Posts tagged ‘PKR’

Benarkah Azmin Tidak Taja Se-sen Pun Pilihanraya Kecil?

Atas nama ketelusan dan integriti, katanya MB Selangor tak mahu gunakan waima satu sen pun duit Kerajaan Negeri untuk aktiviti kempen sepanjang PRK Sg Besar. Tak ada lagi event besar-besaran. Semuanya tertumpu kepada perjumpaan dengan pengundi secara kecil-kecilan dan bertemu mata.

Apahal pulak MB Selangor ambil keputusan macam ini? Nak sabotaj siapa sebenarnya? Nak sabotaj diri sendiri ke?

Kita semua faham, Azmin sedang berdepan tuduhan yang berat oleh Setiausaha Agung parti. Bukan orang kecil. Setiausaha Agung parti buat tuduhan terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Timb Presiden. Pelik tapi benar.

Apa kaitan tuduhan Rafizi dengan tak mahu belanja kawan-kawan dalam kempen?

Nak suruh AMANAH pakai duit mana? Nak suruh DAP taja semua? Ini bukan contoh kawan yang baik.

RM9.6 juta boleh dibelanja untuk perbaiki pintu gerbang.

Takkan satu sen pun tak mahu belanja untuk masa depan politik.

Azmin kena ingat, kalau AMANAH tewas dalam PRK kali ini, susah juga nak jawab nanti. Kena pastikan AMANAH menang, walaupun hanya dengan 1 undi.

Berilah AMANAH bantuan kewangan sedikit. Kurang-kurang RM1juta. Nak pastikan kemenangan calon.

Kalau tak duit kerajaan pun, RM1 juta untuk Azmin ini celah gigi sahaja. Bagi lah AMANAH bantuan sikit.

Sekurang-kurangnya, boleh mereka pertahankan MB nanti.

Jun 6, 2016 at 2:18 pm 1 komen

Azmin Nekad, Jika Dia Jatuh – PKR Turut Runtuh

Azmin menerima nasihat daripada banyak pihak. Kanan dan kiri. Bagusnya Azmin, siapapun yang sudi memberi nasihat, dia akan terima dan nilaikan sendiri. Sepandai mana orang yang menasihat, Azmin hanya akan menggunakan keputusan sendiri.

Di mesyuarat inner circle biasa Azmin malam semalam, ada kumpulan yang khuatir dengan tindakan Rafizi. Nama Azmin akan tercalar teruk kalau bukti yang diberikan itu kredibel.

Masalah dengan Azmin, adalah nak handle banyak kumpulan PKR yang minta projek kanan dan kiri. Yang tak dapat, mulalah mengatakan ada company yang memberikan duit dan perempuan sebagai habuan.

Padahal, yang ambil itu bukan staff Azmin pun. Sesetengah tu pegawai bawahan yang perasan bagus. Terbabit semua kena.

Azmin jelaskan semalam:-

– Dia tak takut dengan usaha coup politik yang diketuai Kak Wan

– Azmin beri amaran, jika dia JATUH, dia akan pastikan PKR akan runtuh

– Azmin jelaskan tak ada rahsia dalaman yang dia tak tahu

– Mengapa ‘affair’ yang melibatkan anak kepimpinan tidak dibangkitkan

– Azmin sedia dedah dari mana duit PKR selama ini diperoleh

– Ada rahsia paling besar yang akan didedahkan jika dia dijatuhkan.

– Alang-alang mandi biar basah. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Meeting semalam habis awal daripada biasa. Katanya Azmin ada perjumpaan dengan beberapa kumpulan orang halus.

Kali ini Azmin tak akan simpan. Kalau dia jatuh daripada kerusi MB, Azmin akan gasak Istana Segambut kanan dan kiri.

Jangan main dengan Azmin Ali.

Dengan Azwan Ali boleh main. Azmin…jangan.

Jun 1, 2016 at 5:31 pm 1 komen

Rafizi Nekad Nak Tanam Azmin?

Kalau dibaca kepada game politik Rafizi kebelakangan ini, nampak macam ada usaha nak KAMIKAZE dalam politik. Alang-alang lawan, biar sampai hangus. Bersungguh betul nampaknya Rafizi nak tunjuk kecurangan kerajaan Azmin Ali.

Apa dah jadi? Teruk benar permusuhan dalam PKR?

Kita semua tahu, Rafizi ini blue-eyed boy Anwar sejak lama. Memang Anwar sayang akan bakat Rafizi yang cemerlang dalam banyak perkara. Sebab itu, Rafizi disediakan permaidani merah bila mahu dimasukkan ke dalam politik.

Dijanjikan gaji lumayan. Kedudukan yang tinggi. Diberikan kemudahan. Dijaga sepenuhnya makan dan minum. Rafizi ini ibarat ‘ANAK LELAKI’ Anwar. Cukup ditatang bagai minyak yang penuh.

Ramai dalam PKR yang berkata, kalau Rafizi sudah attack Azmin, itu tandanya sudah ada blessing dari dalam penjara Sg Buloh.

Rafizi tak buat kerja bodoh, kalau tidak diberikan green light. Apatah lagi bila orang yang dilawan adalah Azmin Ali.

Nampaknya game ini adalah arahan dan percaturan Ketua Umum. Bukan game kecil anak.

Kalau Rafizi buat pendedahan pasal penawaran wang dan wanita di Selangor, itu maknanya Rafizi bersedia menanti balasan Azmin.

Jangan main dengan Azmin Ali. Kita tunggu apa rahsia Rafizi yang Azmin akan buka.

Rafizi better bersedia dengan tindak balas Azmin Ali.

Beberapa orang Exco sudah dipanggil mengadap Azmin untuk membantu usaha melawan Rafizi.

Memang meriah PKR ni. Lebih teruk daripada UMNO!

Mei 24, 2016 at 2:23 pm Tinggalkan komen

Siapa Calon PKR di Sungai Besar?

Ada kalangan orang PKR sendiri yang kata, sebenarnya PKR tak ada calon yang bagus pun untuk Sungai Besar, tapi tetap mahu bertanding kerana Pas sudah pasti membawa kekalahan.

Calculation awal Unit Khas Strategi Pilihanraya PKR membawakan fakta, jika Pas dibenarkan bertanding, tidak kira siapa calonnya, kekalahan sudah pasti. Menurut angka PKR:-

– Jika Sallehen Mukhyi (tewas kurang lebih 3000 undi)

– Jika calon lain (tewas 5000 undi)

Calculation ini atas dasar pengundi Cina tidak akan beri undi kepada Pas. Lebih malang lagi, wujud tekanan agar mereka tidak keluar mengundi sama sekali. Jika ini berlaku, makna kata, BN akan menang dengan lebih bergaya.

Sebab itu, jika diasaskan kepada feel good factor kehadiran Azmin Ali, PKR mampu mencatatkan kemenangan di antara 2500 hingga 2800 undi jika calon yang dikemukakan adalah tepat dan dihargai rakyat.

Azmin mahu anak tempatan, muda dan profesional. Kalau kaji semula, di kalangan mereka yang aktif dengan PKR di Sungai Besar, Sekincan, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, adalah beberapa nama yang difikirkan baik. Tapi masih belum finalized.

Katanya ada usaha nak letak anak Anwar Ibrahim juga, tetapi masih belum mendapat perkenan Sungai Buloh.

Kita nak tengok sejauh mana handalnya Azmin Ali berunding dengan kawan-kawan Pas.

Azmin akan tunjukkan survey Merdeka Centre dan UMCEDEL mengenai kemungkinan ini. Undi Cina jadi penentu. Kalau tewas undi Cina, atau mereka tak keluar mengundi, BN seronok mendapat kemenangan mudah.

Mei 24, 2016 at 12:21 pm Tinggalkan komen

Surat Ke Penjara

Rasa nak menitik air mata baca surat Anwar dari dalam penjara. Sedih. Nampak sangat Anwar sudah menjadi seorang reformis yang dilupakan. Dalam bahasa budak sekarang, ini surat kurang kasih sayang. Surat risau diri akan terus dilupakan oleh kawan-kawan PKR.

Anwar kena realistik dengan keadaan politik. Walaupun sedih dengan keadaan beliau, Azmin hanya melaksanakan jalan politik yang dia anggap betul dan tepat.

