Posts tagged ‘Perdana Menteri’

Sufi Yusoff Berikan Input Tepat Kepada Tun M?

Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia, bagilah nama apa pun; nampaknya pengaruh Tun M semakin merosot teruk. Nampaknya, ada strategis keliling Tun yang berikan report dan laporan yang berlebihan kepada Big Boss mereka.
Katanya, watak yang paling gemar untuk Tun bermusuh dengan Najib adalah Sufi Yusoff. Orang baik. Tetapi katanya ada kekecewaan lama dan berdendam dengan Najib.
Apabila ditanya kesan Deklarasi Rakyat, semua laporan kononnya sudah berlaku perubahan besar di dalam sokongan terhadap Najib. Banyak pihak yang kononnya withdraw support kepada Najib. Sampaikan gambar Facebook kononnya Sultan Johor ketepikan Najib dan tidak melayan Perdana Menteri sewaktu perasmian Forest City pun jadi modal kepada mereka ini.
Setiap hari diberikan laporan setengah masak, sekian ramai RT, sekian ramai like, sekian ramai share, sekian ramai follow dan sebagainya. Dah macam broker. Main petik dan sebut sahaja nombor.
Tun M sudah berumur. Tak baik tipu orang tua begitu. Pangkat ayah-ayah kita. Tapi masih nak guna sumber informasi yang tidak sahih.
Astro yang dikatakan gila-gila nak sokong Tun, bukan sebab pemilik. Katanya ada jalinan kerjasama Sufi-Astro melalui individu tertentu.
Inilah antara sebab Astro bukan main lagi promosikan event yang sebenarnya tidak lah sebagus mana.
Blog ini tak mahu lah guna laporan blog tertentu berkait peranan Sufi untuk mendapatkan informasi palsu. Itu orang boleh cari dan kaji sendiri.
Tapi kalau dah pegawai kanan sendiri tak berikan laporan tepat; bergantung kepada analisa dendam A Kadir Jasin, memang Tun semakin hilang wibawanya.
Yang penting bukan buat Deklarasi, tetapi nak sustain momentum yang sama. Itu yang perit. Apa selepas Deklarasi? Tun nak teruskan dengan apa?
Kita tahu Sufi bukanlah watak yang ada strategi. Jangan lupa, Sufi pernah bekerja rapat dengan Najib pada suatu ketika.
Kita pun tak tahu orang macam ini setia kepada siapa.
Advertisements

Mac 8, 2016 at 11:45 am 3 comments

Sarawak Report Melampau

Sarawak Report cuba nak main perang psikologi dengan mengatakan ada 37 caj tuduhan yang akan dikenakan terhadap PM. 37! Tak tahulah mana SR dapat sumber ini, tetapi cukup bodoh untuk SR menggunakan angka ini.

Kredibilitui SR merosot teruk. Sangat teruk. Apabila SR menggunakan angka yang berlebihan seperti ini, ianya membayangkan kebodohan melampau portal tersebut. Kita ingat SR ini hebat dan ada stature tersendiri. Rupanya terpedaya juga dengan permainan minda orang.

Katanya ada grup email blogger pro-Najib yang sengaja sebarkan angka 37 ini. Kononnya dapat tip off daripada sumber dalaman SPRM.

Satu email dihantar ke SR. Sengaja nak tengok samada SR akan guna dan jatuh dalam permainan yang sama.

Nah, SR pun guna dan cuba sebarkan dakyah yang sama.

SR patut lebih hati-hati dengan perkara ini. Jangan ikut sahaja email yang entah datang dari mana.

Game nak musnahkan SR (secara halus) ini katanya perancangan hebat pakar ICT di PMO. Kita pujilah strategi Dato’ muda ini. Cukup hebat.

Tak sia-sia PM hantar ke luar negara kalau pandai macam ini.

Tak usahlah 37. Nak lepas 2 kes pun berat.

Januari 19, 2016 at 12:02 pm 3 comments

Baguskah Strategi Membangkitkan Legasi Tun Razak?

Kalau tengok kepada build-up, memang dahsyat kaedah menjual legasi Tun Razak di dalam media. Memang tidak ada pihak yang dapat nafikan, Allahyarham Razak memang tokoh yang hebat. Dalam tempoh 6 tahun, banyak perkara yang dilakukan khusus untuk memastikan Malaysia dapat diurus dengan baik.

Agenda Bumiputera, di zaman Tun Razak bukan berlaku secara tangkap muat. Umum angka yang gila-gila. Janji langit dan bumi. Prinsip Razak mudah sahaja, BUAT DAN TERUS BUAT.

Sebab itu, agensi yang Razak buat semuanya kekal sampai sekarang, malah tak pernah berhenti membantu negara dan bangsa.

Di situ hebatnya Razak. Lagipun di zaman Tun Razak kalangan inner circle beliau memang mereka yang ikhlas dan mahu melihat Malaysia menjadi bangsa yang disegani. Bukan taikun dan pemilik bisnes yang ada kepentingan.

Siapa dikeliling Razak?

– Tan Sri Thong

– Hussein Onn

– TS Rama Iyer

– King Ghaz

– Tan Sri Tun Raja Shahriman

– Tengku Razaleigh

– Mahathir

– Musa

– Tun Dr Ismail

Kumpulan ini adalah mereka yang ada semangat nasionalis yang tinggi. Ya, ada sebahagian yang Malay Ultra, tetapi ianya dineutralkan oleh mereka seperti TS Thong dan Raja Shahriman.

Kalau kita bandingkan dengan inner circle sekarang:-

– Peter Sondakh

– Mustapha Ong

– Paul Stadlen

– Ali Hamsa

– Irwan Siregar

– Farid Ridzuan

– Datuk Farisya

– Datuk Amhari

– Idris Jala

Kita tahu berapa jauhnya semangat dan kesungguhan dua inner circle ini membantu Perdana Menteri. Bandingkan sahaja.

Sebab itu seminar menghargai legasi ini tidak akan merubah apa-apa. Hanya setakat seronok sahaja.

Values yang dibawa dua generasi ini berbeza macam langit dan bumi.

Cubaan yang baik. Tapi rasanya tidak kesampaian.

Januari 14, 2016 at 1:04 pm 3 comments

Pomp, Pageantry & Grandeur

Katanya, bukan main lagi PM ingatkan semua Kementerian untuk berjimat cermat, tidak lagi menggunakan wang rakyat sesuka hati. Apa yang patut dikurang, kena kurangkan dengan sebaik mungkin. Musim ekonomi tengkujuh katakan.

Baguslah nasihat ni. Sangat bertepatan. Patut ini lah nasihat yang diberikan masa ucapan Tahun Baru. Ingatkan rakyat, kita sedang berhadapan dengan situasi sukar. Sampai CIMB sendiri pun kata, kita sedang ada dalam masalah ‘fiscal bind’.

Cuba selidik dalam perbelanjaan kerajaan, mana Jabatan/Kementerian yang terkenal dengan ‘pomp, pageantry and grandeur’ ini? Kalau masa Kak Ijat jadi Menteri, ini memang dia punya kemahiran. Semua benda mesti ada kaler ungu. Mesti lantik event consultant yang kawan dia punya. Mesti ada feng shui.

Tapi kebelakangan ini, antara yang paling galak MENJUAL kejayaan yang tidak setinggi mana adalah PEMANDU. Semua program PEMANDU mesti grand dan hebat. Mesti ada elemen grandeur. Kalau tidak bukanlah PEMANDU namanya.

Elok dibubarkan sahaja PEMANDU yang entah tak tahu apa lagi sumbangan kepada kerajaan. NKRA pun dah tak berbunyi. Report apa pun dah tidak ada bunyi.

Inisiatif yang pada perasmiannya memang grand, sekarang sudah jadi program layu dan tidak ada halatuju.

Apa dah jadi?

Mana pergi Delivery Management Office (DMO?)

Mana pergi konsep ‘Lead Ministry’?

Mana pergi NKEA Steering Committee?

Meeting frequency: Once a month per NKEA

ROLES OF THE NKEA STEERING COMMITTEE

    • Provide ideas and solutions to alleviate roadblocks in implementation.
    • Evaluate and decide on new proposals (new EPPs/BOs, additional funding, changes to current plans)
  • Track and monitor progress of EPPs

Elok bubarkan sahaja UNIT PENGHABIS DUIT ini dengan seberapa segera. Kerja karut sahaja.

Januari 7, 2016 at 1:16 pm 1 komen

(Kalau) Tidak Kerana Mahathir & Pak Lah, Rafidah Aziz Mungkin PM Wanita Malaysia

Banyak kenyataan, pandangan dan buah fikiran Rafidah Aziz kebelakangan ini sememangnya selari dengan pandangan rakyat. Rafidah tak takut beri pandangan. Kalaupun rakyat tak berapa suka, dia akan pertahan pandangan dalam apa jua keadaan.

Kalau tidak kerana Mahathir, dan lemahnya political operators Pak Lah, yang mahukan Kak Ijat sebagai Ketua Wanita; rasanya hari ini Rafidah Aziz mungkin sudah bergelar Perdana Menteri.

Kenapa dia? Dia ada pengalaman. Negotiator yang terkenal dalam isu-isu dagangan antarabangsa. Nasionalis tulen. Cekap bertindak. Malaysia tak malu ada pemimpin yang begitu. Tangkas.

Ya lah, mungkin kalau dia jadi PM, segala mullahs dalam Pas akan gelar dia macam-macam kerana tak bertudung. Tapi minta maaf cakaplah, jasa Rafidah yang tak bertudung itu JAUH BENAR benar berbanding ustaz janggut dan serban Pas. Jauh.

Tapi sayang, belum sempat Rafidah nak naik lagi, Mahathir dah balun dia tak cukup tanah. Sebut pasal AP dan sebagainya. Padahal, kalau Rafidah nak buka cerita Mahathir, 9 malam pun tak habis.

Tapi Rafidah tak begitu. Dia pertahan diri sendiri. Tak serang orang lain.

Bila nampak peluang begitu, Pak Lah pun terima jarum bongok untuk angkat Shahrizat Jalil. Yang akhirnya meletakkan imej parti serendah akhlak NFC. Rosak parti. Antara punca BN teruk dalam PRU yang lalu, adalah NFC inilah.

Sekarang Rafidah banyak menulis dan beri pandangan. Sangat bagus buah fikiran beliau.

Baik dalam isu TPPA. Isu 1MDB. Semua Rafidah ada pandangan yang bernas, dan tidak memperbodohkan rakyat.

Sayang, rasanya kalau Rafidah masih ada dalam kabinet, banyak isu dapat dikendalikan dengan baik.

Daripada membazir duit lantik orang macam Shahziman Mansor di PMO, lebih baik engage Rafidah dan dapatkan pandangan yang lebih bernas.

Oktober 28, 2015 at 2:07 pm 1 komen

Titah Majlis Raja-Raja Pun Kena Sailang Juga?

– Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

– “Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,” menurut kenyataan itu.

– Ia berkata: “Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

– “Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, ia turut menjadi antara sebab yang mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.”

– “Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.

– Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

————————

Tak tahu jika ada salah dan silap kepada kenyataan ini, rasanya cukup adil dan bertuah untuk hamba rakyat mempunyai kalangan Baginda Tuanku Sultan yang tahu, faham dan menghayati apa yang sedang berlaku di tanah air.

Ironi, ada juga perangai bodoh kalangan Ketua Pengarang akhbar tempatan yang meremehkan pandangan dan pendirian Majlis Raja-Raja.

Meletakkan kenyataan Majlis Raja-Raja di mukasurat 13/sisi kecil adalah satu penghinaan kepada pendirian Duli Tuanku.

Apakah ada arahan pihak tertentu?

Siapa yang buat panggilan kepada semua Pengarang? HR?

Jika inilah perangai Editor akhbar, kita tahu bahawa mereka hanyalah kumpulan pembodek yang tidak ada pendirian. Jenis yang hanya menjaga punggung sendiri dan tidak ada keberanian nak bercakap benar.

Sekarang ini, apa pendirian kerajaan? Apa pandangan PM? Apa pandangan TPM? Nak sanggah juga kenyataan Duli Tuanku? Dengan cara apa?

Habiskan siasatan segera. Itu yang Majlis Raja-Raja mahu.

Tak susah rasanya.

Oktober 7, 2015 at 2:22 pm 1 komen

2018 – Menang Besar Ini Macam!

Usaha PM untuk menghabiskan term sehingga 2018 memang wajar dipuji. Ini jalan yang paling selamat, bagi memastikan banyak usaha boleh dilakukan untuk memberikan rakyat faham bahawa, memang BN sahaja yang mampu memberikan kemudahan kepada rakyat.
Bayangkan, kalau buat strategi, ada cukup masa untuk memulakan rentak politik sepanjang 2016. Buat segala macam usaha. Bagi rakyat puas hati. Bagi rakyat seronok jadi rakyat, dan gembira ada kerajaan yang memenuhi hati dan hajat mereka.
Untuk tempoh 9 bulan 2015, pendapatan GST dijangka mencecah RM23.18 bilion. Ini jumlah yang boleh tahan.
Kalau asingkan 10 % sahaja untuk kerja politik dan usaha dekati rakyat, baru RM2.3 bilion. Bayangkan apa yang boleh dibuat dengan RM2.3 bilion. Memang mengancam habis. Memang rakyat akan terima BN ini adalah kerajaan terbaik.
Dianggarkan, untuk 2016, pendapatan GST akan berjumlah RM32 bilion. Kalau 10 % untuk kerja politik, RM3.2 bilion.
Tahun 2017, katalah naik sedikit, RM35 bilion. RM3.5 bilion untuk kerja politik.
Apa cara nak dikalahkan kerajaan BN ini? Kalau macam ini punya kira-kira, rasanya tak ada Pakatan Harapan yang boleh ambil tempat. Buang masa sahaja.
Lebih sedap lagi, Azmin Ali pula sedang berusaha nak sailang Wan Azizah sebagai Presiden PKR. Kalau ini jadi, berlaku lagi masalah dalam parti pembangkang. Anwar sudah tidak relevan.
Jika betul 2018 jadi pilihan, memang inilah senjata yang boleh menyebabkan Pakatan Harapan penat.
Masuk 2017, tak ada orang sebut isu 1MDB dah. Selesai. Cuci tangan.

Oktober 5, 2015 at 8:01 pm Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


September 2019
I S R K J S A
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Capaian Umum

  • 75,341,920 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 146 other followers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • VIDEO: HOW THE FOOD YOU EAT AFFECTS YOUR BRAIN
    When it comes to what you bite, chew and swallow, your choices have a direct and long-lasting effect on the most powerful organ in your body: your brain. So which foods cause you to feel so tired after lunch? Or so restless at night? In this video by TED-Ed, Mia Nacamulli takes you into the brain to find out.Top image: Screenshot from the video.[Source: TED- […]

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United StatesSempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat!Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kelom […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Titisan Airmata Kesyukuran Di Saat Termeterai Piagam UMNO Dan PAS DI HPU 914
    Firman Allah SWT dalam Al Quran :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا  وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَوَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun!Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk I […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • CILI KASI TARUK! NAJIB KENA TIPU NGAN JHO LOW?
    Kebabian apakah yang melanda penyokong2 UMNO yang masih menyokong Najib ni? Semakin banyak Najib bersuara semakin terbukalah akan penipuan dia selama ini. Aku dulu sokong dia, tapi bila dah tahu dia ni penipu dan pencuri, maka aku decide nak jauhkan diri.Pada mulanya aku malas nak usik dia tapi malaun terBANGSAT ni mulut banyak pulak sehinggakan aku hilang s […]

RSS Musram Rakuman

  • INTEGRASI KAUM DI SABAH TERANCAM
    Penulis terbaca melalui keratan akbar Harian Ekspress (Ahad 8 Septerber, 2019) petikan kenyataan Ketua Menteri Sabah- Datuk Shafie Apdal "Saya tidak ingin melihat tanah-tanah di sini (Kemabong) dimiliki orang lain selain kaum Murut"-. Kenyataan seumpama ini secara sepintas lalu seronok didengar, namun mempunyai implikasi yang cukup besar terhadap i […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Signs that You will Become a Hotshot Photographer
    Signs that You will Become a Hotshot PhotographerThough you might have a college degree now, though you spend a good 4 years to get that particular diploma, there is a good chance you are also good in other things and such things might also be worth pursuing. So, while you are still tied to the continuation of your degree, you … The post Signs that You will […]

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Anjuran Ampuh untuk Dapat Ulung Judi Togel Online
    Pemain judi yang mencari togel online umpama jenis judi yang dimainkan, senantiasa mengejar kiat untuk Menjuarai. Sederetan angka yang dipasang pada menu betting, jika tampak di pasaran togel, maka akan membuat Anda mendapat dana keberhasilan yang cukup cukup pada deposit. Agar dapat ulung judi togel, Anda strategis memilih petunjuk yang ada di Web, atau sar […]

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • INTEGRASI KAUM DI SABAH TERANCAM
    Penulis terbaca melalui keratan akbar Harian Ekspress (Ahad 8 Septerber, 2019) petikan kenyataan Ketua Menteri Sabah- Datuk Shafie Apdal "Saya tidak ingin melihat tanah-tanah di sini (Kemabong) dimiliki orang lain selain kaum Murut"-. Kenyataan seumpama ini secara sepintas lalu seronok didengar, namun mempunyai implikasi yang cukup besar terhadap i […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Signs that You will Become a Hotshot Photographer
    Signs that You will Become a Hotshot PhotographerThough you might have a college degree now, though you spend a good 4 years to get that particular diploma, there is a good chance you are also good in other things and such things might also be worth pursuing. So, while you are still tied to the continuation of your degree, you … The post Signs that You will […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada m […]

Paling Popular

  • Tiada