Posts tagged ‘PM’

PM Najib All Out Untuk PRN Sarawak – Menang Besar Pasti

Ramai orang kanan PM yang kata, memang luar biasa kerja PM untuk PRN kali ini. All out. Memang tak berhenti bekerja. Kerusi bandar, luar bandar; PM hayun semacam ajer. Tak bagi peluang pembangkang bernafas.

Rasanya sewaktu c, bukan macam ini gerakan PM. Turun, tapi tak lah sehebat PRN 2016 ini. Memang kita puji lah. Dahsyat kerja politik PM.

Katanya ada para pegawai kanan Kementerian pun komplen tak larat nak ikut program politik PM. Siang malam. Pagi petang. Tak ada kesempatan rehat langsung.

Kita boleh faham, PRN Sarawak ini macam makjun untuk PRU akan datang. Nak tengok kekuatan. Nak tengok kemampuan.

PM katanya setakat ini puas hati dengan perjalanan jentera. PBB kuat. Komponen pun menampakkan potensi luar biasa.

Calon favourite PM, Dr Sim pun dah dapat tarik jumlah pengundi Cina yang sangat besar. Tak macam PRN dulu. Ini memang luar jangka.

Kita harap semua kerja kuat PM akan berbaloi kali ini. Kemenangan besar BN memang akan memberi markah politik yang baik kepada PM/BN. Itu yang diperlukan. Tak boleh kurang 70 kerusi.

Tak kira berapa bilion kena belanja. Yang penting mesti menang besar. Kos kita kira lain.

Buat mesyuarat kabinet di Sarawak memang high class. Memang terbaik. Ada alasan yang kukuh dan strategik.

Mukhriz Mahathir, kalau ikut dia, mesyuarat kerajaan negeri sentiasa sahaja di KL. Dekat dengan bini. Boleh datang dari rumah.

Mei 4, 2016 at 2:47 pm 1 komen

Kumpulan Keris 2314 Mahu Zahid Lebih Berani?

Sempat berbual sekejap dengan seorang ahli politik yang aktif dengan kumpulan 2314. Yang tak tahu, kumpulan 2314 ini bekerja dengan visi mahu menang 2/3 kerusi Parlimen pada PRU yang akan datang. Cita-cita bukan main tinggi. Melangit.

Bila ditanya, ada kemungkinan menang 2/3 kerusi Parlimen. Mereka kata boleh dibuat, dengan beberapa syarat yang mesti UMNO buat seberapa segera.

Nak juga bertanya, apa syarat-syaratnya?

i. Mesti ada peralihan sekurang-kurangnya setahun sebelum PRU. Makna kata, kalau nak PRU tahun 2018, 2017 mesti ada peralihan kuasa.

ii. Zahid mesti dinamakan sebagai PM.

iii. Zahid mesti diberikan hak menentukan siapa TPM (tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat sebelum ini).

iv. Ekonomi berada dalam keadaan baik.

v. Tidak ada isu dan skandal besar yang lain.

vi. Mereka yang terlibat dengan 1MDB mesti dibawa ke muka pengadilan.

Grup 2314 ini percaya, kalau kelima-lima syarat ini diterima, maka akan besarlah harapan dan kemungkinan BN menang 2/3 kerusi Parlimen dalam pilihanraya akan datang.

Negeri? Negeri tak penting. Yang kita mahu adalah dua pertiga. Itu lebih utama.

Kita kena puji juga mereka ini, sekurang-kurangnya mereka masih yakin dengan UMNO dan BN. Mereka mahu buat kerja dan yakin kewibawaan Boss merek (Zahid Hamidi) akan mengembalikan kegemilangan UMNO/BN.

Mereka juga kata, Zahid ada “senjata tersembunyi” yang akan hanya diumumkan bila berlaku peralihan kuasa.

Akan ada FEEL GOOD FACTOR, akan ada WOW FACTOR – akan ada usaha meletakkan Zahid sebagai Statesman yang tidak pernah disangka-sangka.

Kita jangan pandang enteng kemampuan Zahid Hamidi. Beliau berjaya survive kemelut Mahathir-Anwar, Pak Lah-Mahathir dan Najib-Mahathir. Master politician. Sangat taktikal dalam gerakan politik.