Kalau harapkan c, jawabnya PKR sudah lama tenggelam dalam keadaan syok sendiri. Azmin mendekati Mahathir hanya kerana kepentingan politik. Takkan Anwar tak faham? Anwar dulu pun mendekati Mahathir pun di atas alasan yang sama. Jangan bohong. Personal interests.

Jangan bohong lah Anwar nak masuk UMNO, pada ketika itu, atas niat reform dan perubahan. It’s all about climbing the elitist game. Anwar yakin dia mampu melonjak diri di dalam game elitis UMNO. Guna duit rangkaian politik, termasuk Amerika. Melompat lah Anwar di dalam kerangka UMNO.

Tak usah cakap pasal REFORM la Brother Anwar. Geli mendengarnya.

Kalau ada benda yang paling penting untuk direform dan disuntik dengan semangat ‘accountability’ adalah orientasi seksual Anwar. Itu dahulu.

Semua ini tak akan terjadi kalau benda dalam seluar Anwar itu ada semangat reform dan akauntabiliti. Tak akan terjadi.

Malah game politik akan jadi lebih menarik bila Anwar ada benda dalam seluar yang berdisiplin.

Hari ini, sibuk menulis dengan ayat budiman. Konon dia lah manusia paling clean, bersih dan tak ada noda. Pii rah Anwar. Jangan berlagak baik.

Masalah dengan Anwar adalah ketiadaan semangat reform di dalam seluarnya.

If God is all love.
why is being gay harmful?
a sin is not love.

Sengaja blog ini letak poem ringkas mengenai gay. Mungkin Anwar pun boleh refleksi diri dan tengok di mana silap.

Jangan salahkan Azmin dalam gerakan politik mutakhir ini.

Azmin hanya jadi realistik. Bukan pelakon pembantu.

Mei 17, 2016 at 11:54 am Tinggalkan komen

Azmin Ali Patut Desak Kak Wan Bersara

Rata-rata kawan PKR di Sarawak anggap Azmin Ali seorang leader yang berani. Tak cakap banyak, akan laksana apa yang dia anggap betul untuk parti. Sebagai Timbalan Presiden sebuah parti, Azmin ada alasan untuk menidakkan keputusan bodoh DAP. Sebagai pemimpin kanan, Azmin kena bertindak.

Masalah dengan DAP, mereka bukanlah jenis yang terima alasan dan sebab yang diberi. Kepada mereka, DAP sepatutnya diberikan layanan istimewa. Tak boleh ada orang yang nak jatuhkan DAP.

Azmin hanya melaksana apa yang diinginkan oleh Ketua Ranting dan Cabang. Mereka mahukan calon PKR sendiri, dan Azmin terpaksa ikut.

Apabila Ketua Ranting dan Cabang telefon Madame President, tak ada jawapan. Call tak berjawab. Whatsapp tidak berbalas. Telegram tak ada respon.

Macamana nak buat lagi?

Untung Azmin ada untuk dihubungi dan dimaklumkan mengenai keputusan politik yang perlu dibuat.

Kalau dah macam ini keadaannya, ramai juga yang kata Azmin Ali patut ambil alih PKR dalam kadar segera.

Sebelum lebih jahanam, elok Azmin buat rampasan kuasa.

Kalau dibuat sekarang, rasanya Wan Azizah akan dimalukan. Tak ada sokongan.

Sebab itu ramai di Sarawak yang rasa Azmin sudah perlu jadi Presiden sebenar kepada PKR.

Bukan Madame yang tak tahu apa nak buat, blur dan bodoh dalam buat keputusan.

April 26, 2016 at 3:52 pm 1 komen

Post Mortem Selamatkan Malaysia – Pandan

Dalam PKR, antara perkara yang paling diberikan perhatian adalah post mortem. Setiap program mesti ada post mortem. Mesti ada kajian. Mesti ada pengajaran. Apa yang elok kena kekalkan. Apa yang tak berapa elok, kena tinggalkan.

Habis sahaja perhimpunan Selamatkan Malaysia di Pandan semalam, terus ada pasukan pusat khidmat wakil rakyat Pandan buat post mortem. Post mortem pun banyak group. Kumpulan HQ tak buat post mortem sama dengan Kumpulan Pusat Khidmat Pandan.

Macam-macam yang dimaklumkan. Blog ini hanya buat ringkasan : –

– YB Pandan kecewa kehadiran tak memuaskan

– Jauh meleset daripada target 40k orang

– Tun M tak mampu tarik audience

– Tun M tidak sebut langsung bebaskan Anwar (sudah dimaklumkan Tun MESTI cakap ayat ini)

– Kos tidak dikongsi

– Penganjuran hari kerja jadi punca

– YB Pandan tidak beri khidmat (sebab itu rakyat malas turun)

– Banyak janji YB Pandan belum deliver

Baguslah PKR sudah mula biasakan diri untuk meletakkan Tun di pentas mereka. Tapi arrangement mesti beri mileage kepada PKR. Kalau tak, rugi.

Rafizi selalu ingatkan staff dia, yang penting adalah menarik 5 hingga 10 % mereka yang masih bersama UMNO untuk mengundi pembangkang kali ini.

Perkara itu mesti diusahakan untuk menang dalam PRU akan datang.

Rafizi target untuk menang undi majoriti lebih 35,000 dalam PRU akan datang. Barulah ada gaya sebagai Naib Presiden PKR.

Kalau tanpa jawatan tinggi pun boleh menang 26,729 undi majoriti. Takkanlah dengan bantuan Mahathir tak boleh.

Mac 29, 2016 at 2:34 pm 1 komen

Mahathir Sudah Tidak Ada Aura!!!

Anwar sudah membuat fatwa politik bahawa PKR dan parti politik lain, patut memberikan sokongan penuh kepada Tun Mahathir. Anwar kata, lupakan dendam lama, yang lebih penting adalah memastikan pimpinan yang ada turun, dan membawa perjuangan baru di Malaysia.
Kalau ikut logik Lim Sian See (bekas rakan kongsi Tony Pua), Mahathir ini sudah tidak ada nilai. Tak ada orang nak dengar cakap dia. Tak ada orang nak ikut. Spin biasa LSS? Muhyiddin pun tak mahu ikut Mahathir ooo….
Mahathir ini mana ada pengikut. Balik-balik yang ada Din Umie Aida, Zainal Gila Glamour dan ada lah dua tiga watak lain yang tak ada pengaruh.
Lim Sian See mungkin betul. Katanya, antara ahli politik yang bersama Tun M hari ini:-
– Lim Kit Siang
– Maria Chin
– Ambiga
– Mat Sabu
– Mat Taib
– Mustafa Ali
– Azmin Ali
– Sanusi Junid
– Zaid Ibrahim
– Liong Sik
Semua ini mereka yang tak ada power dan pengaruh sudah semakin rapuh. Apa nak takut. Kalau nak ikut nasihat Lim Sian See kepada ramai blogger, pengundi Melayu dan Cina sudah tak percaya sama Mahathir. Kita mesti belasah dia habis-habis.
Tak ada sebab nak takut dengan gerakan Mahathir ini. Lemah. Tak sampai 100 orang pengikut pun.
Kalau ikut logik Lim Sian See, ini semua tak akan berjaya. Setakat seronok sendiri sahaja.
Mungkin betul juga cakap partner Tony Pua ini, apalah sangat Mahathir. Tak ada kekuatan langsung.
Ini sebahagian warna-warni politik. Kita ini rakyat biasa. Kita perhati sahajalah. Ini bukan soal tua muda. Ini soal negara.
Kita tengok sahajalah apa akhirnya permainan ini.

Mac 7, 2016 at 12:13 pm 2 comments

Mukhriz Masih Mahu Bersama UMNO?

Cukup pelik kalau mereka yang pandai balun, hentam, ulas dan kritik YAB Presiden, masih mahu bersama dengan parti yang mereka sendiri tak percaya dan dah benci. Ulang kali berkata, jadi mangsa itu dan ini, konspirasi, orang benci, saya teraniaya dan sebagainya.

Kita boleh guna macam-macam teori. Tapi mungkin kita sendiri pun tak ikhlas bantu parti dan rakyat. Sampai kita pun tak buat kerja. Bila kena terajang, baru lah nak tonjol diri sebagai pejuang.

Cukup pelik, bila kita duduk minum di area Tropicana (PKR HQ), orang semua cakap pasal Mahathir, pasal Muhyiddin. Bagaimana kalau PKR mampu tarik mereka berdua, maka akan banyak bantu parti dan negara.

Mukhriz tak ada orang sebut langsung. Macam tak wujud.

‘Anak Tun M itu satu sen pun tak guna. Kalau ambil, buat rosak parti adalah’. Sampai ayat itu yang keluar. Nampak sangat, kepimpinan tidak dihargai.

Kena ingat, Mukhriz adalah Naib Presiden nombor 4 dalam pemilihan UMNO lalu. Tapi kalau bertanding lagi sekali, rasanya mahu jatuh nombor 18. Tak ada ranking. Tak pandai jaga orang.

UMNO atau parti politik bukannya ANSARA YB Mukhriz ooi. ANSARA boleh lah buat macam Kelab Peribadi. Jaga dua tiga orang. Jaga Sazmi Miah. Jaga Dr Halim. Jaga dua tiga orang, selesai masalah. Ini parti politik.

Sebab itu, ahli politik yang selalu kena *mandi* (ditewaskan) perwakilan ini elok bersara atau cari parti lain. Tak ada harapan dah.

Diri sendiri pun tak terjaga.

Elok Mukhriz pastikan Azimi, Sazmi, Anas, Peja dan kutu-kutu ANSARA lain kaya raya. Cukup lah.

Kawan-kawan PKR HQ kata, Mukhriz ni kalau bertanding dalam PKR, dapat nombor 78 pun belum tentu.

Mac 3, 2016 at 10:11 am 7 comments

PKR Jadi Destinasi Impian Muhyiddin?

Dengar khabar, ramai di kalangan penasihat kanan dan kiri TSMY, mencadangkan agar TS mengambil jalan perang yang sebenar. Musim nak main geli-geli dah habis kata mereka. Alang-alang kena gantung, elok ambil jalan politik baru.

Katanya, Dr Marzuki, orang kanan TSMY sudah beberapa kali bertemu dengan inner circle PKR. Merayu dan mencari nyawa politik baru untuk TSMY. Takkanlah, seorang mantan Timbalan Presiden nak masuk PKR dan hanya diberikan jawatan lantikan. Macam tak logik.

Seorang Menteri Besar juga dikatakan menjadi broker kepada usaha ini. Tak payah sebut nama pun ramai boleh agak. Orang kanan Muhyiddin buat sekian lama. Sejak zaman Yayasan Nurul Yaqien lagi.

Marzuki, Dato’ Menteri Besar, dan ramai lagi rakan-rakan mencadangkan TSMY untuk menyeberang seberapa cepat yang mungkin.

Sementara ada harga katanya. Kalau lambat sangat, semakin saham politik menurun. Bilamana menyeberang sahaja, maka akan adalah jawatan dan posisi yang menanti.

Pengarah Pilihanraya PKR Johor memang siap sedia. TSMY orang paling layak. Untuk menterbalikkan undi Melayu kepada PKR, TSMY adalah calon paling wibawa. Pagoh, Muar, Ayer Hitam, Kluang, Sekijang dan beberapa kawasan Parlimen ada peluang cerah untuk menang.

Deal yang perlu dilunaskan:-

– Siapa PM jika persetujuan ini OK? TSMY? Jika ya, baru ada jalan berbincang.

– Apa kedudukan TSMY?

– Bagaimana penerimaan Anwar?

– Apa kedudukan Azmin Ali?

– Apa KPI TSMY?

– Bantuan kewangan?

Kalau ini berlaku, kita akan tengok banyak pihak yang risau dan gentar. Ini game paling tinggi. Kalau jadi, memang politik Malaysia jadi caca marba.

Apa lagi yang nak ditunggu? Rayuan? TSMY kata tidak akan merayu?

Tunggu dipecat? Untuk apa.

Kita nak tengok Dr Marzuki kerja kuat sikit, bagi memastikan boss-nya dapat jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam PKR. Mesti segera.

Mac 2, 2016 at 10:47 am 3 comments

Kiriman Terdahulu


Jun 2023
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Capaian Umum

  • 75,348,413 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada