Posts tagged ‘Nurul Izzah’
Nurul Izzah Layak Ditahan SOSMA
Ada yang bertanya, takkan Izzah terlalu bodoh untuk bertemu dengan keluarga Kiram dan mencari kerjasama politik? Tidak kah gambar Izzah dan ahli keluarga Kiram melambangkan kerjasama Suluk-Kiram-Anwar yang pernah digembar-gemburkan satu ketika dulu?
Nurul Izzah sudah patut dianggap sebagai pengkhianat negara kerana bekerjasama dengan kumpulan yang melakukan serangan kepada Malaysia. Itu fakta yang Izzah tak boleh tolak.
Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?
- menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
- membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
- memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
- mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;
- Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan.
Izzah yang bersekongkol dengan keluarga Kiram wajar dihumban segera ke dalam lokap untuk siasatan.
Ini bukan kebodohan, tetapi usaha mencabar undang-undang.
Izzah sengaja mahu menonjolkan diri sebagai heroin politik. Tanpa sedar, Izzah sudah bekerjasama dengan musuh negara.
Tindakan ini tak ada maafnya. Jangan berdalih lagi.
Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan.
Izzah tidak ada sensitiviti kepada negara. Lebih memikirkan politik diri sendiri.
United Nations Minta Anwar Dibebaskan; Dah Tu Malaysia Kena Ikut Ke? Kempen Bodoh #FreeAnwarNow
Jawatankuasa yang sama juga mengatakan tuduhan terhadap Anwar adalah bermotifkan politik.
Kita tak pasti samada Jawatankuasa ini sudah nilaikan kes Anwar secara menyeluruh atau tidak. Kita harap mereka dah buat kajian yang menyeluruh. Jangan main serkap jarang macam itu. Buat malu UN sahaja.
Dalam Jawatankuasa ini, ada anggota pelbagai negara. Pengerusinya orang Korea. Salah seorang Jawatankuasa warga Australia.
Kita jangan lupa, salah seorang yang paling kerap hadir dalam kes Anwar ini adalah Mark Trowell. Orang Australia juga.
Tak susah untuk kita agak Mark Trowell juga berperanan untuk memastikan panel ini membuat kenyataan yang begitu.
Salah seorang panel, Miss Leigh Toomey ini juga dikatakan ada peranan.
Ms. Leigh Toomey provides expert advice in designing, implementing and evaluating human rights and justice programs around the world. She has gained extensive experience in leading and working in field-based missions, including for UN agencies, NGOs, academic institutions, and development organizations. She has taught human rights and criminal justice at Queensland University of Technology and for the Raoul Wallenberg Institute of Human Rights and Humanitarian Law. Ms. Toomey has served as a member of the Australian Delegation to the UN General Assembly and Commission on Human Rights, and as an NGO delegate to the Human Rights Council. She has also served in the UN headquarters and field roles such as the UN Compensation Commission and the UN Mission in Liberia. She was appointed to the Working Group on 1 August 2015.
Tak semua benda yang UN cadangkan itu negara anggota kena ikut. Agak-agaklah. UN tak ada kuasa macam itu.
Jadinya, kempen bodoh #FreeAnwarNow ini tak akan ke mana.
Anwar masuk penjara kerana salah sendiri. Bukan isu politik.
Nurul Izzah Guna Kad Simpati; Minta Nyawa Jadi Ketua Pembangkang
Perhatikan Drama dan Gerakan Azmin Untuk Pastikan Izzah Tergelincir Daripada Senarai Ketua Pembangkang
The Selangor government will not approve the Petaling Jaya City Council (MBPJ)’s proposal to pay up to three months bonus to its staff.
The state government is seeking an explanation on the proposed payout which it has deemed as “excessive”.
This is because it was reported that of the council’s 1,409 staff, a total of 1,340 employees are said to have qualified for the three months payout.
When contacted, Azmin confirmed the decision. In a brief text he said he is in Sarawak and will seek an explanation from the council upon his return.
At last Friday’s Full Board meeting, MBPJ councilors voted 12-7 for the bonus payout; as well as a RM500 increase in allowances for councilors and assistant councilors who are currently paid RM1,500 a month.
———————-
“Kita perlu mengelakkan factionalisme, kumpulan atau gabungan yang akan menyebabkan parti yang kita sayangi hancur berantakan. Bagi saya, seluruh anggota parti adalah pasukan saya di bawah naungan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kenapa kita perlu mencipta third force? Apa yang kita perlu hanya ‘one force’. Dan ‘one force’ itu ialah Keadilan! (PKR),”
Jaga-Jaga Serangan NEPOTISME Bila Nazir Dibawa Masuk ke Khazanah!
Fuhh, ibarat mengantuk disorongkan bantal, gelombang Whatsapp pemimpin
kanan PKR semalam bertalu-talu berbunyi kerana berbincang mengenai
Nazir Razak yang dilantik sebagai BoD Khazanah Nasional.
