pecat segera ‘Tengku’ celop yang tak ada adab ini. Jika itu pun tak berani buat, maka akan belayarlah sokongan rakyat.
Ada yang kata, Adnan ini nyawa UMNO. Banyak perkara yang dia selesaikan, tanpa perlu bertanya kepada Najib. Terutamanya dalam isu kewangan. Bertaraf BILLIONAIRE, banyak kos dan perbelanjaan UMNO ditanggung oleh Adnan.
Tapi itu tak bermakna kita boleh bogelkan adab kita dan mula mencemuh orang lain dengan perkataan yang tak elok.
Saifuddin Abdullah bukan digaji oleh Adnan dan UMNO. Dia berhak ada keputusan sendiri. Soal dia CEO GMM itu antara dia dan PM. Adnan tak perlu sibuk masuk campur.
Jika Saifuddin (yang dibawa masuk oleh Pak Lah ke dalam kabinetnya) pada tahun 2008 sebagai Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu SAMPAH – berapa ramai lagi SAMPAH yang ada dalam kabinet sekarang?
Patut Adnan ucap terima kasih dan selamat maju jaya. Bukan memberi gelar orang itu sampah dan bagaimana.
Adab orang Melayu mesti dijaga. Ingat ke mana pemimpin Melayu yang memberi penyapu kepada penjawat awam sekarang? Ke mana?
Apakah Adnan juga akan menimpa nasib sama kerana mula menyamakan orang lain dengan SAMPAH. Jangan kurang ajar.

Oktober 18, 2015 at 10:25 pm 1 komen

Siapa (Bekas) Anggota PAC Jual Game?

Deputy Home Minister Nur Jazlan Mohamed will leave it to the police to investigate the Public Accounts Committee (PAC), which is alleged to have leaked information on the audit of 1MDB to US-based The Wall Street Journal (WSJ).

“We leave it to the police, if there is a case,” Nur Jazlan, the former PAC chairperson, responded curtly to Malaysiakini today when asked if the police should investigate PAC, which he helmed before being made deputy minister on July 29.

********************
Cepat sungguh Jazlan membebaskan anggota PAC daripada maklumat dalaman yang tersebar jauh sampai ke WSJ. Bagus, sebab Jazlan cepat jawab. Tapi apakah jawapan Jazlan itu tepat dan betul?
Mangsa mudah, kalau ikut persepsi adalah Tony Pua. Mengaku berjumpa dengan pihak luar untuk mencari bahan menyerang kerajaan. Mengaku pernah berjumpa dengan orang itu dan orang ini. Soalnya, betulkah Tony yang punya kerja?
Sebagai anggota pembangkang, Tony pasti tahu dia sentiasa diikut dan dipantau. Tak boleh sembarangan. Ramai memerhati.
Apakah ada kemungkinan bahawa kebocoran ini di kalangan orang dalam? Orang yang kita tidak sangka-sangka? Orang yang nak lihat kerajaan bermasalah dan berlaku perubahan kepimpinan?
Siapa? Itu kita boleh tafsir sendiri.
Najib mungkin tak bernasib baik kerana tak semua yang dilantik menjadi ahli kabinet itu totok kepada Najib. Tak mungkin. Ada yang sekadar terima jawatan, tetapi nak lihat berlaku perubahan. Pun ada juga jenis yang macam itu.
PDRM patut siasat secara menyeluruh. Bukan sahaja anggota PAC tetapi kalangan pegawai-pegawai kanan mereka. Termasuk pegawai Nur Jazlan sendiri.
Rasanya RPK sudah ada nama siapa yang terlibat. RPK main banyak kolam. Semua pihak dia ada saham. Sebab itu RPK pasti tahu siapa yang sudah jual game dalam isu PAC ini.
RPK patut dedahkan sahaja nama. Biar satu dunia tahu ada pihak sedang main wayang tinggi dalam circle Najib.
Wayang tinggi ini tak tahan lama. Akan terbongkar juga nanti.

September 11, 2015 at 12:00 pm Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


Jun 2023
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Capaian Umum

  • 75,348,413 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada