Posts tagged ‘PKR Selangor’
Kalau dibaca kepada game politik Rafizi kebelakangan ini, nampak macam ada usaha nak KAMIKAZE dalam politik. Alang-alang lawan, biar sampai hangus. Bersungguh betul nampaknya Rafizi nak tunjuk kecurangan kerajaan Azmin Ali.
Apa dah jadi? Teruk benar permusuhan dalam PKR?
Kita semua tahu, Rafizi ini blue-eyed boy Anwar sejak lama. Memang Anwar sayang akan bakat Rafizi yang cemerlang dalam banyak perkara. Sebab itu, Rafizi disediakan permaidani merah bila mahu dimasukkan ke dalam politik.
Dijanjikan gaji lumayan. Kedudukan yang tinggi. Diberikan kemudahan. Dijaga sepenuhnya makan dan minum. Rafizi ini ibarat ‘ANAK LELAKI’ Anwar. Cukup ditatang bagai minyak yang penuh.
Ramai dalam PKR yang berkata, kalau Rafizi sudah attack Azmin, itu tandanya sudah ada blessing dari dalam penjara Sg Buloh.
Rafizi tak buat kerja bodoh, kalau tidak diberikan green light. Apatah lagi bila orang yang dilawan adalah Azmin Ali.
Nampaknya game ini adalah arahan dan percaturan Ketua Umum. Bukan game kecil anak.
Kalau Rafizi buat pendedahan pasal penawaran wang dan wanita di Selangor, itu maknanya Rafizi bersedia menanti balasan Azmin.
Jangan main dengan Azmin Ali. Kita tunggu apa rahsia Rafizi yang Azmin akan buka.
Rafizi better bersedia dengan tindak balas Azmin Ali.
Beberapa orang Exco sudah dipanggil mengadap Azmin untuk membantu usaha melawan Rafizi.
Memang meriah PKR ni. Lebih teruk daripada UMNO!
Mei 24, 2016 at 2:23 pm
PKR ini memang parti yang pelik. Bukan main bercakap pasal reformasi, tata kelola, tadbir urus dan segala macam benda-benda besar, tapi bila kena kritik, mula lah samakan orang parti sendiri macam anjing dan sebagainya.
Come on la YAB, ini bukan level you lah. Nampak buruk bila YAB melenting dan melolong tak tentu arah pasal kelemahan sendiri. Konon nak tampil diri sebagai reformer, tapi apa yang kita nampak adalah seorang yang takut dengan bayang-bayang sendiri.
CheguBard tanya soalan dan minta jawapan. Beri sahajalah. Kata telus dan tidak ada rahsia.
YAB juga yang perkenalkan konsep TERJAH. Asal tak betul sahaja terjah. Masuk dalam tong taik pun YAB sanggup demi rakyat.
Sekarang kenapa nak naik angin tak tentu pasal.
Marah kerana WANG SAGUHATI yang YAB tawarkan kepada CheguBard kena tolak. Malu?
YAB Azmin (Dato’ Seri) patut ada keyakinan nak handle isu ini.
Bila dulu YAB balun MB lama bagai nak rak, kiri kanan depan belakang, semua orang sokong dan puji YAB. Telus.
Sekarang?
Jangan cakap tak serupa bikin.
Jawab isu. Beri fakta. Bukan tuduh orang lain anjing.
Januari 6, 2016 at 1:13 pm
Pejabat MB semalam adakah mesyuarat tergempar kerana beberapa isu yang dikatakan tidak digemari oleh DSAA. Isu yang bukan dibangkitkan oleh musuh, tetapi kalangan orang dalaman PKR sendiri yang tidak berpuas hati.
Tenaga kerja Pejabat MB semalam melihat kaedah yang ada untuk menafikan cerita ini berpanjangan. Kalau dulu isu DEIG.
Sekarang ada isu yang melibatkan integriti DSAA sebagai MB Selangor.
Satu ‘Nota Arahan’ sudah dihantar ke Sungai Buloh meminta Anwar memainkan peranan untuk memastikan Chegubard diam dan tidak bersuara isu Selangor. Nota tersebut meminta jasa baik Ketua Umum untuk memanggil Chegubard dan memberikan kata dua mengenai kedudukannya dalam parti.
Dalam surat tersebut, dikatakan bagaimana serangan ini tidak membantu parti dan pimpinan PKR. Mahu tak mahu, PKR juga akan terpalit dengan isu ini.
Menariknya, apa perlu nota bantuan dihantar ke Sungai Buloh sedangkan Presiden Parti sendiri boleh dihubungi. Katanya, Pejabat MB sudah lama menganggap Presiden Parti sebagai Pejabat sunyi yang tidak penghuni. Buang masa.
Apa yang kita patut tahu, DSAA seperti yang blog ini katakan, mempunyai DNA yang lebih likat berbanding orang dalam UMNO.
Kerja ‘beli dan senyap’, kerja ‘ugut dan sentap’, kerja ‘bayar dan lenyap’ memang dah lama jadi mainan Azmin.
Ada juga di kalangan kepimpinan tertinggi yang minta parti berikan jawatan khas/bergaji untuk Chegubard.
Biar dia buat kerja kecam orang lain selain pemimpin PKR.
Tapi dengarnya demand Chegubard pun boleh tahan.
– Gaji sama seperti Rafizi
– Kereta
– Pejabat Khas
– Kebenaran membuat sidang akhbar
– Tidak mahu full time
– Turut dibantu dengan usahaniaga sampingan
Ini sudah demand orang UMNO. Rupanya PKR lagi teruk daripada UMNO.
Disember 17, 2015 at 8:14 pm
Ada khabar dari Selangor mengatakan adanya RAYUAN BERSUNGGUH daripada pemimpin UMNO agar Azmin Ali tidak menasihatkan Tuanku Sultan supaya membubarkan DUN, kerana takut berdepan dengan rakyat.
Situasi ini memang pelik. Sepatutnya, mana-mana parti politik gembira dengan keruntuhan kerajaan yang menjadi lawan mereka, dan seterusnya mampu membuka ruang supaya partinya dapat bertanding dalam PRN.
Pelik, sampaikan ada usaha RAYUAN ini terjadi di Selangor. Sampaikan sanggup mengatakan kepada Azmin Ali bahawa semua wakil rakyat UMNO akan berikan sokongan kepadanya. Ini perjanjian syaitan apa di bulan Ramadhan? Kalau syaitan sudah dibelenggu, mana datang pula perjanjian semacam ini.
Katanya, ketakutan ini disebabkan UMNO Selangor tidak bersedia. Katanya di atas kertas, bukan tambah kemenangan, tetapi hilang lagi 7 seats berbanding 12 yang ada sekarang.
Pemimpin tersebut takut PRN akan menyebabkan UMNO Selangor sama sekali ditebas dalam politik di negeri tersebut.
Kita jadi pelik, kerana tak pernah ada ketika UMNO Selangor berada di dalam keadaan begini daif.
Katanya keputusan untuk MEMASTIKAN TIADA PILIHANRAYA ini diambil sebulat suara di Bandung. Semua bersetuju mereka belum bersedia. Mereka perlukan bajet tambahan dalam memastikan kemenangan dapat dicapai.
Ada yang kata, setiap calon Ahli Parlimen UMNO di Selangor mesti diberikan bajet RM15 juta seorang untuk 3 tahun yang akan datang. ADUN perlu diberikan RM5 juta seorang. Barulah kerajaan Azmin Ali boleh ditumbangkan.
Jun 18, 2015 at 11:23 am
Selangor Mentri Besar Azmin Ali (pic) has announced the cancellation of the Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) project following the developer’s failure to meet three stipulated conditions by the Feb 14 deadline.
“Since not one of these conditions were met by Kidex by the end of the period given, the Selangor state government is announcing the cancellation of the project,” he said in a statement, Monday.
The three conditions, Azmin said, were preparing a free traffic impact assessment, social impact assessment and environmental impact assessment to show users and residents of involved areas the clear benefits or possible negative effects of the expressway.
———————
Azmin punyalah ingat, selepas dia terjun longkang, tangkap lori hantu, buat gotong royong, cuci pakaian orang – dia sudah boleh lonjak diri sebagai Ketua Pembangkang. Rupa-rupanya, DAP masih tak percaya dengan Azmin.
Apa punca DAP benci dan tak percaya kepada Azmin? Sebab DAP tahu, selepas PRU13, Azmin antara individu yang kuat bertanya-tanya dengan orang keliling Najib tentang HARGA YANG SANGGUP DIBAYAR jika dia berpaling tadah.
Harga Azmin waktu itu bukan kecil. Cukup tinggi. Malahan, ada yang kata, yang ditawarkan jawatan di dalam BN bukan Anwar, tetapi Azmin.
Azmin kena berusaha keras untuk keluar daripada bayang-bayang Anwar yang besar.
Apa cara?
Disebabkan itu, orang media di belakang Azmin nasihatkan supaya masalah KIDEX akan jadi alat yang bagus. Lagi Azmin bertekak dengan Federal, lagi bagus untuk diri dia. Anwar akan cepat hilang daripada Azmin.
Masalah besar Azmin adalah DAP. Selagi DAP secara konsensus menolak dia sebagai leader, selagi itulah Azmin tidak ada ruang ke depan.
Kalau KIDEX boleh membuatkan DAP cium pungkok Azmin, apa salah. Janji lepas.
Februari 20, 2015 at 10:04 am
Ramai yang selalu tertanya-tanya, mana datang fund PKR selama ini. Macam tak pernah habis. Sentiasa sahaja ada duit macam tak pernah surut.
Tapi dalam mesyuarat strategik inner circle baru-baru ini, Anwar sudah membayangkan bahawa PKR tidak akan ada INCOME seperti zaman dulu-dulu lagi. Banyak benda yang sudah tidak sama.
Beberapa tycoon yang senantiasa kuat menyumbang kepada PKR sudah mula senyap dan tak mahu memberikan sumbangan lagi. Mereka tidak nampak return daripada investment mereka.
Kalau dulu, mereka yakin Anwar ada potensi jadi PM, sekarang impian itu sudah hilang. Tidak ada lagi sebut-sebut pasal Anwar jadi PM.
Masalahnya, funder ini semua tidak percaya dengan Azmin. Dengan Izzah pun mereka kurang percaya.
Semuanya berlingkar dengan Anwar. Susah bila jadi macam ini.
Bila Azmin suruh Faekah & Gang bayar semula duit, semua funder PKR jadi takut. Azmin ini jenis kawan makan kawan. Konon atas nama ketelusan. Padahal dia makan duit kontraktor di PKNS lagi gila. Tak nak pulak pulangkan semula.
Akhirnya, kita semua kena tahu, Anwar berpolitik kerana duit dan keluarga. Simpanan dia dan keluarga cukuplah untuk puluhan tahun. Simpanan orang lain?
Januari 7, 2015 at 6:06 pm
Menurut kalangan ADUN Selangor sendiri, tak ada apa yang hebat dalam Bajet 2015 Selangor yang pada awalnya digembar-gembur sebagai bajet terbaik di dalam abad ini. Azmin telah berulang kali bercakap kepada rakan-rakan rapatnya, Bajet Selangor 2015 akan meletakkan dirinya sebaris dengan PM/TPM. ‘Bekas MB Selangor’ bukan lawan saya, kata Azmin.
Kita boleh agak, Bajet Selangor 2015 ini ada sentuhan beberapa circle. Ada circle Anwar yang memberi input. Azmin kata, hanya pakai sekitar 15 % sahaja cadangan circle Anwar ini. Malah kata Azmin, kebanyakan ideanya masih lemah dan tidak sesuai dengan imej-nya sebagai JOKOWI SELANGOR.
Input yang lebih banyak diperoleh daripada 3/4 orang budak research baru yang telah Azmin pilih sendiri. Budak-budak muda yang memuja Azmin sebagai The Next Anwar.
Tak semua benda dalam bajet selangor itu buruk. Ada juga yang baik. Yang baik kita kena cakap sebagai baik lah.
Masukkan ADUN BN untuk terima bajet negeri itu baik. RM200,000 untuk setiap ADUN pembangkang itu kita kena puji lah. Memang bijak.
Strategi utama:-
1. Membesarkan lapisan kelas menengah.
2. Menjana pertumbuhan berkualiti.
3. Memberdaya ekonomi hawa dan generasi muda.
4. Pembangunan kejiranan hijau.
5. Menjana industri budaya dan intelektual.
6. Menyemarak ekonomi desa.
Pointers yang bagus:-
Sebagai negeri termaju, Selangor tidak boleh menggunakan kriteria paras kemiskinan Putrajaya. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menetapkan paras yang realistik dan bertanggungjawab iaitu RM 1,500 sebagai garis kemiskinan di Negeri Selangor. Menurut kriteria ini, 30 % daripada penduduk Selangor berada di bawah garis kemiskinan.
(Untuk Azmin mengakui 30 % rakyat Selangor itu berada di bawah garis kemiskinan itu agak berani).
Maka, dana bagi mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu ditingkatkan. Kerajaan Negeri akan memperkasakan pembiayaan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). Kerajaan Negeri akan menaikkan siling peruntukan untuk kedua – dua dana kepada RM 100 juta berbanding hanya RM 70 juta sebelum ini. SkimSel ditingkatkan kepada RM 60 juta manakala MiMBAR dinaikkan kepada RM 40 juta.
(Wah, Azmin nak create kumpulan menengah dengan beri geran begitu sahaja. Ini sudah jadi kerja/belanjawan silap mata. Mungkinkah puluhan orang budak Azmin yang kena buang dari PKNS akan jadi usahawan kumpulan awal yang dapat dana ini?)
Bagi memperkukuhkan lagi sektor pelaburan, perindustrian dan perdagangan, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah pro – aktif dengan melaksanakan penjenamaan semula Selangor State Investment Centre (SSIC) dengan nama baru iaitu Invest Selangor Berhad.
(Penjenamaan ini benda biasa sangat. Nak bagi projek kepada kroni lettew)
Memandangkan sektor pelaburan amat penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi, Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM 16.6 juta diperuntukkan bagi tahun 2015 dengan memberi tumpuan kepada aktiviti dan promosi pelaburan melalui usaha ekspo perdagangan bertaraf antarabangsa dan usaha E – Commerce.
(RM16.6 juta modal Azmin nak bawa orang PKR melancong. Lobi nak jadi Presiden lettew).
Demi membudayakan tradisi keilmuan di kalangan masyarakat, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM 60 juta kepada Universiti Selangor (UNISEL) bagi menjamin suasana pembelajaran yang kondusif, iaitu sebanyak RM 23.05 juta bagi tujuan membaik pulih asrama UNISEL dan sebanyak RM 40.73 juta bagi membaik pulih sistem pembentungan di Kampus Bestari Jaya. Untuk tujuan pembangunan ICT, satu peruntukan sebanyak RM 2.65 juta turut dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi menaiktaraf sistem rangkaian komputer.
(Ini baik. Kita beri markah A)
Justeru, mulai tahun 2015, Kerajaan Negeri bercadang untuk memperuntukkan sejumlah RM 10 juta setahun untuk Tabung Biasiswa Selangorku khusus untuk anak Selangor dari desa dan keluarga berpendapatan rendah yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
(Ini pun bagus)
Program Hadiah Anak Masuk Universiti akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM 8 juta, khusus kepada pelajar Sarjana Muda dan Diploma sepenuh masa dari keluarga yang berpendapatan kurang RM 3,000 sebulan. Setiap mereka akan menerima RM 1,000 selepas mendaftarkan diri untuk tahun pertama di universiti.
(Idea asal Khalid Ibrahim. Ciplak)
Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan sejumlah 15,000 unit Rumah Selangorku pelbagai jenis akan dibina dalam tempoh 3 tahun mulai 2015.
(3 tahun 15,000 buah rumah. Kita tengok fakta ini 2017 nanti)
Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri akan membelanjakan RM 600 juta untuk memastikan kerja – kerja penyelenggaraan yang dibenarkan seperti Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) dilaksanakan sepenuhnya dengan efisyen dan bertanggungjawab. Kerajaan Negeri menggesa supaya PBT turut memberi penekanan terhadap penyelenggaraan jalan – jalan industri selain daripada pembaikan jalan di kawasan yang mempunyai tumpuan populasi penduduk yang tinggi.
(RM600 juta untuk projek jalan – rasanya kita boleh tahu kontraktor mana yang dapat nanti ni)
Kerajaan Negeri menjunjung kasih ke atas DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam atas pandangan jauh dan inisiatif Baginda dalam merundingkan dengan pelbagai pihak untuk kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ini
(Azmin Ali sendiri mengakui bahawa Tuanku Sultan berperanan besar dalam menyelesaikan isu Bible. Bukan dirinya. Perenggan 125).
Ada benda baru dalam Bajet Azmin? Secara keseluruhannya, bajet yang sangat biasa dan tidak ada follow thru kepada program terdahulu.
Harap Azmin dapat cecah 100 hari.
November 24, 2014 at 6:22 pm
Semalam di PKR HQ panas dengan cerita serangan Chegu Bard terhadap Azmin Ali yang telah melakukan konspirasi dalaman untuk menjatuhkan niat Wan Azizah menjadi MB. Ini bukan soal kecewa. Tapi soal Azmin yang tidak ada semangat setiawakawan dan sanggup makan boss sendiri.
Memang jadi strategi Azmin, dalam tempoh 100 hari ini dia hanya akan tumpukan dengan kerja-kerja rakyat. Masuk kampung keluar kampung. Masuk longkang keluar longkang. Masuk dapur keluar dapur. Imej setakat ini memang baik.
Soalnya, bak kata Chegu Bar; bagaimana Azmin boleh dilepaskan sedang dia sebenarnya dah memalukan Presiden dan seluruh parti. Masih selamat?
A group of disgruntled PKR members led by the suspended Badrul Hisham has called for a party investigation into vice-president Dr Xavier Jayakumar over an alleged statutory declaration withdrawing his support for president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail as Selangor Mentri Besar.
Speaking to reporters Wednesday, Badrul, also known as Chegubard, said that if the SD was real, Jayakumar had to be investigated as PKR assemblymen had received instructions to throw their support behind Wan Azizah during the recent Selangor mentri besar imbroglio.
He also claimed to be in possession of four other SDs from Pakatan Rakyat assemblymen withdrawing their support.
Although Jayakumar had claimed earlier to have filed a police report on the matter, denying the veracity of the SD, Chegubard said he had not found evidence of the report.
Persoalan di kalangan ahli PKR, berapa RM yang menjadi asbab kepada penarikan balik sokongan ini. Apakah ada unsur kewangan? Atau ada unsur paksaan dan janji manis; setelah mereka yang berkeinginan jadi MB, tertunai.
Kita semua tahu, walaupun Azmin nampak tidak mewah dan senang; sebenarnya dia berkemampuan lebih daripada itu. Azmin bukan kecik anak. Sepanjang jadi Exco sahaja, banyak revenue streams yang dia buat, bukan untuk diri sendiri tetapi sahabat handai.
Khabarnya, apabila diberitahu mengenai rahsia ini, Anwar hanya geleng kepala dan tidak mampu kata apa.
Kali ini Istana Segambut kena kencing dengan Azmin tegak-tegak. Wayang Azmin selama ini menyokong Wan Azizah adalah opera rupanya.
Kalau Istana Segambut titahkan tumbangkan Azmin, rasanya ada yang sempat pergi empat lima longkang sahaja.
Good luck Min!
November 20, 2014 at 6:07 pm
Pemberian RM2.6 juta “golden handshake” kepada bekas pembantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan persoalan terhadap pembayaran lantikan politik dan sama ada ia mengikut prosedur sewajarnya.
Pembayaran tersebut dikritik kerana terlalu tinggi, terutamanya laporan mengatakan Khalid dianggap sebagai seorang yang kedekut dalam mentadbir.
“Ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat mekanisma sewajarnya dan polisi dalam pelantikan pembantu politik serta sama ada terdapat garis panduan prosedur apabila mereka meletak jawatan selepas bos mereka berhenti,” kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata wujud beberapa jawatan di peringkat persekutuan dan negeri yang perlu dibuat menerusi lantikan politik dan kontrak mereka mungkin termasuk syarat yang membenarkan “golden handshake” kerana ketidaktentuan politik.
“Mereka ini mungkin bersetuju untuk memegang jawatan tetapi ia satu risiko yang besar kerana ketidaktentuan politik pada masa akan datang dan bagi mengatasinya, kontrak mereka mungkin termasuk klausa golden handshake,” katanya.
…………………………….
Sekarang ini di Selangor, perang saudara memang sedang berlaku dengan dahsyat. Memang takkan ada orang yang selamat. Ini main tikam mati. Kalau dah mati, siram pulak dengan air limau. Tak ada simpati.
Perlantikan politik memang biasa. Di Selangor, ini sebahagian daripada usaha pembahagian harta rampasan perang. Ghanimah.
Azmin bawa masuk hampir 20 orang di dalam PKNS Holding pada suatu ketika. Surat Anwar jadi asas. Semuanya diluluskan. Tak ada dakwa dakwi.
Hanya selepas Azmin berperang dengan TSKI, barulah isu itu dibangkitkan. Sudahnya, 20 orang di dalam PKNS Holding terbarai. Semua orang Azmin.
Kali ini, RM2.6 juta pula jadi isu. Kalau Faekah dan kawan-kawannya pandai, semua surat Azmin dahulu mesti dikeluarkan semula. Permohonan itu. Permintaan ini. Kalau dilambak…Azmin pening kepala.
November 17, 2014 at 6:48 pm
Kalau nak ikutkan, mahu sahaja YAB Dato’ Menteri Besar Selangor buat majlis doa selamat di atas pemulangan Bible semalam. Happy sungguh YAB. Tersenyum sampai ke telinga.
Dalam perbualan ringkas dengan beberapa orang Pegawai, Azmin gelak dan tegaskan.
“Kita baru sahaja buat perkara yang Perdana Menteri Malaysia pun GAGAL nak buat selama ini. Dengan segala jentera yang ada di Putrajaya, mereka tak ada telor nak pulangkan Bible. Ini makna besar untuk pasukan KITA”.
Tak kisahlah siapa yang Azmin maksudkan dengan KITA. Mungkin Azmin dan KETUM. Mungkin juga Azmin dan Pasukan Pegawai Pejabat MB. Mungkin juga Azmin dan link beliau di Istana.
Dalam pada UMNO Selangor kata Azmin akan ada masalah besar dengan Istana – Azmin selesai masalah. Macamana? Magic?
Kalau ikut kenyataan poyo PMO sebelum ini, Bible akan dipulangkan dengan mudah dan tanpa masalah. Petik jari…jalan. Tak ada masalah.
——————–
Kenapa Adzib tak keras macam hari itu?
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menutup kes rampasan 300 kitab Bible daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lepas.
Selain itu, MAIS juga tidak akan memulangkan kitab Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban yang dirampas daripada BSM.
Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata mesyuarat khas badan itu semalam, memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap BSM.
MAIS meyakini wujudnya undang-undang di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, untuk satu pendakwaan dibuat, katanya.
——————————-
Azmin anggap ini KEMENANGAN BESAR sebelum KETUM berhadapan kemungkinan masuk semula ke dalam.
Azmin ingatkan Pasukan Pejabat MB; mesti portray beliau lebih efisien dan bijak berbanding Najib. Azmin dah ready nak ambil CENTRE STAGE.
Ini permulaannya.
Azmin 1 – Orang Lain 0.
November 17, 2014 at 6:33 pm
Kiriman Terdahulu
Maklum Balas Pembaca