Antara nama yang dicadangkan mula menyerang isu ini dalam masa terdekat:-
1. Rafizi Ramli
2. Nurul Izzah
3. Shamsul Iskandar
Dicadangkan juga di dalam Whatsapp tersebut beberapa usaha susulan:-
1. Institut Rakyat akan melakukan kajian menyeluruh. Sekretariat serangan baru.
2. Media sosial digunakan secara maksima.
3. Gandingkan isu Nazir dengan isu UiTM yang semakin senyap.
4. Selepas kronisme, serang nepotisme.
5. Strategi KKN (kolusi, kronisme dan nepotisme) yang pernah dipakai
dulu digunakan semula.
6. Serang peribadi
7. Cerita kekayaan peribadi/isteri dan anak2 Nazir dibuka
8. Skandal Nazir dicari
Bantuan Tony Pua daripada DAP amat-amat diperlukan.
Bila Tony Pua tampil, mungkin boleh digunakan hujah bagaimana Ho Ching
(isteri PM Singapura dibenarkan pegang Temasek sejak 2002). Temasek
steady. Buat keuntungan berlipat kali ganda.
Ho Ching adalah wanita ke-59 paling BERKUASA di dunia, menurut Forbes.
Under Ho sovereign wealth fund Temasek saw its holdings rise 9% to a
record $170 billion last year. Asia continues to account for the
lion’s share of its portfolio, with China representing 23% of the
firm’s total investments, the biggest chunk after Singapore. Adding to
its global portfolio, the fund has been investing emerging sectors
such as retail and African resources in order to reduce its reliance
on the financial sector. Ho is married to Lee Hsien Loong, the
nation’s prime minister and son of it first PM, Lee Kuan Yew.
Apa kata DAP? Nepotisme? Pernah DAP kritik PAP di Singapura sebagai
pengamal nepotisme? Kenapa takut? Kalau PAP boleh? Kalau UMNO tak
boleh?
Bayangkan kalau Najib lantik Rosmah Mansor sebagai CEO Khazanah
Nasional. Menjerit macam disampuk polong agaknya Rafizi dan Nurul
Izzah. Di Singapura, tak ada masalah pun. Halal.
Akhirnya Izzah ke Teluk Intan Juga !

Mana ada Kartel??? Pembohongan Apa ini Rafizi???
PKR vice-president hopeful Rafizi Ramli denied today that he had
formed a political alliance with Saifuddin Nasution Ismail and Nurul
Izzah Anwar for the purpose of contesting in the upcoming party polls.
He told reporters here that he and the other two happened to subscribe
to similar views on policy matters and it was not proper to describe
the connection as a “cartel”, as PKR deputy president Azmin Ali has
done.
Azmin is defending his post in the election and Saifuddin, the current
secretary-general of the party, is one of his challengers. Nurul Izzah
is seeking re-election to one of the vice-presidential posts.
“If there is a grouping, the grouping is of an idea,” Rafizi said.
“It’s not a grouping of personalities.”
In launching his campaign last week, Azmin said intra-party alliances
or cartels might cause the break-up of the party.
Rafizi said PKR members had achieved enough political maturity to
allow for situations where “candidates or leaders are free to share
ideas and platforms”.
————————————-
Rafizi nak nafi konon tidak ada team/kartel/cai dalam pemilihan kali
ini. Yang ada hanya persetujuan idea.
Rafizi jangan nak bohong dan main kolam lagi. Macam lah orang PKR
boleh percaya dengan kenyataan yang bodoh macam itu. Kenapa? Takut
kalah?
Kenyataan yang Rafizi nak buat ini adalah bersandarkan kepada sambutan
SUAM SUAM KUKU yang diterimanya di Sabah. Urang PKR di Sabah lambung
Azmin, Izzah. Rafizi ketinggalan jauh.
Malah Rafizi yang pada awalnya bongkak berkata dia boleh menang Naib
Presiden PKR (dengan tangan letak di belakang). Malah di kalangan
teman-teman rapat, Rafizi mahu dia menang No 1 sekaligus meletakkan
dia lebih tinggi berbanding KJ di dalam line up parti masing-masing.
Naib Presiden no 1 dalam PKR, kata Rafizi mempunyai status seperti
Zahid Hamidi di dalam UMNO. Kalau ada apa-apa jadi kepada Presiden
UMNO, Zahid Hamidi jadi calon paling wibawa. Muhyiddin itu standard
cukup kuorum sahaja.
Kalau Rafizi menang no 1, Zahid Hamidi itu sudah setaraf dengannya.
Barulah mantap. Malahan, secara gelap, Rafizi mahu Izzah diletakkan
sebagai Naib Presiden no 3, supaya tidak nampak PKR adalah parti
keluarga.
Dalam email kepada ejen-ejen di bawah, diletakkan KLAUSA….*PuRe
mesti diturunkan darjatnya. (PuRe – Puteri Reformasi).
Strategi Rafizi ini semakin nampak suram bila Azmin sudah tinggalkan
terus nama Rafizi daripada senarai harapan KEADILAN RAYA. Makna kata,
hilang nak jadi Zahid Hamidi – Rafizi nasib baik kalau boleh jadi
Ibdil dalam PKR. Standard main selfie dan syok sendiri.
Dewa Melayu, Tokong Cina
Di kalangan rakan-rakan pimpinan PKR mula merasakan tidak ada ruang untuk mengkritik Anwar di dalam parti. Kebanyakan lubang ditutup supaya Anwar akan terus kelihatan sebagai seorang yang maksum dan tidak mempunyai kelemahan. Antara isu terbaru yang diperkatakan dalam PKR adalah keistimewaan yang diberikan kepada Anwar & Keluarga. Kesungguhan Anwar untuk mengetengahkan anaknya yang lain, selain Izzah di dalam politik mengundang macam-macam pandangan. Apakah PKR ini mengenai Anwar & Keluarga sahaja? Kebanyakan pemimpin PKR peringkat pertengahan boleh faham jika Anwar, Kak Wan, Izzah menjadi penting dalam PKR. Mereka boleh faham. Tapi bila Nurul Nuha dan menantu Anwar juga mahu menjengah kedudukan dalam PKR, mereka jadi tidak seronok. Penyakit DAP nampaknya sudah melarat dalam PKR. Parti anak beranak. Karpal, Gobind, Dinasti Lim. Izzah, Nuha, menantu Anwar akan menjadi tokoh-tokoh baru dalam PKR menjelang PRU yang akan datang. Soalnya, siapa yang nak persoalkan Anwar. Anwar macam dewa dalam PKR. Tak boleh disentuh. Sama macam Guan Eng dalam DAP.
Mazhab Reformasi vs. Mazhab 901???
Di kalangan rakan-rakan PKR pun sedang pening kepala sebenarnya. Dalam usaha mempertahankan, mendewakan dan mengagungkan ANWAR; rupanya sudah ada perang saudara di antara aktivis dan penyokong-penyokong ini. Pelik tetapi benar. Susah juga nak ‘manage’ dan perbaiki keadaan ini. Anwar sendiri tidak mampu nak selesaikan ‘perbedaan pendapat’ di kalangan penyokong-penyokong yang ada ini.
Penggerak Reformasi sekitar tahun 1998 – 2008 sebenarnya masih mengakui lingkaran sokongan Anwar. Orang lama. Yang kononnya sudah terbukti sanggup ‘hidup mati; timbul dan tenggelam’ bersama Anwar. Mereka ini jugalah yang sudah mula mendaki pelbagai jawatan di dalam parti dan kerajaan Negeri milik PKR. Aktivis reformasi ini sangat ‘possessive’ dan sentiasa sahaja beranggapan Anwar milik mereka. Mereka sudah bersama Anwar; sejak Anwar dalam penjara lagi.
Namun, wujud kumpulan baru yang tidak mahu sangat diikat dengan gelaran aktivis reformasi. Pada mereka, aktivis reformasi sudah tidak lagi ‘in’ dengan banyak perjuangan baru yang lebih utama dan penting. Aktivis reformasi sudah digambarkan sebagai kelompok ‘oportunis’ yang sudah terlalu galak mencari kekayaan dalam parti.
Kumpulan aktivis baru yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Aktivis 901’ mahu membawa arus perjuangan baru. Yang tidak terikat dengan budaya UMNO yang ada dalam PKR. Ketua Mazhab Reformasi ini pastinyalah Azmin Ali. Azmin lah yang boleh menentukan ‘who gets what? when? and how?’ di Selangor. Surat sokongan Azmin lebih berharga daripada surat sokongan EXCO Negeri. Malahan, Azmin boleh menentukan proposal siapa yang sampai ke meja UPEN, Selangor. Ada ketika, pejabat MB pun boleh di bypass oleh Azmin.
Khalid mesti faham, bahawa Azmin menggunakan alasan bahawa dia lebih perlu ‘dana politik’ berbanding MB. Puak reformasi yang sekian lama bergantung di talipinggang Azmin ramai. Malahan, ada seorang penggerak reformasi mengatakan – Azmin memerlukan hampir RM300,000 setiap bulan (bagi memastikan semua penggerak reformasi mendapat habuan secara bulanan. Ada yang dapat RM2k. Ada yang dapat RM3k. Bulanan.
Sebab itu Azmin mendapat lesen besar untuk bermaharajalela di GLC milik Kerajaan Negeri Selangor. Azmin adalah ‘nerve centre’ kepada gerakan politik.
Aktivis 901 dikatakan banyak dibantu oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Agenda solo Nurul Izzah dalam mendapatkan sokongan dan dokongan kalangan aktivis muda. Berbanding mazhab reformasi yang bertuankan ‘RM’; Aktivis 901 mahu bergerak di atas landasan perjuangan sebenar. Duit penting – tapi bukan sekarang. Mesti kukuhkan kedudukan Izzah terlebih dahulu.
Semua ini membuktikan bahawa sudah wujud pertembungan ‘mazhab’ di dalam PKR. Satu mazhab duit. Satu mazhab (kononnya) perjuangan ikhlas.
Kita sama-sama tengok mazhab mana yang lebih utuh dan kuat.
Maklum Balas Pembaca