Cells politik Zahid dikatakan paling aktif pada masa ini. Siap pasang jentera di setiap negeri. Control politik Bahagian yang dahsyat.

Sentiasa call Ketua-Ketua UMNO Bahagian hampir setiap hari.

Kita harap mereka berjaya dengan agenda 2314 ini.

Mac 28, 2016 at 9:31 pm 4 comments

Dalam Perjumpaan Dengan Geng Lama – Zahid Hamidi Pun Dah Mengeluh

Walaupun baru lepas buat injection vitamin c dan beberapa lagi pembaikan wajah, kerut dan risau TPM masih belum boleh hilang. Malah, pembina imej pun pelik kerana apa yang dirancang tak berapa nak menjadi. Kerut dan gelebeh di muka TPM masih jelas dan tidak berubah.

Katanya, dalam perjumpaan dengan geng lama/inner circle TPM, dia sendiri dah mengeluh dan rasa tak larat nak tanggung bala PM. Bila timbul isu Swiss AG, TPM hanya kata ini semua bala lagi nak menimpa.

TPM kecewa sebab dalam perjanjian dia dan PM, semua cerita peringkat antarabangsa akan diurus oleh Paul Stadlen. PM janji tidak akan ada surprise lagi. Semua Paul sudah uruskan dan tidak akan ada isu berbangkit.

Tup-tup ada isu Siwss AG. Bukan setakat 1MDB, sebut pula Tanjong, Genting, SRC International dan Petro Saudi.

‘Kalau macam ini…dengan kita-kita sekali terjun laut’, sahut seorang rakan lama.

Perkara dan perbincangan ini berlaku di mana-mana. Tak kira di kalangan Geng mana sekalipun.

Soalnya, bila cerita tak pernah habis dan putus, makin sakitlah usaha nak mengembalikan kepercayaan rakyat.

Februari 1, 2016 at 8:32 pm 1 komen

Sarawak Report Melampau

Sarawak Report cuba nak main perang psikologi dengan mengatakan ada 37 caj tuduhan yang akan dikenakan terhadap PM. 37! Tak tahulah mana SR dapat sumber ini, tetapi cukup bodoh untuk SR menggunakan angka ini.

Kredibilitui SR merosot teruk. Sangat teruk. Apabila SR menggunakan angka yang berlebihan seperti ini, ianya membayangkan kebodohan melampau portal tersebut. Kita ingat SR ini hebat dan ada stature tersendiri. Rupanya terpedaya juga dengan permainan minda orang.

Katanya ada grup email blogger pro-Najib yang sengaja sebarkan angka 37 ini. Kononnya dapat tip off daripada sumber dalaman SPRM.

Satu email dihantar ke SR. Sengaja nak tengok samada SR akan guna dan jatuh dalam permainan yang sama.

Nah, SR pun guna dan cuba sebarkan dakyah yang sama.

SR patut lebih hati-hati dengan perkara ini. Jangan ikut sahaja email yang entah datang dari mana.

Game nak musnahkan SR (secara halus) ini katanya perancangan hebat pakar ICT di PMO. Kita pujilah strategi Dato’ muda ini. Cukup hebat.

Tak sia-sia PM hantar ke luar negara kalau pandai macam ini.

Tak usahlah 37. Nak lepas 2 kes pun berat.

Januari 19, 2016 at 12:02 pm 3 comments

Stail Hafarizam Ini Buat PM Kelihatan Lemah

Tak tahu kenapa dan apa perlunya UMNO dan pimpinan kerajaan simpan kalangan mereka yang mediocre untuk memberi input kepada PM. Hafarizam punya stail pengurusan kes ini nampak macam tidak ada perkiraan politik. Main belasah. Asal boleh settle kasi settle.

Dah banyak kali tindakan Hafarizam macam nak sabotaj dari dalam. Kenyataan kononnya nak saman WSJ juga melalui input Hafarizam. Nak saman hari Selasa. Tak tahu tahun bila. 2016? 2017? 2018?

Bila benda macam ini berlaku, nampak macam ada ketakutan di pihak tertentu. Sebab itu, plan untuk tumpang glamer dan wibawa Tun Razak bermula 14 Januari macam tak menjadi. Letak gambar dalam facebook, merayap kena balun keliling.

Apa ni Hafarizam? Setakat itu sahaja Sdr boleh nasihat?

Projek masuk berbilion. Tapi tak ada nampak cara untuk bantu PM pun. Takkanlah dalam kes Ling Liong Sik pun nak nasihat supaya settle luar. Sudahlah tu, cakap pula klien tak mahu datang ke mahkamah.

Gentleman lah sikit. Settle isu secara berdepan. Apa nak tembak-tembak belakang ni. Ini bukan stail Panglima.

Bukan dalam isu WSJ dan Ling Liong Sik sahaja, banyak isu yang diurus oleh Hafarizam pun failed secara politik. Buang masa sahaja loyar mediocre macam ini. Cari lain lah.

Cari yang berani dan pandai sikit. Bukan jenis berlagak pandai. Cari yang betul-betul pandai.

Januari 13, 2016 at 4:01 pm 1 komen

Berapa Kali Nak Kena Perbetul BAJET?

Dalam perhimpunan khas MoF, PM maklumkan bahawa Bajet akan diperbaiki dan diperbetulkan lagi memandangkan keadaan ekonomi global yang semakin penat. Kalau para pegawai MoF bijaksana, soal harga minyak ini sudah dimaklumkan banyak kali. Rujuk kertas kerja OECD. Rujuk report World Bank. Rujuk IMF.

Maknanya apa bila kita selalu sangat perbetul belanjawan? Maknanya kita ini buat kerja setakat buat dan sekadar nak mengisi template yang ada.

Nak penuhkan sahaja ayat-ayat matematik supaya nampak kemas dan cantik. Isi? Biar kelaut pun tak apa. Asal jadi buku Bajet.

TS KSN dan TS KSP ini dua orang pegawai paling kanan dalam kerajaan yang wajar diberhentikan serta merta. Mereka tidak ada kemampuan menilai ekonomi dan lemah melaksana dasar.

Dok seronok ke sana ke mari dengan NBOS, padahal ekonomi negara lemah dan kacau.

PM, kalau ada kuasa, patut cold storage kan semua pegawai di National Budget Office (NBO).

Nama-nama berikut, patut dipindahkan ke agensi seperti JAKOA dan Jabatan Pembetungan.

– Siti Zauyah Md Desa

– Ramzi Mansor

– Razali

– Shukri

– Idwan Ariff

Ini semua kalangan yang tidak ikhlas dalam menyediakan bajet. Sengaja tidak ambil kira soal forecasting dan hanya pakai kalkulator sahaja.

Belanjawan/Bajet ini bukan isu mainan. Mesti ada kaedahnya. Statistik mesti diselarikan dengan kemampuan anticipate perubahan ekonomi dunia. Takkanlah MOF buat kerja tidak rujuk kepada MITI, MATRADE, ISIS, MIER dan sebagainya.

Jangan sombong kalau BODOH. Bertanya. Ambil tahu dan belajar.

Kalau PM tidak ambil tindakan, sekurang-kurangnya kepada pegawai kanan Bahagian Belanjawan yang lemah, insya’Allah akan berlaku lah lagi RECALIBRATION dalam masa terdekat.

Jangan lah terlalu baik Bapak PM. Yang salah dan lemah kena dibuang. Barulah ada perubahan.

Kalau setakat consolidate data, budak baru grad ekonomi pun boleh buat.

Tapi kalau nak kejar DATUKSHIP berilah kepada puak-puak yang bodoh ini. Laju. Termasuk Pegawai Khas TS KSP pun bersungguh nak cari DATUKSHIP.

Kalau tak pandai, minta tukarlah. Jangan makan gaji buta di MoF.

Januari 11, 2016 at 8:25 pm Tinggalkan komen

Pomp, Pageantry & Grandeur

Katanya, bukan main lagi PM ingatkan semua Kementerian untuk berjimat cermat, tidak lagi menggunakan wang rakyat sesuka hati. Apa yang patut dikurang, kena kurangkan dengan sebaik mungkin. Musim ekonomi tengkujuh katakan.

Baguslah nasihat ni. Sangat bertepatan. Patut ini lah nasihat yang diberikan masa ucapan Tahun Baru. Ingatkan rakyat, kita sedang berhadapan dengan situasi sukar. Sampai CIMB sendiri pun kata, kita sedang ada dalam masalah ‘fiscal bind’.

Cuba selidik dalam perbelanjaan kerajaan, mana Jabatan/Kementerian yang terkenal dengan ‘pomp, pageantry and grandeur’ ini? Kalau masa Kak Ijat jadi Menteri, ini memang dia punya kemahiran. Semua benda mesti ada kaler ungu. Mesti lantik event consultant yang kawan dia punya. Mesti ada feng shui.

Tapi kebelakangan ini, antara yang paling galak MENJUAL kejayaan yang tidak setinggi mana adalah PEMANDU. Semua program PEMANDU mesti grand dan hebat. Mesti ada elemen grandeur. Kalau tidak bukanlah PEMANDU namanya.

Elok dibubarkan sahaja PEMANDU yang entah tak tahu apa lagi sumbangan kepada kerajaan. NKRA pun dah tak berbunyi. Report apa pun dah tidak ada bunyi.

Inisiatif yang pada perasmiannya memang grand, sekarang sudah jadi program layu dan tidak ada halatuju.

Apa dah jadi?

Mana pergi Delivery Management Office (DMO?)

Mana pergi konsep ‘Lead Ministry’?

Mana pergi NKEA Steering Committee?

Meeting frequency: Once a month per NKEA

ROLES OF THE NKEA STEERING COMMITTEE

    • Provide ideas and solutions to alleviate roadblocks in implementation.
    • Evaluate and decide on new proposals (new EPPs/BOs, additional funding, changes to current plans)
  • Track and monitor progress of EPPs

Elok bubarkan sahaja UNIT PENGHABIS DUIT ini dengan seberapa segera. Kerja karut sahaja.

Januari 7, 2016 at 1:16 pm 1 komen

(Kalau) Tidak Kerana Mahathir & Pak Lah, Rafidah Aziz Mungkin PM Wanita Malaysia

Banyak kenyataan, pandangan dan buah fikiran Rafidah Aziz kebelakangan ini sememangnya selari dengan pandangan rakyat. Rafidah tak takut beri pandangan. Kalaupun rakyat tak berapa suka, dia akan pertahan pandangan dalam apa jua keadaan.

Kalau tidak kerana Mahathir, dan lemahnya political operators Pak Lah, yang mahukan Kak Ijat sebagai Ketua Wanita; rasanya hari ini Rafidah Aziz mungkin sudah bergelar Perdana Menteri.

Kenapa dia? Dia ada pengalaman. Negotiator yang terkenal dalam isu-isu dagangan antarabangsa. Nasionalis tulen. Cekap bertindak. Malaysia tak malu ada pemimpin yang begitu. Tangkas.

Ya lah, mungkin kalau dia jadi PM, segala mullahs dalam Pas akan gelar dia macam-macam kerana tak bertudung. Tapi minta maaf cakaplah, jasa Rafidah yang tak bertudung itu JAUH BENAR benar berbanding ustaz janggut dan serban Pas. Jauh.

Tapi sayang, belum sempat Rafidah nak naik lagi, Mahathir dah balun dia tak cukup tanah. Sebut pasal AP dan sebagainya. Padahal, kalau Rafidah nak buka cerita Mahathir, 9 malam pun tak habis.

Tapi Rafidah tak begitu. Dia pertahan diri sendiri. Tak serang orang lain.

Bila nampak peluang begitu, Pak Lah pun terima jarum bongok untuk angkat Shahrizat Jalil. Yang akhirnya meletakkan imej parti serendah akhlak NFC. Rosak parti. Antara punca BN teruk dalam PRU yang lalu, adalah NFC inilah.

Sekarang Rafidah banyak menulis dan beri pandangan. Sangat bagus buah fikiran beliau.

Baik dalam isu TPPA. Isu 1MDB. Semua Rafidah ada pandangan yang bernas, dan tidak memperbodohkan rakyat.

Sayang, rasanya kalau Rafidah masih ada dalam kabinet, banyak isu dapat dikendalikan dengan baik.

Daripada membazir duit lantik orang macam Shahziman Mansor di PMO, lebih baik engage Rafidah dan dapatkan pandangan yang lebih bernas.

Oktober 28, 2015 at 2:07 pm 1 komen

Titah Majlis Raja-Raja Pun Kena Sailang Juga?

– Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

– “Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,” menurut kenyataan itu.

– Ia berkata: “Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

– “Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, ia turut menjadi antara sebab yang mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.”

– “Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.

– Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

————————

Tak tahu jika ada salah dan silap kepada kenyataan ini, rasanya cukup adil dan bertuah untuk hamba rakyat mempunyai kalangan Baginda Tuanku Sultan yang tahu, faham dan menghayati apa yang sedang berlaku di tanah air.

Ironi, ada juga perangai bodoh kalangan Ketua Pengarang akhbar tempatan yang meremehkan pandangan dan pendirian Majlis Raja-Raja.

Meletakkan kenyataan Majlis Raja-Raja di mukasurat 13/sisi kecil adalah satu penghinaan kepada pendirian Duli Tuanku.

Apakah ada arahan pihak tertentu?

Siapa yang buat panggilan kepada semua Pengarang? HR?

Jika inilah perangai Editor akhbar, kita tahu bahawa mereka hanyalah kumpulan pembodek yang tidak ada pendirian. Jenis yang hanya menjaga punggung sendiri dan tidak ada keberanian nak bercakap benar.

Sekarang ini, apa pendirian kerajaan? Apa pandangan PM? Apa pandangan TPM? Nak sanggah juga kenyataan Duli Tuanku? Dengan cara apa?

Habiskan siasatan segera. Itu yang Majlis Raja-Raja mahu.

Tak susah rasanya.

Oktober 7, 2015 at 2:22 pm 1 komen

2018 – Menang Besar Ini Macam!

Usaha PM untuk menghabiskan term sehingga 2018 memang wajar dipuji. Ini jalan yang paling selamat, bagi memastikan banyak usaha boleh dilakukan untuk memberikan rakyat faham bahawa, memang BN sahaja yang mampu memberikan kemudahan kepada rakyat.
Bayangkan, kalau buat strategi, ada cukup masa untuk memulakan rentak politik sepanjang 2016. Buat segala macam usaha. Bagi rakyat puas hati. Bagi rakyat seronok jadi rakyat, dan gembira ada kerajaan yang memenuhi hati dan hajat mereka.
Untuk tempoh 9 bulan 2015, pendapatan GST dijangka mencecah RM23.18 bilion. Ini jumlah yang boleh tahan.
Kalau asingkan 10 % sahaja untuk kerja politik dan usaha dekati rakyat, baru RM2.3 bilion. Bayangkan apa yang boleh dibuat dengan RM2.3 bilion. Memang mengancam habis. Memang rakyat akan terima BN ini adalah kerajaan terbaik.
Dianggarkan, untuk 2016, pendapatan GST akan berjumlah RM32 bilion. Kalau 10 % untuk kerja politik, RM3.2 bilion.
Tahun 2017, katalah naik sedikit, RM35 bilion. RM3.5 bilion untuk kerja politik.
Apa cara nak dikalahkan kerajaan BN ini? Kalau macam ini punya kira-kira, rasanya tak ada Pakatan Harapan yang boleh ambil tempat. Buang masa sahaja.
Lebih sedap lagi, Azmin Ali pula sedang berusaha nak sailang Wan Azizah sebagai Presiden PKR. Kalau ini jadi, berlaku lagi masalah dalam parti pembangkang. Anwar sudah tidak relevan.
Jika betul 2018 jadi pilihan, memang inilah senjata yang boleh menyebabkan Pakatan Harapan penat.
Masuk 2017, tak ada orang sebut isu 1MDB dah. Selesai. Cuci tangan.

Oktober 5, 2015 at 8:01 pm Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


Jun 2023
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Capaian Umum

  • 75,348,413 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada